Wednesday, August 17, 2016

hipertensi(ms19-23)



Hipertensi
Huraian
Nilai
Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan
Dedikasi
Aiman sedar akan kesilapannya dengan memanjatkan 祷告doa dan harapannya ke hadrat力量 Ilahi.
Keinsafan
Ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah.
Kasih sayang
Aiman mementingkan pengambilan makanan yang seimbang dan mengamalkan 实践gaya方法 hidup sihat
Kebersihan mental dan fizikal
Bapa Aiman berusaha merawat masalah anaknya dengan membawa Aiman menjalani参与 latihan intensif 紧密dan latihan terapi治疗
tanggungjawab
Aiman menyusun jari-jemari tangannya lurus-lurus. Jari-jemari yang kurus runcing dan semacam tidak berisi itu dibawanya ke muka. Muka yang dulunya gebu dan montok, kini nampak cengkung dan semacam menyimpan dendam yang tidak berhujung. Dia lantas menekup wajahnya rapat-rapat. Dia cuba mengintip, mengikut ruang yang wujud di celah-celah jari-jemarinya. Jelas kelihatan olehnya akan lereng bukit yang sudah tempang dan pincang, menimpai banglo di lereng bukit.
Jari-jemarinya yang kurus itu kini dianjakkan ke ruang lain, melebarkan pandangannya ke arah sekitar. Lagi-lagi lereng bukit yang runtuh itu mengeruhkan sanubarinya. Perenungan itu memberi ruang dan kesempatan kepdanya untuk mematah-matahkan jari-jemarinya satu per satu. Dia amat seronok mendengar bunyi kertup-kertap yang terbit daripada aksinya itu.
Dia kembali menekup wajahnya, wajah yang geruh dan bengis. Sebiji buah mempelam jatuh terlegap di hadapannya, gugur dengan tiba-tiba. Spontan, dia teringat akan Isaac Newton, saintis berbangsa Inggeris itu.
“Jika aku lahir sezaman dengan Newton pada tahun 1642, ataupun beberapa dekad kemudian, aku pasti tidak berasa hairan tentang sebab buah mempelam itu gugur dengan tiba-tiba,” fikir Aiman. Mallangnya, tarikh keramat itu sudah lama gugur dalam helaian kalendar waktu.
i. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan kesan terhadap alam sekitar akibat kegiatan pembangunan
yang dilakukan oleh manusia. [2 markah]
... lereng bukit yang sudah tempang dan pincang ... lereng bukit menimpai banglo di lereng bukit
... lereng bukit yang runtuh
ii. Sekiranya anda ialah pemaju projek perumahan kawasan tanah tinggi, apakah strategi-strategi yang wajar dilakukan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh di kawasan cerun atau lereng bukit?
Berikan tiga strategi anda itu. [3 markah]
...membuat tembok batu konkrit atau penahan tanah daripada runtuh ... menanam tanaman penutup bumi di lereng bukit ... mengekalkan pohon primer asal atau induk di lereng bukit
iii. Huraikan satu teknik penceritaan yang terkandung dalam petikan dan satu teknik penceritaan lain
yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]
...Teknik pemerian. Contohnya, penulis memerihalkan keadaan bukit di kawasan rumah kediaman Aiman yang gondol akibat penerokaan dan pembangunan.
Satu teknik penceritaan dalam keseluruhan cerpen:
...Teknik dialog. Contohnya, dialog antara Aiman dengan Cikgu Faridah berhubung dengan Teori Graviti yang diperkenalkan oleh Isaac Newton.
Pada suatu hari, Newton takjub melihat sebiji epal gugur lalu jatuh tepat di bumi. Idea tercetus, fikiran terlarik, pendapat terukir, sehingga akhimya lahirlah Teori Graviti.
“Maksudnya, kuasa tarikan bumi,” suara lantang Cikgu Faridah di muka kelas masih temgiang-ngiang di cuping telinganya. Gegendang telinga itu sudah amat bosan mendengarkan butiran yang sama terus-terusan diucapkan.
Kegelisahan diriku mencairkan kesabaran sang guru lalu terlarik segera soalan: “Aqil, cuba awak kaitkan Teori Graviti dengan alam sejagat.”
Nama sebenar murid lelaki yang bemama Aiman itu ialah Aiman Aqil. Dia bangga akan nama itu, nama yang diberikan sebaik-baik sahaja rengekan pertama memecah kesunyian di bilik bersalin. Pada ketika itu, Sang Suria memuncaki ubun-ubun.
i.Bagaimanakah Teori Graviti wujud?  [2 markah]
Teori Graviti wujud apabila pada suatu hari Newton begitu takjub melihat sebiji epal gugur lalu jatuh tepat di bumi.
Dari peristiwa itu timbullah idea dan pendapat tentang Teori Graviti.

ii.Pada pendapat anda, apakah kepentingan sains dalam kehidupan manusia pada setiap hari? [3 m
Pada pendapat saya, kepentingan sains dalam kehidupan manusia pada setiap hari ialah dapat mencegah dan mengubat penyakit melalui penciptaan ubat-ubatan serta peralatan perubatan berteknologi baharu. Selain itu,
memudahkan komunikasi dan pemindahan maklumat dengan lebih cepat dan berkesan. Seterusnya, menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
iii.Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.      [4 markah]
Satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas ialah masyarakat yang bijak dalam bidang sains    . Contohnya, Aiman bijak dalam bidang sains kerana dia tahu tentang Teori Graviti yang dicetuskan oleh Newton.
Satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan ialah masyarakat yang bercita-cita tinggi. Contohnya, Aiman menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan yang berjaya seperti Neil Amstrong.
Masyarakat yang penyayang terhadap ahli keluarga. Contohnya, Ibu Aiman amat menyayangi anak- anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah.
Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap anaknya. Contohnya, bapa Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi
Dulu-dulu ketika di sekolah rendah, Aiman selalu ponteng sekolah. “Bosan dan jelak,” tingkahnya kepada babah dan ibu.
“Mengapa bosan?” tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku  anak yang selalu berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya. “Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dah cipta formula sendiri. Biarpun baru berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil mampu menyelesaikan masalah matematik Tingkatan Lima,” kata murid pintar itu membela diri. Dia mundar-mandir di dalam kelas. “Apalah kau ni Chee Keong, masalah mudah itu pun kau tak dapat buat.” Hujung-hujung cakapnya berbunga sindiran di sebalik dedaun kemaafan.      “Aiman, pergi duduk di kerusi awak. Sekali lagi awak ganggu kawan, saya akan bawa awak menghadap Guru Besar,” Guru Kelas bersuara tegas, memberi amaran keras.            Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar suria berkedudukan 90 darjah tepat. Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung sekian lama di dalam tasik hati mencair dalam detik momen yang singkat. Aiman dirotan. Ibu mengemukakan bantahan dan protes dalam hati.          Sepanjang minggu, murid bernama Aiman Aqil itu ponteng kelas; protes kepada lebam-lebam di pinggul. Keriangan sudah tercantas, tapi masalah belum terurai dan terungkai.          Spontan, dia mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan suasana halusinasi futuristik yang penuh cabaran, disaluti persaingan kompetitif yang menyengat hebat.
i.Berikan maksud berkontradiksi dan berkontras
sering berlawanan dan bertentangan

ii.Kanak-kanak pintar selalu diabaikan kebolehannya sehingga akhirnya mereka gagal dalam hidup. Pada pandangan anda, apakah keperluan-keperluan yang perlu disediakan untuk kanak-kanak pintar ini agar mereka dapat mengekalkan kecemerlangan mereka?
... menempatkan mereka di sekolah khas yang terdiri daripada murid-murid pintar sahaja ... memastikan tenaga pengajar yang berkelulusan tinggi dalam bidang akademik ... memberikan peluang mengikuti pengajian mengikut minat dan kebolehan pelajar

iii.Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengejaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
Kita hendaklah menghargai kepintaran pelajar dengan memastikan dia memperoleh apa-apa yang diperlukannya. Contohnya, Aiman pelajar pintar yang perlu ditempatkan dengan rakan- rakan yang mempunyai aras kebolehan yang sama.
... Kita hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan yang tebih meluas daripada murid kita. Contohnya, Cikgu Faridah yang sentiasa bersedia dengan ilmu pengetahuan yang lebih sebab dia berhadapan dengan pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi seperti Aiman.
“Mengapa bosan?” tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si anak yang selalu berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya.
“Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dah cipta formula sendiri. Biarpun baru berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil mampu menyelesaikan masalah matematik Tingkatan Lima,” kata murid pintar itu membela diri.
Dia mundar-mandir di dalam kelas. “Apalah kau ni Chee Keong, masalah mudah itu pun kau tak dapat buat.” Hujung-hujung cakapnya berbunga sindiran di sebalik dedaun kemaafan.
“Aiman, pergi duduk di kerusi awak. Sekali lagi awak ganggu kawan, saya akan bawa awak menghadap Guru Besar,” Guru Kelas bersuara tegas, memberi amaran keras.
Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar suria berkedudukan 90 darjah tepat.
i.Nyatakan bukti bahawa Aqil merupakan seorang budak yang genius.[2 markah]
Aiman Aqil dikatakan genius kerana dia sudah dapat mencipta formula sendiri walaupun baru berusia lapan tahun. Dia juga mampu menyelesaikan masalah matematik Tingkatan lima.
ii.Gejala ponteng kelas sering berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah untuk menangani kes ini? [3 markah\
Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah untuk menangani kes ini ialah Pihak sekolah perlu mengenakan tindakan tegas terhadap pelajar yang ponteng kelas. Selain itu, kaunselor perlu mengadakan sesi kaunseling terhadap pelajar yang ponteng kelas. Seterusnya, pihak sekolah perlu memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa untuk sama- sama menyelesaikan masalah.
iii.Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.           [4 markah\
Satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas ialah masalah disiplin dalam kalangan pelajar  Contohnya, Aiman suka ponteng kelas dan mengganggu_kawan-kawannya semasa belajar          .
Satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut ialah Tanggungjawab ibu dan bapa terhadap anaknya . Contohnya, ibu dan bapa Aiman membawa Aiman untuk menjalani latihan intensif dan latihan terapi bagi memulihkan pertuturannya yang gagap.
Selain itu, impian dan angan-angan yang tidak kesampaian. Contohnya,hasrat dan impian Aiman Aqil untuk menjadi seorang angkasawan tidak tercapai apabila dia hanyalah sekadar berimaginasi. Seterusnya, pengorbanan seorang guru terhadap anak murid. Contohnya,  Cikgu Faridah bersungguh-sungguh mengajar Aiman Aqil dan murid- murid yang lain subjek Sains di dalam kelasnya.
Pijakan kakinya di bumi sudah utuh dan kukuh. Cengkaman pada batang pokok kelapa itu turut tersentuh. Dia tidak menoleh ke bawah lagi. Tapak demi tapak tercengkam dengan penuh yakin. Sedar-sedar sahaja, dia sudah sampai di puncak.
Jangan jadi Mat Jenin sudahlah! Biarlah Si Luncai terjun dengan labu- labunya. Jadi, aku terpaksa memasang angan-angan dengan jangkauan fantasi tanpa tebing tepinya, akan tetapi aku tidak mahu berlagak seperti Si Luncai. Pijakanku sungguh kuat, cengkamanku cukup berat.
Dia lantas berpaut pada pelepah-pelepah pucuk kelapa yang masih lembut kerana masih muda tetapi Aiman tidak peduli. Dia menarik pelepah dan pucuk muda itu sekuat-kuatnya.
Pinggulnya terus menjadi kubu persinggahan hentaman rotan babahnya. Si ibu mahu melawan dan memprotes tindakan babahnya, tetapi suara bantahan itu tidak keluar daripada mulutnya. Jeritan kemarahan kepada suaminya hanya bergema dalam sanubari.
i.Nyatakan reaksi ibu Aiman apabila melihat Aiman dirotan oleh babahnya.  [2 markah\
Reaksi ibu Aiman apabila melihat Aiman dirotan oleh babahnya ialah cuba melawan dan memprotes tindakan babahnya, tetapi suara bantahan itu tidak keluar daripada mulutnya. Selain itu, jeritan kemarahan kepada babah hanya bergema dalam sanubari ibu.

ii.Pada pendapat anda, selain mengenakan hukuman rotan kepada anak- anak, apakah tindakan lain yang lebih sesuai untuk mendidik anak- anak?
Pada pendapat saya, selain mengenakan hukuman rotan kepada anak- anak, tindakan lain yang lebih sesuai untuk mendidik anak-anak ialah ibu bapa memberikan nasihat dan tunjuk ajar yang betul sekiranya anak melakukan kesalahan . Seterusnya, ibu bapa menjadi suri teladan dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.

iii.Huraikan satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain Aiman daripada keseluruhan cerpen tersebut.[4 markah\
Satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam petikan di atas ialah seorang yang gigih berusaha. Contohnya, Aiman gigih memanjat pokok kelapa hingga sampai ke puncak.
Satu perwatakan lain Aiman daripada keseluruhan cerpen tersebut ialah seorang murid yang pintar dalam pelajaran. Contohnya, Aiman sangat pintar dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Matematik dan Sains.
Seorang yang insaf atas kesilapan diri. Contohnya, Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi.
Seorang yang suka memberontak terhadap suasana persekitarannya. Contohnya, Aiman akan ponteng kelas setelah dirotan oleh bapanya.
Akhirnya, seorang yang pendendam . Contohnya, Aiman menyimpan dendam terhadap bapanya yang sering merotan dan menamparnya.

Ertinya cahaya bergerak menurut kelajuan 300,000 kilometer sesaat. Aiman sedar akan kelajuan yang menakjubkan ini. Dia juga sedar bahawa cahaya masih memerlukan masa lapan minit untuk bergerak dari matahari ke bumi.
Matahari sebagai sumber tenaga. Orang heboh-heboh tentang sumber gantian kepada petrol dan diesel. Tenaga solar ialah altematif yang paling efisien. “Ah! Buat apa berbicara tentang tenaga altematif? Bukankah aku yang sedang terlompat-lompat macam bemk dan kera di bulan,” fikir Aiman.
Betapa dia tidak terlompat-lompat. Kuasa graviti di bulan lebih lemah daripada kuasa graviti di bumi.
Dia tems terapung-apung di udarakasa bulan tanpa udara. Pakaian angkasa lepas yang serba putih dan lengkap itu membekalinya oksigen. Di kiri dan di kanannya kelihatan padang pasir yang luas terhampar persis Sahara keadaannya. “Ah, macam bumi juga!” Aiman mendengus. Kawah besar, lurah dalam dan melebar, dataran terhampar dan gunung-ganang - semuanya ada dan wujud.
Eh, tengok di sana itu! Gelap betul. Tidak nampak apa-apa. Oh, barangkali inilah yang dikatakan ‘lautan’! Penamaan yang pelik dan ganjil. Ada unsur sinisnya. Kerana: Kajian saintifik membuktikan bahawa air tidak wujud di planet bulan.
i.Apakah penemuan-penemuan yang diperoleh oleh Aiman semasa berada di angkasa?
.. cahaya bergerak menurut kelajuan 300,000 kilometer sesaat dan cahaya memerlukan masa lapan minit untuk bergerak dari matahari ke bumi ...matahari sebagai sumber tenaga dan tenaga solar ialah alternatif yang paling efisien ...kuasa graviti di bulan lebih lemah daripada kuasa graviti di bumi

ii.Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh bakal angkasawan sebelum menjelajah angkasa? [3 markah]
... perlu menjalani latihan fizikal dan mental...membuat kajian tentang kehidupan di angkasa

iii.Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.     [4 markah]
satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan....ialah kita hendaklah belajar daripada pemerhatian. Contohnya, Aiman banyak belajar tentang angkasa semasa dia berada di angkasa dalam imaginasinya.
satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan....Kita perlulah bertanggungjawab terhadap aspek kesihatan ahli keluarga. Contohnya Bapa Aiman berusaha untuk merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.
Akhirnya, kita hendaklah bersabar apabila berdepan dengan masalah . Contohnya, ibu Aiman bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman.

Proses keremajaan diri sendiri mulai terasa. Dia giat melemparkan pandangan ke bawah dari pucuk kelapa yang tinggi menjulang.
Eh, wajah geruh babah dan ibunya bersedia hendak menyambutnya dengan hamparan tilam empuk yang gebu, persis sambutan penuh kemeriahan dan istiadat kepulangan angkasawan negara sesudah beberapa minggu di Stesen Angkasawan Antarabangsa dan kemudian beberapa minggu lagi di permukaan bulan.
Fikir aiman, adakah dia akan terjun bersama-sama dengan beberapa biji buah kelapa seperti Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya?
Tengok sekarang, dia sedang menyusun sepuluh jarinya. Babah dan ibunya sedar akan perkara itu. Jari-jarinya jelas montok dan gebu; padat berisi sebagai tanda perut yang tergalas secukupnya. Makanan seimbang dan amalan hidup sihat selalu menjaduali rutin hariannya di tengah-tengah keluarganya yang bengis dan kasar.
Kepada Aiman, layanan seperti itu tidak wajar dilakukan terhadap dirinya. Tamparan selalu singgah di pipiku. Sudah-sudahnya, aku menjadi gagap. Di manakah harmonisnya? Di manakah humanisnya? Mengapakah tidak dimanfaatkan sahaja teknologi tingkah laku?
i.Jelaskan tiga perwatakan Aiman yang terkandung dalam petikan cerpen di atas berserta dengan contoh yang sesuai. [5 markah]
...seorang yang mementingkan amalan gaya hidup yang sihat. Contohnya, Aiman mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang.
... seorang yang penyabar. Contohnya, dia bersabar dengan sikap bengis dan kasar bapanya.
.. .seorang yang gagap. Contohnya, dia menjadi gagap akibat pipinya sering ditampar oleh bapanya
ii.Pada pendapat anda, wajarkah bapa Aiman bersikap bengis, kasar, dan menghukum Aiman dengan menampar pipinya atas kesalahannya itu? Berikan empat alasan anda. [4 markah]
Tidak wajar kerana:
... Aiman sudah meningkat remaja, hukuman sebegini boleh menjatuhkan air mukanya.
... hukuman sebegini boleh mendatangkan perasaan marah, benci, dan dendam.
...banyak lagi pendekatan lain yang sesuai digunakan seperti kaedah pujukan atau motivasi.
...bapa Aiman sepatutnya duduk berbincang dan mendengar masalah Aiman sebelum memutuskan sebarang bentuk hukuman.

Broca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi. Perkara yang lebih penting, layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis melalui teknologi perlakuan dan sahsiah rupa diri. Dia hanya dapat mengucapkan satu suku kata, biarpun dia faham penuh akan pertuturan yang dilafazkan. Akhimya, dia fasih berbicara.
Keadaan diriku lebih baik, fikir Aiman. Situasi pertuturanku tidak segagap' itu. Aku dapat bertutur, biarpun mulutku temganga lebar dahulu sebelum lahir diksi yang berisi. Babah barangkali tidak tahu akan penemuan Broca. Babah lebih dekat pada kejuruteraan mekanikal. Ibu juga saintis, tetapi lebih pada bidang' geologi.
Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Jangan kaubinasakan habitat semula jadi di planet bumi. Salahnya barangkali, dia menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyuz, yang menghantuinya sekian lama. Aiman tidak perlu akan latihan yang intensif dan istimewa itu, babah; tidak perlu akan latihan terapi itu, ibu. Aiman akan mengusahakannya sendiri.
i.Mengapakah Aiman berpendapat bahawa dirinya lebih baik berbanding Broca?      [2 markah]
...Broca hanya dapat mengucapkan satu suku kata sahaja...situasi pertuturan Aiman tidak segagap Broca ... Aiman dapat bertutur, biarpun dalam keadaan gagap

ii.Kelahiran anak istimewa atau anak kurang upaya merupakan satu anugerah Tuhan kepada ibu bapa.
Sebagai ibu bapa, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan anak-anak istimewa dapat hidup seperti manusia normal?         [3 markah]
...memberikan kasih sayang yang sempurna kepada mereka
...memberikan pendidikan yang terbaik kepada mereka
...mengajarkan mereka untuk hidup berdikari seperti orang lain

iii.Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai murni lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.     [4 markah]
Satu nilai murni dalam petikan:...keinsafan. Contohnya, Aiman menyedari kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi selepas mendengar bisikan supaya dia mendekatkan diri kepada Ilahi
Satu nilai murni daripada keseluruhan cerpen: ...kebijaksanaan. Contohnya, Aiman dapat menyelesaikan latihan Matematik murid tingkatan lima semasa dia masih berumur lapan tahun


No comments: