Wednesday, September 18, 2013

extra class PMR


for today class,
i focused discussing past year kertas 2 2005, 3006 qustion

tahun lepas 2005
1) pembentukan disiplin bermula dari rumah
a) kepentingan disiplin- ko p mak jih motu pp tl
b) ST+B+G+LM+M+KS+P
c) PDA
d) PD+MPK

Kitar Semula(2005)
Kini, Malaysia semakin maju, namun masih terbelenggu dengan masalah pencemaran alam yang serius. Oleh itu, Kempen Kitar Semula wajar dijalankan dari semasa ke semasa.
Aktiviti ini bertujuan untuk memulihara alam sekitar daripada tercemar. Oleh itu, tempat rekreasi akan dijaga dengan sebaik-baiknya supaya industri pelancongan akan terus maju. Seterusnya, aktiviti ini akan memajukan ekonomi negara. Jelaslah bahawa pelbagai pekerjaan yang ditawarkan kepada rakyat tempatan telah menjanakan  pendapatan yang lumayan kepada pengusaha tempatan.
Seterusnya, kos pengeluaran akan dikurangkan. Pelbagai sumber seperti kertas, tin-tin, dan plastik boleh diubah suai untuk menghasilkan produk yang lain. Oleh itu, ekosistem dan habitat flora fauna akan terpelihara.

Tuntasnya, kitar semula wajar digalakkan supaya  melonjakkan pembangunan negara menjelang ambang 2020.

soalah tahun lepas 2006( kami telah menggunakan formula:
dimensi kendiri: I-I-I-I-G untuk mempraktikkan dalam semua soalan berikut,
Kebaikan gotong-royong
1. faedah program kecemerlangan PMR (saya) - 
a) pi sai mai gaul- (pomis- mai-jeri-cbk)
b) sasimifiti kkr
c) disiplin-kop mak jih motu pp tl ( focus to masa/motu/pp/jadual)
d) bm-sofitmen ps-iii-betahan-
e) jadi pa

2. suratusaha mencapai kejayaan dalam kejohanan sukan tahunan(saya)
a) i-impian
b) ilmu-rajin menuntut ilmu tentang teknik sukan tanpa jemu(pi sai mai gaul)
c) inovasi - mencekau maklumat melalui alat telekomunikasi seperti melayari Internet: nilai: kerajinan
d) iman - selalu berdoa, bertawakal, bersolat - diredai Tuhan-nilai:kesyukuran
e) Disiplin - koP mak jih motu pp tl (masa-tumpu-kawalan dalaman)-nilai:kegigihan
e) gaya hidup sihat - SUKMA(masa rehat / amalan pemakanan seimbang)
3. syarahanpembentukan disiplin anak bermula dari rumah
4.cerita…(just 4get it)
5. perkembangan ICT mempercepat kemajuan negara. Bersetujukan anda ?
1) pi sai mai gaul- pomis mai jeri cbk

karangan spm;

Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah membeli barang buatan Malaysia. Huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan


FAEDAH MEMBELI BARANG BUATAN TEMPATAN
 
 
















Barangan buatan tempatan seperti industri automobile, kraf tangan dan sebagainya semakin mendapat tempat di persada dunia. Malaysia kini sedang dilanda kegawatan ekonomi dan kemerosotan nilai wang yang serius. Senario ini amat merimaskan ahli masyarakat tempatan bagai cacing kepanasan kerana jika nilai mata wang terus susut, kemelut inflasi akan menjadi satu angkara yang akan merosakbinasakan pembangunan Negara. Penggemblengan kudrat semua strata komuniti di Negara Malaysia merupakan jalan pintas untuk merungkai masalah ini sebelum kuman menjadi kudis. Persoalannya, sejauh manakah rakyat tempatan memahami bahawa hujan emas di negara orang , hujan batu di negeri sendiri? Adakah rakyat Malaysia bersedia dan bersiap siaga untuk menjulang jenama barangan tempatan seperti Perduo dan Proton di persada global? Tepuklah dahi Tanya selera.

Tidak lain dan tidak bukan, peruntukan dalam pelbagai bentuk seperti subsidi, insentif, mikro pinjaman dan pelbagai skim bantuan telah disalurkan kepada pengusaha tempatan untuk menggiatkan perindustrian barangan tempatan. Menurut bajet 2013, YAB Dato’ Sri Najib bin Tun Razak telah menegaskan pembangunan ekonomi mestilah berlandaskan usaha sama untuk mengurangkan pergantungan kepada bantuan luar Negara. Usaha untuk menggurangkan defisit merupakan jalan penyelesaian yang perlu diambil agar ekonomi Negara tetap melonjak menjelang ambang 2020. Memandangkan kesungguhan kerajaan untuk memakmurkan Negara, perindustrian kecil dan sederhana seperti pengeluaran barangan tempatan mestilah diberikan perhatian yang sepenuhnya. Contohnya, barangan tempatan seperti kereta nasional, peralatan elektronik dan tin-tin makanan perlulah disokong padu oleh rakyat tempatan. Dengan itu, pengaliran wang ringgit Malaysia ke luar Negara akan berkurang di samping menstabilkan nilai mata wang Negara kita. Selaras dengan defisit kewangan dan hutang Negara yang semakin membimbangkan, rakyat Malaysia mestilah menyokong barangan tempatan agar Negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Negara atas angin.

Integriti dan komited Negera Jepun merupakan iktibar yang perlu diambil. Segala rintangan akan ditempuhi dengan muafakat dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Selepas Tsunami yang melanda Negara Jepun, banyak ramalan telah mengatakan bahawa Jepun akan mengikut jejak Negara Eropoh, iaitu mengalami kemelesetan ekonomi atau kemuflisan yang teruk. Namun, negera matahari terbit timur ini dengan mengutamakan industri teknologi dan pengeluaran barangan tempatan seperti bioteknologi, sepintas kilat sahaja Negara Jepun telah bujur lalu, lintang patah. Negera Korea pula merupakan teladan lain yang perlu kita contohi. Pengeluaran barangan tempatan seperti barangan elektronik Samsung telah memonopoli pasaran elektronik di negera sendiri mahupun ke luar Negara seperti Malaysia. Sekiranya, Negara kita menurut ikhtiar Negara tersebut, nescaya Negara kita mampu menjadi Negara yang maju dan terkeluar daripada kepompong kemiskinan. Natijahnya, perusahaan tempatan akan dikembangkan sekiranya rakyat Malaysia dapat menggembleng minda dan memerah otak untuk mengembangkan perindustrian kecil dan sederhana tanpa pergantungan kepada barangan import lagi, khususnya barangan makanan seperti beras, barang keperluan dan sebagainya.

Akhir sekali, Malaysia memanglah tersohor dengan Negara yang kaya dengan sumber alam seperti minyak, kayu balak, kelapa sawit dan sebagainya. Sesungguhnya, khazanah alam ini merupakan anugerah Tuhan yang perlu dimanfaatkan dengan optimum. Pergantungan kepada komoditi akan menemui halangan selepas kehabisan sumber ini, manakala pergantungan kepada teknologi untuk menghasilkan barangan tempatan seperti biotenologi memungkinkan kita mencapai kekayaan dan menjana pendapatan per kapita yang memuaskan. Negara Singapura yang mementingkan pemindahan teknologi dan pembangunan modal insan telah berjaya menjadi Negara yang tersohor dan terkaya di persada global. Sedangkan Negara Malaysia yang kaya dengan sumber alam ini, rakyat Malaysia mestilah berusaha untuk mengekspoitasi sumber alam ini untuk mengembangkan industri tempatan. Contohnya, barangan plastik, barangan aluminium dan ekonomi hijau dapat menjayakan Malaysia sebagai Negara yang mengekspoitasi sumber alam untuk mempelbagaikan pengeluaran barangan tempatan di Malaysia.

Tuntasnya, sepakat membawa berkat. Kita mesti berbangga dan berintegriti untuk menjayakan setiap aspirasi Negara, yakni pencapaian diutamakan. Gagasan 1 Malaysia yang berlandaskan perpaduan merupakan visi suci yang perlu didukung oleh Rakyat tempatan supaya menghargai sumber alam yang tidak ternilai kepada kita. Manfaatkan setiap kurniaan Tuhan dengan sebaik-baiknya akan merangsang ekonomi Negara kita agar standing dengan Negara maju. Jangan sekali-kali hidup dalam dunia menyendiri bagai kera sumbang, hanyalah berpegang pada prinsip di mana ada kemahuan, di situ ada jalan untuk memajukan setiap bidang yang diusahakan oleh penggiat tempatan.



Saturday, September 14, 2013

karangan band1

peranan guru
formula: pro ma cbk, kom mmpp mpk
1.memupuk amalan membaca
guru mesti memartabatkan profesionalisme mereka supaya memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar. Guru mesti mencernakan bakat dan kreativiti pelajar supaya mereka suka belajar. Guru juga mementingkan komunikasi dua hala supaya merangsang minda dan minat pelajar. Tegasnya, guru mesti memberikan teladan yang baik seperti suka membaca, bak kata guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Tegal itu, guru mesti mewujudkan persekitaran kondusif supaya pelajar menerapkan amalan membaca

2. menangani gejala sosial(gangsterisme)
guru mesti memartabatkan profesionalisme mereka supaya menangani gejala gangsterisme dalam kalangan pelajar. Guru mesti mencernakan bakat dan kreativiti pelajar supaya mereka menjauhi perbuatan gangsterisme. Guru juga mementingkan komunikasi dua hala supaya merangsang minda dan minat pelajar. Tegasnya, guru mesti memberikan teladan yang baik seperti berhemah tinggi, berakhlak mulia dan berdisiplin, bak kata guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Tegal itu, guru mesti mewujudkan persekitaran kondusif supaya pelajar menjauhi perbuatan gangsterisme seperti peras ugut, membuli pelajar, dan ganas.

3. menangani masalah pencemaran alam
guru mesti memartabatkan profesionalisme mereka supaya memupuk sikap mesra alam dalam kalangan pelajar. Guru mesti mencernakan bakat dan kreativiti pelajar supaya mereka suka menanam bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Guru juga mementingkan komunikasi dua hala supaya merangsang minda dan minat pelajar dalam penjagaan alam. Tegasnya, guru mesti memberikan teladan yang baik seperti menjaga alam sekitar, menyertai aktiviti gotong-royong dan sebagainya, bak kata guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Tegal itu, guru mesti mewujudkan persekitaran kondusif supaya pelajar menerapkan amalan mencintai alam.

4. punca( punca ponteng sekolah)


5.
>>>>>>>>

sekolah ( came mmpp mpk)
1. amalan membaca
pihak sekolah mesti melancarkan pelbagai program Nilam untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar. Contohnya, ceramah, aktiviti motivasi, kursus etika, pertandingan tentang kepentingan amalan membaca dari masa ke masa. AKtiviti ini bertujuan untuk merangsang minat dan minda pelajar. Tegasnya, sekolah mesti mewujudkan persekitaran kondusif supaya pelajar suka belajar dan membaca.

2. gejala mat rempit(punca)
masalah ini berpunca daripada program yang dijalankan di sekolah adalah kurang berkesan. Pihak sekolah terlalu mementingkan prestasi akademik dan mengabaikan aktiviti seperti ceramah, pertandingan, kem motivasi, kursus etika tentang nilai harga diri. Akibatnya,pelajar akan terlibat dalam gejala mat rempit kerana program yang dijalankan di sekolah gagal merangsang minda dan minat pelajar.lagipun, pihak sekolah gagal mewujudkan persekitaran kondusif agar pelajar suka pergi ke sekolah.Tegasnya, pelajar akan terlibat dalam gejala mat rempit kerana kekurangan program jati diri yang berkesan.

masalah ini berpunca daripada program yang dijalankan di sekolah adalah kurang berkesan. Pihak sekolah terlalu mementingkan prestasi akademik dan mengabaikan aktiviti seperti ceramah, pertandingan, kem motivasi, kursus etika tentang nilai harga diri. Akibatnya,pelajar akan terlibat dalam gejala ponteng sekolah kerana program yang dijalankan di sekolah gagal merangsang minda dan minat pelajar.lagipun, pihak sekolah gagal mewujudkan persekitaran kondusif agar pelajar suka pergi ke sekolah.

Tuesday, September 10, 2013

to 4AK1 2013 10-9-2013 raining day..so sleepy oo

Thu ee when keep yawning, reka keep saying...STOP

but i still teaching, you know WHY...exam just in the corner, i m worry, the marks still flying in red colours

Pesanan cikgu: Latihan: Tulis sepucuk surat kepada rakan anda yang tidak suka menyertai aktiviti kokurikulum



Monday, September 9, 2013

karangan pelajar kelas 3A

Soalan 2: cara-cara membalas jasa ibu bapa.

Anak-anak cemerlang: IIIIG
(saya akan memfokus kepada iman, gaya hidup sihat , dan  ilmu, disiplin )

“Syurga di bawah telapak kaki ibu” memanifestasikan peri berjasanya seorang insane yang digelar sebagai ibu. Hadis nabi bersabda, “ sebaik-baiknya manusia ialah manusia yang berbaik-baik kepada ibu bapa.” Manakala lidah pendeta Cina ada menyebut, “ budi ibu bapa menggunung tinggi.”  Jelasnya bahawa tiada ibu bapa, siapalah kita? Tepuk dahi fikirlah minda, adakah kita menggalas amanah untuk menunaikan perintah Tuhan dengan membalas jasa ibu bapa dengan sebaik-baiknya? Atau adakah kita telah menjadi anak derhaka seperti Si Dagang yang tidak berhati perut?

Sebagai anak soleh dan solehah, tidak lain dan tidak bukan, saya mestilah sering mendoakan kesejahteraan ibu bapa saya agar usianya menongkat langit. Dengan beriman dan menunaikan solat, saya akan tersemat hidayah Ilahi agar mewarnai hidup ibu bapa saya dengan kegembiraan semata-mata. Contohnya, saya akan menurut petunjuk Tuhan dengan setulus hati. Hadis bersabda,”Janganlah menengking atau meninggi suara kepada kedua-dua orang tua ..” Maka, saya akan selalu menjadi anak yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia dengan berbahasa lembut bagai lunak gigi daripada lidah. Sudah terang lagi bersuluh bahawa, hukum bersendi syarak, syarak bersendi hukum, saya mestilah selalu bertawakal dan hidup kayu biarlah berbuah, hidup manusia biarlah berjasa. Hanyalah bersoleh atau bersolehah, barulah kita akan diredai Tuhan sehingga hari akhirat nanti kerana keredaan Allah berdasarkan keredaan ibu bapa.

Sebagai balasan kepada ibu bapa, saya mestilah mendisiplinkan diri menjadi insan yang akan meninggalkan nama di duniawi ini. Hanyalah menjadi insan yang berjaya, kita akan memartabatkan imej keluarga dan mengharumkan nama ibu bapa yang membesarkan kita. Disiplin mencerminkan keperibadian seseorang sama ada ialah khalifah atau kufur, sama ada berjaya atau terkandas. Dengan mengikut peraturan si sesebuah organisasi, semua insan akan dilatih mengawal tingkah laku dan pertuturan diri agar disanjung tinggi oleh semua orang. Pakar motivasi di Malaysia, Dr Fadzillah kamsah menguar-uarkan kebejatan akhlak dan keborbokan masyarakat gara-gara kehakisan jati diri anak. Dengan ini, sebagai balasan kepada jasa ibu bapa, saya mestilah menjaga maruah diri dan memanfaatkan setiap detik masa agar menjadi insan cemerlang dalam semua bidang, bak kata tak bulat yang datang bergole, tak pipih yang datang melayang. Justifikasinya, saya akan menumpukan perhatian sepenuh dalam setiap usaha agar menunaikan hasrat ibu bapa supaya mereka tidak berhati walang.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, selain bersoleh dan berdisiplin, saya mesti membudayakan gaya hidup sihat. Dengan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda, saya akan memastikan hala tuju dengan jelas bak kata “ seribu melangkah bermula dari tapak pertama”.  Bekas presiden Indonesia, Soekarno permah mengatakan bahawa, “ Gantunglah cita-cita anda sekalipun kaki di pelimbah.” Amatlah jelaslah bahawa saya mestilah menjauhi perbuatan bercermin di air keruh atau memalitkan arang pada muka ibu bapa. Jangan sekali-sekali sampai liang lahad barulah insaf akan kekhilafan yang dilakukan kerana sesat kemudian tidak berguna. Impian yang terpijak ke bumi nyata akan menjauhkan saya daripada lembah laknatullah dan menjauhi bala api neraka kerana tidak ingin menjadikan ibu bapa bagai cacing kepanasan. Bersuluh di tengah hari bahawa saya akan memastikan selagi ibu bapa masih hidup, saya akan bersemangat waja dan berhati nurani kerana saya tidak sampai hati melihat ibu bapa saya megeluh atau merintih terkilan.

SEbagai penghias penutup bicara, ibu bapa ialah entiti mithali atau uswah hasanah yang membesar dan mendidik kita. Jasa mereka bukan alang kepalang, kasih sayang kepada ibu bapa ialah tuntutan semua agama. Tidak sekali-kali saya membalas air susu dengan air tuba, atau ulat melupakan kacang kerana saya memahami bahawa segala perbuatan khianat akan dilaknat oleh Tuhan. Berkat daripada Tuhan adalah berdasarkan kebahagiaan ibu bapa kita. Segala jasa ibu bapa akan saya kenang dan tersemat sepanjang hayat sampai ke hari akhirat.

(577pp)


Jawaban pelajar:

1) 3B5

Seperti pohon yang berdiri teguh
Akarnya kukuh
Kasih sayang ibu bapa abadi kukuh

                Kenyataan ini menunjukkan ibu bapa menyayangi kita bagai menatang minyak yang penuh. sebagai tanda hormat serta kesyukuran, Adakah anda menunjukkan perasaan sayang akan ibu bapa?
                Memang tidak dapat dinafikan bahawa, kasih sayang ibu bapa terhadap kita tidak limit dan abadi wujud. Oleh sebab itu, kita juga haruslah menunjukkan perasaan kasih sayang kepada ibu bapa.
                Saya akan menghadiahkan ibu bapa kad kesyukuran pada hari ibu bapa dan hari keluarga sebagai tanda kesyukuran bagi mereka yang menyayang saya mulai kecil lagi.
                Tambahan pula, saya menunjuk perasaan sayang akan ibu bapa dengan senantiasa menemani mereka berdua berbual-bual, makan selera dan sebagainya. Menurut pakar motivasi yang tersohor di Malaysia serta juruacara rancangan Selami Jiwa, Dr Fadzillah Kamsah, anak yang sayang ibu bapanya juga akan disayangi segenap lapisan masyarakat.
                Saya akan menunjuk perasaan sayang akan ibu bapa dengan mengikuti arahan mereka dan menjadi seorang anak yang taat. Situasi ini akan menatijahkan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah keluarga.
                Selain itu, saya juga akan menghadiahkan ibu bapa ciumn yang seikhlas hati apabila kami menjelang ulang tahun perkahwinan ibu bapa serta hari jadi mereka.
                Kalau bukanlah ibu bapa, siapalah kita? Oleh sebab itu, kita mestilah menunjuk perasaan kasih ayang serta membalas jasa mereka. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kita menjadi orang yang berguna, apabila kita Berjaya, itulah hadiah yang terbaik kepada mereka.
                Di samping itu, tepuk dada Tanya selera,adakah kamu pernah memberi kehormatan ibu bapa dengan secawan the. Itu juga cara-cara untuk menunjukkan perasaan sayang akan ibu bapa.
                Secara tuntas, kita mestilah mengenang budi ibu bapa dan menunjukkan perasaan kasih sayang bila-bila masa. Jangan sampai ibu bapa tidak, baru ingin mentaati. Bak kata pepatah, jangan terhantuk baru tergadah. Jangan bagai kacang lupakan kulit. Lupakan jasa ibu bapa. (277 patah perkataan)

K-32
E-1
31

Menurut statistic Kementerian Pendidikan, sebanyak 204 orang pelajar melepak sekolah saban hari. Antara sebab remaja melepak adalah berikut.

Pertama, pelajar berasa proses pengajaran dan pembelajaran agak bosan menyebabkan mereka semakin malas belajar di sekolah. Bak kata pepatah Tamil, malas merupakan kubur untuk kehidupan.

Pada alaf modenisasi ini, pelajar mudah terpesong daripada aktiviti kurang sihat seperti game video, laman pono dan sebagainya. Oleh sebab itu, pelajar asyik aktiviti kurang sihat dan enggan melanjutkan pelajaran.
Seterusnya, barang-barang yang ada di pusat beli-belah membuka mata peajar yang terlibat dalam budaya materialistic, oleh sebab itu pelajar berasa bosan belejara di sekolah dan lebih suka melengah-lengah di pusat beli-belah.

Akhirnya, pihak sekolah perlulah membendung masalah ini secepat mungkin.
(13%)


2) Khaw Jia Sheng 3A5
Pada era yang moden ini, ibu bapa sangat menyayangi anak-anak mereka bagai menantang minyak penuh. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa telah banyak berkorban terhadap kita dan menunjukkan perasaan sayang yang banyak kepada kita. Oleh itu, kita wajarlah menunjukkan perasaan sayang akan ibu bapa. Persoalannya, adakah anda mengetahui cara-cara untuk menyayangi ibu bapa?

Cara perdana untuk saya menunjukkan perasaan sayang kepada ibu bapa ialah menjadi anak yang taat. Misalnya, saya perlulah senantiasa membantu mereka membuat kerja rumah untuk meringankan beban ibu bapa. Filosofer Cina iaitu Kong Zi pernah berkata bahawa :”taat kepada ibu bapa merupakan tanggungjawab setiap anak.” Ekoran itu, saya sering menunjukkan perasaan sayang kepada ibu bapa dengan taat kepada mereka.

Selain itu, saya percaya bahawa setiap ibu bapa berharap agar anak-anak mereka menjadi seorang yang Berjaya. Oleh itu, saya belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Adakah ibu bapa yang tidak berharap agar anak-anaknya mendapat keputusan yang cemerlang? Jawapannya tentulah tidaksekali-kali tidak! (Wahai semua anak, marilah kita belajar dengan bersungguh-sungguh sebagai tanda sayang akan ibu bapa!)

Seterusnya, saya mesti akan mengingati hari jadi ibu bapa pada setiap masa. Pada hari jadi ibu bapa, saya merai bersama-sama mereka. Pada hari itulah juga masa yang  terbaik untuk saya menunjukkan perasaan sayang akan ibu bapa. Saya selalu menunjukkan perasaan sayang akan mereka dengan membuat kad hari jadi, memasak lauk-pauk sendiri , membuat kek dan memberi hadiah yang disukai mereka. Tentulah mereka akan faham akan perasaan sayang saya terhadap mereka sekarang.



Orang yang paling saya terhutang budi ialah ibu bapa. Tiada sesiapa pun yang lebih berkorban kepada saya selain daripada ibu bapa saya. Oleh itu, saya akan berdoa kepada Tuhan agar ibu bapa sentiasa dalam keadan bahagia, gembira dan juga sihat. Apabila saya berdoa terhadap ibu bapa, sudah bermakna saya sayang akan ibu bapa saya. Mulailah berdoa terhadap ibu bapa sekarang!

Anak merupakan permata kepada ibu bapa. Tetapi yang menyedihkan ialah anak-anak selalu bersikap bagai kacang lupa akan kulit, ulat lupa akn daun. Adakah anak-anak seperti ini mempunyai hati perut? Adakah anda telah menunjukkan perasaan sayang kepada ibu bapa? Tepuk dada, Tanya selera. Menunjukkanlah perasaan sayang akan ibu bapa sekarang supaya tidak menyesal pada hari kemudian. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Kes-kes remaja melapak semakin berleluasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pihak manakah yang perlu dikambinghitamkan dan apakah sebabnya?
Sebab utama ialah sikap remaja yang malas. Mereka yang berfikiran bagai setahun jagung, setampuk pinang tidak menyedari bahawa kepentingan belajar. Selain itu, remaja yang kehausan kasih sayang daripada ibu bapa suka melepak kerana mereka ingin menyebabkan ibu bapa lebih mengambil berat terhadap mereka.

Seterusnya, pembelajaran di sekolah yang bosan dan guru yang garang menyebabkan remaja suka melepak. Remaja takut akan guru yang garang dan melepak untuk mengurangkan ketakutan. Akhirnya, kerja sekolah yang banyak menyebabkan remaja berasa tertekan dan melepak. Remaja melepak untuk melepaskan tekanan.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk menangani masalah yang dianggap duri dalam daging ini kerana bertepuk sebalh tangan tidak akan berbunyi.

(17)

Pada era globalisasi ini, isu tentang keluarga sering diuar-uarkan dan telah menjadi agenda polemic dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa pada masa kini sangat menyayangi anak-anaknya bagai menatang minyak penuh. Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu sama ada ibu bapa ataupun aak-anak sepatutnya melakukan dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga yang diimpikan. Persoalannya, bagaimanakah anak-anak menunjukkan perasaan kasih sayang akan ibu bapa?

                Untuk menunjukkan perasaan kasih sayang akan ibu bapa, saya telah menuruti ajaran ibu bapa saya. Saya telah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan cemerlang bagi membalas jasa ibu bapa saya. Walaupunsudjaga ah saya Berjaya dalam bidang akademik serta bidang sukan, namun jasa ibu bapa saya yang telah mendidik, membimbing dan menjaga saya akan saya kenangkan hingga akhirat dan sikap kacang lupakan kulit mestilah saya abaikan.

                Sesungguhnya, saya mentaati ibu bapa saya. Saya akan meluangkan masa senggang untuk membantu ibu bapanya membuat kerja rumah supaya beban ibu bapa saya akan dikurangkan. Selain itu, saya dan ahli keluarga saya saling menghormati dan memahami ibu bapa dan juga sesame kita agar mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham daripada berlaku. Kita juga mengamalkan sikap tolong-menolong, bak kata pepatah ke bukit sama dinaiki, ke lurah sama dituruni dan tidak mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.  Hal ini akan menimbulkan keselesaan ibu bapa apabila berada di rumah selepas membanting tulang di luar.

                Disiplin mencerminkan keperibadian seseorang individu. Tegal itu, saya telah berkecimpung dalam kegiatan kokurikulum supaya dapat melatih disiplin saya. Kebersihan sebahagian keimanan. Oleh itu, saya telah menjaga imej diri saya dengan berpakaian kemas. Saya juga tidak bergaul dengan seseorang yang buruk akhlak supaya diri sendiri saya tidak terpengaruh dan tidak terjebak dalam kancah maksiat, bak kata pepatah gara-gara nila setitik, rosak susu sebelangga. Hal-hal ini dilakukan saya adalah untuk mengelakkan keluarga saya daripada dipandang hina oleh masyarakat. Hal ini juga kana menimbulkan perasaan bangga dan beryukur dalam hati ibu bapa saya serta mengelakkan perasaan sedih daripada timbul dalam hati ibu bapa.

                Hadis mengatakan bahawa kemurkaan Allah berdasarkan kemurkaan ibu bapa, keredaan Allah berdasarkan keredaan ibu bapa, barang siapa yang telah diredai ibu bapa tidak akan diredai oleh Allah. Oleh itu, setiap individu perlulah menunjukkan perasaan kasih sayang akan ibu bapa yang begitu menyayangi anak-anaknya. (364)

K 32
E -1
( pada keseluruhannya, olahan dengan pemerenggan yang sangat seimbang, tafsiran dan pengembangan isi yang baik)

Belakangan ini, isu tentang remaja melepak sering terpampang pada dada akhbar. Persoalannya, apakah sebab-sebab remaja melepak?

Perasaan bosan dan malas merupakan penyumbang utaa. Guru sekolah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik serta memberikan kerja sekolah yang banyak menyebabkan remaja berasa bosan dan malas untuk menghaidri sekolah. Didikan agama dan moral yang menjadi benteng jiwa tidak diterapkan kepada remaja.

Kekurangan kasih sayang dan prihatin daripada ibu bapanya juga merupakan factor utama. Ibu bapa yang begitu rakus akan harta duniawi telah menyebabkan mereka menjadi sibuk dan mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap remaja.


Akhirulkalam, terdapat banyak sebab yang mengakibatkan remaja melepak. Setiap individu perlu bekerjasama menangani kemelut ini kerana remaja bakal menerajui Negara kita pada masa depan, bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara. (120pp)

Saturday, September 7, 2013

Enrollment for 2014


Kelas Tuisyen Bahasa Melayu F1 – F5
Cikgu Phong Tahun 2014
( Hubungi : 017 483 1883)
Form
Day
Time
Venue
Fee(RM)
Group
1
Sat
430-6pm
Alma Jaya
50
1A
Sat
630-8pm
Kampung Bahru
50
1B
2
Fri
815-1015pm
Kampung Bahru
60
2A
Sat
230-430pm
Alma Jaya
60
2B
3
Thu
8 – 10pm
Kampung Bahru
60
3A
Fri
430 – 6pm
Sri Rambai
50
3B
Thu
4 – 530pm
Alma Jaya
(进修班)
50
3C
4
Tue
5 – 7pm
Alma Jaya
60
4A
Fri
230 – 430pm
Sri Rambai
60
4B
Thu
6 – 8pm
Kampung Bahru
60
4C
5
Mon
5 – 7pm
Alma Jaya
60
5A
Small Group, Focusing on Essay Writing and Grammar.
For further information, please visit www.cikguphong.blogspot.com.

All classes will be started on the first week of December 2013.