i.Berikan maksud rangkap keenam
sajak di atas. [2 markah] Maksud rangkap keenam sajak di atas ialah Penyajak
sedar bahawa sehingga kini, masyarakat masih berbalah untuk menentukan pahlawan
sebenar antara Tuah dengan Jebat.
i.Apakah yang ingin disampaikan oleh
penyajak berdasarkan rangkap pertama sajak di atas? [2 markah]
Perkara yang ingin disampaikan oleh
penyajak berdasarkan rangkap pertama sajak di atas ialah penyajak mengingatkan
bahawa seseorang yang masih bergelar panglima perang akan sentiasa melakukan kekejaman
dan menyimpan perasaan dendam. Namun demikian, penyajak tetap berterima kasih
kerana berpeluang untuk menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan yang sebenar.
i.Bagaimanakah tanggapan penyajak
terhadap Tuah dan Jebat?[2 markah]
Tanggapan penyajak terhadap Tuah dan
Jebat ialah penyajak tidak mahu menyanjung Tuah sebagai pendekar paling gagah kerana
kesetiaan Tuah yang teguh terhadap istana. Selain itu, penyajak juga tidak
menganggap Jebat sebagai pengkhianat kerana dia masih bersedih atas perjuangan
Jebat dalam mempertahankan keadilan.
i.Berikan maksud membajakan
kezaliman. [2 markah]
melakukan kekej aman
ii.Pekerjaan sebagai anggota
keselamatan kurang menjadi pilihan para remaja kini. Pada pendapat anda,
mengapakah keadaan ini berlaku? [3 markah]
...Pendapatan dalam bidang ini tidak
lumayan. Seterusnya, pekerjaan ini terdedah kepada risiko keselamatan diri. Selain
itu, tidak suka terikat dengan peraturan yang ketat. Akhirnya, berasa
malu sekiranya menjadi anggota keselamatan kerana pekerjaan ini tidak popular.
ii. Pahlawan yang
banyak menabur bakti demi kemakmuran negara perlu disanjung. Pada pendapat anda,
apakah cara-cara yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan sebagai tanda
mengingati jasa pahlawan?Pada pendapat saya, cara-cara yang sewajarnya
dilakukan oleh kerajaan sebagai tanda mengingati jasa pahlawan adalah dengan menganugerahkan
pingat kebesaran atau ganjaran kepada para pahlawan sebagai tanda penghargaan
atas jasa mereka. Selain itu, menyambut Hari Pahlawan pada setiap tahun
untuk mengenang jasa mereka. Seterusnya, menyediakan kediaman yang selesa
kepada mereka yang telah bersara. Akhirnya, memberikan bantuan dan sokongan
kepada pahlawan negara yang masih ada atau waris-waris mereka.
ii.Pada pendapat anda, apakah
ciri-ciri seorang pahlawan sejati? [3 markah]
Pada pendapat saya, ciri-ciri
seorang pahlawan sejati ialah Mempunyai semangat juang yang tinggi.
Seterusnya, mempunyai kemahiran dalam bidang pertempuran. Selain itu, sanggup
berjuang bermati- matian untuk mempertahankan negara. Akhirnya, tidak mudah
gentar dan menyerah kalah kepada musuh.
ii.Pada pendapat anda, mengapakah
kita perlu menghargai sumbangan para pahlawan yang mempertahankan negara? [3 markah]
Pada pendapat saya, kita perlu
menghargai sumbangan para pahlawan yang mempertahankan negara kerana mereka
telah Membebaskon negara daripada cengkaman penjajah. Selain itu, generasi
kini dapat menikmati kehidupan yang damai hasil perjuangan para pahlawan.
Seterusnya, sanggup berkorban nyawa untuk berjuang mempertahankan negara di
medan pertempuran. Akhirnya, ikhlas berjuang dan tidak mengharapkan balasan
atas sumbangan mereka.
i.Pada pendapat anda, apakah
ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang yang ingin bergelar pendekar? Berikan
tiga ciri itu. [3 markah]
...bijaksana, berilmu, dan mempunyai
pelbagai kemahiran serta kepandaian ... berani dan tidak gentar menghadapi
cabaran ...amanah, berintegriti, dan bertanggungjawab terhadap tugas yang
dipikul
ii.Pada pendapat anda, mengapakah
Jebat bersungguh-sungguh menuntut keadilan atas hukuman yang dikenakan terhadap
Tuah oleh pihak istana? Nyatakan tiga sebab anda. [4 markah]
...kerana Jebat tahu bahawa Tuah
dijatuhkan hukuman akibat difitnah ... kerana pihak istana tidak menyiasat
dengan teliti sebelum menjatuhi hukuman ...untuk menunjukkan bahawa Jebat
memang bersifat setia kawan terhadap Tuah
iii.Nyatakan dua persoalan yang
terdapat dalam sajak di atas. [4 markah] Dua persoalan yang terdapat
dalam sajak di atas ialah Peperangan akan mencetuskan perasaan dendam
dalam kalangan manusia. Seterusnya, usaha untuk mencari kebenaran tentang
pahlawan dan pengkhianat yang sebenarnya.
Selain itu, sikap tidak mahu memuji dan
berpihak antara Tuah yang setia dengan Jebat yang menuntut keadilan.
Seterusnya, pendustaan yang menggugat keadilan dan ketelusan. Akhirnya, peperangan
menyemarakkan pelbagai dakyah palsu yang melenyapkan kebenaran.
iii.Jelaskan dua gaya bahasa yang
terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Gaya bahasa ialah personifikasi.
Contohnya takhta setia; putik dendam; selumbar sengsara. Selain itu, metafora.
Contohnya peta keadilan. Selain itu, simile. Contohnya seperti
perawan. Hiperbola. Contohnya:
jari-jemari takdir; daerah angkara;
menjungkitkan amarah. Akhirnya, unsur alam. Contohnya putik;
fajar; ke/opak
iii. Nyatakan dua
pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Dua pengajaran yang terdapat dalam
sajak di atas ialah Kita haruslah bersikap berani untuk mengenalpasti kebenarai
supaya kita tidak tersilap membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara.
Seterusnya, kita mestilah bersikap dil dan saksama supaya tidak melakukan
kekejaman. Selain itu, kita hendaklah insaf bahawa peperangan dan perbalahan dalam
kalangan manusia tidak akan mendatangkan kebaikan. Akhirnya, kita haruslah
berusaha dengan gigih dan bersungguh- sungguh untuk memperoleh kebahagiaan
supaya hidup lebih bererti.
i.Huraikan tiga pengajaran yang
terkandung dalam sajak ini.[5 markah]
...kita mestilah bersikap berani
untuk mencari kebenaran agar kita tidak tersilap dalam membuat keputusan
...kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman
...kita mestilah bersungguh-sungguh untuk membina kebahagiaan supaya hidup kita
lebih bermakna
iii.Huraikan tema dan satu persoalan
yang terdapat dalam sajak “Kudup Perang’
...sajak ini bertemakan mencari
kebenaran. Penyajak sedang mencari keadilan antara dua orang pahlawan,
iaitu Tuah yang setia dan Jebat yang menuntut keadilan ... persoalan keadilan
dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan. Contohnya,
iii. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Nilai yang terdapat dalam sajak di
atas ialah nilai Keberanian. Contohnya, penyajak berani mencari jawapan
dan kebenaran antara pahlawan dengan pengkhianat. Selain itu, nilai keadilan
- Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan jujur dan saksama. Seterusnya,
nilai keinsafan . Contohnya, penyajak insaf bahawa peperangan dan
perbalahan akan menjejaskan kehidupan yang harmoni. Akhirnya, nilai kerajinan.
Contohnya, usaha untuk membina kebahagiaan semula dalam kehidupan selepas
berlakunya perbalahan perlu dilakukan dengan gigih.
|

No comments:
Post a Comment