Tuesday, April 20, 2010

Latihan kesalahan Frasa 1(soalan 11- 20)

11 Baju itu dibelinya di pasar malam dengan harga dua puluh setengah ringgit.

J : dua puluh ringgit setengah , setengah = kata bilangan pecahan, dua puluh = kata bilangan tentu, kata bilangan pecahan tidak boleh diikuti dengan kata bilangan tentu

12 Penglihatannya semakin hari menjadi makin kabur sejak beliau diserang penyakit diabetes.

penglihatan

1 kebolehan utk melihat: ~ yg tajam. 2 pancaindera utk melihat: ~nya sudah rosak. 3 apa-apa yg dilihat atau dipandang; pandangan: Pd ~ Abdullah, di situ ada orang menjual nasi.

pelihatan

1. kuasa (panca indera) utk melihat, kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang, pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3. perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu;

Bagaimanakah membezakan penggunaan antara "kian" dan ", "makin".

kian mempunyai 2 maksud, iaitu 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas, manakala

makin pula bermaksud 1. = semakin menjadi lebih, kian bertambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi.

Berdasarkan huraian tersebut, dapat disimpulkan bahawa kian dan makin ialah perkara yang sama dan boleh bertukar ganti.

J : pelihatan dan penglihatan membawa maksud panca indera, maka saling guna, makin …makin, atau semakin… semakin tidak boleh makin...semakin atau semakin...makin

13 Pihak kolej berkenaan telah murah hati menerima beberapa orang pelajar yang kurang berkemampuan secara percuma.


murah hati

1 suka memberi; tidak kedekut. 2 pengasih dan penyayang. bermurah hati memberi sedekah, derma dll dgn suka hati: Ia telah ~ menghadiahkan wang sebanyak RM 1,000.00 kpd persatuan itu. kemurahan hati sifat murah hati; kebaikan hati; sifat pengasih dan penyayang.

bermurah hati

memberi sedekah, derma dll dgn suka hati: Ia telah ~ menghadiahkan wang sebanyak RM 1,000.00 kpd persatuan itu.

J : bermurah hati untuk menerima,

Awalan ber membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif , sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengkap. Contohnya berangkat, berbaju, berlari, berfikir dsbnya. Ber + kata adjektif seperti bergembira, bermurah, bermuram bermaksud berada dalam keadaan , dan merupakan kata kerja tak transitif tak berpelengkap

14 Kemasukan pekerja asing ke negara ini mencatat angka yang paling tertinggi di tahun lalu.

J : paling tinggi atau tertinggi pada tahun

pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat

kata penguat + kata adjektif (sungguh cantik)

kata penguat + kata adjektif + kata penguat (kata penguat + kata adjektif + kata penguat)

ter/paling + kata adjektif + sekali, seperti tercantik sekali. ( salah)

kata penguat bebas iaitu amat, sungguh dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat belakang sekali. Hal ini demikian kerana kata penguat bebas tersebut tidak mendukung maksud darjah penghabisan.

Kata penguat paling tidak perlu lagi diikuti dgn kata kata penguat sekali

Kata penguat "amat', "sangat", "sungguh", dan "begitu" semuanya boleh digunakan serentak dengan kata penguat "sekali". Kata penguat yang tidak boleh digunakan serentak dengan "sekali" ialah "paling" dengan "ter-" sahaja

15 Sejak akhir-akhir ini, tidurnya sering diganggu oleh pelbagai mimpi ngeri.

J : sejak akhir-akhir ini dan akhir-akhir ini, kedua-duanya betul. tetapi sejak dari akhir-akhir ini salah

16 “Masalah itu akan saya menyelesaikan cepat mungkin,” kata penghulu kepada anak buahnya.

J: akan saya selesaikan secepat mungkin atau secepat-cepatnya

secepat (selekas) mungkin

(dgn) secepat yg boleh, (dgn) secepat-cepatnya;

secepat-cepatnya

secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya;

secepat

; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin;

**Apakah kata kerja pasif kata sendi nama diri pertama dan kedua bagi kata kerja transitif "melipatgandaakan" dan "menguatkuasakan"?

lipat gandakan dan kuat kuasakan bagi bentuk pasif kata kerja diri pertama dan kedua.

**Buku yang tebal itu terbaca olehku. (Ayat itu betul bentuk kata kerja pasif dan ter- di situ memberi pengertian keupayaan.)

KAUMAHU , KAUPERLU KAUTIDUR, KAUPERGI, KAUHENDAK, DAN KAUMANDI. KUSELESAI, KUPERLU, KUSELESAI

kata kerja pasif untuk pelaku ketiga, misalnya diangkat, dibawa, dicuri, disimpan dsb.

17 Sepanjang umurnya, Dahlia belum pernah menyaksikan pertunjukan yang sehebat semacam itu.

J: pertunjukan yang sehebat

pertunjukan

1 sesuatu spt wayang, sandiwara dll yg dipertunjukkan atau yg dipertontonkan:~ wayang itu habis pd pukul 10.00 malam.

pertunjukan

2 benda-benda yg diperlihatkan.

pertunjukan

3 pameran: ~ buku diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

penunjukan

perbuatan (hal dsb) menunjuk atau menunjukkan.

Sehebat = sama atau semacam hebat

18 Rosman kelihatan lemah lembut ketika tiba di garisan yang menamatkan lalu rebah tidak sedarkan diri.

J : lemah lesu ketika tiba di garisan penamat

lemah lembut

elok perangai, halus budi pekerti, baik hati; berlemah lembut bersikap lemah lembut: Nabi Muhammad adalah seorang yg berhati mulia dan ~.

lemah lembut

baik budi pekerti; tidak pemarah.

lemah gemulai

lemah lembut (bkn gerak anggota badan dsb): dua jenis tarian yg lemah ~ menjadi persembahan hiburan yg paling menawan hati pd malam itu.

lemah gemalai

melenggok-lenggok manis (gerak tubuh seseorang gadis);

lemah gemulai

gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan);

lemah longlai

a) = ~ gemalai; b) tidak bermaya, lemah;

lemah lesu

tidak bermaya, kurang bertenaga; melemahlesukan menjadikan lemah dan tidak bermaya: aku memang dilanda cinta pertama yg ~ tenaga jiwa dan raga.

garisan penamat

garis yg menandakan tempat berakhirnya perlumbaan;

penamat

yg ter akhir; yg penghabisan; penutup.

menamatkan

1 membaca, menceritakan dll hingga ke akhir: Bagaimanakah cara yg baik hendak ~ cerita ini? 2 menjadikan tamat; menghabiskan; menyudahkan: Kerana selalu sakit-sakit, dia terpaksa ~ perkhidmatannya.

19 “Peluang seperti mi mestilah segera direbut kerana pisang tidak berbuah dua kali,” kata Encik Lee kepada anaknya.

J: tiada kesalahan

Takkan pisang berbuah dua kali.

Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat).

20 Pelbagai kerenah terpaksa dia hadapi,namun dia tetap tabah menanganinya dan akhirnya dia dinaikkan pangkat
J : Pelbagai kerenah terpaksa dihadapinya.

kerenah

(kerénah) ragam, tingkah laku, ke mahuan: banyak benar ~nya budak ini; ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutama nya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai for maliti, peringkat, peraturan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat di luluskan atau dilaksanakan.

No comments: