Wednesday, August 17, 2016

ahmad mutawakkil(ms15-19)



(cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil”)
1 Berikan penyataan perwatakan bagi setiap contoh kepada watak seperti yang dinyatakan di bawah
(a) Seorang yang menghargai jasa dan budi orang lain
Huraian: Ahmad Mutawakkil tetap menghargai jasa dan budi baik Tuan Booth dengan menghadiri majlis yang diadakan oleh Tuan Booth di banglo estetnya.
(b) Seorang yang bijak merancang masa depan
Huraian: Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dengan Sandra sewaktu dia menumpang hidup selama tiga tahun dengan Tuan Booth.
(c) Seorang nasionalis muda yang mempunyai sifat patriotisme yang tinggi
Huraian: Ahmad Mutawakkil secara terbuka berjuang menentang Inggeris.
(d) Seorang yang petah berbicara
Huraian: Ahmad Mutawakkil telah berjaya memukaukan masyarakat kampung dengan pengucapan pidatonya yang lantang.
(e) Seorang yang sanggup berkorban demi tanah air
Huraian: Ahmad Mutawakkil mempertahankan keselamatan penduduk dan kampungnya daripada ancaman pengganas komunis.
(f) Seorang pemimpin parti yang berjiwa besar
Huraian: Ahmad Mutawakkil dipilih memegang jawatan pemimpin nombor dua di peringkat daerah walaupun ketika itu dia baru berusia 24 tahun.


Latar masa
Tiga orang pengurus berbangsa Inggeris terkorban dalam
serangan berkembar oleh pihak komunis di Estet Ephill dan Estet Sungai Siput
13 Jun 1998
Sandra kembali semula ke banglo estet peninggalan bapanya untuk mengajar anak-anak masyarakat kampung.
31 Ogos 1958
Ahmad Mutawakkil telah dipilih menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah pada unurnya 24 tahun
1952
Ahmad Mutawakkil berusia 17 tahun
1946
Parti Komunis Malaya mula mengganas di seluruh Tanah Melayu.
1948 Jun 16
Penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil di surau.
31 Ogos 1957

Usai solat maghrib - ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa, dengan tubuh dipaling ke kanan menghadap Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami para makmum pula, sepatah demi sepatah, mengaminkan setiap baris kalimah - di pintu surau, terdengar suara orang memberi salam. Perlahan dan sangat rengsa bunyinya.
Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling - disusuli Penghulu Ibrahim Sigap. Melihat saja, mata kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak sangat terperanjat. Dengan telapak tangan yang masih menadah doa, kami segera menoleh. Dek pelita ayan yang tergantung pada alang beranda sangat terang cahayanya, maka susuk tubuh dan wajah lelaki yang tersepuk di muka pintu segera kami kenal akan gerangannya.
Dialah Ahmad Mutawakkil. Wajahnya berkerut-kerut; kedua-dua matanya terpejam. Kemeja putih ala-ala peon British dipenuhi darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya.
i.Bagaimanakah keadaan Ahmad Mutawakkil ketika tiba di surau?
Keadaan Ahmad Mutawakkil ketika tiba di surau ialah wajahnya berkerut-kerut dan kedua-dua matanya terpejam. Kemeja putih ala-ala peon British yang dipakainya dipenuhi darah,  manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran.

ii.Sekiranya anda berada di surau, apakah tindakan anda untuk menyelamatkan Ahmad Mutawakkil?[3 Sekiranya saya berada di surau, tindakan saya untuk menyelamatkan Ahmad Mutawakkil ialah saya akan menghubungi pihak hospital dengan segera untuk menghantar ambulans. Seterusnya, cuba memberikan rawatan awal dengan membersihkan luka- lukanya. Selain itu, menenangkannya agar tidak risau akan kecederaan yang dialaminya.

iii.Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar tempat lain daripada keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah]
Satu latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas adalah di surau. Contohnya, Ahmad Mutawakkil muncul dengan keadaan berlumuran darah semasa orang-orang kampung baru selesai mendirikan solat maghrib. Satu latar tempat lain daripada keseluruhan cerpen adalah di banglo    estet Tuan Booth. Contohnya, Tuan Booth tinggal bersama-sama dengan isterinya dan seorang anak perempuannya, iaitu Sandra di banglo itu.

Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet keturunan India serba sedikit merubah wajah kampung kami.
Jalan yang dulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan; tak lagi becak kala musim hujan, dan kurang berkeladak pada musim kemarau.
Tuan Booth yang murah senyuman itu, lama-kelamaan menjadi sebahagian panorama kampung. Walaupun lelaki kulit putih yang gemar berseluar pendek dan bertopi bulat itu terkenal kerana kemurahan senyumannya, kawasan kebun getah, estet pekerja serta banglo kolonialnya tetap asing kepada kami.
Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya, Ahmad Mutawakkil, yang sudah yatim piatu itu menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke pekarangan estet Tuan Booth.
“Eloklah ... paling tidak, dia bekerja dengan Orang Putih tu, belajar mencari makan sendiri.” Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil getah Tuan Booth setiap tahun nampaknya sangat menjadi, kami tetap bertani secara tradisi.
Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dan keledek. Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai. Kami tetap orang kampung yang dulu, yang hidup atas dua matlamat - rezeki dan ibadat.
i.Bagaimanakah kehidupan orang kampung seperti yang digambarkan dalam petikan?        [2 markah]
Kehidupan orang kampung seperti yang digambarkan dalam petikan ialah orang kampung menjadi petani dengan menanam pisang, ubi kayu, keledek, dan padi. Selain itu, mereka hidup berlandaskan dua matlamat, iaitu mencari rezeki dan beribadat.

ii.Sekiranya anda Tuan Booth, apakah yang akan anda lakukan untuk mendekati orang-orang kampung? [3 Sekiranya saya Tuan Booth, perkara yang akan saya lakukan untuk mendekati orang-orang kampung ialah bergaul mesra dengan orang-orang kampung . Selain itu, saya akan mengajak orang-orang kampung datang berjunjung ke rumah.  Seterusnya, menziarahi rumah orang-orang kampung. Akhirnya, melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan oleh orang-orang kampung.

iii.Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.          [4 markah]
Satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas ialah Penghijrahan orang asing ke negara kita. Contohnya,  Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet keturunan India berhijrah ke negara kita untuk bekerja di estet.

satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.
Selain itu, semangat patriotisme yang tinggi dalam diri pejuang. Contohnya,  Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat agar bersama-sama berjuang untuk memerdekakan tanah air daripada cengkaman penjajah Inggeris.

Akhirnya, kisah percintaan yang tidak kesampaian . Contohnya, Sandra amat menyayangi Ahmad Mutawakkil tetapi percintaan mereka tidak kesampaian kerana Ahmad Mutawakkil telah mati selepas ditembak komunis.

Tahun 1943, dia semakin kerap menghilang. Pada suatu hari, Imam Ngah Deraman memberitahu kami, “Kata Ahmad Mutawakkil, di bandar, dia bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti- Jepun.”
Kami mendengar, tetapi tidak begitu memahami perihal cerita itu. Cuma satu hari pada tahun 1945, beberapa bulan setelah kelibat tentera Jepun langsung tidak lagi menjengah kampung kami, Imam Ngah Deraman menyampaikan berita terbaharu.
“Ahmad Mutawakkil balik tengah malam tadi. Katanya, Hiroshima dan Nagasaki kena bom. Jepun akan menyerah kalah tak lama lagi.”
Walaupun cerita itu laksana mimpi yang kabur dan sukar ditafsirkan, kami tetap berasa lega dan menyembahkan syukur.
Misai terunanya tak ubah macam bulu roma, tetapi perawakannya sangat mengesankan. Pada suatu hari, pada tahun 1946, selesai mengaminkan solat isyak, dia mengengsot merapati Imam Ngah Deraman, bersalaman sambil berbisik.
i.Apakah berita yang disampaikan oleh Imam Ngah Deraman kepada orang-orang kampung?        [2 markah]
Berita yang disampaikan oleh Imam Ngah Deraman kepada orang-orang kampung ialah berita tentang kepulangan Ahmad Mutawakkil pada tengah malam tadi ...Hiroshima dan Nagasaki dibom dan Jepun akan menyerah kalah tidak lama lagi

ii.Kehidupan zaman penjajah penuh dengan penderitaan. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mempertahankan kemerdekaan negara?         [3 markah]
Pada pendapat saya, cara untuk mempertahankan kemerdekaan negara adalah dengan berusaha bersama-sama untuk menjaga keamanan negara. Seterusnya, .tidak mendedahkan maklumat keselamatan negara kepada pihak luar. Akhirnya, meningkatkan ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara.

iii.Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai kemanusiaan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.            [4 markah]
Satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas ialah kesyukuran. Contohnya, Penduduk kampung bersyukur selepas mendengar berita kekalahan tentera Jepun.

satu nilai kemanusiaan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
 Cinta akan negara. Contohnya Ahmad Mutawakkil berjuang meniupkan api semangat patriotik melalui penulisannya pada surat khabar dan melalui ceramah yang disampaikannya kepada masyarakat kampung.
 Seterusnya, nilai keberanian. Contohnya, Ahmad Mutawakkil berani bersuara dengan lantang  dan secara terang-terangan membidas dan mengkritik perjuangan pihak komunis.
Selain itu, nilai ketabahan . Contohnya, Ahmad Mutawakkil tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perjuangannya menuntut kemerdekaan negara.

Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung. Perjuangan parti meruntun waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia dipilih menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.
Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahmad Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannya banyak merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan.
“Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk merdeka, katanya, perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.
“Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikis semua tabiat buruk bangsa kita. Kita pasti akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita ....”
Akhimya, selepas berbulan-bulan lamanya Ahmad Mutawakkil menghilang, satu hari, pecahlah berita tentang kepulangannya. Oleh sebab namanya sebagai wartawan masyhur disebut orang di sana.sini, Tuan Booth mahu meraikan kejayaannya itu.
Seperti biasa, kami dijemput sama. Di majlis itulah, seorang daripada kami secara tidak sengaja terdengar perbualan Ahmad Mutawakkil dengan anak gadis Orang Putih itu.
i.Mengapakah Ahmad Mutawakkil jarang-jarang pulang ke kampung? [2 markah]
Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang pulang ke kampung kerana banyak waktunya dihabiskan di bandar
...di samping itu. dia dipilih menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti pada peringkat daerah ...dia juga sibuk berceramah di merata tempat dan turut menjadi penulis dalam surat khabar

ii.Pada pandangan anda, selain melalui akhbar, bagaimanakah sesuatu berita dapat disebarkan kepada umum?
... Melalui televisyen dan radio. Selain itu, Melalui Internet atau melalui media sosial seperti facebook, twitter, instagram,  dan sebagainya. Akhirnya, penyebaran daripada seseorang kepada seseorang yang lain.

iii. Huraikan satu perwatakan Ahmad Mutawakkil yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu perwatakan lain Ahmad Mutawakkil daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
Satu perwatakan Ahmad Mutawakkil yang terdapat dalam petikan cerpen di atas seorang yang mempunyai semangat cinta akan negara. Contohnya, Ahmad Mutawakkil telah membakar semangat orang-orang kampung untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan melalui ceramah dan penulisan dalam akhbar.

Satu perwatakan lain Ahmad Mutawakkil daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan seorang yang berani. Contohnya, Ahmad Mutawakkil berani bersuara demi kebenaran melalui penulisannya dalam surat khabar dan penyampaian pidatonya dalam usaha menentang komunis.

“Kalau bukan awak yang ajar saya menulis dan membaca,” kata Ahmad Mutawakkil, “tak mungkin saya jadi wartawan. Saya sangat terhutang budi.” Gadis itu tersenyum, menjawab dalam bahasa Melayu yang fasih流利. “Dari dulu, saya tau awak bijak ... tapi saya tak sangka猜测, awak akan sehebat一样厉害 ini.”
Ahmad Mutawakkil terdiam, memandang tepat wajah gadis itu. “Pujian称赞 itu terlalu besar. Selagi 只要Tanah Melayu belum merdeka, saya tidak layak资格 menerima apa-apa pujian, Sandra.” Itulah kali terakhir kami menyertai Ahmad Mutawakkil ke rumah Sandra, anak gadis Tuan Booth. Sejak serangan攻打 berkembar di Estet Ephill dan Estet Sungai Siput pada 13 Jun 1948 yang mengorbankan tiga orang pengurus Inggeris, ketegangan 紧张merayap ke seluruh negara dan sampai juga ke kampung kami.Bermula pada 16 Jun 1948 di Perak dan tiga hari kemudian di seluruh negara, di mana-mana, kebebasan mulai terbatas限制. Darurat危急 diisytiharkan宣布. Parti Komunis Malaya mula menggila.
i.Apakah reaksi反应 Ahmad Mutawakkil apabila Sandra menyatakan rasa kagumnya terhadap kebolehannya?
... Ahmad Mutawakkil terdiam... Ahmad Mutawakkil memandang tepat ke wajah Sandra
...Ahmad Mutawakkil mengatakan bahawa pujian yang diberikan oleh Sandra terlalu besar

ii.Pada pendapat anda, mengapakah darurat diisytiharkan apabila berlaku sesuatu keganasan 凶猛atau bencana灾难 di sesebuah negara? Berikan tiga sebab anda. [3 markah]
...untuk melindungi penduduk daripada serangan pengganas atau bencana ... untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan kerja- kerja menyelamatkan mangsa perang ...supaya kegiatan keganasan atau masalah bencana boleh dikekang.

iii.Jelaskan satu perwatakan Ahmad Mutawakkil yang terkandung dalam petikan dan satu perwatakannya berdasarkan keseluruhan cenpen. [4 markah]
Satu perwatakan Ahmad Mutawakkil dalam petikan cerpen ialah seorang yang mengenang budi念恩. Contohnya, Ahmad Mutawakkil terhutang budi akan对于 keikhlasan Sandra yang mengajarkannya menulis dan membaca.

Satu perwatakan Ahmad Mutawakkil daripada keseluruhan cerpen ialah seorang yang _____ berani bersuara. Contohnya, Ahmad Mutawakkil berani menuduh控告 perjuangan komunis sebagai pengkhianat 背叛negara melalui penulisannya dalam surat khabar dan penyampaian pidatonya.




Malam itu, selepas solat isyak, Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau dan esoknya, kami mendapat tahu dia pergi mencari Ahmad Mutawakkil. Budak itu dibawa ke rumahnya. Sejak itu, dalam kesulitan hidup zaman Jepun, Ahmad Mutawakkil menjadi anak angkatnya. Cuma kekerapan budak itu menghilang, lama-kelamaan diterima Imam Ngah Deraman sebagai satu kebiasaan.
            “Aku tak sangka budak tu pandai menulis. Anak Orang Putih tu ajar dia banyak benda. Dia juga pandai cakap Orang Putih,” kata Imam Ngah Deraman.
            Di surau, terutama, pada malam hari, di hadapan Penghulu Ibrahim Sigap, Imam Ngah Deraman menyampaikan apa-apa sahaja berita yang dikhabarkan Ahmad Mutawakkil.
            “Maknanya, dia bukan merayaulah,” kata Penghulu Ibrahim Sigap. Pada usia 15 tahun, Ahmad Mutawakkil laksana jendela – tempat kami menjenguk dunia.
            Tahun 1943, dia semakin kerap menghilang. Pada suatu hari, Imam Ngah Deraman memberitahu kami, “Kata Ahmad Mutawakkil, di bandar, dia bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun.”
i.Berdasarkan petikan di atas, apakah keistimewaan-keistimewaan yang dimiliki oleh Amad Mutawkkil yang mengagumkan Imam Ngah Deraman?
Ahmad Mutawakkil pandai menulis..berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris

ii.Pada pendapat anda, apakah faedahnya seseorang itu mengausai pelbagai bahasa sebagai sumbangan untuk kemajuan negara?
...dapat memerluas perdagangan dengan kebolehan berkomunikasi...dapat memajukan industri pelancongan dengan kebolehan sebagai pemandu pelancong...dapat menjadi jurubahasa dalam pelbagai persidangan

iii.Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
Persoalan dalam petikan ialah kepentingan menguasai kemahiran membaca dan menulis. Contohnya, Ahmad Mutawakkil yang menguasai kemahiran membaca dan menulis mampu menyalurkan pelbagai maklumat kepada penduduk kampung.

Manakala persoalan dalam cerpen ialah  perjuangan menentang fahaman yang tidak betul. Contohnya, Ahmad Mutawakkil menolak ideologi komunis dan menjelaskan kepada orang kampung bahawa fahaman komunis itu bertentangan dengan fahaman Melayu yang menganut agama Islam.

Sekalipun secara terbuka Ahmad Mutawakkil berjuang menentang Inggeris, dia tetap akrab dan mesra dengan keluarga Tuan Booth yang kembali ke estet sebaik-baik saja Jepun kalah.
            “Saya suka pemuda yang berani,” kata Tuan Booth. “Sekarang,” kata Orang Putih itu lagi, “di mana-mana, orang Melayu sudah lawan Inggeris, dan Ahmad Mutawakkil nasionalis Melayu paling muda.”
            Sejak kembali, Tuan Booth jauh berubah. Dia tidak lagi terperap di estet. Pada setiap petang, biasanya selepas solat asar, dia akan menjengah ke surau. Dia akan duduk berbual-bual, bercerita itu ini, terutama dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap. Ada sekali, sewaktu Ahmad Mutawakkil balik ke kampung, Tuan Booth mengundang kami ke banglonya.
            “Dia pelawa kita minum teh di banglonya,” kata Ahmad Mutawakkil. “Saya fikir, Tuan Booth ikhlas nak berbaik-baik.”
            Kami terdiam, tak berani bersuara, menantikan kata putus daripada Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap.
            Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. “Selama Tuan Booth di sini, sejak dulu lagi, tak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya fikir atas sifat hati Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan.”

i.Nyatakan perubahan-perubahan dalam din Tuan Booth yang kembali semula ke estet setelah kekalahan Jepun.[2 markah]
... tidak lagi memencilkan diri di banglo tetapi sudah bercampur dengan penduduk kampung ... kelihatan datang berbual-bual dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap ... turut mempelawa orang kampung minum teh di banglonya

ii.Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan agar setiap kaum di negara mi sentiasa taat dan setia kepada negara?[3 ]
... menggiatkan kempen kesedaran agar mempertahankan bumi kelahiran
.. menyampaikan ceramah dalam kurikulum di sekolah agar teguh dengan prinsip di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung ... kursus-kursus motivasi seperti PLKN turut menyelitkan konsep ketaatan kepada negara

iii.Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
Latar masyarakat dalam petikan ialah ... masyarakat yang bergaul mesra tanpa mengira batas kaum, warna kulit, dan latar belakang. Contohnya, Tuan Booth semakin mesra dengan penduduk kampung.

 Manakala latar masyarakat dalam cerpen ialah... masyarakat penjajah yang mengaut keuntungan ekonomi tanah air. Contohnya Tuan Booth telah membuka estet getah dan mengupah 15 keluarga berketurunan India untuk bekerja sebagai buruh di estet getahnya.

Malam itu, sesuai solat maghrib, seiring debar yang kami tanggung sejak subuh, tampangnya muncul juga. Darah membuak-buak bagai mata air. Tiga lubang buka tanda ditusuk peluru yang ditembak dari jarak dekat menyebabkan kami tidak sanggup melihatnya.
            Sesuai melafazkan kalimah syahadah, sebaik-baik saja matanya terpejam di atas ribaan Imam Ngah Deraman sambil menggenggam tangan Penghulu Ibrahim Sigap, padamlah satu-satunya pelita yang selama ini menerangi hati dan fikiran kami. Seluruh kampung murung dan berbalam, laksana terkatupnya sebuah jendela tempat kami mengenal dunia.
            31 Ogos 1957 – ketika bulan merdeka sangat terang di langit, kami beriktiraf di surau. Sesuai dengan semangat warisan moyang-poyang sejak kampung itu dipugar, kami meraikan merdeka dengan dua matlamat: rezeki dan ibadat.
            Surau penuh sesak – kami menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil, khusus untuk orang yang sangat kami cintai. Kami selalu mengenangkankan kata-katanya: Perihal lurusnya hati Melayu, berbudi cara Melayu, bersahabat cara Melayu. Malah, segala debar cinta kepada bangsa dan negara. Kami sentiasa rindu akan kata-kata semangat anak muda itu: “Tanah Melayu pasti merdeka!”
            Tuan Booth sekeluarga balik ke England seminggu selepas merdeka, tapi setahun kemudian – ketika kami bersiap-siap di surau meraikan setahun merdeka – gadis Inggeris berambut perang dan bermata biru lembut itu muncul semula.
i.Jelaskan tiga latar masa berserta dengan contoh yang terkandung dalam petikan cerpen di atas.[5 markah]
...pada waktu malam. Contohnya, Ahmad Mutawakkil muncul di surau dalam keadaan cedera parah akibat ditembak oleh komunis dan berlumuran dengan darah pada waktu malam.

...31 Ogos 1957. Contohnya, penulis dan penduduk kampung beriktikaf di surau dengan menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil.

...seminggu selepas merdeka. Contohnya, Tuan Booth sekeluarga balik ke England seminggu selepas merdeka.

ii.Pada pendapat anda, mengapakah anak gadis Tuan Booth yang berbangsa Inggeris datang semula ke banglo di estetnya? Berikan empat alasan anda. [4 markah]
...untuk bertemu dengan kawan-kawan dan penduduk kampung.
...untuk menyambung semula kerja-kerja perladangan getah bapanya yang tertangguh selama setahun.
...untuk mengunjungi pusara kekasihnya, Ahmad Mutawakkil.
... untuk berbakti kepada penduduk kampung.

No comments: