Tuesday, April 20, 2010

Latihan Kesalahan frasa 1(soalan 1 - 10)


1 Kebanyakan murid-murid di sekolah itu mengambil berat tentang kegiatan kokurikulum.

J : Kebanyakan murid atau rata-rata murid ( kalau pilihan antara kebanyakan murid dengan murid-murid, pilihlah kebanyakan murid, murid-murid kurang sesuai)


2 Segala kata-kata nasihat ibu bapanya sentiasa dipatuhinya ketika menyertai rombongan tersebut.

J : kata-kata nasihat

3 Pengalaman silamnya sering menghantui fikirannya sehingga tidurnya setiap malam juga terganggu.

J : tiada kesalahan

menghantui

1. ki mengganggui (fikiran), mengusik (jiwa): peristiwa ngeri itu terus ~ fikirannya; 2. mempengaruhi (dgn cara menakut-nakutkan): dgn sikapnya yg agresif dia ~ manusia ke arah kekacauan dgn semboyan revolusi proletariat;

silam I

1. gelap (cuaca), kelam, suram: ~ tidak lagi nampaknya terang; 2. sudah terbenam (matahari); 3. telah lampau (lalu): semuanya itu adalah cerita dahulu, kisah zaman ~ yg hanya dapat dikenang-kenang sahaja;

4 Ibu angkat Raju agak kecewa dengan perbuatannya yang terlalu itu yang telah memalukan keluarganya.
J : kecewa dengan /tentang perbuatannya yang keterlaluan

5 Pengetua baharu telah menemui dengan semua guru-guru di bilik guru sebelum loceng berbunyi.

J: tidak terdapat imbuhan mempertemu atau mempertemui

menemui = bertemu dengan , kata kerja transitif, di belakangnya tidak boleh diikuti dengan kata sendi dengan lagi, maka jawapan menemui semua guru

menemui

1 (dpt) bertemu dgn; (dpt) berjumpa atau bersua dgn: Dia masih belum juga ~ orang yg dicari-carinya. 2 pergi berjumpa dgn; menziarahi; melawati: Dia pulang ke kampung ~ kaum keluarganya. ~ ajal meninggal dunia; mati.

menemukan

1 mendapat atau mencipta sesuatu yg baru: Pakar-pakar perubatan telah ~ cara mengubati penyakit itu. 2 memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penye lidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah.

mempertemukan jodoh

mengahwinkan (memperisterikan, mem-persuamikan);

mempertemukan

1 mem bawa atau membuat supaya bertemu: Jika perlu, saya boleh ~ saudara dgn pegawai itu. ~ jodoh mengahwinkan. 2 menjadikan berhubungan atau ber­cantum: Beliau kemudian telah ~ kedua-dua belah hujung dawai itu.

6 Dipekakkan telinganya daripada mendengar leteran ibu tirinya setiap kali dia masuk ke rumah.

J : tiada kesalahan

memekakkan

1 menyebabkan jadi pekak. 2 menyebabkan berasa pekak: Bunyi enjin kapal terbang itu ~ telinga.

6. Dia memperdengar bunyi orang menggilai melalui pita rakamannya ( kesalahan di mana?)

J : memperdengar bermaksud menyiarkan bunyi melalui radio...maka di sini tiada kesalahan...kesalahan di menggilai , sepatutnya menggila

orang menggila = orang seperti gila, meng di sini bermaksud seperti

menggila

1. menjadi-jadi, bergila-gila: batuknya ~; peperangan sudah ~; 2. berkelakuan spt orang gila, bergila-gila: di dlm hatinya berharapkan semoga musuhnya akan ~ terus kepadanya; 3. berasa sangat asyik (suka, gemar, dll): pemuda yg ~ kepadanya; 4. menyebabkan gila (sangat kasih, suka sekali, dll); 5. berjalan (belayar dll) dgn laju sekali, tiada teratur dll (bkn kereta, kapal, dll): di jalan raya, motokar makin ~; korvet-korvet ini kian ~ di atas air spt ular kena palu;

memperdengarkan

1. melakukan sesuatu (spt memainkan alat muzik, menyanyikan lagu, dsb) supaya didengar oleh orang lain, menyiarkan (lagu dsb) melalui radio: Hamzah sering diundang utk ~ gesekan biolanya dlm majlis yg besar-besar; 2. menyiarkan (menge mukakan dsb) supaya diketahui umum atau orang lain: keluhan para isteri tentang kelakuan suami yg keterlaluan banyak sekali diperdengarkan menerusi majalah;

memperdengar

memperdengarkan, menyiarkan, menyumbangkan, memancarkan, menyebar, menghebahkan, mengumumkan, mempersembahkan

mendengarkan, mendengari

1. mendengar akan (sesuatu): fikiran Khatijah semakin terang apabila ~ suara takbir memuji Tuhan; kemudian Datuk Ujang menceritakan kisah yg pernah didengarinya drpd seorang komunis yg ditawan; 2. mengendahkan, mempedulikan, mengikutkan (nasihat, bujukan, dll): jangan kamu dengarkan sangat cakap orang;

mendengar

1 dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2 mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3 mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru.

menggilai

1. terlalu mengasihi (mencintai, mengingini, dll): siapa nama perempuan yg digilainya?; memperoleh sotong-sotong yg ~ cahaya api; 2. = menggilakan Mn menjaga (memelihara, melayani, dll) baik-baik;

menggilai

terlalu asyik terhadap sesuatu atau seseorang.

7 Mereka diarahkan supaya mencatat aktiviti yang diadakan pada tiap hari ketika berada di kem tersebut.

J : di sini mencatatkan lebih sesuai, tiap salah , sepatutnya setiap atau tiap-tiap

mencatatkan

1. menuliskan atau merakam kan sesuatu (dlm buku, fail, dll) utk peringatan (tatapan pd masa hadapan dll): Raja Haji Yahaya telah ~ cerita rakyat Melayu; tuan rumah itu ~ nama-nama orang yg berderma; 2. mendaftarkan (diri, nama); 3. menuliskan (merakamkan) utk: tolong catatkan saya nama ahli-ahli yg hadir;

mencatat

1. menulis atau merakamkan sesuatu (dlm buku dll) utk peringatan (per hatian pd masa hadapan dll): seorang setiausaha harus dilantik utk ~ minit mesyuarat itu; cara-cara utk ~ pengeluaran wang; 2. membuat, merintis, memelopori: hari ini, hari yg paling gembira kerana kita telah ~ sejarah baru; 3. mencapai, memperoleh, mendapat (kemenangan, kejohanan, hasil, dll): ia telah ~ kemenangan dlm pertandingan itu;

8 Rombongan itu telah bertolak daripada lapangan terbang di Sepang tepat pada jam 10.00 pagi tadi.

J : bertolak dari

9 “Sekiranya mendapat keizinan dari ibu bapanya, dia akan bercuti di rumah kita,” kata Awang kepada ibunya.

J : sekiranya mendapat keizinan daripada ibu bapa

10 Mona teramat mengingati rakan lamanya yang telah berpindah dan kini menetap di luar negara.

J : teramat tiada kesalahan, maka di sini tiada kesalahan

mengingati

memperingati, mengingatkan, memperingatkan, mengenangi, memperkenangkan, mencatat, menanamkan, menyemadikan, menasihati, menyedarkan

mengingati

sentiasa ingat akan; tidak melupakan; mengenang: Sbg murid yg baik, dia ~ segala ajaran gurunya.

mengingati

mengingat akan: dia sentiasa ~ pesan ibunya; kata-kata cikgu tadi diingatinya kembali;

mengingatkan

1 memberi nasihat dll supaya sedar; memberi ingat kpd: Ibunya selalu ~ dia supaya belajar rajin-rajin. 2 menjadikan ingat kpd: Raut muka perempuan tua itu ~ saya kpd ibu sahabat saya.


No comments: