Wednesday, August 17, 2016

Bukan Gila (ms27-32)



Bukan Gila
Drama ini berkisar tentang Azmir yang sedang dirawat di (a)__wad pesakit  jiwa, Hospital Besar. Sewaktu di wad tersebut, Azmir telah berkhayal akan kehadiran kekasihnya, iaitu Ani. Azmir telah meminta Ani (b)_membawa___ dia keluar, tetapi Ani memberitahu dia bahawa mereka bahagia di tempat itu. Kemudian, Azmir berkhayal lagi tentang kehadiran ayahnya. Ayahnya mengatakan bahawa beliau (c)__sayang_______ akan Azmir, tetapi Azmir mengatakan bahawa ayahnya berbohong lalu berlaku pertelingkahan antara Azmir dengan ayahnya sehingga munculnya khayalan tentang (d)_Pak Haji______ yang memberi salam kepada Azmir. Azmir bertengkar pula dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap manusia yang dikatakan oleh Azmir bercakap lain tetapi berbuat lain. Ani muncul semula. Azmir (e) _bertanya_______sebab Ani masih di sisinya. Sewaktu itu, Azmir dan Ani bercakap tentang cinta mereka dan makna cinta. Azmir mengatakan bahawa cinta Ani masih (f)__bersifat luaran____. Setelah itu, Azmir dikunjungi oleh doktor. Setelah memeriksa Azmir, doktor(g)_membenarkan_________ Azmir bersiar-siar di luar. Kesempatan itu diambil oleh Azmir untuk keluar dan wad pesakit jiwa, Hospital Besar. Akhirnya, Azmir tiba di lokasi sekumpulan pelakon drama yang sedang berlatih (h)__drama______ bertajuk Sasau. Azmir mengatakan bahawa pelakon-pelakon drama Sasau itu (i)___sesat_________ Malah, Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem dalam kehidupan, iaitu (j)___sistem prorakyat______. Sewaktu Azmir memberikan pendapatnya itu, kepalanya berasa (k)__pening__. Setelah sakitnya reda, Azmir memberitahu pelakon-pelakon tersebut bahawa syarahannya dan penyakitnya adalah betul. Azmir juga menjelaskan bahawa tidak ada yang sasau tetapi yang ada ialah ketidakbenaran, kepalsuan, dan (1)___kepura-puraan__ . Azmir juga ditanya tentang gila. Sebaliknya, Azmir menjelaskan bahawa bukan gila tetapi suatu (m) __penderitaan____ yang tidak tertanggung. Azmir menjelaskan bahawa tindakannya menghantuk-hantukkan kepala itu adalah bukan kerana dia gila, tetapi akibat menderita suatu (n)_kesakitan___ yang tidak tertanggung dan tidak terucap dengan kata-kata. Kemudian, doktor datang dan membawa Azmir pulang ke wad pesakit jiwa semula. Setelah itu, Arif dan rakan-rakan pelakon(o)___mengunjungi____________ rumah ibu dan bapa Azmir. Ibu dan bapa Azmir menjelaskan bahawa keadaan Azmir begitu sejak dan tingkatan enam dan semakin teruk ketika di (p)__universiti___. Arif memberitahu ibu dan bapa Azmir bahawa Azmir memerlukan kasih sayang, semangat,dan perangsang, bukannya cemuhan dan (q) penghinaan. Arif menasihati ibu dan bapa Azmir agar segera mengunjungi Azmir sebelum terlambat. Di wad pesakit jiwa, Azmir (r)_berkhayal__ dan mengimbas kembali kisah cintanya dengan Ani dan kisah hidupnya. Ketika dia sedang berkhayal, dia menjadi lemah dan rebah ke lantai. Ani yang berada di rumah telah membaca berita tentang kematian Azmir seorang din di wad hospital tersebut. Kematiannya dikatakan berpunca daripada penyakit (s)_barah otak______
Berita itu membuatkan Ani berasa bersalah dan berasa bahawa dirinya telah bersikap(t)__kejam_ terhadap Azmir.


Arif gigih dan sanggup belajar daripada Azmir yang dikatakan gila memantapkan dramanya yang bertajuk Sasau.
Kegigihan
Azmir setia dengan cintanya terhadap Ani sehingga dia terbayang-bayang Ani datang kepadanya walaupun Ani telah meninggalkannya.
Kesetiaan
Doktor bersikap baik hati terhadap Azmir dan dia telah membenarkan Azmir bersiar-siar di kawasan hospital.
Baik hati
Bapa Azmir datang menziarahi Azmir yang dirawat di wad pesakit
Kasih sayang

AZMIR: Ani, tolonglah abang. Keluarkan abang dari neraka ini. Abang dah tak sanggup lagi hidup menderita lebih lama di sini. Tolonglah keluarkan abang dari neraka ini.
ANI: Untuk apa kita harus keluar, abang? Bukankah kita sedang bahagia sekarang?
AZMIR: Bahagia?
ANI: Ya. Hanya kita berdua di sini. Tidak ada orang lain yang mengganggu kita. Kita boleh buat apa-apa saja yang kita suka. Tidak akan ada yang menghalang.
AZMIR: Tapi abang sakit. Apa yang boleh kita buat? Bahagia apa namanya kalau sudah sakit?
ANI: Bahagia ada di mana-mana. Dalam sakit ada bahagia. Dalam derita ada bahagia. Yang penting, kita harus belajar mengerti dan menghayati keindahan yang terdapat pada kesakitan itu, barulah akhirnya akan timbul rasa betapa nikmatnya sebuah kesakitan. Dari situlah akhirnya wujud bahagia.
i.Mengapakah Ani mengatakan bahawa dia dan Amir sedang bahagia berada di tempat itu?   [2 markah]
Ani mengatakan bahawa dia dan Azmir sedang bahagia berada di tempat itu kerana hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ dan tidak ada orang lain yang___mengganggu_____mereka. Mereka juga boleh membuat apa-apa sahaja yang___disukai_______oleh mereka dan tidak akan ada orang lain yang_menghalangnya__________        .

ii.Semasa anda melawat sahabat anda di hospital, nyatakan perkara-perkara yang sewajamya anda lakukan untuk menggembirakan sahabat anda yang sedang sakit. [3 markah]
Perkara-perkara yang sewajamya saya lakukan untuk menggembirakan sahabat yang sedang sakit ialah membawa__buah tangan_________seperti makanan dan buah-buahan. Selain itu, saya akan__bersembang______________ dengannya sambil bertanyakan__khabar___________________        . Menasihati sahabat agar bersabar menghadapi dugaan itu. Mendoakannya agar segera sembuh.

iii.Huraikan satu nilai mumi yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai mumi lain daripada keseluruhan drama tersebut.           [4 markah]
Satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas ialah__kasih sayang________.  Contohnya, Ani amat menyayangi Azmir kerana dia tems memujuk Azmir agar berada di tempat itu untuk mendapatkan rawatan     . Satu nilai mumi lain daripada keseluruhan drama tersebut ialah _ketabahan________. Contohnya, Azmir tabah menghadapi penyakit barah otaknya walaupun dia hanya bersendirian.  Baik hati - Doktor bersikap baik hati terhadap Azmir apabila dia membenarkan Azmir bersiar- siar di kawasan hospital.

AZMIR: Kalau sayang, mengapa bapa kurang saya di sini, di bilik orang gila ni?
BAPA: Oleh sebab sayanglah bapa hantar kau ke sini.
AZM1R: Bapa bohong. Bapa tak sayang kepada saya. Bapa pun macam doktor juga dan macam mereka semua. Doktor kata, saya gila. Mereka kata, saya gila. Bapa pun kata saya gila.
BAPA: Bapa tak pemah kata kau macam tu.
AZMIR: Bapa bohong. Memang bapa tak kata. Tapi dalam hati bapa kata. Fasal tu bapa hantar saya ke sini, ke tempat orang gila ini.
BAPA: Kau belum faham lagi, Mir.
AZMIR: Saya faham, tetapi bapalah yang tak faham.
BAPA: Mungkin kau belum sihat lagi, Mir. Berehatlah.
AZMIR: Saya sihat. Saya bukan gila. Saya cuma sakit saja.
BAPA: Oleh sebab sakitlah kau dibawa ke sini.
AZMIR: Ini tempat untuk orang gila. Saya bukan gila. Saya cuma sakit saja.
(i)             Nyatakan sebab-sebab Azmir mengatakan bahawa bapanya tidak sayang akan dirinya.     [2 markah]
Sebab-sebab Azmir mengatakan bahawa bapanya tidak sayang akan dirinya ialah bapanya sama sahaja dengan doktor dan orang lain yang___mengatakan bahawa dirinya gila__  . Selain itu, dia menganggap bapanya berbohong kerana bapanya menghantar dia ke tempat itu, iaitu__wad orang gila__________

ii.Seseorang yang mengalami tekanan perasaan perlu menerima rawatan segera. Pada pendapat anda, apakah rawatan awal yang perlu diberikan kepada mereka?    [3 markah]
Pada pendapat saya, rawatan awal yang perlu diberikan kepada seseorang yang mengalami tekanan perasaan adalah dengan membawa orang itu__berjumpa dengan psikiatri___________    . Di samping itu, membawanya berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat...Berubat secara perubatan tradisional.... Memberinya makan ubat mengikut jadual.
iii.Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain daripada keselurahan drama tersebut. [4 markah\
Satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas ialah masyarakat yang penyabar. Contohnya, bapa Azmir tetap bersabar dalam usaha memujuk anaknya ... Satu latar masyarakat lain daripada keseluruhan drama tersebut ialah masyarakat yang penyabar. Contohnya Bapa Azmir tetap bersabar dalam usaha memujuk anaknya untuk mendapatkan rawatan...Masyarakat yang tidak setia - Ani bertindak meninggalkan Azmir yang sedang menghidap sakit barah otak...Masyarakat yang tidak mempedulikan nasib orang lain - Azmir mengatakan bahawa Pak Haji tidak pernah peduli akan orang yang senasib dengannya.

AZMIR: Saudara-saudara tolong saya. Orang-orang ini hendak mengurung saya di tempat yang tidak ada kesejahteraan. Saudara-saudara mesti percaya akan cakap saya. Cakap saya semuanya betul. Mereka ini penipu. Cakap mereka manis, tapi dalam hati mereka jahat.
(ARIF dan para pelakon memperlihatkan rasa simpati kepada AZM1R).
DOK.TOR: (Mendekati ARIF). Saudara jangan risau. Orang gila mana-mana pun memang begitu. Mereka amat pandai bercakap. Kalau dengar mereka bercakap, sesiapa pun tak tahu yang mereka tu sebenarnya gila. Seperkara lagi, orang gila tak akan mengaku bahawa mereka tu gila. Mereka akan marah jika dikatakan gila.
ARIF: Tapi doktor, dia bukan gila. Dia sedang menderita suatu penderitaan yang tidak tertanggung lagi. Percayalah saya doktor. Biarlah dia di sini. Kami boleh mengurus dia.
DOKTOR: Mungkin saudara belum arif lagi dengan orang seperti ini. Saya amat mengenalinya. kerana saya mengubatinya setiap hari. Saya harap saudara dan rakan-rakan faham. Cuba lihat kepalanya. Kepalanya sering saja luka. Orang yang siuman tak akan berbuat demikian.
i.Apakah yang diterangkan oleh doktor kepada Arif tentang sikap orang gila?            [2 markah\
Perkara yang diterangkan oleh doktor kepada Arif tentang sikap orang gila ialah mereka amat pandai bercakap dan sesiapa yang mendengar kata-kata mereka pasti tidak tahu bahawa mereka itu sebenamya gila ...orang gila tidak akan mengaku bahawa mereka itu gila. Mereka juga akan marah apabila dikatakan gila

ii.Pada pendapat anda, apakah punca-punca seseorang menghadapi tekanan perasaan? [3 markah\
Pada pendapat saya, punca-punca seseorang menghadapi tekanan perasaan ialah menghadapi masalah dalam perhubungan dengan kawan-kawan atau keluarga ...menghadapi masalah kewangan yang tidak kukuh... Mempunyai masalah dalam pembelajaran....Menghadapi masalah di tempat kerja.
iii.Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.   [4 markah]
Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah Kita hendaklah menerima pendapat orang yang lebih arif daripada kita - Arif tidak dapat menerima pendapat doktor yang mengatakan bahawa Azmir gila. Satu pengajaran lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan ialah Kita haruslah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya terhadap anak-anak - Bapa Azmir tetap menziarahi Azmir di wad pesakit jiwa walaupun anaknya itu dikatakan gila.

AZMIR: Selepas orang itu menghantukkan kepalanya ke lantai, maka darah merah pun mengalirlah membasahi pipinya. Sesiapa yang menyaksikan kejadian itu pasti mengatakan bahawa orang yang menghantukkan kepalanya ke lantai itu ialah orang gila. Orang yang siuman tentu tidak berbuat demikian. Orang yang menonton tidak tahu bahawa orang yang menghantukkan kepalanya ke lantai itu sebenamya sedang mengalami dan menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung, yang tak terucap dengan kata-kata lagi. Kata-kata sudah kehilangan makna. Kata yang bermakna adalah dengan menghantukkan kepalanya ke lantai. (Kesemua mereka terpegun mendengar penjelasan AZMIR). Apakah saya sudah menjawab soalan saudara? (Sambil tersenyum ke arah PELAKONI).
PELAKON I: (Semacam kagum bercampur bingung sambil menganggukkan kepalanya perlahan-lahan). Ya, terima kasih.
(DOKTOR masuk).
DOKTOR: (Sambil menghampiri AZMIR. AZMIR kelihatan gusar). Assalamualaikum. Saya Doktor Razi. Maatkan saya jika saya mengganggu. Encik Azmir ini ialah “sahabat” saya. Saya datang ni nak bawa dia balik ke tempat rehatnya. (Beralih kepada A2MIR). Encik Azmir, apa khabar sekarang? Sudah tiga hari Encik Azmir tidak balik ke tempat rehat yang kita sediakan. Rakan-rakan yang lain amat bimbang akan Encik Azmir. Mari kita pulang, ya?
i.Apakah tujuan Doktor Razi datang berjumpa dengan Azmir? [2 markah]
..Doktor Razi ingin membawa Azmir pulang ke tempat rehatnya.... Azmir sudah tiga hari tidak balik ke tempat rehatnya....rakail-rakannya bimbang akan Azmir.

ii. Sekiranya anda menghadapi masalah, bagaimanakah cara anda menanganinya agar tidak menimbulkan tekanan perasaan? [3 markah]
... Menceritakan masalah kepada ibu bapa untuk mendapatkan nasihat daripada mereka....Berjumpa dengan kaunselor/guru di sekolah...Mendekatkan diri dengan Tuhan....Berkongsi masalah dengan kawan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

iii.Huraikan satu perwatakan Doktor Razi yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain Doktor Razi daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
.. ...seorang yang bersopan santun. Contohnya, Doktor Razi datang berjumpa dengan Azmir dan mengajaknya pulang ke wad dengan lemah lembut… ...seorang yang baik hati. Contohnya, Doktor Razi membenarkan Azmir keluar bersiar-siar selepas Azmir memperlihatkan tingkah laku yang baik... Seorang yang bertanggungjawab - Doktor Razi bertanggungjawab merawat Azmir yang dikatakan menghidap sakit jiwa.

PELAKON I: Bolehkah kegilaan diukur macam tu? Setahu saya belum ada mesin yang dicipta lagi untuk mengukur tahap gila seseorang.
ARIF: Memanglah gila itu sesuatu yang subjektif, tetapi perkara yang dimaksudkan dengan setengah gila tu ialah seseorang itu masih siuman. Cuma perlakuannya saja seperti orang gila. Biasa dengar tak orang rebut, gila-gila bahasa? (Para pelakon mengangguk beramai-ramai). Jadi, drama kita ini hendak memaparkan mesej yang menyentuh kita semua, maksud saya semua manusia. Manusia pada dasamya mempunyai sedikit sebanyak watak gila dalam diri mereka. Maka, kita janganlah hendaknya cepat mengatakan seseorang itu gila, sedangkan dalam diri kita masing-masing terdapat unsur-unsur kegilaan itu. Baiklah, kita mulakan sekarang.
PELAKON I: Duniaku ialah kuasa. Kuasa ialah duniaku. Dengan kuasa, dunia berada di bawahku. Kuasa mencipta kuasa.
PELAKON II: Bukan, kau salah. Wang ialah duniaku. Duniaku ialah wang. Wang ialah kuasa. Dengan wang, dunia berada di bawahku. Dengan wang, kuasa berada di bawahku. Wang membeli kuasa, membeli dunia, membeli manusia.
i.Apakah yang dimaksudkan oleh Arif dengan istilah setengah gila?   [2 markah]
... seseorang itu masih siuman...cuma perlakuannya sahaja seperti orang gila ...mereka seperti gila-gila bahasa
           
ii.Wang atau duit merupakan satu keperluan dalam hidup kita.Pada pendapat anda, apakah kepentingan wang kepada golongan pelajar? [3 markah]
...wang digunakan untuk membeli buku rujukan dan buku latihan
...wang digunakan untuk perbelanjaan makan dan minum semasa di sekolah ...wang digunakan untuk membeli alat tulis

iii.Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu persoalan lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.        [4 markah]
Satu persoalan dalam petikan...kepentingan wang dalam kehidupan. Contohnya, wang dapat digunakan untuk mengawal fikiran dan sekali gus mengawal kuasa, manusia, dan dunia Satu persoalan daripada keseluruhan drama: ...kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap seorang kekasih. Contohnya, Azmir amat mencintai Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu Azmir dikatakan mengalami sakit jiwa

AZMIR: Memang sistem itu dicipta oleh manusia, tetapi pada tahap akhirnya, sistem itu disahkan oleh rakyat. Rakyat yang menentukan. Rakyat yang membenarkan. Rakyat yang merestuinya. Tanpa kebenaran, restu dan pengesahan rakyat, wang dan kuasa kehilangan makna. Jadi, pada kakikatnya sistem itu dicipta oleh rakyat, bukan oleh manusia. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat lebih besar daripada manusia. Rakyat lebih berkuasa daripada wang. Rakyat lebih berkuasa daripada kuasa.
PELAKON III: (Berbisik dengan PELAKON I). Kau faham apa yang diperkatakan tu?
PELAKON I: Aku sedang cuba untuk memahaminya.
PELAKON II: (Kepada Azmir). Tidaklah sesuatu sistem itu mempunyai kelemahan tertentu? Kalau begitu, bagaimana sistem itu hendak mengawal wang, manusia dan kuasa?
AZMIR: Suatu sistem itu mungkin terdapat kelemahan tertentu tetapi sejarah telah membuktikan bahawa rakyat senantiasa akan membetulkannya. Soalnya, cepat atau lambat. Sejarah juga telah membuktikan bahawa kemenangan senantiasa memihak kepada rakyat. Saudara-saudara jangan bimbang, sistem yang baik adalah bagaikan segala nilai dan norma serta tradisi yang telah berakar umbi dalam budaya itu sendiri. Bagaimana sukarnya kita menolak institusi-institusi tertentu yang terdapat pada sesebuah masyarakat itu, begitulah sukarnya kita menolak sesuatu sistem yang telah mantap dan bertapak kukuh di hati rakyat. (AZMIR kemudian memegang kepalanya seakan-akan sedang menahan kesakitan).
i.Berdasarkan petikan, apakah perkara-perkara yang telah dibuktikan kebenarannya mengikut sejarah?
... rakyat akan senantiasa membetulkan kelemahan tertentu yang terdapat dalam sistem ... kemenangan akan sentiasa memihak kepada rakyat
ii.Pada pendapat anda, bagaimanakah kepincangan dalam sesuatu sistem ciptaan manusia dapat dibetulkan?
... mengadakan perbincangan bersama untuk membetulkannya ... memanggil orang-orang bijaksana untuk mengkaji dan memberikan pandangan ... memberikan peluang setiap rakyat mengutarakan pandangan tentang sesuatu sistem sebelum diwartakan
iii.Jelaskan satu perwatakan Azmir yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
perwatakan dalam petikan ialah seorang yang petah mengutarakan pendapat. Contohnya, dia bijak menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu yang berkaitan dengan kebaikan dan kebajikan rakyat. Manakala perwatakan lain dalam drama ialah seorang yang sangat menyayangi kekasihnya. Contohnya, dia sentiasa menyayangi kekasihnya Ani cuma dia tidak suka bersikap pura-pura dalam meluahkan perasaan kasih sayang tersebut.

AZMIR: Ani ... Ani, tolong abang. Tolong halau orang tua ini dari sini. Dia datang untuk mengganggu ketenteraman kita.
BAPA: Ini bapa datang. Itu tanda bapa sayang kepada kau.
AZMIR: Kalau sayang, mengapa bapa kurang saya di sini, di bilik orang gila ni?
BAPA: Oleh sebab sayanglah bapa hantar kau ke sini.
AZMIR: Bapa bohong. Bapa tak sayang kepada saya. Bapa pun macam doktor juga dan macam mereka semua. Doktor kata, saya gila. Mereka kata, saya gila. Bapa pun kata saya gila.
BAPA: Bapa tak pernah kata kau macam tu.
AZMIR: Bapa bohong. Memang bapa tak kata. Tapi dalam hati bapa kata. Fasal tu bapa hantar saya ke sini. ke tempat orang gila ini.
BAPA: Kau belum faham lagi, Mir.
AZMIR: Saya faham, tetapi bapalah yang tak faham.
BAPA: Mungkin kau belum sihat lagi, Mr Berehatlah.
AZMIR: Saya sihat. Saya bukan gila. Saya cuma sakit saja.
BAPA: Oleh sebab sakitlah kau dibawa ke sini.
AZMIR: Ini tempat untuk orang gila. Saya bukan gila. Saya cuma sakit saja.
BAPA: Kau tak mengerti, Mir.
AZMIR: Saya mengerti tetapi bapa tu yang masih tak mahu mengerti. Pergi dari sini! Pergi! Per ... aduh! (AZMIR kembali mengerang kesakitan. Sakitnya kali ini bertambah kuat. Sambil memegang kepalanya, dia bergolek-golek di atas lantai dalam keadaan tidak menentu).
i.Berdasarkan petikan drama di atas, apakah reaksi Azmir ketika bapanya datang melawatnya di wad
pesakit jiwa? [2 markah]
... meminta pertolongan Ani untuk menghalau bapanya ...menyoal tindakan bapanya yang menghantarnya ke hospital sakit jiwa dan menyebabkan dia dikurung ... menjelaskan keadaan sebenar kepada bapanya bahawa dia sebenarnya sakit dan bukannya gila

ii.Sekiranya anda ialah bapa Azmir, apakah tindakan yang akan anda ambil setelah mendengar pengakuan sebenar daripada Azmir yang mengatakan bahawa dirinya sakit dan siuman? Berikan tiga tindakan anda. [3]
... meminta doktor mengadakan pemeriksaan dengan teliti berhubung dengan dakwaan Azmir itu ...memohon daripada pihak hospital untuk membawa Azmir pulang ...memanggil pakar kaunseling untuk berbincang dan mengenal pasti perkara yang sebenar
iii.Jelaskan satu perwatakan bapa Azmir yang terkandung dalam petikan dan satu perwatakannya berdasarkan keseluruhan drama. [4 markah]
Satu perwatakan bapa Azmir dalam petikan drama:... seorang yang berhemah tinggi. Contohnya, bapa Azmir menanyakan khabar anaknya ketika baru tiba dan memohon maaf kerana sudah lama tidak menjenguk Azmir di hospital.
Satu perwatakan bapa Azmir daripada keseluruhan drama: ...seorang yang mudah mempercayai kata-kata orang lain. Contohnya, bapa Azmir mempercayai sepenuhnya kata- kata daripada doktor yang mengesahkan bahawa anaknya itu gila.
ARIF: Katanya, dia bekerja sebagai penulis diari.
IBU: memang betul itu kerjanya tetapi satu sen pun tak masuk duit. Susah kalau dah terlalu cerdik. Nasihat kita langsung tak mahu didengarnya.
BAPA: Pak cik rasa ada yang tak kena dengan dirinya. Semasa dia tinggal di sini dulu, pak cik perhatikan dia sering bercakap loghat Indonesia. Jarang sekali pak cik dengar dia bercakap dalam loghat bahasa kita. Doktor kata dia gila.
IBU : Gila yang dibuat sendiri. Kita tak suruh dia buat macam tu. Dia yang buat, biar dia sendiri yang tanggung. Mak cik tak terdaya lagi hendak melayan kerenah si Azmir tu.
ARIF: Mak cik, pak cik ... saya rasa Azmir bukan buat-buat gila. Bagi saya dia bukan gila atau buat-buat gila, tapi Azmir sedang menderita suatu penderitaan yang tidak tertanggung.
PELAKON I: Kami lihat pada bajunya terdapat tanda nama, W.A. Domski?
IBU: Itu pun satu hal. Memalukan keluarga saja. Orang ramai dah heboh. Azmir masuk Orang Putih. Dia tak mahu jadi orang Melayu lagi. Habis, macam manalah orang tak kata dia gila. Mak cik sungguh malu sekarang. Nak jumpa orang pun mak cik dah tak sanggup lagi.
PELAKON II: Bersabarlah, mak cik. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini buat kita semua.
PELAKON III: Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada Azmir mungkin berpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang.
IBU: Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran hingga dia masuk ke universiti.
ARIF: Betul mak cik, tetapi ... masuk ke universiti saja belum menjamin seseorang itu mendapat kasih sayang yang secukupnya.
(IBU dan BAPA berpandangan. Mereka kelihatan semacam rasa bersalah).
i.Jelaskan tiga latar masyarakat berserta dengan contoh yang terkandung dalam petikan drama di atas. [5
... masyarakat yang bersikap prejudis dan berprasangka terhadap anak kandung. Contohnya, ibu Azmir berasa malu dengan sikap Azmir yang dikatakan gila.
... masyarakat yang prihatin terhadap penderitaan orang lain. Contohnya, Arif memahami bahawa Azmir bukan gila tetapi dia sedang menanggung suatu penderitaan.
... masyarakat yang mengabaikan kasih sayang terhadap anak kandung. Contohnya, ibu dan bapa Azmir mengabaikan tanggungjawabnya dalam memberikan kasih sayang terhadap Azmir.

ii.Pada pendapat anda, mengapakah ibu dan bapa Azmir berasa bersalah setelah mendengar penjelasan daripada Arif dan rakan-rakannya? Berikan empat alasan anda. [4 markah]... mereka beranggapan bahawa kecemerlangan dalam pendidikan merupakan penentu kebahagiaan Azmir tanpa perlu mengukur dari aspek kesihatan Azmir dan sebagainya…...mereka tidak memberikan kasih sayang yang cukup kepada Azmir….... mereka percaya bulat-bulat kepada laporan dan dakwaan doktor bahawa Azmir merupakan pesakit psikiatri. ...mereka bersikap prejudis terhadap Azmir dengan mempercayai bahawa anak mereka itu gila.


No comments: