Tuesday, April 20, 2010

Frasa Adjektif dan frasa Nama

1.TIDAK BOLEH menggunakan imbuhan memper---kan

Serena Teoh _____________ ruang tamu rumahnya. (X) memperbesarkan

Serena Teoh ______________ ruang tamu rumahnya. ( √ ) memperbesar

2. Kata Adjektif (perasaan) TANPA berimbuhan MESTI menggunakan kata sendi “akan” apabila diikuti Kata Nama.

subjek

Kata adjektif

Kata sendi

Kata nama

Takut

akan

seram

rindu

marah

senang

gembira

benci

** saya takut akan Osman. sama dengan saya memarahi Osman.

3. Kata Adjektif (perasaan) yang berimbuhan ter- menggunakan Kata Sendi oleh apabila diikuti Kata Nama/frasa Nama

cth Tertarik akan / oleh keindahan. ( mana satu betul?)

kedua-dua frasa betul iaitu, tertarik akan keindahan ialah frasa kerja tak transitif, manakan tertarik oleh keindahan ialah frasa kerja pasif ter-.

cth Terpesona dengan / oleh (mana satu betul?)

Frasa yang tepat ialah `terpesona akan` atau `terpesona oleh`. Frasa `terpesona dengan` tidak tepat.

Subjek

Kata adjektif

Kata sendi

Kata/frasa nama

terpesona

oleh

tertarik

terpikat

4. Kata Adjektif yang berawalan Se- bermaksud “sama dengantidak perlu diikuti oleh kata sendi nama dengan selepasnya.

* Kehebatannya setanding dengan pemain import itu. ( salah )

kehebatannya sama tanding dengan atau kehebatannya setanding pemain...

1. Kata Ganda yang membawa maksud sangat / paling untuk sesuatu kata Adjektif tidak perlu lagi disertai Kata penguat sebelumnya.

* Majlis perkahwinan sangat hiruk-pikuk dengan suara orang ramai. (salah )

jawapan : Majlis perkahwinan hiruk-pikuk dengan ...

2. Kata Penguat kurang tidak boleh digunakan untuk menegaskan Kata Adjektif yang mempunyai sifat negatif.

· Keadaan datuknya kurang teruk sejak semalam.(salah) Keadaan datuknya tidak teruk sejak semalam.

3. Kata Adjektif berapitan ke—an yang membawa maksud memiliki sifat seperti tidak perlu diikuti oleh kata nama sebelumnya.

· Perangainya seperti keanak-anakan(salah) perangainya keanak-anakan.

4. Kata Adjektif berapitan ke-…-an yang membawa maksud seakan-akan / agak tidak perlu diikuti oleh kata penguat agak sebelumnya.

· Warna bajunya agak kebiru-biruan.(salah) warna bajunya agak biru atau warna bajunya kebiru-biruan

Frasa Nama

1.Penggunaan Frasa Nama mesti mengikuT Hukum D-M

Razak Klinik goreng pisang lain-lain hal mini bas cili sos

2 Penggunaan Kata Nama dengan kata Bilangan yang menunjukkan maksud jamak (banyak)

*Tiga orang guru-guru/*semua penduduk-penduduk

3. Kata Nama Am Konkrit memerlukan Penjodoh Bilangan selepas Kata Bilangan Tentu

*tiga guru Bahasa Melayu / empat kucing/*dua kereta

4. Kata Nama Am Abstrak tidak memerlukan Penjodoh Bilangan selepas Kata Bilangan

*sebuah cadangan yang baik/dua buah pendapat yang bernas/sebuah idea

5. Kata Nama Am Konkrit tidak memerlukan penjodoh Bilangan jika digunakan bersama dengan Kata Bilangan Tak Tentu

Semua orang pelajar/ sebiIangan ekor lembu/setiap orang peserta

4. Kata Nama Am Konkrit memerlukan Penjodoh Bilangan jika digunakan bersama dengan Kata Bilangan Tak Tentu ‘beberapa’

beberapa pelajar/beberapa sungai

5. Kata Nama tidak boleh diganda jika Kata Adjektif dalam ayat sudah diganda.

Budak-budak itu nakal-nakal belaka. (x) Budak itu nakal-nakal belaka (betul)

No comments: