Tuesday, September 10, 2013

to 4AK1 2013 10-9-2013 raining day..so sleepy oo

Thu ee when keep yawning, reka keep saying...STOP

but i still teaching, you know WHY...exam just in the corner, i m worry, the marks still flying in red colours

Pesanan cikgu: Latihan: Tulis sepucuk surat kepada rakan anda yang tidak suka menyertai aktiviti kokurikulum




»     Kepentingan Beriadah dalam kalangan remaja
»     Oleh Ooi Xian Tian
     Pada era pascainovasi ini, isu tentang kemaslahatan beriadah atau akan tidak lekang menghiasi dada akhbar . Negara kita kini sedang memacu arus kemodenan dan menghamparkan keimanan, namun aktiviti beriadah masih dipandang sepi oleh ahli masyarakat lantaran sikap kealpaan generasi muda tentang kepentingannya. Tegal itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menegaskan pembangunan modal insan sempurna dengan menggarisbawahi aktiviti riadah sejak bangku sekolah lagi. Memandangkan isu sejagat yang semakin terserlah ini, YAB Dato’ Sri Najib bin Tun Abdullah telah menguar-uarkan kesihatan ialah asas pembangunan negara. Persoalannya, sejauh manakah kemaslahatan aktiviti sukan atau beriadah dalam kalangan remaja?
Kepentingan sukan/ kokurikulum/ persatuan/ aktiviti kemasyarakatan/ seni pertahanan diri/ pasukan sukarelawan/ aktiviti gotong-royong/ perkhemahan/ ….
Ayat Judul: (AMKCP)
1) Pi – Sai- Mai-gaul( pengalaman-ilmu-saing-mahir- interaksi- bergaul)
2) Mai – BM (  markah-institusi pengajian tinggi- badan – minda)
3) SasiMi ( sahsiah diri yang ampuh- sikap – minda)
4) Pomis – Jadi- CBK ( potensi – jati diri – disiplin- mencernakan bakat kreativiti)
5) Pa(semangat) – MPK(mewujudkan persekitaran kondusif)

1) Pi – Sai- Mai-gaul( pengalaman-ilmu-saing-mahir- interaksi- bergaul)
Aktiviti riadah atau sukan akan meningkatkan pengalaman dan ilmu yang meluas tentang gaya hidup sihat dalam kalangan remaja pada alaf pascainovasi ini. Mahu tidak mahu, pendedahan ini secara langsung akan meningkatkan daya saing remaja dan berhadapan dengan persekitaran gobal yang sering berubah-ubah. Dalam erta kata lain, remaja yang aktif berkecimpung dalam aktiviti ini akan memperkasakan kemahiran berinteraksi agar dapat bergaul dengan sesiapa jua dengan tenangnya.

2) Mai-BM
Dari perspektif pelajar, sukan merupakan wadah untuk mendapat markah kokurikulum supaya dapat memohon ke institusi pengajian awam di Malaysia, selain sebagai arena untuk menjadikan sebagai kerjaya pada masa hadapan. Bagi pelajar yang ingin mendapat tawaran biasiswa atau PTPTN khasnya, prestasi akademik bukan lagi sebagai kayu ukur untuk menggelarkan diri sebagai insan yang berjaya. Situasi ini selaras dengan slogan badan sihat minda cerdas. Kecerdasan minda memerlukan bekalan 20% oksigen dan 20% pengaliran darah untuk memastikan kita menjalankan bahtera hidup dengan lancar dan sempurna. Bayangkanlah pelajar yang hanyut dalam dunia fana atau alam maya akan tertinggal dalam pelajaran kerana tumpuan perhatian yang tidak sebaiknya jika berbanding dengn mereka yang giat dalam aktiviti sukan. Contohilah Rasulullah yang selalu mengamalkan aktiviti sukan seperti memanah dan menunggang kuda semata-mata ingin menghargai setiap kurniaan Tuhan dengan berpada-pada kerana  hadis bersabda“ jaga masa sihat sebelum masa sakit datang.”

3) Bm sofitmen ps iii – sipekuto moda
Sudah terang lagi bersuluh bahawa kecergasan badan dan kecerdasan minda akan mengimbangi perkembangan sosial, fizikal, mental, dan psikologi kita. Tidak lain dan tidak bukan, aktiviti beriadah  akan menjanakan badan yang bersemangat waja justeru dapat menghadapi onak duri dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Dalam erti kata lain, sesiapa yang berjinak-jinak dengan aktiviti ini akan memastikan dirinya mempunyai daya ingatan, imunisasi, dan imaginasi yang tinggi agar berkemampuan melepaskan diri daripada belenggu kekhilafan dan kekusutan. Badan ialah pinjaman sementara daripada kurniaan Ilahi, dengan aktiviti ini, sistem perpeluhan dan perkumuhan akan mengikis toksik daripada badan kita. Metabolisme dan pengaliran darah yang lancar akan memastikan badan kita sering berkeyakinan tinggi dalam semua bidang yang dikecimpung.


4) Sasi Mini fiti kkr
      Aktiviti ini, memang tidak disangkal bahawa mampu menjanakan sahsiah diri yang ampuh seperti bernilai mahmudah dan berakhlak mulia. Bagi remaja yang bergiat dalam aktiviti sukan ini juga mampu menerapkan sikap positif seperti bekerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati. Tamsilannya, semasa beriadah, kita akan berhadap dengan kawan di sekeliling kita. Dengan itu, kita akan memahami bahawa nilai mahmudah merupakan pemangkin jalinan hubungan sesama manusia. Dengan menjauhi kehidupan bagai kera sumbang, kita akan menjana minda yang kreatif, kritis dan rasional agar bertindak dua kali sebelum bertindak. Pakar motivasi Dr Fadzillah Kamsah pernah menegaskan bahawa ketenangan jiwa berdasarkan kesihatan badan dan minda.

5) Jadi- POMIS-CBK ( potensi – jati diri – disiplin- mencernakan bakat kreativiti)
      Melalui aktiviti ini, jati diri yang unggul hanyalah dizahirkan daripada remaja yang berdisiplin. Memang diketahui umum bahawa aktiviti berekreasi mampu mendisiplinkan  setiap individu. Hal ini dibuktikan oleh kajian bahawa sesiapa yang berdisiplin akan dilatih mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi, justeru mengawal tingkah laku mereka. Melalui aktiviti ini, pengurusan masa dengan merangka jadual masa bersantai akan memastikan seseorang individu menjurus ke arah kecemerlangan. Lebih-lebih lagi, mereka yang suka beriadah akan melepaskan diri daripada membazirkan masa dalam aktiviti yang dilaknat Tuhan kerana disiplin asas keimanan dan kemakmuran hidup. Justifikasinya, potensi kita akan digarap dengan sepenuhnya justeru mencernakan bakat dan kreativiti kita sekiranya mendarah daging aktiviti ini sejak kecil lagi.

6) Pa(semangat) – MPK(mewujudkan persekitaran kondusif)

      Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, semanagt perpaduan akan dipupuk melalui aktiviti ini. Mahu tidak mahu, Dasar satu Murid Satu Sukan akan menggembleng kudrat dan minda semua pelajar dalam payung yang sama. Akibatnya, remaja berusia setahun jagung akan menghayati nilai bermasyarakat kerana kuah sama dihirup, sambal sama dicolek. Semasa perlawanan atau aktiviti dijalankan, semua remaja dari latar belakang yang berbeza akan merentas perbezaan etnik, agama, dan pandangan agar menjayakan perlawanan sukan yang dijalankan. Semasa aktiviti dijalankan, perasaan muhibah ini akan disemarakkan selain menjalinkan hubungan silaturahim sesama ahli masyarakat yang berbeza status.

No comments: