Tuesday, April 20, 2010

Kata Kerja Tak Transitif Kata Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang menerima dan memerlukan objek sesudahnya. Objek yang menyertai kata kerja transitif pula mestilah frasa nama.

Contoh :-

Ibu menghiris daging.

Kerajaan memperbesar projek pertanian.

Kakak mempelajari cara-cara memasak.

Kami menjalankan tugas.

Kata yang bercetak tebal—------. kata kerja transitif

Kata yang condong ------------objek yang terdiri daripada frasa nama.

*perhatian
1. Adik saya pergi sekolab dengan kawannya. (salah)
Adik saya pergi ke sekolah dengan kawannya. (betul)
2. Mereka berdua sedang berbincang perkara itu tadi. (salah)
Mereka berdua sedang berbincang tentang perkara itu tadi.(betul)

Kata kerja tak transitif hanya boleh diperluas dengan frasa sendi dan bukan dengan frasa nama.

Hal ini demikian kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek. Oleh itu:
Pergi ke sekolah bukan
pergi sekolah
Berbincang tentang perkara itu bukan
berbincang perkara itu

1. Mereka membuat keputusan berdasarkan kepada hujah tersebut. (salah)
Mereka membuat keputusan berdasarkan hujah tersebut. (betul)
2. Pihak polis berjaya menangkap pencuri itu berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh orang awam. (salah)
Pihak polis berjaya menangkap pencuri itu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang awam. (betul)

Kata keja tak transitif yang berapitan ber …kan TIDAK PERLU diikuti oleh sebarang kata sendi kerana akhiran - kan kata kerja transitif ber. . .kan merupakan singkatan kata sendi yang dapat mewakili kata sendi yang lain seperti kepada, pada, dengan atau tentang.

Latihan
1. Anggota dewan sedang berbincang tentang krisis kemelesetan ekonomi di rantau ini..
A berbincang krisis B rnembincangkan tentang krisis C berbicangkan tentang krisis D berbincang tentang krisis


2. Dengan berpandu peta tersebut, akhirnya kami berjaya mencari jalan keluar.

A Dengan berpandukan peta B Dengan berpandukan pada peta

C Dengan berpanduan kepada peta

D Dengan berpandu peta


3. Dengan berpandu buku tatabahasa, kita dapat meningkatkan kemahiran bahasa.
A Dengan berpandukan buku tatabahasa.
B Dengan beipandukan pada buku tatabahasa.

C Dengan berpanduan kepada buku tatabahasa. D Dengan berpandu buku tatabahasa

4. Penceramah itu sedang menerangkan tentang masalah keruntuhan moral yang melanda remaja kini.

A menerangkan tentang masalah keruntuhan moral B menerangkan masalah tentang keruntuhan moral
C menerangkan masalah keruntuhan moral D menerangkan tentang masalah keruntuhan moral

5. Cikgu Salmah bertanyakan murid-muridnya tentang persiapan sambutan hari Kemerdekaan yang akan diadakan pada hari esok.
A bertanya munid-muridnya tentang persiapan B bertanya akan murid-muridnya tentang persiapan
C bertanyakan murid-muridnya berkaitan persiapan D bertanyakan munid-muridnya tentang persiapan

6. Sebagai sebuah negara sedang membangun, Kerajaan harus menitikberatkan tentang keamanan dan keseiahteraan rakyat.
A kita hendaklah menitik beratkan keamanan dan kesejahteraan rakyat
B kita hendaklah menitikberatkan mengenai keamanan dan kesejahteraan rakyat
C kita hendaklah menitikberatkan tentang keamanan dan kesejahteraan rakyat
D kita hendaklah menitikberatkan keamanan dan kesejahteraan rakyat

7. Pendapat yang dikemukakan oleh perserta itu kebanyakannya berdasarkan kepada bukti yang sahih.
A didasarkan kepada B berdasar pada C berdasar kepada D berdasarkan kepada

8.. Dengan berpandukan pada sungai, , kami mencari jalan keluar dari hutan itu.
A Dengan berpandu sungai B Dengan berpandu pada sungai
C Dengan berpandukan kepada sungai D Dengan berpandukan pada sungai

9. Pelajar yang didapati melanggar disiplin sekolah akan dihukum berdasarkan kepada undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan sekolah.
A berdasar undang-undang yang termaktub B berdasarkan dengan undan.g-undang yang termaktub
C berdasarkan undang-undang yang terrnaktub D berdasarkan kepada undang-undang yang termaktub

10. Semua aktiviti yang dijalankan di persekitaran sekolah, hendaklah berteras peraturan sekolah.
A berteraskan kepada peraturan sekolah B berteraskan pada peraturan negara
C berteraskan peraturan negara D berteras peraturan negara

11. Usahawan itu bercerita tentang kesengsaraan yang dialaminya semasa beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
A menceritakan tentang kesengsaraan B ceritakan tentang kesengsaraan
C bercerita kesengsaraan D bercerita tentang kesengsaraan

12. Semua warga sekolah turut menghadiri hari Keluarga yang diadakan pada Sabtu ini selain daripada para-para guru yang menyertai kursus di Universiti Sains Malaysia.
A selain para guru B selain para-para guru
C selain daripada para guru D selain danipada para guru - guru

13. Selain Kassim, lain-lain pekeria yang terlibat dalam kejadian itu telah diberi amaran oleh pihak pengurusan atas kecuaian mereka.
A Selain Kassim , pekerja - pekerja lain B Selain Kassim, lain-lain pekerja
C Selain dan Kassim, pekerja - pekerja lain D Selain daripada Kassim, lain-lain pekerja

14. Novel “Aku Anak Timur “ mengisahkan tentang persoalan perbezaan hidup antara masyarakat Timur dengan
Barat dari pelbagai aspek.
A mengisahkan persoalan perbezaan hidup B mengesahkan persoalan perbezaan hidup
C mengesahkan tentang persoalan perbezaan hidup D mengisahkan tentang persoalan perbezaan hidup

15. Abang bertanyakan tentang khabar karni di kampung melalui e-mel.
A bertanya khabar B bertanyakan khabar C menanyakan tentang khabar D bertanyakan tentang khabar

16. Askar —askar yang berjuang di hutan itu hanya boleh tidur berbantalkan dengan beg-beg pakaian.
A berbantal pakaian-pakaian beg B berbantal beg-beg pakaian
C berbantalkan beg-beg pakaian D berbantalkan dengan beg-beg pakaian

17. Segala isi-isi yang dikemukakan oleh pelajar adalah berasasakan kepada teori inkuiri penemuan yang dipelajari tadi..
A berasas teori inkuiri penemuan B berasaskan dengan teoni inkuiri penemuan
C berasas pada teori inkuiri penemuan D berasaskan kepada teori inkuiri penemuan

18 Semua dasar yang dilaksanakan di bilik darjah mesti berlunaskan Rukun Neara.
A berlunas Rukun Negara B berlunaskan dengan Rukun Negara
B berlunas akan Rukun Negara D berlunaskan Rukun Negara

19, Encik Lim memulakan perniagaan dalam bidang hiasan dalaman dengan bermodalkan wang sebanyak lima juta ringgit.
A bermodalkan wang B modal wang C bermodalkan wang untuk D bermodal wang


No comments: