Tuesday, March 8, 2011

Pantun Empat Kerat (Agama) (Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd Rahman Kaeh)


Pantun Empat Kerat (Agama) (Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd Rahman Kaeh)
Kemuning daunnya lampai,
Tumbuh di pusara paduka tuan;
Di  atas dunia kau tak sampai,(tak:sinkope)
Di dalam syurga bernantian.
(maksud: hasrat atau hajat seseorang yang tidak kesampaian di dunia, namun berbalas jua di akhirat.
Persoalan: Manusia sentiasa mempunyai sifat sabar kerana balasan atas kebaikan tidak semestinya diperoleh semasa di dunia kerana mungkin akan dibalas di akhirat.)

Halia ini tanam-tanaman,
Di barat saja akan tumbuhnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.
(maksud:kehidupan kita di dunia yang hanya pinjaman semata-mata dan akhirat yang akan kekal abadi.

Teritip di tepi kota,
Mari dikayuh sampan pengail;
 Imam khatib lagikan berdosa,
Bertambah pula kita yang jahil.
(maksud:sentiasa sedar akan kesilapan kerana tidak ada semua umat tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.)
(Persoalan: Sedar akan kesilapan yang dilakukan kerana setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.)

Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam si riang-riang;
 Menangis mayat di pintu kubur,
Teringat badan tidak sembahyang.
(Maksud: penyesaIan seseorang yang tidak mengamalkan tuntutan agama.)

Buat serunai batang padi,
Bunyi lagu seri pualam;
Serban bukan semuanya haji,
 Haji terletak pada amalan.
(maksud: ukuran keimanan seseorang itu diukur berdasarkan amalan yang diperintahkan oleh agama)
(persoalan:Penyesalan seseorang yang tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim sehingga dihukum di akhirat.)
 (Rima akhir: bebas: abac)

Tiada boleh menetak jati,
Papan di Jawa dibelah-belah;
 Tiada boleh kehendak hati,
Kita di bawah perintah Allah.
(maksud: Kita tidak boleh melakukan sesuatu perkara sesuka hati kerana kita makhluk ciptaan Tuhan dan kita perlu patuh serta taat kepada setiap perintah-Nya.)
(persoalan: Menurut perintah agama supaya terhindar daripada segala 4ksiian di alam kubur.)


Maksud Keseluruhan Pantun - bertemakan nasihat terhadap amalan kebaikan.
Gaya Bahasa
(a) Imej alam — kemuning, halia, teritip, asam kandis, asam gelugur, padi.
(b) Anafora — (pengulangan perkataan yang sama pada awal baris).
(c) Rima akhir pantun terikat dengan struktur rima sengkelang, iaitu abab.
Unsur-unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya, Tumbuh di pusara paduka tuan (pengulangan vokal u).
(b) Aliterasi. Contohnya, Ketiga asam si riang-riang (pengulangan konsonan g).
(c) Jeda, iaitu hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun
Nilai
keJIh yng Tuhan amat mengasihi makhluknya tanpa mengira bangsa dan agama.
tanggungjawab manusia yang baik ialah manusia yang dapat melaksanakan amanah yang diberikan.
Sikap saling menghormati merupakan amalan yang dituntut oleh agama.

Bentuk
(a) Terdiri daripada enam rangkap.
(b) Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu empat bans.
(c) Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah kata.
(d) Setiap baris terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata.
(e) Rima akhir setiap rangkap abab.
(f) Ada pembayang dan maksudnya.

No comments: