Wednesday, August 17, 2016

kepimpinan melalui teladan 2016(ms47-50)



Kepimpinan Melalui Teladan
Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang bemama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah. Maka orang Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi. Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari datang ke mmahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?” Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya berkata, “ Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”  Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah, katanya, “Siapa menyumh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?” Maka oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakannya pada anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa kedep tembung laku. Syahadan negeri Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat demikian, bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.
i.Berikan maksud bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.      [2 markah]    
... bermaksud aku bukanlah anak pahlawan yang gagah dan cerdik
ii.Berdasarkan petikan di atas, apakah yang diperoleh Kertala Sari setelah dia pulang dari Daha? [3 markah]
...emas ... perak ... pakaian... berpuluh-puluh juta pitis ... dicuri orang yang banyak
iii.Kertala Sari  begitu marah apabila mendengar ibunya menyatakan bahawa ayahnya telah dibunuh oleh Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.Pada pendapat anda, mengapakah Kertala Sari begitu marah?
sangat sayang akan ayahnya... belum puas menumpang kasih sayang ayahnya ... tidak sanggup melihatnya ibunya menjadi balu ... ayah Kertala Sari merupakan seorang yang bertanggungjawab

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,‘ kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.”  Setelah Kertala mendengar kata Patih Gajah Mada itu. maka Kertala Sari terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada. Maka sembah Kertala Sari, “ Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula[]  juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil.
Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa.”
Jika Kertala sari

Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin衣服. Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka sembah Patih Gajah Mada, “Adapun penjurit tujuh orang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya. Sebermula negeri Melaka pun sedikit alah olehnya. Akan sekarang baharulah patik beroleh penjurit terlalu kepetangan; inilah penjuritnya. Kertala Sari namanya, anak Petala Bumi yang dipesan oleh bapanya kepada patik.”
adapaun

i.Apakah tujuan Patih Gajah Mada memanggil Kertala Sari?    [2 markah]
... ingin menyampaikan pesan bapa Kertala Sari supaya mengasihi dan menjaga anaknya itu ... ingin menjadikan Kertala Sari Penggawa Agung
ii.Berdasarkan petikan di atas, nyatakan sebab-sebab Kertala Sari tidak mahu menjadi penggawa agung.[3 markah]
... mahu mengalahkan Ratu Melaka ... mahu mengalahkan Laksamana... mahu mengambil anak dan isteri orang Melaka
iii.Pada pandangan anda, mengapakah kerajaan pada zaman dahulu sering melancarkan perang terhadap negeri di sekitarnya? [3 markah]
... untuk meluaskan pengaruh pemerintahan... untuk meluaskan tanah jajahan masing-masing ... untuk menunjukkan kehebatan kerajaan tersebut..
i.Berikan maksud diperjamunya makan minum. [2 markah]
Maksudnya ialah dihidangkan dengan jamuan.      
ii.Nyatakan perkara-perkara yang disampaikan oleh Patih Gajah Mada kepada Kertala Sari.  [3 markah]
Perkara-perkara yang disampaikan oleh Patih Gajah Mada kepada Kertala Sari ialah ayahnya telah mati dibunuh oleh Laksamana dan Ratu Melaka. Selain itu, Patih Gajah Mada memberitahu Kertala Sari bahawa dia akan dilantik sebagai penggawa agung.
iii.Patih Gajah Mada telah menyampaikan pesanan ayah Kertala Sari kepada Kertala Sari.Pada pendapat anda, mengapakah Patih Gajah Mada ingin menyempurnakan pesanan tersebut?        [3 markah]
Pada pendapat saya, Patih Gajah Mada ingin menyempurnakan pesanan tersebut kerana Patih Gajah Mada seorang yang amanah. Selain itu,Patih Gajah Mada ingin membela nasib Kertala Sari yang kematian ayahnya. Patih Gajah Mada mahu Kertala Sari menuntut bela atas kematian ayahnya.
         
Setelah Seri Betara mendengar sembah Patih Gajah Mada demikian itu, maka titah Seri Betara, “Hai Kertala Sari, dapatkah engkau kutitahkan membunuh Ratu Melaka dan hulubalang yang bernama Laksamana itu?”
Maka sembah Kertala Sari, “Daulat tuanku andika Betara, endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu, sedang negeri Daha patik alahkan? Setelah Seri Betara mendengar cakap Kertala Sari itu, maka titah Seri Betara, “Segeralah engkau pergi ke Melaka itu. Kerajaan seperti cakapmu itu supaya engkau kujadikan penggawa agung.”  Maka sembah Kertala Sari, “Jikalau tuanku hendak menitahkan patik aji, baiklah segera patik suruh hantarkan ke Melaka dengan sebuah perahu supaya patik segera kerjakan seperti titah paduka Betara itu.” Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah. Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.
i.Berikan maksud endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu, sedang negeri Daha patik alahkan.
..tugas membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu sangat mudah kerana Kertala Sari pernah mengalahkan negeri Daha
ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah perkara-perkara yang dilakukan oleh Kertala Sari apabila tiba di Melaka?
..singgah di luar kota pada kampung segala Jawa..Kertala Sari menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu..Kertala Sari berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung dengan orang kaya-kaya dan saudagar
iii.Pada pandangan anda, sekiranya Kertala Sari tiada, bagaimanakah Seri Betara dapat menyelesaikan masalah baginda dengan Ratu Melaka dan Laksamana?
..baginda berunding dengan cara terbaik…baginda boleh meminta bantuan angkatan tenteranya untuk menyerang Ratu Melaka dan Laksamana…baginda boleh meminta bantuan dari negara jiran
                  
Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun bersikap dirinya; maka lalu berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya. Maka dilihai Kertala Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri. Maka Kertala Sari pun masuk makan bersama-sama dengan saudagar itu. Hatta setelah jauh malam, maka saudagar itu pun masuk tidur. Maka oleh Kertala Sari dicurinya segala harta saudagar itu sekuasa-kuasa ia membawa bini saudagar itu pun dicabulinya. Maka ia pun kembali pada tempatnya. Maka hari pun sianglah. Maka saudagar itu pun gemparlah mengatakan dirinya kecurian. Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang-orang kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.”
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”  Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.
Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.
Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja mengadukan halnya kecurian semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”
Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”
Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?”
Maka baginda pun murka sedikit akan Temenggung. Maka baginda pun menyuruh memanggil Laksamana; Laksamana pun segera datang lalu duduk menyembah.
i.Berikan maksud patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.         [2 markah]
...bermaksud kami telah dirompak sehingga tiada apa-apa yang tinggal untuk kami lagi
i.Berikan maksud terlalu banyak dengan lembing perisai. [2 markah]
Maksudnya ialah senjata yang sangat banyak.
ii.Apakah yang dilakukan oleh Kertala Sari apabila dia masuk ke dalam rumah saudagar kaya?[3
...... makan bersama dengan saudagar ... mencuri segala harta saudagar ... melarikan dan mencabuli isteri saudagar
ii.Orang kaya-kaya telah mengadu kepada raja bahawa rumah mereka kecurian semalam.Nyatakan reaksi raja apabila mendengar aduan tersebut. [3 markah\
...Raja berasa hairan dan bertanya kepada Temenggung sama ada mereka berkawal atau tidak pada malam itu. Baginda murka akan Temenggung lalu menyuruh agar Laksamana dipanggil.
iii.Sekiranya anda Temenggung, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk meredakan kemarahan raja?
...Menerangkan perkara yang sebenarnya kepada raja...Membawa beberapa orang saksi yang mengetahui bahawa saya sudah membuat kawalan....Berjanji kepada raja untuk berusaha menyelesaikan masalah kecurian tersebut.
iii. Pada pandangan anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu tergamak mencuri?
... desakan hidup akibat kemiskinan... mempunyai kemahuan yang tinggi walaupun tidak mampu dari segi kewangan ... rasa puas hati apabila berjaya melakukan perkara itu

Maka sembah Bendahara, “Daulat tuanku Syah Alam, adapun pekerjaan berkawal itu pekerjaan Temenggung; apabila Temenggung tiada bercakap, Laksamana pula mengerjakan dia.”
Maka titah raja, “Pada malam ini Temenggung sendiri keluar berkawal.”
Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku, patik sendiri masuk berkawal.” Maka Temenggung pun bermohon kembali ke rumahnya berkerah segala hambanya lima ratus orang dengan alat senjatanya.
Setelah hari malam maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka didengarnya bunyi orang berkawal dan bunyi lembing perisai gemeretak. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu ia berjalan pada tengah orang banyak itu lalu masuk ke rumah Bendahara. Maka dicurinya harta yang kemas- kemas lalu dibawanya kembali.
Setelah hari siang maka Bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian.
Maka Bendahara pun berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, pada malam ini patik habis kecurian, habislah harta yang kemas-kemas.”
Maka titah raja, “Hai Temenggung, tidakkah kita titahkan Temenggung sendiri pada malam berkawal? Mengapakah pada malam ini mamak Bendahara kecurian ini?”
i.Apakah perkara yang diadukan oleh Bendahara kepada Tuanku Syah Alam?   [2 markah]
tugas berkawal itu merupakan tugas Temenggung..Temenggung tidak melaksanakan tugas, sebaliknya Laksamana pula mengambil alih tugas tersebut
ii.Bagaimanakah reaksi Temenggung selepas mendapat perintah Tuanku Syah Alam? [3 markah]
Temenggung mematuhi arahan itu..Temenggung bermohon kembali ke rumahnya..Temenggung mengerah semua hambanya seramai 500 orang dengan senjatanya untuk berkawal...
iii.Sekiranya anda raja, apakah tindakan yang akan anda kenakan kepada Temenggung yang gagal menjalankan tugasnya dengan baik? [3 markah]
..saya akan memberikan amaran kepada Temenggung supaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh...saya akan menggantikan Temenggung dengan orang lain...saya akan mengenakan hukuman yang setimpal kepada Temenggung

Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian; syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata lagi.
Maka sembah Laksamana, “Pada firasat patik, pada malam itu datang pula penjurit itu ke istana kita ini.”
Maka titah raja, “Apa bicara kita supaya penjurit itu tiada beroleh masuk ke istana ini?”
Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, ada suatu perbuatan: hikmat itu daripada penjurit yang tahu patik peroleh.”
Maka titah baginda, “Segeralah perbuat, kekasihku Laksamana. hikmat itu.”
Maka sembah Laksamana. "Ya tuanku, pada malam ini lepaskanlah patik pergi berkawal, tiada jauh.” Maka baginda bertitah, “Baiklah."
Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak itu, lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling istana itu. Maka dibubuhnya suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama sendirinya dan kayu itu pun palu-memalu, terlalu gemuruh bunyinya.
Maka hari pun malamlah. Maka Laksamana pun memakai serba hitam lalu berjalan. Maka Kertala Sari pun masuklah. Maka dilihat oleh Laksamana seorang penjurit; maka Laksamana pun berselindung pada suatu tempat. Maka Kertala Sari pun menyimpang pada tempat yang lain masuk mencuri.
Maka Kertala Sari pun fikir dalam hatinya hendak mencuri harta raja; apabila habislah harta raja itu maka ia pun hendak membakar serta mengamuk. “Adapun bini raja muda-muda itu kuambil akan biniku.”
Maka ia pun sampailah ke istana. Didengar bunyi gemuruh, maka dihampirinya: maka dilihatnya senjata dan kayu palu-memalu, tikam-menikam dan radak-meradak.
i.Berikan maksud Maka raja pun tiada terkata-kata lagi.   [2 ]
bermaksud raja pun tidak dapat berkata apa-apa
i.Berikan maksud Adapun bini raja muda-muda itu kuambil akan biniku.[2 ]
Maksudnya ialah Kertala Sari mahu mengambil isteri raja yang muda untuk dijadikan isterinya.
ii.Apakah reaksi raja setelah mendengar aduan orang kaya-kaya dan saudagar yang kecurian? [3 markah]
...raja tidak berkata apa-apa...raja meminta pendapat orang-orang bawahannya tentang cara untuk mengelakkan penjurit itu datang ke istananya lagi
iiApakah yang dilakukan oleh Laksamana dengan semua senjata yang dibawanya itu?          [3 ]
...diatur di sekeliling istana...ditabur suatu hikmat
ii.Apakah keistimewaan-keistimewaan hikmat yang dimiliki oleh Laksamana?[3 markah]
Keistimewaan-keistimewaan hikmat yang dimiliki oleh Laksamana ialah Laksamana boleh menjadikan senjata tersebut radak-meradak dan tetak-menetak sesama sendiri. Selain itu,kayu-kayu pula palu-memalu sehingga mengeluarkan bunyi yang amat kuat.
iii.Sekiranya anda raja, apakah yang akan anda lakukan untuk memastikan Laksamana terus berkhidmat dengan kerajaan anda? [3 markah]
Sekiranya saya raja, perkara yang akan saya lakukan untuk memastikan Laksamana terus berkhidmat dengan kerajaan saya ialah saya akan    mengahwinkan Laksamana dengan puteri saya. Di samping itu, saya akan menawarkan Laksamana jawatan yang lebih tinggi. Memberikan pingat kebesaran kepada Laksamana .... Mengadakan keraian untuk menghargai dan mengingati jasa Laksamana.

iii.Sekiranya anda raja di sesebuah negara, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil jika rakyat anda ditimpa musibah?
membantu rakyat dari segi kewangan yang untuk mereka memulakan kehidupan yang baharu ... melawat ke kawasan yang ditimpa musibah tersebut untuk memberi kata-kata semangat kepada rakyat ... mengisytiharkan darurat jika perlu supaya segala bantuan boleh diberikan kepada mangsa ditimpa musibah ... mengarahkan pihak yang bertanggungjawab untuk memberi bantuan dengan kadar segera


Maka sembah Temenggung, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia; adapun pada malam ini patik sendirinyalah berkawal. Pada segenap pintu dan rumah saudagar dan orang kaya-kaya patik sudah tunggui; maka seorang pun tiada bertemu dengan patik-patik itu. Maka titah duli yang maha mulia patik junjung.”
Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya tuanku, adapun penjurit yang datang ini bukan barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu.”
Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita. Jikalau Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah Laksamana.” Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu.
i.Mengapakah Laksamana ingin berlawan dengan penjurit yang melakukan kecurian di tempat mereka?[2 markah]
..penjurit yang datang bukan penjurit yang sembarangan...penjurit itu lebih bijak daripada Laksamana    ....  bukan calang-calang
iii.Sekiranya anda raja, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk menghapuskan penjurit itu?
..mengarahkan pembesar saya untuk menangkap penjurit itu..menjatuhkan hukuman mandatori ...bunuh terhadap penjurit itu..meminta bantuan negara lain untuk menangkap penjurit itu

Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.”
Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian sahaja aniayalah duli yang maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.”
Maka titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”
Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah dan rasul- Nya, dengan tulus ikhlas patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan segala hartanya akan Laksamana.
Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi lagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu tiada diambil oleh Laksamana.
i.Berikan maksud yang sebahagi itu akan patik.       [2 markah\
…bermaksud saya akan mengambil sebahagian
ii.Berdasarkan petikan di atas, apakah yang dilakukan oleh Laksamana terhadap harta yang diberikan kepadanya?
harta itu telah dibahagi tiga... satu bahagian didermakan kepada segala fakir miskin ... satu bahagian diberikan kepada segala pegawai yang , tiada penguasaan ... satu bahagian diberikan kepada semua orangnya
iii.Pada pendapat anda, selain pemberian harta, bagaimanakah cara lain untuk menghargai jasa seseorang?
..memberikan pangkat/gelaran/anugerah... membantu mereka jika berada dalam kesusahan... mendoakan kesejahteraan mereka... menziarahi mereka untuk bertanyakan khabar

 i.Nyatakan perkara-perkara yang dititahkan oleh raja kepada semua pemilik harta tersebut.     [2 markah]
Perkara-perkara yang dititahkan oleh raja kepada semua pemilik harta tersebut ialah mereka diminta membahagikan harta itu kepada tiga bahagian. Seterusnya, dua bahagian diserahkan kepada Laksamana dan sebahagian lagi ialah kepunyaan pemilik harta.
ii.Apakah yang telah dilakukan oleh Laksamana terhadap satu bahagian harta yang diberikan kepadanya? [3
Perkara-perkara yang dilakukan oleh Laksamana terhadap harta yang diberikan kepadanya ialah dia membahagikan harta itu kepada tiga bahagian. Selain itu, Laksamana mendermakan satu bahagian kepada fakir miskin, satu bahagian diberikan kepada semua pegawai yang tiada penguasaan,manakala satu bahagian lagi diberikan kepada orang-orangnya.
iii.Sekiranya anda raja, bagaimanakah cara anda membalas jasa Laksamana yang mendapatkan harta yang telah dicuri semula? [3 ]
Sekiranya saya raja, cara saya membalas jasa Laksamana yang mendapatkan harta yang telah dicuri semula adalah dengan memberikan hadiah seperti persalinan ataupun barangan berharga. Seterusnya, menganugerahkan pangkat yang tinggi kepada Laksamana. Selain itu, memberikan pingat kebesaran kepada Laksamana. Akhirnya, mengadakan keraian untuk menghargai dan mengingati jasa Laksamana.


i. patik cuba main penjurit itu, dengan berkat arwah guru patik bermaksud Laksamana akan bertarung dengan Kertala Sari dengan berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada gurunya.
ii.Mengapakah pada malam itu Kertala Sari masuk ke kota memakai pakaian yang indah dan bau-bauan?
Dia berhasrat untuk membakar dan mengamuk dalam kota Melaka kerana dia sudah tidak boleh mencuri oleh sebab sudah habis harta orang Melaka dicurinya.
iii.Pada pendapat anda, adakah wajar cara yang digunakan oleh Laksamana untuk menyerang Kertala Sari?
Wajar.. menunjukkan bahawa Laksamana seorang yang bijak apabila berhadapan dengan musuh - Laksamana lebih dahulu mengetahui bahawa Kertala Sari bukanlah sembarangan penjurit yang mudah ditewaskan dan amat ganas. Oleh itu, untuk mengalahkan Kertala Sari memerlukan keberanian dan juga strategi untuk menewaskannya.



No comments: