Tuesday, April 20, 2010

Jawapan Kasut kelopak Jantung

anak hingusan

Id, ki masih kecil lagi: bapanya mati ketika ia masih anak ~.

riak

1 gerakan air yg mengombak (spt apabila batu jatuh ke air); ombak kecil. 2 gerakan atau getaran udara: Ketika hari terang dan panas terik, ternampaklah ~ udara. 3 ki gerak-geri yg menunjukkan perasaan hati; gelagat: Drpd ~nya, kami ketahui bahawa dia dlm ketakutan. beriak bergerak spt ombak (biasanya air, udara); berkocak: Air ~ belum tentu tidak dalam. beriak-riak bergerak-gerak spt ombak; berkocak-kocak.

raut muka (wajah)

tampang muka, roman.

Cikgu Harun (a) menerima bungkusan hadiah sejak beberapa tahun yang lalu khususnya pada (b). Meskipun Cikgu Harun tahu siapa pengirimnya, namun dia mempersoalkan (c) Si pengirim hadiah itu. Namun, setiap kali bungkusan itu sampai, dia pasti akan terkenangkan pengalamannya tatkala bergelar pendidik di sebuah kampung (d) lebih (e) yang lalu. Pernah suatu ketika, kesabarannya teruji oleh sikap anak muridnya, (f). Cikgu Harun teringat akan peristiwa Ahmad ke sekolah memakai (g) Jepun dan apabila selipar itu (h), Ahmad (i) sahaja. Oleh sebab hal ini akan merosakkan(j) kelas, setiap hari Cikgu Harun (k) Ahmad membeli kasut. Suatu hari, ketika aktiviti(l), Ahmad tidak memakai pakaian (m) Cikgu Harun hampir hilang (n) hingga mahu (o) Ahmad dengan(p). Tiba-tiba, dia terpandang akan(q) yang gugur di bawah rumpun (r)yang merimbun. Cikgu Harun mengambil kelopak jantung yang besar dan mengarahkan Ahmad memakai kelopak jantung itu pada (s)nya. Dia menyuruh Ahmad memakai kelopak itu selagi Ahmad tidak memakai kasut sekolah. Ahmad berasa amat sedih dan (t) dengan hukuman itu. Sejak itu, Ahmad tidak datang ke sekolah dan dikhabarkan mahu berhenti sekolah. Cikgu Harun berasa bersalah lalu (u)Ahmad. Di sana, beliau sedar akan kehidupan Ahmad yang serba (v) . Cikgu Harun insaf akan tindakannya yang (w) terhadap Ahmad .Cikgu Harun berasa amat pilu dan (x). Selepas seminggu, Ahmad masih setia memakai (y)nya. Tanpa banyak soal, Cikgu Harun ke(z) dan membelikan baju dan kasut sekolah yang baru untuk Ahmad dan meminta Ahmad bersekolah seperti biasa. Setelah (i) , Cikgu Harun kerap menerima hadiah berupa kasut. Rupa-rupanya hadiah tersebut adalah pemberian Ahmad sebagai (ii) kerana menjadikannya insan yang berjaya. Ahmad kini menjadi (iii) di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

Jawapan:

(a)terkesima (b) Hari Guru (c) niat (d) pedalaman (e) tiga puluh tahun (f) Ahmad (g)selipar (h) putus (i) berkaki ayam (j) keceriaan (k) mendeksa (l) pendidikan jasmani (m) sukan (n) kesabaran (o) menyebat (p) ranting-ranting (q) kelopak jantung ( r) pisang (s) kaki kematu (t) malu (u) menziarahi (v) kedaifan (w) keterlanjuran (x) sebak (y) kasut kelopak jantung (z) pekan (i) bersara (ii) penghargaan (iii) pengurus

Tema

Cerpen ini bertemakan kedaifan hidup pelajar di kawasan pedalaman dalam menempuh alam persekolahan dan cabaran guru dalam mendidik anak murid daripada pelbagai latar belakang. Ahmad dilambangkan sebagai murid di kawasan pedalaman yang miskin dan serba kekurangan. Cikgu Harun pula sebagai pendidik yang bertugas di kawasan pedalaman yang serba payah dan mencabar.

Persoalan

(a) Cabaran guru yang mengajar di kawasan pedalaman. Cikgu Harun mengajar di kawasan yang serba kekurangan, berlainan daripada

latar hidupnya. Pengalaman itu memberikan cabaran kepadanya dalam usaha mendidik anak bangsa.

(b) Kegigihan dalam menimba ilmu meskipun berkeadaan serba kedaifan. Ahmad tetap datang ke sekolah meskipun tidak berkasut dan

terpaksa berjalan kaki kerana rumahnya jauh dari sekolah.

(c) Kedaifan golongan marhaen di luar bandar. Ibu Ahmad tidak mampu menyediakan keperluan yang secukupnya untuk Ahmad. Ahmad

juga mengambil upah memetik cili untuk mengumpulkan wang bagi membeli kasut baru.

(d) Kesempitan hidup bukanlah halangan untuk menuntut ilmu. Ahmad tidak malu datang ke sekolah dan masih berminat untuk belajar

meskipun pakaian sekolahnya tidak seperti pakaian rakan-rakannya yang lain.

(e) Ketegasan guru dalam mendidik anak bangsa. Cikgu Harun sangat tegas terhadap murid-muridnya. Dia berkeras menyuruh Ahmad

memakai kasut kelopak jantung selagi Ahmad tidak memakai kasut sekolah.

(f) Ingatan dan penghargaan terhadap jasa guru. Meskipun sudah berpuluh-puluh tahun berlalu, namun Ahmad tidak pernah lupa akan jasa

Cikgu Harun. Setiap tahun, khususnya pada Hari Guru, Ahmad akan menghadiahi Cikgu Harun kasut baru.

Watak

(a) Watak utama dalam cerpen ini ialah Cikgu Harun

(b) Watak sampingan yang dominan ialah Ahmad

Perwatakan

Cikgu Harun

(a) Beliau guru muda yang mengajar di kawasan pedalaman

(b) Beliau tegas dan garang.

(c) Cikgu Harun berwajah bengis

(d) Beliau berjiwa sensitif.

(e) Cikgu Harun sabar mendidik anak-anak muridnya.

Ahmad

(a)Dia murid tahun 3.

(b)Dia lahir dalam keluarga yang miskin.

©Ahmad patuh akan arahan guru.

(d)Dia lurus bendul

(e) Dia berdikari

(f)Dia tabah dan cekal menuntut ilmu.

Ibu Ahmad

(a) Beliau sudah uzur.

(b) Wajah beliau seiras dengan wajah Ahmad.

Plot :Plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi kerana adanya peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali.

(a) Peristiwa lebih tiga dekad yang lalu, iaitu pengalaman mengajar di kawasan pedalaman. Kenangan tentang Ahmad yang memakai kasut kelopak jantung disampaikan oleh pengarang dengan mengimbas kembali peristiwa tersebut.

(b) Permulaan: Cikgu Harun tertanya-tanya tentang bungkusan hadiah yang diterimanya. Hadiah itu tidak bersetem sebagai tanda dihantar melalui pos. Namun, beliau sudah mengagak siapa pengirimnya .Yang membuatkannya sangsi ialah niat si pengirim, sama ada benar-benar ikhlas atau mahu menyindirnya.

(c) Perkembangan: Cikgu Harun terkenang akan peristiwa lebih tiga dekad yang lalu, tatkala beliau mengajar di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman Ahmad, murid darjah tiga telah menimbulkan kemarahannya setiap kali masuk ke kelas. Puncanya, Ahmad tidak memakai kasut sekolah dan hanya berkaki ayam sejak 3 minggu lalu, iaitu selepas selipar jepunnya putus. Apabila ditanya, Ahmad akan memberikan jawapan yang serupa, iaitu dia belum membeli kasut sekolah.

(d) Klimaks: Kemarahan Cikgu Harun kian membara. Dia mahu menyebat Ahmad tetapi tiba-tiba dia terpandang akan pokok pisang yang merimbun. Di bawah pokok itu, ada banyak kelopak jantung pisang yang besar. Cikgu Harun mengarahkan Ahmad memakai kelopak jantung itu sebagai kasut dengan mengikatnya pada kaki menggunakan tali raffia. Ahmad perlu memakai kasut kelopak itu hingga dia mempunyai kasut sekoiah. Ahmad berasa sangat malu dengan hukuman itu hingga menyebabkan dia mahu berhenti sekoiah.

(e) Peleraian: Selepas seminggu, Cikgu Harun mencari Ahmad di rumahnya. Apabila melihat keadaan rumah Ahmad yang daif dan ibu Ahmad yang uzur, hati Cikgu Harun terhiris sembilu. Ahmad baru pulang dari kebun, tempat dia mengambil upah memetik cili. Cikgu Harun berasa disentap pilu melihat kasut kelopak jantung yang masih dipakai Ahmad. Ahmad menyatakan bahawa dia belum cukup duit untuk membeli kasut sekolah. Akhirnya, Cikgu Ahmad terus ke pekan untuk membelikan Ahmad baju dan kasut sekolah yang baru. Selepas tiga dekad, Cikgu Harun sudah bersara dan Ahmad sudah bergelar pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

Teknik Plot

(a) Teknik imbas kembali.

Contohnya: cikgu terkesima membiarkan diri hanyut dalam arus ingatan ke zaman awal menjadi pendidik di sebuah kampung pedalaman.

(b) Teknik imbas muka. Contohnya:

Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu terjadi, Negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan.

(c) Teknik monolog. Contohnya:

“Jauh juga rumah Ahmad,: bisik hati kecil Cikgu Harun

(d) Teknik dialog. Contohnya:

“Saya Cikgu Harun.” Riak wajah wanita itu berubah mendengar jawapan itu.

(e) Teknik pemerian. Contohnya:

Air mata Cikgu harun gugur tanpa disedari…………….. … dia membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut.

Latar Masa

(a) Pada zaman sekarang, iaitu setelah Cikgu Harun bersara daripada lapangan perguruan dan Ahmad sudah berjaya menjawat jawatan pengurus besar di syarikat pengeiuar kasut.

(b) Tiga dekad yang lalu, iaitu ketika Cikgu Harun masih baru mengajar di sebuah kawasan pedalaman yang jauh dan kepesatan bandar.

Latar Tempat

(a) Di rumah Cikgu Harun — Cikgu Harun menerima bungkusan hadiah pada Hari Guru.

(b) Di kelas Tahun 3— tempat Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun sebagai akibat tidak memakai kasut sekolah.

(c) Di padang sekolah— Ahmad didenda oleh Cikgu Harun iaitu memakai kasut kelopak jantung.

(d) Di rumah Ahmad— Cikgu Harun bertemu dengan ibu Ahmad yang uzur dan meiihat kedaifan keluarga tersebut.

(e) Di pekan — Cikgu Harun membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat guru dari bandar yang mengajar di kawasan pedalaman

Contohnya: Cikgu Harun melalui cabaran mengajar di kawasan yang jauh daripada pembangunan.

(b) Masyarakat pedalaman yang daif. Contohnya: Ahmad lahir dari sebuah keluarga yang daif dan serba kekurangan

(c) Masyarakat yang gigih. Contohnya: Ahmad tidak pernah ponteng sekolah meskipun rumahnya jauh dari sekolah.

(d) Masyarakat yang berjaya. Contohnya:

Ahmad tidak pernah menjadikan kemiskinan sebagai penghalang untuk berjaya. Kini dia mempunyai kerjaya yang mantap.

(e) Masyarakat yang_mengenang budi. Contohnya:

Ahmad tidak pernah lupa memberikan kasut yang mahal-mahal setiap tahun kepada Cikgu Harun, khususnya pada Hari Guru.

Gaya Bahasa

(a) Pemilihan kata (diksi) yang indah dan jelas maksudnya. Contohnya:

Dia sudah biasa meranduk semak begitu. Sakit hatinya kini lebih perit daripada sakit tertusuk duri semalu di tepi jalan. Matanya masih berair, bukan kerana sakit kaki, akan tetapi hatinya yang terhiris.

(b) Ayat-ayat yang pendek. Contohnya: • “Bila nak beli?” • Ahmad berlalu. • “Saya Cikgu Harun.”

(c) Simile Contohnya: seperti kaki ayam yang mencakar najis, seperti menanti hukuman gurunya, bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoroknya

(d) Metafora. Contohnya: denai-denai sempit, raut wajah, menghidupkan enjin

(e) Peribahasa. Contohnya: seperti lurus bendul, budak hingusan, kecil hati

(f) Bahasa Inggeris. Contohnya: uniform

Nilai

Pengajaran

tegas

Cikgu Harun tidak pernah berkompromi tentang soal disiplin dan peraturan di sekolah.

cekal

kemiskinan bukan alasan untuk enggan menuntut ilmu. Contohnya: Ahmad tidak pernah ponteng sekolah meskipun keadaannya serba kekurangan dan terpaksa melalui denai-denai ke sekolah.

Mengenang jasa

Kita hendaklah mengenang jasa guru yang pernah mendidik kita.

Contohnya: Ahmad tidak pernah melupakan jasa-jasa gurunya meskipun sudah tiga dekad berlalu.

bersimpati

Kita hendaklah memahami perasaan dan masalah orang lain.

Contohnya: Cikgu Harun bersimpati melihat keadaan Ahmad lantas membantu Ahmad meringankan bebanannya.

patuh

murid haruslah mendengar arahan gurunya. Contohnya:

Ahmad tetap menurut arahan Cikgu Harun meskipun arahan itu mengguris perasaannya.

No comments: