Tahun
|
Soalan
4 - Novel
|
Nov. 2005
|
(a) Memberikanpendapat
tentang dua peristiwa paling menarik dalam sebuah novel.
(b) Membandingkan satulatartempat dalamduabuah
novel.
|
Nov.2006
|
(a) Menghuraikan pengajaran dalam
sebuah novel.
(b) Menjelaskan satu
persoalan berdasarkan dua buah novel.
|
Nov.2007
|
(a) Menjelaskan
dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.
(b) Menghuraikan
cara watak utama dalam dua buah novel menyelesaikan
satu konflik yang dihadapinya.
|
Nov.2008
|
(a) Menjelaskan
dua sebab bahagian permulaan novel menarik minat anda.
(b) Membandingkan
persamaan dan perbezaan satu latar masyarakat berdasarkan
dua buah novel.
|
Nov.2009
|
(a) Menghuraikan
dua bukti ketabahan watak utama.
(b) Menjelaskan
satu contoh nilai kasih sayang dalam dua buah novel.
|
Nov.2011
|
(a) Menghuraikan perwatakan watak
utama dalam sebuah novel yang dipelajari.
(b) Menjelaskan dua
persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang dipelajari.
|
Nov.2012
|
(a) Jelas dua
latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
(b) Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai kemanusiaan yang
terdapat dalam novel tersebut.
|
Jun. 2013
|
(a) Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang
terdapat dalam novel tersebut.(7m)
(b) Pertentangan
pendapat antara watak dalam sesebuah novel bertujuan untuk mengembangkan jalan
cerita. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
huraikan pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak
lain dalam novel-novel tersebut.(8m)
|
Nov. 2013
|
(a) Tulis sinopsis sebuah
novel yang telah anda pelajari. (7m)
(b) Pengarang
mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca. Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga
perisitiwa yang dapat dijadikan teladan. (8m)
|
Jun. 2014
|
(a) Sebuah
novel – Watak sampingan – Huraikan watak dan perwatakan watak sampingan
yang telah ditentukan mengikut novel. (7m)
(b) Sebuah
novel – Jelaskan tiga contoh nilai kasih sayang.. (8m)
|
Nov. 2014
|
(a) Sebuah
novel – Huraikan cara watak utama menyelesaikan satu konflik yang
dihadapinya. (7m)
(b) Dua
novel – Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel. (8m)
|
Jun 2015
|
(a) Sebuah
novel - Berdasarkan dua peristiwa dalam sebuah novel yang
telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran
kepada pembaca.(7m)
(b) Dua
novel – Huraikan satu nilai keberanian yang terdapat dalam setiap
novel. (8m)
|
Nov. 2015
|
(a) Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan kasih sayang yang
terdapat dalam novel tersebut.(7m)
(b) Berdasarkan
dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang
kerjasama yang terdapat dalam setiap novel tersebut. (8m)
|
Jun. 2016
|
(a) Dalam setiap novel terdapat peristiwa
yang menyentuh perasaan pembaca. Berdasarkan dua peristiwa dalam sebuah
novel yang telah anda pelajari, jelaskan sebab peristiwa-peristiwa itu menyentuh
perasaan anda. (7m)
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji,
jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam watak sampingan bagi
setiap novel. (8m)
|
Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
Perwatakan
|
watak
|
Suami kepada Saleha, berasal dari
Melaka dan mempunyai 6 orang anak.
|
Embong
|
Abang sulung kepada Saleha dan
merupakan seorang akan harta serta mementingkan diri.
|
Seman
|
Watak utama dalam novel ini. Dia
berusia 19 tahun. Dia merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik.
|
Dahlia
|
Jiran terdekat kepada Embong
sekeluarga, namun sentiasa berprasangka terhadap Embong sekeluarga.
|
Aton
|
Berstatus janda setelah kematian
suaminya, Dahlan. Dia memanggil Dahlia dengan panggilan “cucu nenek”
disebabkan rasa kasihnya terhadap cucunya itu.
|
Nek kiah
|
Seorang pekedai yang berbangsa
Tionghua di Kampung Parit Haji Rais dan bapa kepada Ann.
|
Tauke Lim
|
Guru kelas Dahlia dan Kavita. Dia
mengajarkan subjek Pengajian Am di Sekolah Perempuan Temenggung Ibrahim.
|
Cikgu hisyam
|
Tunang kepada Dahlia dan bekerja
sebagai kakitangan sementara di Hospital Permai, Johor Bahru.
|
azhari
|
Masukkan teknik plot yang
sesuai bagi novel “Songket Berbenang Emas”.
1.Teknik:dialog
Contohnya; Perbualan Azhari dengan
Najib ketika mereka bertemu buat pertama kali sewaktu bertandang拜访 ke rumah
Dahlia.
2.Teknik:imbas kembali
Contohnya; Ketika berada di
rumahnya, Dahlia teringat kembali pertanyaan orang kampung mengenai
kelambatannya terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said daripada lemas. Dia
juga teringat akan kata-kata kesat Aton yang memaki hamun咒骂 dan menuduhnya
sebagai orang yang membunuh anaknya, Said.
3.Teknik:kejutan
Contohnya; Peristiwa Nek Kiah yang
menghadiahi Dahlia dengan seutas gelang pusaka遗产 miliknya pada han pertunangan Dahlia dengan Azhari. Pembaca tidak
menyangka bahawa nenek Dahlia itu sanggup menghadiahi Dahlia dengan hadiah
sebegitu dan sekali gus menguburkan sikap prejudisnya terhadap Dahlia.
4.Teknik:monolog
Contohnya; Embong bermonolog dengan
menasihati Saleha supaya bersabar menerima rawatan untuk sehari dua lagi dengan
mematuhi nasihat doktor dan akur untuk makan ubat sekiranya masih sakit. Dia
amat yakin bahawa penyakit isterinya tidaklah serius.
5.Teknik:pemerian_
Contohnya; Pengarang memerihalkan
reaksi dan gelagat pelajar-pelajar perempuan ketika melihat Dahlia dan Azhari
sedang minum di kantin sekolah itu.
1(b). Berdasarkan sebuah novel yang
telah anda kaji, huraikan tema novel tersebut. [8 markah]
Berdasarkan novel Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, pengarang memaparkan tema ketabahan
seorang gadis dalam mengharungi
pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.Dahlia gigih menghadapi
ujian dalam hidupnya serta tidak pernah menyalahkan nasib malang yang
menimpa diri dan keluarganya, sebaliknya dia berusaha untuk menempuh semua
ujian tersebut dengan jiwa dan semangat yang kental.Dahlia gigih
menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke Hospital Batu
Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menjalani
rawatan pemulihan akibat menghidap penyakit kemurungan.Kegigihan Dahlia
yang seterusnya dapat dilihat apabila dia dapat menghadapi sikap prejudis
neneknya, iaitu Nek Kiah terhadap mereka sekeluarga dengan tenang.
Tema novel Songket Berbenang Emas
ialah kegigihan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai cabaran
dan dugaan dalam kehidupannya. Berlatarbelakangkan Kampung Parit Haji
Rais, Dahlia tidak pernah menyalahkan nasib malang yang menimpa
dirinya dan keluarganya. Sebaliknya, dia berusaha sedaya usaha menempuh
semua ujian tersebut dengan semangat kental. Cabaran yang dilaluinya bermula
daripada peristiwa ibunya, Saleha yang disahkan menghidap kemurungan dan
terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat, hingga akhirnya dipindahkan ke
Hospital Permai, Johor Bahru untuk rawatan pemulihan.
2(b). Jelaskan dua
latar masyarakat/ Unsur kemasyarakatan yang terdapat dalam sebuah novel
yang telah anda pelajari. [8 markah
Berdasarkan
novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, latar masyarakat
yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat penyayang. Contohnya,
Dahlia amat sayang akan ibunya kerana Dahlia sanggup melawat ibunya yang sedang
menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dengan mengeluarkan wang
biasiswanya untuk membayar tambang
bas dan teksi.
Latar
masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang rajin menimba ilmu . Contohnya, Dahlia, Kavita, dan Siti
Wangi belajar dengan tekun untuk memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan STPM yang bakal diduduki oleh mereka.
...Masyarakat yang tabah
menghadapi dugaan hidup - Dahlia tabah berdepan dengan pelbagai dugaan
termasuklah ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk
menjalani rawatan pemulihan akibat menghidap penyakit kemurungan dan neneknya,
Nek Kiah yang sentiasa memandang serong terhadap Dahlia sekeluarga.
...masyarakat yang tabah
menghadapi masalah dalam rumah tangga. Contohnya, Embong tabah berdepan
dengan sikap ibu mentuanya, Nek Kiah yang sentiasa _menyalahkannya atas
sebarang kejadian yang berlaku tanpa menunjukkan rasa simpati.
... masyarakat yang taat akan
perintah agama. Contohnya, Haji Sulaiman dan Imam Deraman juga
sentiasa mengimarahkan surau di kampungnya dengan bersolat secara
berjemaah.
... masyarakat yang amanah dalam
menjalankan tugas. Contohnya, sebagai pendidik, Cikgu Hisyam dan Cikgu
Salwani bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak
muridnya dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak
muridnya itu.
2b.Unsur
kemasyarakatan dalam novel:
... masyarakat yang mengamalkan
sikap hormat-menghormati walaupun berlainan bangsa. Contohnya, Embong yang
berbangsa Melayu menghormati dan bersahabat baik dengan Tauke Lim yang
berbangsa Tionghua. Begitu juga dengan Dahlia yang bersahabat baik dan
menghormati rakan karibnya, Kavita yang berbangsa India.
.....masyarakat yang mengamalkan
sikap suka membantu dalam menjalankan satu-satu aktiviti. Contohnya, penduduk
kampung berganding bahu dan bekerjasama mendirikan rumah Embong yang baharu
setelah rumah kayu lamanya roboh akibat banjir.
.....masyarakat yang mempunyai
perasaan simpati terhadap penderitaan nasib orang lain. Contohnya, Haji
Sulaiman dan Tauke Lim bersimpati terhadap nasib Embong sekeluarga yang
dihimpit dengan berbagai-bagai ujian dan dugaan seperti masalah kemurungan
Saleha hingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru.
3(b) Huraikan dua nilai kemanusiaan
yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca.
Berdasarkan
novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, dua nilai kemanusiaan yang
boleh dijadikan panduan kepada pembaca ialah nilai belas kasihan_. Contohnya, Tauke Lim bersimpati terhadap
nasib Embong yang berhadapan dengan pelbagai masalah, iaitu masalah kesihatan
isterinya, masalah anak lelaki tunggalnya yang menjadi kutu rayau, dan masalah
ibu mentuanya yang bersikap prejudis terhadap dirinya sekeluarga.
Seterusnya,
nilai kesabaran . Contohnya, Dahlia menghadapi kerenah dan layanan buruk
neneknya, Nek Kiah yang pernah menuduhnya sebagai perempuan yang tidak baik
dengan tenang dan sabar. Nilai Keberanian . Contohnya, Dahlia bertindak
berani dengan terjun ke dalam sungai yang berarus deras dan berkeladak semata-
mata untuk menyelamatkan Said yang lemas.
3b. Tiga nilai
murni:
... Nilai kegigihan. Contohnya,
Dahlia gigih mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi
peperiksaan STPM walaupun berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran seperti
masalah ibunya yang sakit dan peristiwa tragis ayahnya yang dipatuk ular
tedung.
... Nilai kasih sayang. Contohnya,
Dahlia amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia berusaha untuk melawat ibunya yang
sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru.
... Nilai keberanian. Contohnya,
sungguhpun Dahlia hanyalah seorang gadis, namun dia berani terjun ke dalam
sungai yang berkeladak dan berarus deras untuk menyelamatkan Said yang
tenggelam di dasar sungai.
4(b) Jelaskan dua persoalan
yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [8 ]
Berdasarkan
novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, persoalan yang terdapat
dalam novel ini ialah persoalan kepentingan ilmu dalam
kehidupan.Contohnya, Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi belajar dengan bersungguh-sungguh
sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan STPM di Sekolah Perempuan
Temenggung Ibrahim, Batu Pahat, Johor kerana mereka sedar tentang kepentingan
ilmu dalam kehidupan.
Selain
itu, terdapat persoalan keikhlasan dalam menghulurkan pertolongan .
Contohnya, Tauke Lim ikhlas membantu
Embong sekeluarga walaupun dia terpaksa menerima berbagai-bagai tohmahan buruk
dan pandangan sinis daripada segelintir penduduk kampung.
...ketaatan seorang anak
terhadap perintah ibu bapa. Contohnya, Dahlia menunjukkan sifat taat terhadap
ibu dan bapanya. Dahlia sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri demi
memastikan adik-adiknya mendapat penjagaan yang sempurna.
... intergriti dalam
menjalankan tanggungjawab. Contohnya, Doktor Ridhuan begitu amanah menjalankan
tugasnya sebagai pegawai perubatan kesihatan dengan berusaha mengenal pasti
punca dan kaedah penyelesaian bagi mengubati penyakit Saleha.
... dendam kesumat yang memusnahkan
maruah orang lain. Contohnya, Aton menuduh Dahlia sebagai orang yang membunuh
anaknya, Said manakala Embong pula dituduh sebagai perancang kematian anaknya
itu disebabkan sikap dendam kesumat yang masih berbekas di hatinya terhadap
Saleha yang pemah menghalaunya sewaktu dia pergi mengutip hutang daripada
Saleha.
... kebijaksanaan dalam aspek
pengurusan masa secara berkualiti. Contohnya, Dahlia bijak membahagikan masanya
untuk melakukan kerja-keija di dapur, menjaga adik-adiknya, dan mempeamtukkan
masa untuk belajar walaupun ketika itu dia berhadapan dengan situasi getir.
5b. Jelaskan dua latar masa
yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
Pada musim cuti persekolahan -
Peristiwa majlis pertunangan antara Dahlia dengan Azhari berlaku pada musim
cuti persekolahan akhir tahun.
Pada musim hujan - Keluarga bahlia
dan seluruh penduduk kampung Parit Haji Rais terpaksa berpindah ke balai raya
dan surau akibat banjir yang melanda kampung mereka.
...waktu siang. Contohnya, peristiwa
Nek Kiah yang mendatangi rumah Embong dan menggores pintu-pintu di rumah itu
dengan tanda pangkah yang bertujuan sebagai penghalang supaya rumah itu tidak
lagi dimasuki hantu.
...waktu pagi. Contohnya, peristiwa
Dahlia yang terlewat tiba di sekolah kerana bas yang dinaikinya bergerak
perlahan.
...waktu malam. Contohnya, peristiwa
Embong yang mendapati dua ekor kambing peliharaannya telah dicuri diri kandang
kambing setelah mendengar suara kambingnya sayup-sayup.
6b. Jelaskan tiga latar tempat
yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [8
...di rumah Nek Kiah. Contohnya,
Seman memujuk ibunya, Nek Kiah agar menjual tanah pusaka seluas lima ekar yang
bersambung dengan tapak rumah Saleha semasa berada di rumah Nek Kiah.
...di Hospital Permai, Johor Bahru.
Contohnya, Dahlia bertemu dengan Azhari secara tidak sengaja ketika Dahlia melawat
ibunya yang sedang menerima rawatan pemulihan di Hospital Permai akibat
penyakit kemurungan yang dihidapinya itu.
...di Sekolah Perempuan Temenggung
Ibrahim. Contohnya, Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi menuntut ilmu di sekolah ini
sebagai murid tingkatan enam dan bakal menduduki peperiksaan STPM pada
penghujung tahun itu.
Hospital Batu Pahat. Tempat Saleha
dimasukkan ke Wad 6: wad psikiatri sebelum dipindahkan ke Hospital Permai,
Johor Bahru.
7(b) Jelaskan tiga pengajaran
yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [8 ]
...kita mestilah sabar menghadapi cabaran
dan dugaan hidup. Contohnya, Dahlia sabar berhadapan dengan sikap prejudis neneknya,
Nek Kiah dan Mak Aton yang mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap dirinya dan ahli keluarganya.
...kita mestilah gigih dan tekun untuk menuntut ilmu. Contohnya,
Dahlia gigih belajar tanpa mengenal erti jemu dan penat sebagai persediaannya untuk menghadapi peperiksaan
STPM walaupun terpaksa berkorban
masa dan tenaga kerana menjaga adik- adiknya selepas ibunya dimasukkan ke
hospital.
...kita mestilah berani bertindak dengan
pantas untuk menyelamatkan
nyawa orang lain. Contohnya, Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berkeladak dan berarus
deras untuk menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai sungguhpun dia hanyalah seorang
gadis.
... Kita mestilah bersabar menghadapi
cabaran dan dugaan hidup. Contohnya, Dahlia bersabar apabila berhadapan dengan
sikap prejudis dan kata-kata kesat daripada neneknya, Nek Kiah dan Mak Aton
terhadap dirinya dan ahli keluarganya.
... Kita hendaklah tegas dalam membuat keputusan.
Contohnya, Dahlia mengatakan pendiriannya
dengan tegas bahawa dia hanya akan berkahwin dengan Azhari setelah dia berjaya
dalam pelajaran dan
dapat membantu
keluarganya terlebih dahulu.
... Kita perlulah berdikari dalam melaksanakan sesuatu
perkara. Contohnya, Dahlia pergi ke Hospital Permai, Johor Bahru seorang diri
tanpa ditemani oleh
orang lain untuk mengunjungi
ibunya, Saleha yang sedang menerima rawatan di situ.
8 (b) Teknik dialog mempunyai fungsi
penting dalam penggarapan cerita sesebuah novel. Huraikan kepentingan teknik
dialog dalam penggarapan cerita berdasarkan novel yang telah anda pelajari.
...pembaca merasakan bahawa
watak-watak dalam novel benar-benar hidup. Contohnya, melalui dialog Dahlia
yang terucap dalam berbagai-bagai situasi dari bab pertama hingga bab akhir,
pembaca dapat merasakan bahawa watak ini benar-benar hidup.
...menjelaskan sesuatu isu, perkara
atau kejadian. Contohnya, melalui perbualan antara Dahlia dengan Doktor
Ridhuan, pembaca dapat mengetahui perkembangan sebenar kesihatan ibunya yang
sedang menjalani rawatan akibat penyakit kemurungan di Hospital Permai, Johor
Bahru.
... menggambarkan perwatakan watak
dengan lebih jelas. Contohnya, melalui kata-kata yang diungkapkan oleh Aton
terhadap orang-orang kampung mengenai Embong dan Dahlia, pembaca dapat membuat
penilaian bahawa dia merupakan seorang yang busuk hati dan suka beradu domba.
9(b) Berikan tiga unsur gaya bahasa
berserta dengan contoh yang sesuai.
...bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Contohnya, assalamualaikum; the best man win.
... peribahasa dan
simpulan bahasa. Contohnya, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul;
mulut tempayan.
... simile.
Contohnya, Abu Bakar memandang wajah adiknya itu seperti mahu menelan;
keriangan benar-benar bagai awan putih di langit.
10 (b) Anda telah mengkaji novel
dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. Anda berpendapat bahawa peristiwa yang dipaparkan
dalam novel tersebut sesuai dan tepat. Berikan alasan anda. [8 markah]
...peristiwa dalam novel adalah
peristiwa yang realistik
dan berpijak di bumi nyata.
Contohnya, peristiwa Dahlia yang cuba untuk menyelamatkan Said yang lemas di sungai tetapi gagal merupakan peristiwa
yang realistik.
...peristiwa yang dipaparkan mampu menegur dan mendidik
masyarakat secara halus. Contohnya, peristiwa Nek Kiah yang bersikap prejudis terhadap cucunya,
Dahlia telah membuka mata
pembaca akan kesan buruk akibat bersikap negatif seperti itu.
...peristiwa yang dipaparkan dan
diolah selari dengan
konflik atau peleraian yang dikemukakan. Contohnya, konflik yang berlaku
antara Dahlia dengan Nek Kiah yang pada awalnya tidak membenci Dahlia
dan keluarganya tetapi akhirnya berasa insaf dan sedar akan kesilapannya.
14b. watak utama: Dahlia
gigih - Dahlia
belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam STPM walaupun dia
menghadapi pelbagai cabaran hidup, seperti emaknya menghidap sakit mental,
ayahnya dipatuk ular,
adiknya (Abu Bakar) gemar berpelesiran,
dan Nek Kiah sentiasa menyakitkan
hatinya - kegigihannya dapat dijadikan teladan kerana berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk mencapai kejayaan
berani
-
Dahlia terjun ke dasar
sungai di depan rumahnya untuk menyelamatkan Said walaupun pada ketika itu arus
sungai sangat deras -
keberanian Dahlia dipuji
oleh Tauke Lim - keberaniannya dapat dijadikan teladan kerana berani menempuh cabaran dalam usaha membantu orang
lain
15b. teknik imbas kembali - Embong
teringat akan Saleha yang pernah menghalau penagih hutang, iaitu Aton walhal
hutang itu telah dijelaskan oleh Saleha - dalam ingatan Embong, peristiwa itu
berlaku tiga atau empat tahun yang lalu
teknik imbas muka - Dahlia
membayangkan kata-kata emaknya kepadanya sewaktu dia ingin melawat emaknya di
Hospital Taman Bahagia
dia membayangkan emaknya
berbual-bual dengannya
16b.Klimaks plot-konflik, cabaran
Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang - Nek Kiah pula sakit dan dibawa ke
hospital untuk dirawat - selepas itu, sikap Nek Kiah berubah menjadi baik setelah sedar akan keluhuran budi Embong
sekeluarga
Nek Kiah tidak jadi menjual tanah tapak rumah
Dahlia - peristiwa itu dianggap klimaks kerana pada ketika inilah semua masalah Dahlia yang
menyebabkan perasaannya tertekan
mula selesai / berakhir
17b.Satu peristiwa pengakhiran cerita
dan kewajaran pengarang mengakhiri cerita tersebut:
... Peristiwa Dahlia yang bergegas
ke stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur dari rumahnya walaupun
majlis pertunangannya dengan Azhari belum selesai sepenuhnya.
... Pengarang wajar mengakhiri
cerita sedemikian sebagai membuktikan Dahlia ingin segera ke stesen bas supaya
dia tidak ketinggalan menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur bagi mengejar
impiannya.
18b.Satu watak sampingan dan
perwatakannya:
... Watak sampingan - Embong ...
Perwatakannya - bersikap penyabar
ketika menghadapi fitnah.
Contohnya, Embong sabar dengan tuduhan dan fitnah Aton yang mengaitkannya dengan kematian anak
lelaki tunggalnya, Said.
Sinopsis
Dahlia, pelajar tingkatan enam atas
menempuh pelbagai cabaran dalam hidupnya. Keluarganya yang miskin menumpang di
tanah milik neneknya, Nek Kiah. Haji Sulaiman dan Tauke Lim banyak membantu
keluarga mereka. Emaknya, Saleha mengalami tekanan perasaan sehingga hilang
ingatan dan terpaksa dirawat di Hospital Taman Bahagia, di Johor Bahru. Ayahnya,
Embong pula dipatuk ular dan dimasukkan ke dalam wad selama beberapa hari.
Adiknya, Abu Bakar mahu berseronok-seronok sahaja.
Ketiadaan Saleha di rumah
menyebabkan Dahlia terpaksa menguruskan adik-adiknya yang masih kecil, iaitu
Anggerik, Kiambang, dan Melati. Dia terpaksa keluar dari asrama dan kerap
ponteng sekolah kerana menjaga adik-adiknya. Cikgu Hisyam dan kawan baiknya,
Kavita memberi dorongan kepada Dahlia supaya terus bersekolah kerana dia
mempunyai peluang yang cerah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam STPM.
Azhari, seniornya semasa di sekolah
sebelum ini menyuarakan hasrat hati untuk melamar Dahlia. Dahlia menolaknya
kerana mahu belajar dahulu dan bekerja untuk membantu keluarganya. Namun
demikian, Azhari tetap tegas dengan keputusannya lalu menghantar rombongan
untuk merisik Dahlia. Embong dan Dahlia sendiri tidak memberi sebarang
keputusan yang pasti kepada Azhari. Pada masa yang sama, Najib juga menyimpan
perasaan terhadap Dahlia.
Dahlia dipandang serong oleh
penduduk kampung apabila dia dikunjungi oleh Azhari dan Najib. Aton yang
sememangnya mendendami Dahlia kerana menyangka Dahlia sebagai punca kematian
anaknya, Said telah menyampaikan htnah kepada Hajah Maimon, isteri Haji
Sulaiman. Dahlia amat sedih akan tuduhan itu tetapi Abu Bakar memujuknya.
Barulali Abu Bakar sedar akan beban berat yang ditanggung oleh kakaknya selama
ini sedangkan dia tidak mempedulikan hal keluarganya. Peristiwa itu menyebabkan
Abu Bakar insaf akan kesilapannya.
Nek Kiah memberitahu Dahlia bahawa
tanah yang didiaminya sekarang akan dijual kepada pihak lain. Jika Dahlia mahu
tinggal di tanah itu, keluarganya perlu membayar sebanyak RM15 000. Nek Kiah
bertindak begitu kerana desakan daripada Seman, abang Saleha yang menghadapi
masalah hutang.
Saleha pulang ke rumah setelah
penyakitnya sembuh. Embong juga sudah semakin sihat. Dahlia sudah dapat kembali
ke sekolah dan bersiap sedia menghadapi peperiksaan yang semakin hampir. Azhari
datang ke rumah Dahlia lagi bersama-sama keluarganya. Dahlia mengajaknya
melawat Nek Kiah yang sakit dan sudah agak lama tidak dilawatinya. Dahlia
terkejut apabila melihat keadaan neneknya yang uzur. Nek Kiah dibawa ke
hospital dan dirawat beberapa hari di wad.
Selepas keluar dari wad, Nek Kiah
tinggal di rumah Dahlia. Nek Kiah mula insaf akan kesilapannya. Dia sedar
bahawa hanya keluarga Dahlia yang benar-benar menjaganya sedangkan Seman dan
cucunya yang lain langsung tidak kelihatan. Selepas itu, Nek Kiah tidak
membangkitkan isu tanah yang hendak dijualnya itu lagi.
Kampung tersebut dilanda banjir
sehingga penduduk terpaksa berpindah ke tempat pemindahan termasuk keluarga
Embong. Dahlia tetap mengulang kaji pelajaran meskipun keadaan tidak selesa.
Haji Sulaiman pula menegur penduduk kampung yang bersikap mementingkan diri.
Dia berharap agar penduduk akan lebih mengambil berat terhadap satu sama lain.
Impian itu terkabul apabila penduduk bergotong-royong membina rumah Dahlia
semula kerana rumah itu roboh akibat dilanda banjir.
Keluarga Azhari datang ke rumah
Dahlia untuk berbincang mengenai tarikh pertunangan Dahlia dengan Azhari.
Mereka menetapkan tarikhnya pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia menamatkan
peperiksaan STPM.
Sementara itu, Encik Daim datang ke
rumah Dahlia bagi memaklumkan bahawa Dahlia telah terpilih untuk mengikuti
pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum pergi ke Jepun, Dahlia perlu
mengikuti kursus mempelajari bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti
Malaya dan perlu melaporkan diri pada 31 Disember. Pada hari
pertunangan, Dahlia bersiap sedia menanti kedatangan rombongan keluarga Azhari.
Namun demikian, rombongan tersebut masih belum sampai hingga petang sedangkan
Dahlia terpaksa berangkat ke Kuala Lumpur. Emak dan ayahnya menyampaikan
beberapa pesanan manakala Nek Kiah menghadiahkan seutas gelang pusaka kepadanya.
Haji Sulaiman pula menyampaikan sumbangan wang daripada penduduk kampung kepada
Dahlia, termasuk daripada Tauke Lim.
Azhari muncul di tempat menunggu
bas. Dia memberitahu Dahlia bahawa dia terlewat kerana bapa saudaranya lewat
sampai. Sebelum Dahlia berangkat, Azhari memberikan sehelai songket berbenang
emas kepada Dahlia sambil berpesan agar Dahlia menjaga jati dirinya sebagai
orang Melayu walaupun di mana-mana dia berada.
1.(a) huraikan dua contoh yang boleh
dikaitkan dengan persoalan berkaitan ketaatan. [7 markah]
Berdasarkan
novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, contoh yang boleh
dikaitkan dengan persoalan berkaitan ketaatan ialah ketaatan seorang _anak__________terhadap
perintah _ibu bapa__. Contohnya, Dahlia menunjukkan sifat taat akan suruhan ibu
bapanya apabila Dahlia sanggup__mengetepikan__ kepentingan diri untuk memastikan
adik-adiknya mendapat penjagaan yang sempurna.
Contoh seterusnya yang boleh dikaitkan dengan persoalan berkaitan
ketaatan ialah ketaatan anak-anak terhadap perintah__bapa_____. Contohnya,
Melati, Mawar, dan Kiambang taat akan suruhan bapa mereka dengan __bergilir-gilir_____
menjaga Anggerik semasa ketiadaan
ibu mereka yang sedang menerima rawatan di hospital.
2.(a)Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan keistimewaan watak utama
sehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca. [7 markah\
Berdasarkan
novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, watak utama dalam
novel ini ialah Dahlia. Keistimewaan watak utama sehingga menimbulkan perasaan
kagum dalam diri pembaca ialah Dahlia seorang yang___berhemah tinggi____ . Contohnya, Dahlia tidak membalas dengan
kata-kata yang kasar atau kesat apabila Mak Aton__memaki hakumnya sebagai perempuan yang tidak baik.
Keistimewaan watak utama yang seterusnya ialah Dahlia seorang yang__bertanggungjawab_______________ . Contohnya, Dahlia bersedia untuk menjaga
adik bongsunya, Anggerik dan adik-adiknya yang lain __sepanjang ibunya menerima
rawatan di hospital kerana dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai anak sulung
dalam keluarga.
3(a)Berikan dua contoh ketabahan
watak utama yang dapat dijadikan teladan.
... ketabahan watak utama ini dapat
dilihat apabila Dahlia sanggup menerima tawaran mengikuti Kursus Pengurusan
Perniagaan selama empat tahun di Jepun sebagai bekalan masa depannya walaupun
berjauhan dengan keluarga tercinta.
... ketabahan lain berlaku dalam
contoh peristiwa Dahlia menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku dalam
keluarganya dengan cekal dan tabah sepanjang tempoh ibunya menerima rawatan di
hospital.
4(a)dua peristiwa menyayat hati:
... Peristiwa semasa mengemas bawah
rumah yang berselerak, Bakar telah menemukan dua biji telur ayam berwama hitam
dan berbau busuk yang mengandungi pelbagai bahan untuk tujuan sihir dan khianat
terhadap ahli keluarganya.
... Peristiwa Embong sekeluarga
bergilir-gilir menjaga Nek Kiah selama dia berada di hospital itu. Nek Kiah
berasa bersalah atas sikap prejudisnya terhadap Embong sekeluarga. Nek Kiah
tinggal di mmah Embong setelah dibenarkan pulang dari Hospital Batu Pahat.
5(a) Pengarang mewujudkan
peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang
dapat dijadikan teladan.
Peristiwa Dahlia sanggup menerima
tawaran mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan pada peringkat ijazah pertama
selama empat tahun di Jepun demi masa hadapannya walaupun dia terpaksa
berjauhan dengan keluarga tercinta - Peristiwa ini dapat dijadikan teladan
kerana kita hendaklah berkorban untuk mencapai cita-cita.
Peristiwa Dahlia menempuh dugaan
yang berlaku dalam keluarganya dengan tabah sepanjang tempoh ibunya menerima
rawatan di hospital akibat menghidap penyakit kemurungan - Peristiwa ini dapat
dijadikan teladan kerana kita hendaklah bersabar dalam menghadapi dugaan hidup.
Peristiwa Embong yang tetap melayani
ibu mentuanya, Nek Kiah dengan baik walaupun ibu mentuanya itu bersikap
prejudis terhadap Embong sekeluarga - Peristiwa ini dapat dijadikan teladan
kerana kita tidak seharusnya menyimpan perasaan dendam terhadap orang lain
terutamanya terhadap ahli keluarga.
6 (a) Berdasarkan sebuah novel yang
telah anda pelajari, huraikan dua kepincangan masyarakat yang terdapat
dalam novel itu. [7 ]
Kepincangan masyarakat yang terdapat
dalam novel: ...masyarakat yang mempunyai sifat dendam yang menebal. Contohnya,
Mak Aton menuduh Dahlia sebagai orang yang membunuh anaknya, Said manakala
Embong pula dituduh sebagai perancang kematian anaknya itu disebabkan dendam
kesumat yang masih berbekas dalam hatinya terhadap Saleha yang pemah
menghalaunya sewaktu dia datang untuk mengutip hutang.
...masyarakat yang memandang serong
terhadap orang lain. Contohnya, Nek Kiah dan Mak Aton sering memandang serong
dan bersikap prejudis terhadap Dahlia dan keluarganya.
7(a)cabaran-cabaran yang dihadapi
watak utama:
... Cabaran Dahlia bermula dengan
kegagalannya dalam usaha memujuk dan membawa ibunya yang mengalami masalah
kemurungan, bercakap sendirian dan sesekali ketawa di kebun getah untuk balik
ke rumah. Di situlah cabaran yang dilaluinya bermula daripada peristiwa ibunya,
Saleha yang mengalami penyakit kemurungan dan terpaksa dihantar ke Hospital
Batu Pahat untuk rawatan pemulihan.
... Cabaran berikut ialah berkaitan
dengan fitnah Aton terhadap dirinya. Aton memaki hamun dan menuduh Embong
sebagai perancang kematian Said dan Dahlia dikatakan sebagai orang yang
membunuh anaknya itu dan menyebabkan sesetengah penduduk kampung yang tidak
tahu cerita sebenar turut terpengaruh oleh cerita palsu Aton. Akibat dendam
yang membara, Aton semakin galak menyindir dan memhtnah Dahlia sebagai
perempuan yang rendah akhlak.
8a. Berdasarkan sebuah novel yang
telah anda pelajari, nyatakan dua peristiwa bahagian permulaan dan
jelaskan sebab peristiwa itu menarik minat anda untuk meneruskan
pembacaan.
Sebab
peristiwa bahagian permulaan menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan:
...peristiwa ibu Dahlia yang
bersikap pelik sejak beberapa hari seperti bercakap sendirian di bawah pokok getah
dan merayau tidak tentu arah apabila menjelangnya waktu senja. Peristiwa itu
menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan kerana saya ingin mengetahui
punca keadaan ibu Dahlia menjadi sedemikian dan nasib ibu Dahlia selanjutnya.
...hubungan antara Azhari dengan
Dahlia yang digambarkan sebagai pasangan bercinta. Peristiwa itu menarik minat
saya untuk meneruskan pembacaan kerana saya ingin mengetahui kesudahan hubungan
antara mereka berdua.
9(a) Berdasarkan sebuah novel yang
telah anda pelajari, huraikan dua pengajaran tentang tanggungjawab yang
terdapat dalam novel tersebut.
Pengajaran tentang
tanggungjawab:...Doktor Ridhuan bersikap amanah dalam menjalankan tugasnya
sebagai pegawai perubatan kesihatan dengan berusaha mengenal pasti punca dan
kaedah penyelesaian untuk mengubati penyakit Saleha. Kita hendaklah
melaksanakan tanggungjawab terhadap tugas dengan sebaiknya dan memberikan
komitmen yang sepenuhnya terhadap tugas tersebut.
...sebagai anak sulung, Dahlia
mengunjungi ibunya, Saleha yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai,
Johor Bahru dengan sanggup mengeluarkan wang biasiswanya untuk membeli tiket
bas dan membayar tambang teksi. Kita hendaklah bertanggungjawab dan mengambil
berat terhadap ibu dan ahli keluarga yang ditimpa kesusahan.
10(a) Huraikan dua contoh peristiwa
yang boleh dikaitkan dengan nilai kasih sayang. [7 markah]
Contoh
peristiwa yang boleh dikaitkan dengan nilai kasih sayang. Contohnya kasih
sayang seorang anak terhadap ibu. Contohnya, Dahlia amat menyayangi
ibunya kerana dia berusaha untuk mengunjungi ibunya, Saleha yang sedang
menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dengan sanggup mengeluarkan
wang biasiswanya untuk membeli tiket bas dan membayar tambang teksi.
...kasih sayang seorang suami
terhadap isterinya. Contohnya, Embong sangat menyayangi isterinya, Saleha
yang sedang dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru akibat penyakit kemurungan.
Dia sentiasa berdoa agar isterinya itu sihat dan kembali dengan segera ke
pangkuan mereka sekeluarga.
...
kasih sayang ibu bapa kepada anak. Embong dan Saleha sangat menyayangi
anak-anak mereka, iaitu Dahlia, Abu Bakar, Mawar, Kiambang, Melati dan
Anggerik.
... belas kasihan. Tauke Lim
bersimpati terhadap Embong yang berhadapan dengan masalah kesihatan isterinya,
masalah anak lelaki tunggalnya yang menjadi kutu rayau dan masalah ibu
mentuanya yang bersikap prejudis terhadap keluarganya.
11a. Konflik merupakan satu teknik
penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah
novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh
watak utama dan cara watak itu menyelesaikan konflik tersebut.
... watak utama dalam novel ini
ialah Dahlia.
...konflik antara Dahlia dengan
neneknya, Nek Kiah. KonAik ini tercetus apabila neneknya sentiasa bersikap prejudis
terhadapnya seperti memanggilnya sebagai perempuan yang tidak baik. Dahlia
menangani konflik dengan neneknya itu dengan bersabar.
... konflik antara Dahlia dengan
Cikgu Salwani. Konflik ini berlaku disebabkan kesalahan Dahlia yang tiba lewat
di sekolah. Cikgu Salwani cuba mengenal pasti punca perkara itu berlaku. Dahlia
menangani konfliknya itu dengan menerangkan punca kelewatannya ke sekolah dan
mengambil keputusan untuk keluar sementara dari asrama sekolahnya.
12a. Huraikan
dua peristiwa berkaitan dengan konflik:
... Peristiwa yang berkaitan dengan
konflik dalam novel ini adalah apabila Dahlia tiba di Hospital Batu Pahat untuk
melawat ibunya yang menerima rawatan di situ, namun Haji Sulaiman memaklumkan
kepadanya bahawa ibunya telah dipindahkan ke Hospital Permai di Johor Bahru,
Johor.
... Peristiwa lain yang dikatakan
konflik adalah apabila Dahlia dikatakan sebagai pembunuh menyebabkan sesetengah
penduduk kampung yang tidak tahu cerita sebenar turut terpengaruh oleh cerita palsu
Aton. Seman pula memfitnah adik iparnya Embong kepada ibunya, Nek Kiah yang
katanya menjadi punca Saleha menjadi gila selain memujuk dan mencadangkan
emaknya agar menjual tanah pusaka seluas lima ekar termasuklah tapak rumah
Embong.
13a. Huraikan dua nilai
tanggungjawab yang terkandung dalam novel tersebut.
...tanggungjawab seorang suami
terhadap kesihatan isteri. Contohnya, Embong membenarkan Haji Sulaiman dan tiga
orang kakitangan Hospital Batu Pahat membawa isterinya, Saleha bagi mendapatkan
rawatan pemulihan di hospital dengan harapan supaya isterinya itu akan sembuh
seperti sedia kala selepas menjalani rawatan.
...tanggungjawab seorang pemimpin
terhadap anggota masyarakat di kampungnya. Contohnya, selaku Pengerusi
Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Haji Rais, Haji
Sulaiman menunaikan tanggungjawabnya seperti terlibat dalam majlis sambutan
Maulidur Rasul dan menjalankan aktiviti bergotong- royong bagi membina semula
rumah baharu Embong yang telah musnah akibat banjir.
14a. Berikan dua contoh hubungan
antara satu watak dengan satu watak yang lain dan bincangkan kepentingan
hubungan antara watak itu.
... hubungan adik-beradik antara
Dahlia dengan Anggerik. Kepentingannya ialah sebagai anak sulung, Dahlia banyak
membantu bapanya, Embong dalam menguruskan adik- adiknya terutamanya Anggerik
sepanjang ibunya berada di hospital.
... hubungan guru dengan murid,
iaitu antara Cikgu Hisyam dengan Dahlia. Kepentingannya ialah sebagai guru
kelas, Cikgu Hisyam mendidik dan membantu murid-muridnya, termasuklah Dahlia
untuk menghadapi peperiksaan STPM di samping turut memberikan galakan kepadanya
untuk belajar dengan bersungguh- sungguh.
15a. Anda telah mempelajari teks
novel dan anda berpendapat bahawa novel itu amat sesuai dijadikan bahan bacaan
remaja. Berikan alasan anda berhubung dengan pendapat anda tersebut.
... mengandungi banyak nilai murni
yang baik dan boleh dicontohi oleh remaja. Contohnya, Dahlia yang tetap
bersabar dengan sikap prejudis neneknya yang menggelarnya sebagai perempuan
yang tidak baik.
... memaparkan watak-watak remaja
yang mampu mempengaruhi jiwa remaja. Contohnya, peristiwa Dahlia yang
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM walaupun terpaksa
membahagi- bahagikan masa untuk belajar dan menjaga adiknya dapat mempengaruhi
remaja agar bijak menguruskan masa dengan tidak mengabaikan pelajaran.
... mengandungi pengajaran yang
berguna untuk dijadikan teladan oleh remaja. Contohnya, sikap berani Dahlia
yang pergi ke Johor Bahru secara bersendirian untuk menziarahi ibunya di
Hospital Permai dapat menjadi teladan kepada remaja agar sentiasa mempunyai
keberanian dalam diri.
16a.Nyatakan satu watak antagonis
dan bincangkan pertentangan watak itu dengan watak utama novel tersebut.
... Pertentangan watak mula berlaku
apabila Aton memaki hamun dan menuduh Embong sebagai perancang kematian Said.
Dahlia turut dituduh membunuh anaknya itu hingga sesetengah penduduk kampung
yang tidak tahu cerita sebenar turut terpengaruh oleh cerita palsu Aton. Akibat
dendam yang membara, Aton semakin galak menyindir dan memfitnah Dahlia sebagai
perempuan yang rendah akhlak semasa mereka bersama-sama menyediakan hidangan
untuk Majlis Maulidur Rasul peringkat Kampung Parit Haji Rais. Kata-kata fitnah
Aton itu telah. mengundang rasa marah Bakar yang kemudiannya cuba untuk
menyerang Aton tetapi berjaya dihalang oleh Haji Sulaiman. Ketika di rumah,
Bakar memujuk kakaknya yang sedang menangis dan bersedih atas tohmahan dan
fitnah Aton itu.
watak
antagonis: Aton
suka membuat fitnah - apabila
melihat kepulangan Dahlia dihantar oleh Azhari, kemudian Azhari datang ke rumah
Dahlia serta diikuti oleh Najib, dia menyampaikan berita tersebut kepada Hajah
Maimon, isteri Haji Sulaiman - kepentingan perwatakannya ini adalah untuk
menjadikan perwatakan Dahlia lebih tabah dan cekal
pendendam - Aton mendendami Dahlia
atas kematian anaknya,
Said yang lemas di sungai – dia
menuduh Dahlia sebagai punca anaknya mati lemas kerana Dahlia lambat
menyelamatkan anaknya itu - kepentingan perwatakannya ini adalah untuk
mengembangkan plot cerita tersebut
17a. Huraikan dua peristiwa
menarik:
... Peristiwa cikgu Salwani memarahi
dan menegur Dahlia kerana terlewat datang ke sekolah - peristiwa ini menarik kerana
dapat memperlihatkan sifat keprihatinan yang tinggi seorang guru terhadap anak
muridnya ... Peristiwa Nek Kiah menerangkan kegunaan dan pengertian sirih
pinang sebagai simbol budaya dalam adat perkahwinan bangsa Melayu secara
mendalam kepada Dahlia - peristiwa ini. menarik kerana penerangan Nek Kiah itu
dapat memberikan pengetahuan dan ilmu yang amat berguna kepada Dahlia dan para
pembaca
18a.Cara watak utama menghadapi
cabaran: Watak utama: Lia/Dahlia/Dahlia binti Embong
... Cabaran berdepan dengan sikap
prejudis dan kata-kata kurang sopan daripada neneknya, Nek Kiah - Dahlia
menghadapi cabaran tersebut dengan bersikap sabar, sentiasa berfikir secara
positif, dan berbuat baik kepada neneknya itu.
... Cabaran berdepan dengan
ketiadaan ibu untuk menguruskan keluarga - Dahlia terpaksa keluar dari asrama
sekolah dan berulang-alik dari rumah ke sekolah untuk menjaga adik- adiknya,
terutama adik bongsunya, Anggerik ketika bapanya pergi bekerja. Hal ini
demikian kerana ibunya, Saleha masih menerima rawatan dan ditahan di Hospital
Permai, Johor Bahru atas penyakit kemurungannya itu.
19a. Sebab pengarang menimbulkan
konflik antara watak:
... Konflik menjadikan cerita
menarik perhatian pembaca. Contohnya, konflik yang dihadapi antara Embong dengan
ibu mentuanya, Nek Kiah - disebabkan faktor Embong merupakan anak dagang yang
yatim piatu dan tidak berharta, Nek Kiah tidak merestui perkahwinan Embong
dengan anak perempuannya, Saleha. Nek Kiah sering menyalahkan Embong atas
permasalahan yang berlaku kepada anak perempuannya dan ahli keluarganya itu. .
... Konflik dapat memanjangkan
cerita. Contohnya, konflik antara Embong dengan Aton - disebabkan faktor dendam
yang tidak berkesudahan, Aton sering menabur fitnah dan memburuk-burukkan
Embong, Saleha, dan Dahlia walaupun Dahlia berusaha menyelamatkan nyawa
anaknya, Said yang tenggelam di dasar sungai.
20a.Perasaan saya sebagai pembaca:
... Perasaan sedih dan kecewa dengan
sikap prejudis dan berburuk sangka seorang nenek terhadap cucunya. Contohnya, Nek
Kiah menuduh cucunya sebagai seorang perempuan yang tidak baik apabila melihat
dua orang kawan Dahlia, iaitu Najib dan Azhari datang ke rumahnya ketika
bapanya masih menerima rawatan di Hospital Batu Pahat dan ketika ibunya masih
ditahan untuk rawatan lanjut di Hospital Permai, Johor Bahru.
... Perasaan gembira dan bangga
terhadap kejayaan seorang gadis dalam pelajarannya. Contohnya, kejayaan Dahlia
yang terpilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk mengikuti kursus
Pengurusan Pengajian Perniagaan di Jepun pada peringkat ijazah pertama selama
empat tahun amat membanggakan seluruh ahli keluarga dan penduduk Kampung Parit
Haji Rais.

... Perasaan benci dan marah dengan tindakan tidak berperikemanusiaan seorang abang terhadap ahli keluarga adik kandungnya. Contohnya, Seman yang merupakan abang Dahlia yang sulung telah menghasut ibunya, Nek Kiah untuk membenci adik iparnya, Embong dan keluarganya dengan memburuk-burukkan Embong.
21a. Satu peristiwa pengakhiran
cerita dan kewajaran pengarang mengakhiri cerita tersebut:
... Peristiwa Dahlia yang bergegas
ke stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur dari rumahnya walaupun
majlis pertunangannya dengan Azhari belum selesai sepenuhnya.
... Pengarang wajar mengakhiri
cerita sedemikian sebagai membuktikan Dahlia ingin segera ke stesen bas supaya
dia tidak ketinggalan menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur bagi mengejar
impiannya.
22a.Nilai pengorbanan
(a) Embong berkorban masa dan tenaga demi mencari rezeki untuk menyara
keluarganya. Dia bekerja dengan gigih, seperti bekerja di estet, mengambil upah
memotong buah kelapa sawit di kebun orang lain, dan memelihara kambing.
Walaupun baru keluar dari wad akibat dipatuk ular, Embong terus bekerja bagi
mendapatkan wang.
(b) Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya di rumah sewaktu
emak dan ayahnya menerima rawatan di hospital. Dia sanggup keluar dari asrama,
malahan ponteng sekolah beberapa hari untuk menguruskan adik-adiknya di rumah.
23a.Cara watak utama setiap novel
menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya:
... Konflik - sikap prejudis nenek
Dahlia, Nek Kiah terhadap Dahlia dan anggota keluarganya ... Cara penyelesaian
- Dahlia sentiasa bersabar dan berbuat baik terhadap neneknya itu seperti
mengambil berat dan menjaga Nek Kiah ketika beliau terlantar sakit.
24a.Persoalan keberanian:
... Persoalan keberanian bergelut
dengan haiwan berbahaya. Contohnya, Embong berani bertarung seterusnya membunuh
ular sawa sebesar peha yang cuba membelitnya ketika dia membersihkan kebun
sawit di Parit Haji Kadir.
... Persoalan keberanian menggadaikan
nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Contohnya, Dahlia berani terjun ke
sungai yang berkeladak dan berarus deras bagi menyelamatkan Said yang baru
sahaja tenggelam ke dasar sungai.
26a.Kesudahan cerita:
... Saya kurang bersetuju dengan
kesudahan cerita novel ini. Pengakhiran novel yang sepatutnya, majlis
pertunangan antara Azhari dengan Dahlia tersebut dapat disudahkan dengan majlis
menyarung cincin. Aton yang berhati busuk menerima balasan, iaitu berubah sikap
menjadi gila/ kurang siuman akibat tekanan perasaannya atas kematian anak
lelaki tunggalnya, Said. Masyarakat kampung yang mempercayai kata- kata fitnah
daripada Aton mulai sedar dan memohon maaf kepada Embong dan keluarganya. Seman
pula mendapat balasan seperti rumahnya terbakar dan dia disah- kan menghidap
penyakit jantung akibat terkejut dengan tindakan emaknya membatalkan urusan
penjualan tanah pusakanya itu.
27a) Huraikan persoalan kerjasama
yang terdapat dalam novel
Penduduk kampung bekerjasama setelah
mereka ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka bekerjasama membina rumah Embong yang
roboh akibat dilanda banjir......Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan
wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran. Haji
Sulaiman bekerjasama dengan pihak Hospital Batu Pahat untuk membawa Saleha ke
hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
28a) Huraikan persoalan keinsafan
yang terdapat dalam novel tersebut.
Abu Bakar insaf akan kesalahannya
yang suka berpelesiran dengan rakannya...Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang
sanggup menjual kambing abahnya. Perasaan insaf itu telah mendorong Abu Bakar
berbuat baik kepada mereka, seperti membersihkan kawasan persekitaran rumah.
... Nek Kiah insaf akan kesalahannya
yang memandang serong terhadap keluarga
Dahlia. Sewaktu Nek Kiah sakit hanya Dahlia dan keluarganya yang menjaga
beliau.
29a) Huraikan persoalan kesabaran
yang terdapat dalam novel.
Persoalan kesabaran dalam menghadapi
dugaan dalam kehidupan. Dahlia tetap bersabar apabila Aton _memfitnahnya
sewaktu dihantar oleh Azhari. Dahlia
tetap bersabar apabila Aton mengatakan bahawa dia pembunuh Said. Dahlia bersabar
mengharungi kehidupannya walaupun keluarga mereka hidup dalam serba kedaifan. Dahlia tetap bersabar melayan
Nek Kiah yang membenci keluarganya.
Dahlia sabar menempuh ujian Tuhan
terhadapnya. Emaknya sakit akibat tekanan perasaan, kemudian dia difitnah oleh
Aton atas kematian anaknya dan hubungannya dengan Azhari serta Najib. Tidak
lama selepas itu, ayahnya pula sakit akibat dipatuk ular. Dia juga bersabar
dengan sikap Abu Bakar yang menyakitkan hatinya dan Azhari yang sering
mendesaknya untuk bertunang. Semua ujian tersebut dihadapi oleh Dahlia dengan
sabar dan dia reda akan ketentuan Tuhan.
1.Berdasarkan sebuah novel yang anda
pelajari, jelaskan dua peristiwa yang
memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan yang terdapat dalam novel
tersebut. [7 markah]
Dua peristiwa yang memaparkan
persoalan perhubungan kekeluargaan ialah hubungan kekeluargaan antara nenek dengan cucunya. Contohnya, nenek sentiasa mengawasi dan menjaga
keselamatan Lili sepanjang Lili menghabiskan cuti sekolahnya di rumahnya. Seterusnya, hubungan
kekeluargaan antara bapa
saudara dengan anak
saudara. Contohnya, Rashid
mencuba menggembirakan
hati Lili dengan menunaikan完成 hajat希望 Lili pergi bertandang拜访 ke rumah Che Jah secara sembunyi kerana nenek
Lili telah melarang
Lili pergi ke sana.
2.Berdasarkan sebuah novel yang
telah anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang
memaparkan nilai kerjasama
dalam novel tersebut.[8 ] 6+2
Tiga peristiwa yang memaparkan nilai
kerjasama ialah Geetha
bekerjasama dengan Lili mendaki
puncak bukit bagi menyaksikan kejadian
matahari terbenam.
Seterusnya, Lili memberikan kerjasama dengan mengakuri 听从arahan ibunya
yang ingin menghantarnya balik bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu. Akhirnya, Che Jah telah memberikan kerjasamanya dengan pihak
Jabatan Kebajikan
Masyarakat apabila dia dipanggil untuk menjadi saksi utama berhubung kes keganasan rumah tangga
oleh suaminya itu.
3.Berdasarkan sebuah novel yang anda
pelajari, jelaskan dua contoh peristiwa yang menunjukkan nilai tanggungjawab yang
terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]
Contoh peristiwa yang menunjukkan
nilai tanggungjawab ialah tanggungjawab seorang nenek terhadap cucunya .Contohnya, nenek Lili/Hajah Aishah tidak membenarkan Lili ke rumah
Che Jah kerana bimbang akan keselamatan diri cucunya itu. Seterusnya,
tanggungjawab sesama之间 sahabat. Contohnya, Danel
berjaya menyelamatkan
Lili daripada menjadi orang tahanan
Rafiq dan Haziq kerana dia berasa bertanggungjawab terhadap semua kejadian yang berlaku itu.
4.Berdasarkan sebuah novel yang
telah anda kaji, jelaskan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel
tersebut. [8 markah]
Latar tempat ialah rumah datuk di Kampung Sentosa.
Contohnya, Lili menghabiskan cuti sekolah selama dua minggu di rumah datuknya. Seterusnya, kedai runcit Letchumi .
Contohnya, Lili mengikut neneknya pergi ke kedai runcit ini. Secara kebetulan,
Lili bertemu semula dengan Geetha. Akhirnya, rumah Che Jah. Contohnya, Lili dan Rashid telah berkunjung
ke rumah Che Jah untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang nasib Haziq dan Rafiq.
5.Berdasarkan sebuah novel yang nada
pelajari, huraikan peristiwa suka duka yang dirakamkan oleh penulis dalam novel tersebut. (7m)
Peristiwa duka ialah peristiwa Lili
yang menjadi orang tahanan
Rafiq secara
tiba-tiba. Perbuatan tersebut dianggap sebagai suatu kejutan besar dan kejadian yang
meninggalkan kesan trauma
kepada Lili. Seterusnya, peristiwa duka ialah Che Jah yang menjadi mangsa pukul suaminya dan
mangsa peras ugut
anak-anaknya. Perbuatan tersebut merupakan suatu kes keganasan rumah tangga yang meninggalkan kesan
trauma dari segi emosi
kepada Che Jah.
6. Pilihlah satu watak yang dianggap
sebagai watak hitam dan berikan tiga alasan anda memilih watak tersebut sebagai
watak hitam. (8) antagonis/
pratagonis
Watak hitam ialah Rafiq. Alasannya ialah
seorang yang bersikap
kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Contohnya, Rafiq telah menahan
dan mengacukan
pisau ke leher Lili
serta mengurung dan
mengikat Lili di sebuah pondok
buruk. Seterusnya, seorang yang ketagihan dadah jenis syabu. Contohnya, Rafiq mengugut ibunya, Che Jah
supaya memberikannya duit bagi mendapatkan bekalan dadah. Akhirnya, seorang yang tidak mementingkan pendidikan.
Contohnya, Rafiq sering ponteng sekolah hingga menyebabkannya dibuang sekolah.
7.Jelaskan tiga sebab novel tersebut
hebat dan menarik. (7)
Tiga sebab novel ini hebat dan
menarik ialah novel ini menunjukkan ketinggian ilmu yang
dimiliki oleh seseorang. Contohnya, Tuan Haji Abdul Rahman
(datuk Lili) memiliki ketinggian ilmu dalam bidang agama dan perubatan tradisional. Seterusnya, novel ini
menunjukkan kecekalan坚强 seorang gadis
dalam mengharungi
kehidupan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Contohnya, Lili cekal berhadapan
dengan segala konflik
yang berlaku di Kampung
Sentosa. Akhirnya, novel ini menunjukkan kerukunan和谐 dalam kehidupan masyarakat yang
berbilang bangsa.
Contohnya, Lili, Geetha, dan Danel bersahabat baik walaupun mereka berlainan agama, bangsa,
dan adat resam.
8.Jelaskan dua peristiwa yang
menerapkan nilai tolong-menolong.(8)
Dua peristiwa yang menerapkan nilai
tolong-menolong ialah peristiwa datuk Lili yang berusaha untuk mencari ubat-ubatan herba yang
sesuai bagi menyembuhkan
penyakit Kak Mimah.
Seterusnya, peristiwa Kak
Mimah dan Nadia yang berusaha dengan sedaya upaya untuk membebaskan Che Jah
daripada belenggu
keganasan suaminya.
8.
Jelaskan dua
peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong.(8)
Dua peristiwa yang menerapkan nilai
tolong-menolong ialah peristiwa datuk Lili yang berusaha untuk mencari ubat-ubatan herba yang
sesuai bagi menyembuhkan
penyakit Kak Mimah.
Seterusnya, peristiwa Kak
Mimah dan Nadia yang berusaha dengan sedaya upaya untuk membebaskan Che Jah
daripada belenggu
keganasan suaminya.
9.Jelaskan tema dan contoh peristiwa
yang menggambarkan tema tersebut. (8)
Tema novel ini ialah kecekalan seorang gadis
dalam menempuh渡过 berbagai-bagai
ujian dan rintangan阻碍. Contoh
peristiwa ialah peristiwa Lili ditahan, dikurung, dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk tidak mematahkan断 semangatnya untuk bersegera pulang
ke Kuala Lumpur,
sebaliknya menguatkan lagi keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq sekali gus cuba
membantunya. Seterusnya, peristiwa Lili yang menaiki bas ekspres secara bersendirian dari Kuala Lumpur ke Dungun
membuktikan sifat cekal
dan berdikari yang mula dipupuk oleh Lili.
10. Nyatakan watak utama dan
huraikan perwatakannya. (7)
Watak utama dalam novel ini ialah
Lili. Perwatakannya ialah Lili seorang anak yang mentaati suruhan ibu bapanya. Contohnya, Lili mengakuri suruhan ibunya
yang menghantarnya pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun,
Terengganu. Seterusnya, Lili seorang yang baik hati. Contohnya, Lili memaafkan kesalahan Rafiq dan Haziq yang
telah menahan, mengikat, dan mengurungnya di dalam sebuah pondok buruk.
11. Watak utama lazimnya mendapat
perhatian dan disukai oleh pembaca.Berikan tiga alasan bagi menyokong pandangan
anda dengan berdasarkan novel yang telah anda kaji. [7 markah]
Watak utama ialah Lili seorang yang bijak dalam pelajaran.
Contohnya, Lili digambarkan sebagai seorang murid yang pintar di sekolahnya dan bakal将 menduduki peperiksaan SPM. Seorang
anak yang mentaati suruhan
ibu bapa. Contohnya, Lili mengakuri
cadangan ibunya yang mahu menghantarnya pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya di
Dungun, Terengganu. Seorang yang berani. Contohnya, Lili berani mengikut Geetha mendaki puncak bukit pada suatu
petang semata-mata
untuk melihat kejadian matahari terbenam tanpa ditemani oleh lelaki dewasa.
12.Kemukakan peristiwa dalam
bahagian peleraian cerita dan nyatakan sama ada anda bersetuju atau tidak
dengan peristiwa tersebut. (8)
Peleraian cerita ini ialah Lili
berasa lega apabila
berjaya menghabiskan cuti sekolahnya selama dua minggu di Kampung Sentosa tanpa
sebarang rungutan.
Nasib Che Jah dan dua orang anaknya, Haziq dan Rafiq telah mendapat perhatian
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Suami Che Jah telah dihadapkan ke muka pengadilan. Saya
bersetuju dengan peristiwa peleraian cerita kerana
orang yang bersikap kejam dan tidak
berperikemanusiaan, iaitu suami Che Jah dihadapkan ke muka pengadilan bagi
menerima hukuman yang setimpal
dengan kesalahan yang dibuat. Isu pertikaian争吵 pemasangan kubah di bumbung surau yang usang旧 selesai kerana kubah itu telah
dicuri dan dijual oleh suami Che Jah.
14.Huraikan tiga persoalan yang
terkandung dalam novel tersebut.(7)
... ialah keganasan dalam rumah tangga. Contohnya,
Che Jah hidup menderita akibat sering menjadi mangsa sepak suaminya yang bersikap panas baran,
kaki judi, dan pemabuk. Persoalan amanah信赖 dalam menjalankan tanggungjawab. Contohnya,
sebagai Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kak Mimah dan Nadia berusaha sedaya upaya
membantu Che Jah mengheret拉 suaminya yang sering memukulnya ke muka pengadilan.
Persoalan kasih sayang
seorang anak terhadap ibu bapanya. Contohnya, Lili amat menyayangi ibu
dan bapanya. Dia tidak membantah
apabila ibunya membuat keputusan untuk menghantarnya pulang ke kampung untuk menghabiskan masa cuti
sekolah di Dungun, Terengganu.
15.Huraikan empat
nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.[8 ]
…ialah nilai kasih sayang. Contohnya, ibu Lili bertindak
menghantar Lili ke kampung kerana mahu mendewasakan Lili. Tindakan ini dilakukan kerana
kasihnya yang mendalam terhadap Lili. Nilai bertanggungjawab. Contohnya, sebagai Penolong Pegawai
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kak Mimah dan Nadia bersetuju untuk memikul
tanggungjawab dan berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Che Jah daripada kemelut问题 keganasan
suaminya. Nilai kebijaksanaan.
Contohnya, Danel bijak menangani解决 peristiwa
Rafiq yang menahan dan mengacukan pisau pada leher Lili dengan tidak membuat apa-apa
tindakan demi keselamatan nyawa rakannya itu. Nilai kesabaran. Contohnya, nenek Lili
sabar melayani kerenah Lili sepanjang Lili berada di rumahnya selama dua
minggu.
17. Jelaskan beberapa unsur
kemasyarakatan berserta dengan contoh yang terkandung dalam novel yang anda
kaji.[8 markah]
Masyarakat yang mengamalkan sikap tolong-menolong/kerjasama.
Contohnya, Lili, Haji
Abdul Rahman, dan Hajah
Aisyah berusaha untuk menyelesaikan masalah kekeluargaan yang dihadapi
oleh Che Jah dan anak- anaknya. Seterusnya, masyarakat yang mengamalkan sikap
hormat-menghormati. Contohnya, ketika Lili berada di Kampung Sentosa,
Lili menjaga tatatertibnya
dengan sopan kerana menghormati datuk dan neneknya. Akhirnya, masyarakat yang
mempunyai perasaan simpati terhadap kesusahan yang dialami oleh orang lain.
Contohnya, Kak Mimah dan Lili sangat bersimpati akan nasib malang yang menimpa
Che Jah yang mengalami krisis rumah tangga dan masalah juvana anak- anaknya.
Mereka berusaha untuk mengheret suami Che Jah yang bersikap kejam dan tidak
bertanggungjawab itu ke muka pengadilan.
18.Huraikan peristiwa yang menjadi teguran
dan kritikan pengarang terhadap masyarakat. (7)
(kepincangan masy/ antisosial)
Peristiwa Rafiq yang menahan Lili sebagai
orang tahanan.
Peristiwa ini mengkritik
sifat individu yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melepaskan diri-sendiri
daripada segala masalah. Seterusnya, peristiwa Rafiq dan Haziq yang terlibat dalam penagihan dadah.
Selain itu, peristiwa ini mengkritik
sifat individu yang sanggup melakukan perbuatan bodoh yang boleh menjejaskan kesihatan dan
mengancam nyawa.
(keganasan rumah tangga)
19. Jelaskan tiga latar masyarakat
yang terdapat dalam novel tersebut. (8)
Masyarakat yang penyayang.Contohnya,
disebabkan perasaan kasih yang mendalam sebagai seorang ibu, ibu Lili bertindak menghantar Lili
pulang ke kampung sebagai tindakannya untuk ‘mendewasakan’ Lili. Seteusnya, masyarakat yang mentaati suruhan ibu
bapa. Contohnya, Lili mengakuri
cadangan ibunya yang menghantarnya pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu.
Akhirnya, masyarakat yang menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangga. Contohnya, Che Jah hidup menderita akibat sering
menjadi mangsa sepak
terajang suaminya yang bersikap panas baran, kaki judi, dan pemabuk.
20.Apakah perasaan
anda setelah membaca novel yang telah anda pelajari? Berikan ulasan anda.
Perasaan gembira dan terharu atas
keprihatinan seorang gadis terhadap nasib seorang ibu yang maiang. Contohnya,
peristiwa Lili yang menceritakan krisis rumah tangga Che Jah kepada Kak Mimah
dengan harapan Kak Mimah akan menyelesaikan kes keganasan rumah tangga itu
dengan secepat mungkin. Seterusnya,perasaan marah dan kecewa dengan sikap kejam
dan tidak bertanggungjawab seorang bapa terhadap anak kandungnya. Contohnya, peristiwa
Seman yang sering memukul anak-anaknya, iaitu Rafiq dan Haziq dan sanggup
membohongi orang-orang kampung bahawa anak- anaknya terlibat dalam kecurian
kubah surau bagi menutup kejahatan yang dilakukannya. Akhirnya, perasaan sedih
melihat ketabahan seorang isteri yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Contohnya, Che Jah tabah menghadapi kerenah suaminya, Seman yang bersikap panas
baran dan sering memukulnya. Che Jah juga bersabar menghadapi sikap suaminya
yang mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.
21.Mengapakah unsur
konflik antara watak dalam sesebuah novel itu sangat penting?Nyatakan tiga
alasan anda berdasarkan novel yang telah anda kaji.[7]
Tiga kepentingan unsur konflik
adalah untuk menjadikan jalan cerita menarik. Contohnya, Che Jah mengalami konflik dalaman dan luaran.
Antaranya termasuk konflik Che Jah dengan suaminya yang bersikap panas baran,
kaki judi dan kaki botol. Konflik yang berpanjangan antara dua watak ini
menjadikan jalan cerita menarik untuk diikuti oleh pembaca. Seterusnya,untuk
memperlihatkan keistimimewaan
watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapinya. Contohnya menyelesaikan
konflik dalamannya; iaitu tidak bersetuju dengan tindakan ibunya menghantarnya
pulang ke kampung untuk menghabiskan cutu sekolah selama dua minggu dengan
hanya bersabar.
Akhirnya, untuk dijadikan iktibar/teladan
kepada pembaca. Contohnya, Lili memaafkan kesalahan Rafiq yang menahan dan mengikatnya di pondok
buruk tanpa sedikit pun berdendam kerana dia percaya suatu hari nanti Rafiq
akan berubah sikap.
No comments:
Post a Comment