Thursday, March 3, 2011

Daku dan Dikau


DAKU dan dikau bermaksud aku dan engkau (kau). Daku dan dikau ialah kata ganti nama diri pertama, dan kata ganti nama diri kedua tunggal. Kedua-dua kata ganti nama diri inmi sering kali digunakan dalam laras bahasa kreatif, yakni laras bahasa yang digunakan dalam pengucapan bahasa genre sastera khususnya puisi. Namun begitu, dalam hubungannya dengan sintaksis bahasa Meayu baku, iaitu bahasa yang betul aturannya, kedua-dua bentuk kata ini tertakluk pula pada syarat atau rumus tatabahasa.

Kedua-dua bentuk kata daku dan dikau boleh digunakan jika perkataan yang sebelumnya berakhir dengan huruf n. Misalnya: akan daku, dengan daku, maafkan daku, perasaan dikau, kiriman dikau, dan iman dikau.
 
Dalam pengucapan puisi (atau bentuk sastera yang lain), kita kerap menemukan bentuk daku dan dikau selepas perkataan yang tidak berakhiran huruf n. Bentuk-bentuk frasa seperti hanya dikau, hanya daku, cinta daku atau wajah dikau, dan sebagainya merupakan bentuk yang salah. Oleh itu, penggunaan daku dan dikau seperti yang demikian itu bersalahan dengan hukum tatabahasa.

 
1.        *Daku merayu kepadamu.
2.        *Daku terkenang akan dia.
3.        *Dia menyuruh daku datang.
4.        *Dakulah yang membantunya bekerja.

Satu lagi bentuk kesalahan penggunaan kata ganti diri yang lain ialah penggunaan kata ganti diri singkat (klitik) ku (aku), kau (engkau), dan mu (kamu). Kesemua kata ganti singkat ini tidak boleh bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh, iaitu ku menjadi aku, kau menjadi engkau dan mu menjadi kamu. Contoh:

5.* Kau mengingKari janji-janjimu.
6. *Ku taKKan jemu memujamu.
7.*Mu mendapat restu cinta Kita.
8. *Nya mengutus cinta sejati.
9. *Saya pergi dengan ia.

Kata ganti diri ketiga nya (yang menunjukkan milik) juga tidak boleh menjadi subjek ayat melainkan digantikan dengan dia atau ia. 

Demikian huraian ringkas tentang penggunaan kata ganti diri daku, dikau dan juga bentuk klitik ku, mu, kau dan nya dalam bahasa Melayu. Gunalah bentuk kata ganti diri yang betul dalam binaan ayat supaya kepersisan bahasa Melayu kita terpelihara.

glokal

mampu berdaya saing di peringkat global (antarabangsa), tetapi berakar umbi atau berpegang teguh pd jati diri lokal (tempat tumpah darah sendiri).

dalam menyingkap tabir paskakemodenan, negara kita diselubungi oleh rencam kemelut dan anasir-anasir negatif. Persoalannya, adakah anak watan pewaris bangsa di negara kita mampu bersedia untuk bersaing di persada glokal yang penuh dengan rencam cabaran? Remaja sering mengalami krisis identiti, justeru terbelenggu dengan nafsu yang membuak-buak dalam diri mereka.

sempang...

se kali lagi, ada pelajar menanya saya soalan yang sama..bila kah sempang diguna kan:  



* 1. kata ganda dieja dengan tanda sempang ((kuih-muih) 
2. Kata ganda dieja tanpa tanda sempang - apabila kedua-dua perkataan ada maksudnya sendiri apabila tidak digandakan (bukit bukau)

*Penggunaan sempang 
i. kata ulang/kata ganda cth. anak-anak,
ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris cth, beribu-ribu,e-mel 
iii. memperjelaskan ungkapan,
iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, cnth. hamba-Mu, pro-Malaysia,
v. merangkaikan ke dgn angka, tahun cnth., ke-125, ke-2000.1930-an 
vi. hbgn. antara kata-kata pd rangkai kata setara tertentu atau istilah. cnth. alat pandang-dengar. 
*vii. Tuhan, menggunakan tanda sempang : kepada - Mu dan rahmat- Nya.