Tuesday, April 20, 2010

Tempang

Cerpen 2: Tempang

pincang I1. tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sbg yg sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yg kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya);
longlai1. lemah lembut (gerakan tubuh dll) terliuk-liuk, gemalai: tangannya melambai ~; 2. tidak bermaya, lemah; lemah ~ lemah gemulai.
lemah longlailemah gemulai.
meliarmembengis, menggila, mengganas, membuas, merayau, melata, mengamuk, mengacau, bermaharajalela
meliarmenjadi liar (kelakuan, tumbuh -tumbuhan dll): misai dan janggutnya itu terbiar begitu tebal dan ~ sekali tumbuhnya; matanya ~ ke kiri dan ke kanan jalan;
ilai; mengilai-ilai ketawa dgn kuat dan nyaring bunyinya: orang tua itu hairan mendengar suara orang ~ dr dlm bilik itu.
gapai; bergapaian berhulur-hulur tangan (utk mencapai atau memegang sesuatu); menggapai menghulurkan tangan hendak mencapai atau memegang sesuatu: tidak ada jalan lain bagiku melainkan ~ tempat bergantung pd benda-benda yg terapung;menggapai-gapaikan menghulurkan tangan mencari-cari tempat pegangan: ia ~ tangannya tetapi perahu itu sudah terlampau jauh dr tempatnya;tergapai-gapai terhulur-hulur tangan (hendak mencapai sesuatu): Bidin ~ dlm laut yg sedang berkecamuk itu.

Hafizi melangkah longlai sambil matanya meliar (gaya bahasa:pemerian )memerhatikan kawan-kawan yang sedang berbual-bual di luar kelas. Cuma dia tidak berganjak dari tempatnya kerana dilahirkan kepincangan. Dia tidak dapat menyertai rakan-rakannya yang bermain bola sepak dengan rancak. Kamil sering menghina terhadapnya dengan gelaran “budak tempang ”, kononnya dia mencemburui Hafizi yang cemerlang dalam semua mata pelajaran. Raja ialah kawan baik Hafizi. Dia selalu menemani Hafizi dan menjadi pelindung Hafizi tatkala rakannya itu dibuli oleh Kamil. Raju mengacu penumbuk ke muka Kamil semasa Kamil dan rakan-rakannya mempermainkan Hafizi. Raja bersungut tentang gara-gara Kamil yang tidak serik meskipun sudah didenda oleh guru disiplin, Cikgu Ridzuan. Semasa Hafizi dan Raja berjalan ke kelas, Kamil sudah menunggu mereka berdua di muka pintu. ( gaya bahasa:personifikasi) dan menolok Hafizi. Mereka ketawa riang apabila melihat Hafizi _tersungkur_ ke lantai. Padahalnya, Hafizi malu, _geram bercampur marah terhadap kaki samseng (gaya bahasa:_metafora)tetapi dia tidak pernah melawan dan mengadu perangai sepertinya. Mer Ling mengugut dan mengadu Kamil busuk hati (gaya bahasa:simpulan bahasa)apabila Kamil menghina Hafizi. Sungguhpun dibentak oleh Kamil, Mei Ling masih mengugutnya akan mengadu kepada guru disiplin. Guru mata pelajaran Sains, Cikgu Lee selalu mengambil kesempatan 10 minit terakhir untuk memotivasikan semua murid. Menurutnya, kejayaan tidak dapat diukur dengan darjat dan pangkat, kaya atau miskin, cacat atau sempurna. Beliau mengambil Hafizi sebagai teladan, meskipun cacat, namun dia pintar dan berusaha. Cikgu ini tahu perangai Kamil, dia menasihati sekalipun kita menganuti agama berlainan, kita jangan menghina orang lain. Kamil menjeling tajam ke arah Hafizi. Hafizi berbisik dalam hatinya, dia tidak pernah menyesal dilahirkan begini, namun orang lain bersusah hati melihat kepincangan dirinya. ( teknik plot : monolog dalaman) Dia dilahirkan dalam kalangan keluarga berada kerana dia dihantar dan dijemput dari sekolah oleh pemandu keluarganya. Raja merendah diri kepada kekayaan Hafizi yang berkali-kali dipelawa dan digesa oleh Hafizi untuk menghantarnya balik.

Setelah berkali-kali dipujuk ayahnya, Hafizi menyertai aktiviti perkelahan yang diadakan oleh kelas Tingkatan 4 Sains 1. Ilai ketawa sesekali mengejutkan Hafizi daripada _lamunan. Tiba-tiba, Raja menjerit sambil menggapai tangan untuk meminta pertolongan. Kononnya, Kamil hampir lemas di dalam kolam. Hafizi bertindak pantas dengan terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Kamil. Hafizi mengheret Kamil ke tebing kolam. Raju selaku ketua pasukan Bulan Sabit Merah memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut kepada Kamil, selepas sedar, Kamil menyangka Raju yang menyelamatkannya. Kamil berasa malu kepada Hafizi. Dia meminta maaf atas segala keterlanjurannya selama ini terhadap Hafizi. Selepas kata-kata nasihat Cikgu Lee, Kamil semakin sebak apabila tangannya digenggam erat oleh kawannya

Tema

Tema cerpen ini ialah kecacatan bukanlah penghalang untuk hidup seperti biasa dan beroleh kejayaan seperti orang lain. Hafizi yang dilahirkan tempang tidak pernah menganggap kecacatan tersebut sebagai penghalang untuk hidup seperti insan lain yang sempurna. Malah, kekurangan itu menjadi pembakar semangat kepadanya untuk berdikari dan cemerlang dalam pelajaran.

Persoalan

serik Itidak mahu melakukan lagi (kerana sudah menderita atau sudah melihat orang lain yg menderita akibat perbuatan itu), jera, takut: kehendak hati hamba bunuh dia, supaya yg lain ~; menyerikkan menyebabkan seseorang berasa serik: hukuman yg ringan itu tidak akan ~ mereka utk mengulangi kesalahan yg sama.
lasak IIselalu bergerak, tidak mahu diam (kanak-kanak dll), selalu berpindah, tidak menentu tempat (pekerjaan dll): Johan ber umur lapan tahun dan telah menjadi budak tanggung yg sedang ~; melasak membuat lasak, selalu merayau -rayau: budak-budak ini bukanlah ~ spt men curi ataupun merosakkan harta benda orang; kelasakan perihal lasak.
lasak Iselalu dipakai (pakaian dll): jam ini juga boleh dipakai ~; tahan ~ boleh dipakai lama (pakaian dll), tidak mudah koyak (luntur, lusuh, dll); pelasak; pakaian ~ pakaian yg selalu diguna kan.
hikmah1. kebijaksanaan drpd Allah, kecer dikan: dakwah Islam yg dijalankan mestilah dgn penuh ~ serta bertepatan dgn budaya dan iklim kemalaysiaan; Allah melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya dan sesuai dgn ~ yg telah ditetapkan oleh-Nya;
2.
rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di se balik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb): rupa-rupanya kemalangan itu ada ~ di sebaliknya; poligami harus dilihat sbg syariat Allah yg pasti ada ~ dan perlu ditegakkan sekiranya mampu;

Sekalipun walaupun; sungguhpun; mes ki pun. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang kala berkali-kali berulang kali; kerap atau acapkali; sering; selalu: Mereka membunyikan hon kereta ~.

sebak1 penuh dan banyak airnya (bkn sungai); hampir melimpahi tebing (bkn air sungai): Air sungai ~. 2 ki penuh dgn air mata dan hampir akan menitik (bkn kelopak mata). 3 ki sesak nafas (dada dll): Bahunya bergoyang-goyang kerana menahan ~ di dada.

a) Orang kurang upaya sering diperkecil dan dipandang hina oleh segelintir ahli masyarakat.

* Kamil dan rakan-rakannya sering menghina dan membuli Hafizi yang tempang. Dia tidak serik-serik melakukan perbuatan yang serupa meskipun pernah menerima hukuman.

(b) Sifat kecemburuan segelintir manusia yang tidak senang melihat kelebihan.

*Kamil tidak berasa kasihan terhadap Hafizi malah menyimpan rasa cemburu atas kelebihan Hafizi kerana dia cemerlang dalam pelajaran dan dilahirkan dalam golongan berada.

c) Ketabahan mengharungi dugaan dan cabaran dalam kehidupan.

*Hafizi tabah melalui kehidupan meskipun dia tempang. Sungguhpun pergerakannya lambat dan dia tidak dapat melakukan aktiviti lasak seperti orang lain, namun dia tidak merendah diri.

(d) Bersyukur atas anugerah Tuhan.

* Hafizi tidak rnenyalahkan takdir atas kecacatannya malah bersyukur atas anugerah tersebut kerana percaya bahawa setiap kejadian Tuhan itu ada hikmah-Nya.

Watak

(a) Watak utama dalam cerpen ini ialah Hafizi

(b) Watak sampingan terdiri daripada _Raja,Kamil,Cikgu Ridzuan,Cikgu Lee,Mei Ling dan Pak Mat

Perwatakan

Hafizi:

Dia pelajar Tingkatan Empat dalam aliran Sains. Hafizi anak orang kaya kerana pergi dan pulang dari sekolah dihantar oleh pemandu keluarganya, Pak Mat.Dia dilahirkan cacat, iaitu kakinya pendek sebelah. Sungguhpun tempang Hafizi cekal, berani, dan berprinsip.

Hafizi penyabar orangnya, tidak suka bergaduh, baik hati, dan tidak pernah menyimpan dendam, walaupun dia dibenci oleh Kamil dan beberapa rakannya yang lain. Dia pelajar yang pintar. Oleh sebab itu, dia _dicemburui oleh beberapa orang rakan sekelasnya.

Raja :

Dia kawan baik Hafizi, pelajar Tingkatan Empat, dan sekelas dengan Hafizi. Raja amat mengambil berat akan Hafizi dan senantiasa bersedia untuk membantu Hafizi. Dia sanggup bertumbuk dengan Kamil semata-mata untuk membantu Hafizi. Dia tangkas bertindak. Raja segera memberikan pertolongan cemas tatkala Kamil hampir lemas di kolam.

Kamil:

Dia rakan sekelas Halizi dan Raja. Dia sangat membenci Hafizi kerana _mencemburui kepintaran Hafizi dalam pelajaran. Kamil sering memperkecil dan menghina Hafizi meskipun Hafizi tidak pernah mempendulikan sikap buruknya itu. Dia busuk hati, suka bergaduh, dan suka membuat kecoh hingga bergelar samseng sekolah. Dia sering juga melanggar disiplin sekolah.Dia tidak tahu serik walaupun pernah didenda oleh pihak sekolah sebelumnya. Akhirnya Kamil insaf setelah dia diselamatkan oleh Hafizi .

Mei Ling:

Dia rakan sekelas Haflzi. Mei Ling bersimpati dengan Haflzi. Dia berani kerana tidak takut untuk melaporkan kelakuan buruk Kamil kepada Cikgu Ridzuan (guru disiplin).

Cikgu Lee:

Beliau guru mata pelajaran Sains. Beliau sangat mengambil berat_ akan kebajikan murid.-muridnya. Beliau suka memberikan motivasi dan kata-kata_nasihat kepada murid-muridnya.


Binaan Plot

Plot cerpen ini disusun secara _kronologi_ kerana peristiwa-peristiwanya disusun mengikut tertib masa.

(a) Permulaan:

Hafizi masuk ke dalam kelas Tingkatan 4 Sains 1. Apabila loceng berbunyi, semua murid berdiri di depan pintu kelas. Hafizi terus duduk di tempatnya. Kecacatan pada kakinya (tempang) menyebabkan dia tidak dapat berdiri lama, lantaran itu dia dikecualikan daripada beratur.

(b) Perkembangan:

Kamil mengatakan bahawa Hafizi berlagak kerana dia bijak dan pandai dalam semua mata pelajaran. Oleh itu, dia menyambah(meluat) melihat muka Haflzi. Raja memberikan amaran kepada Kamil sambil mengacukan penumbuk kepada KamiL Maka berlakulah cabar-mencabar antara Kamil dengan Raja. Keadaan menjadi reda apabila Cikgu Ridzuan, guru disiplin sekolah datang. Hafizi mententeramkan Raja supaya tidak bergaduh dengan Kamil. Semasa Hafizi hendak masuk ke dalam kelas, Kamil telah menolak Hafizi sehingga tersungkur. Raja hendak menumbuk Kamil, tetapi dihalang oleh Hafizi. Mei Ling cuba membela Hafizi lalu berlaku pertengkaran antara Kamil dengan Mei Ling. Keadaan kembali tenang apabila Cikgu Lee datang. Cikgu Lee memberikan nasihat dan motivasi kepada murid-murid agar rajin belajar dan tidak menghina orang lain.

(c) Klimaks:

Hafizi menyertai rombongan perkelahan yang diatur oleh kelas Tingkatan 4 Sains 1. Rakan-rakannya begitu seronok mandi di kolam sementara Hafizi hanya rnelihat dari jauh. Tiba-tiba Raja menjerit meminta tolong kerana melihat Kamil hampir lemas. Hafizi terus terjun ke dalam kolam dan mencari Kamil di dasarnya. Lima minit kemudian Hafizi timbul bersama dengan Kamil. Raja memberikan pertolongan cemas kepada Kamil.

(d) Peleraian: Kamil sedar dan insaf akan kesilapannya dan meminta maaf kepada Hafizi.

Teknik Plot

(a) Teknik bahasa naratif atau pemerian. Contohnya: ms91, 87

Hafizi melangkah longlai masuk... sedang berbual di luar kelas.. ...

(b) Teknik dialog. Contohnya: ms89

"Kalau kau berani kita kawan saja," cabar Kamil

(c) Teknik saspens. Contohnya:

Pembaca tertanya-tanya akan nasib Kamil yang tenggelam di dasar kolam.

(d) Teknik monolog. Contohnya: ms91

"Aku tidak pernah menyesal... ... kepincangan diriku," bisik hati Hafizi

Latar

ligat1. = meligat berpusing dgn pantas (kipas dll): matanya bulat memandang kipas yg berputar ~ di atas meja; 2. sangat giat (aktif): sebaliknya, apabila di luar, masih ~ ber pelesiran ke sana sini dgn pakaian ala kebaratan; memperligat ki mempercepat, mempergiat (sesuatu usaha dll).

Latar Masa

Latar masa cerita ini berlangsung selama 2 hari, iaitu pada waktu persekolahan dan di luar waktu persekolahan, yakni di tempat perkelahan .

Latar Tempat

(a) Di dalam kelas tingkatan 4 Sains 1 -.

peristiwa Hafizi ditolak oleh Kamil hingga menimbulkan pergaduhan antara Kamil dengan Raja

(b) Di tempat menunggu bas di luar kawasan sekolah —

Hafizi mengajak Raja pulang bersama-sama dengannya menaiki kereta.

(c) Di _padang sekolah —

Hafizi hanya melakukan senaman ringan, manakala rakan-rakannya yang lain ligat bermain bola sepak.

(d) Di kawasan perkelahan:

peristiwa Kamil hampir lemas di dalam kolam dan diselamatkan oleh Hafizi.

LatarMasyarakat

(a) Masyarakat kurang upaya yang cekal:

Hafizi tempang sejak dilahirkan, namun dia tidak pernah menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuk berjaya.

(b) Masyarakat pelajar sekolah menengah yang baik :

Raja berkawan rapat dengan Hafizi dan menemani Hafizi. Raja juga umpama pelindung Hafizi. Mei Ling turut _mempertahankan Hafizi dan mengugut akan melaporkan perbuatan Kamil yang membuli Hafizi

(c) Masyarakat pelajar sekolah yang nakal.:

Kamil mencemburui Hafizi kerana kelebihan yang ada pada Hafizi

(d) Masyarakat guru yang bertanggungjawab:

Cikgu Ridzu (guru disiplin) tegas di sekolah dan mengambil berat akan murid-munidnya. Begitu juga dengan Cikgu Lee yang suka memberikan motivasi .

Gaya Bahasa

(a) Penggunaan ayat-ayat pendek. Contohnya

• Sudah makan ?

• Tak balik lagi?

• Tengoklah dulu!

(b) _Metafora. Contohnya:

matanya meliar, kaki samseng, dasar kolam

(c) Personifikasi Contohnya: muka pintu

(d) _sinkope. Contohnya: tak, nak, kau

(e) _simpulan bahasa_. Contohnya: busuk hati, merendah diri

Nilai

(a) Baik hati. Contohnya: Raja memberikan dua keping capati bersama kuah kari kepada Hafizi untuk sarapan bersama-sama.

(b) Tolong-menolong. Contohnya: Raja menolong Hafizi daripada terus dibuli oleh Kamil

(c) Berhemah tinggi. Contohnya: Kamil memohon maaf kepada Hafizi setelah menyedari kesilapannya.

(d) Keberanian. Contohnya: Hafizi _nekad_untuk menyelamatkan Kamil daripada lemas di kolam.

Pengajaran

(a) Janganlah memandang rendah dan menghina orang yang cacat. Contohnya: Sikap Kamil yang menghina orang cacat tidak wajar dicontohi.

(b) Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.: Sungguhpun Hafizi tempang, namun Tuhan mengurniakan kepintaran dan kesenangan hidup kepadanya.

(c) Memberi kemaafan adalah perbuatan yang terpuji dan berhemah tinggi. Contohnya: Kamil meminta maaf kepada Hafizi yang selalu menjadi mangsa bulinya.

(d) Kecacatan bukan alasan untuk berusaha dan mencapai kejayaan. Contohnya: Hafizi gigih berusaha untuk cemerlang dalam pelajarannya.

1 comment:

nG ShiOW jINg said...

cikgu tis all ans today wan 2 check a????