Thursday, March 29, 2012


Huraikan pendapat anda tentang sumbangan teknologi kepada kehidupan manusia. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
cadangan jawaban daripada Cikgu Phong:
Perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang telah memberikan sumbangan kepada masyarakat. Dalam bidang pengangkutan khususya, penciptaan komuter, Transit aliran ringan (LRT), moneral , dan ERL telah mempercepat perjalanan di samping menjimatkan masa pengguna.
Dalam bidang kesihatan dan perubatan, penggunaan teknologi seperti radioaktif  dan alat pengesan penyakit telah membuka era baharu terutamanya untuk menjalani pembedahan dan rawatan susulan bagi penyakit kronik. Bagai serambang dua mata, taraf hidup yang meningkat telah mengurangkan kadar kematian pada ambang yang muda. Penciptaan peralatan pertanian, khususnya kaedah bioteknologi dan akuateknologi telah meningkatkan hasil produk pertanian selain mengurangkan penggantungan pada tenaga manusia dan tenaga suria semata-mata.
Akhirnya, bidang teknologi maklumat dan komunikasi telah diadaptasikan dalam semua bidang, pinta masuk maya ini telah mewujudkan kampung globalisasi yang bebas daripada kekangan masa dan batasan lokasi. Tegasnya, semakin tinggi teknologi, semakin tinggi martabat sesebuah negara. (129 patah perkataan)




Monday, March 26, 2012

Raja Muda


4. Berdasarkan cerita “Raja Muda”, tulis urutan nombor bagi sinopsis di bawah ini.
(a) Sebagai tanda permuafakatan BS meminta RS sudi menerima bayi yang telah dikandungnya selama enam purnama   (         5 )
(b) BS sungguh sukacita apabila melihat bayi yang dilahirkan oleh RS (8     )
(c) Raja Muda telah pun mempunyai seorang isteri yang bernama BS yang tinggal di kayangan (2   )
(d) Kandungan itu pun berpindah kepada RS setelah menyantap sepah sirih lebihan BS (    6          )
(e) Apabila tiba hari kelahiran Raja Muda telah memanggil BS turun ke bumi. (7     )
(f) BS berjumpa dengan bonda RS Setelah mengetahui hal yang sebenar. (4            )
(g) Raja Muda ditabalkan menjadi raja di Tanjung Bunga Kembang Sekaki dengan gelaran Sultan Muda Gempita sakti. (         1)
(h) BS  telah diberitahu oleh kakandanya tentang persandingan Raja Muda dengan RS. (     3          )

5. Senaraikan dua aktiviti yang dilakukan oleh Raja Muda di Padang Biram Kemala.
(a)membawa isterinya bermain-main di atas pasir
(b)bersemayam di suatu tempat khas sambil melihat putera-puteri raja bermain-main
6. Nyatakan persoalan yang berkaitan dengan tangggungjawab yang terdapat dalam prosa “Raja Muda”.
(a) tanggungjawab seorang pemerintah terhadap rakyatnya
(b) tanggungjawab seorang suami dalam membahagikan kasih sayang terhadap kedua-dua orang isterinya
7.
peristiwa
persoalan
(a) Kepada kakandanya berenam, Tuan Puteri itu memberitahu,“Wahai kakanda, adinda minta diri kembali dulu sebab tidak sedap rasa hati adinda dan dada adinda sentiasa berdebar-debar saja. Mungkin ada sesuatu yang tidak baik berlaku.” (hal. 35)
Majlis perkahwinan yang tidak direlakan
b)Apabila Sultan Muda melihat peristiwa itu baginda pun segera mencita isterinya, BS dan kayangan supaya turun ke dunia ini untuk bersama-sama menyaksikannya. (hal. 38)
Kegembiraan menyambut kelahiran seorang anak
(c) Sekalian pembesar dan rakyatnya telah dititahkan melengkapi balai pancalogam dua belas tingkat di tengah tasik itu dan sebuah khemah juga didirikan di tengah Padang Biram Kemala, tempat baginda hendak bermain dan berjamu.(hal 39-40)
Upacara meraikan kedatangan ahli baru dalam keluarga
8.  berikan maksud
(a) Puteri itu pun disiramkan dengan penuh upacara. (hal. 40) dimandikan
(b) Tuan puteri itupun gering hendak bersalin. (hal. 38) sakit
(c) Kemudian baginda bersemayam di atas suatu tempat khas sambil melihat putera-puteri raja-raja berpasuk-pasukan dalam permainan “Doh Besan”. (hal. 40)  duduk di atas singgahsana
1.melahirkan  2.menjelaskan  c mengadakan  4. memanggil  5. menerima 6.mendirikan  7. menjadi  8. membawa
9.isikan tempat-tempat kosong di bawah dengan jawapan yang sesuai.
 (a) RM telah ditabalkan_ menjadi _______ raja di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki dan bergelar Sultan Muda Gempita Sakti.
(b) Raja Muda menjelaskan sebab baginda berkahwin lagi, apabila BS sampai di anjung mahligai RS.

(c) BS  memberitahu bahawa ia telah hamil enam purnama, sebagai tanda muafakat beliau berharap kepada madunya itu sanggup menerima anak yang dikandungnya.

(d) Setelah genap 12 purnama RS sakit hendak bersalin lalu Sultan Muda memanggil BS dari kayangan untuk turun ke dunia untuk sama-sama menyaksikannya.

(e) RS pun melahirkan seorang puteri yang sangat elok rupanya bersama-sama dua bilah pedang dan kemudiannya dinamakan Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan, Seri Desa Tanjung Bunga Sekaki, Mastika Kelimpahan Benua Tua.

(f) Sultan meminta Perdana Menteri membuat balai pancalogam dua belas tingkat di tengah Tasik Mendam Berahi untuk puteri baginda bersiram dan baginda juga meminta mendirikan sebuah khemah di tengah Padang Biram Kemala tempat baginda hendak bermain.

(g) Sultan Muda membawa puteri baginda bersiram di Tasik Mendam Berahi dan RS sangat seronok melihat permainan “Doh Besan” dan masuk bermain bersama-sama anak-anak raja.

(h) Keesokannya baginda menitahkan Perdana Menteri mengadakan kenduri doa selamat dan tolak bala- kenduri utk menjauhkan bencana.
TIPS INGATAN
1.Persoalan : Menurut perintah,Bermuafakat, Kasih sayang, Rasional, Menghargai
  2. Plot: Klimaks: Keputeraan Puteri Jintan
 3. Teknik Plot: pemerian, dialog, bersyair,             
4.Gaya Bahasa-Simile,Inversi,Kata Ganda,Bahasa Arab,Personifikasi,Bahasa Klasik,Bahasa Istana



Inspiration

Leaping in the moons, just figure out what should the next steps in my lives...
Over the moons, after two weeks teaching in PERWIRA, now i m really cope up with this new environments
even find the real inspirations of my life.
GOOD leader, GOOD co-worker, yes, i believe also my students will be my GOOD asset of my life
JUST BEAT IT
I wont asking how much i can take, just hope that THE MOST I CAN CULTIVATE THE FRAGILE SEEDS
JITSIN, i m leaving
PERWIRA. i m sailing beyond

Thursday, March 22, 2012

beyond flying

after some new policy changing from KPM, i was transfered to new school,
YES, finally i got transfer out from jit sin
gonna lot of the rumour  that i was sacked or got any conflict with jit sin ...HEHE
nothing all of that
HUH... some people were waiting for the test in order to enhance themselves, yes, that is me
i want leaving for chances, i hate of rumour
i hate of hatred or being teasing from people
snigger? ??
or elses
we just like a boat , sailing where else we can be... beyond the limitations
YUP
see you my new students in my teaching career
and
saying goodbye to my beloved students in jitsin
ciao
take care

Wednesday, October 5, 2011

2011 enrolment

hi ... times really flied fast. this year is my conflict year with lots of endurement
anyway the clouds were over
some of my dearest students were away
jz like emeryln ..she finally fled away to her ambition
and so so..
hence
i was still be here
hey
i started enjoying my tuition career
cuz that's the only way i can bring up my student from begining to the end
do waitig for it
register for the 2012
pen off
jz pat your back 

Sunday, September 11, 2011

pendahuluan yang baik


1.    Dalam menongkah era dunia tanpa sempadan, pelbagai masalah timbul selaras dengan kemajuan Malaysia di persada global. Masyarakat masih disogokkan dengan gejala merokok yang membimbangkan.
Siapakah yang perlu dipersalahkan apabila generasi pewaris kepimpinan negara terlibat dengan gejala merokok yang diibaratkan sebagai bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru. Sesungguhnya, gejala merokok yang kian kronik perlu diberi perhatian serius oleh segenap lapisan masyarakat agar rakyat Malaysia kekal sihat dan berupaya menyumbangkan tenaga ke arah kecemerlangan negara



2. Marcapada ini, rata-rata kehidupan masyarakat khususnya di kota-kota metropolitan lebih bersifat nafsi ataupun individualistik. Semangat kejiranan dan altruism dalam kalangan warga Malaysia mulai sirna. Paradigma ini sering menjadi polemik utama dan meniti dari bibir ke bibir rakyat. Siapakah yang harus dipersalahkan? Nescaya, sebelum nasi sudah menjadi bubur, langkah-langkah pragmatik perlu diambil bagi menyuburkan semangat kejiranan dalam institusi masyarakat Malaysia kembali. 

semangat kejiranan


Semangat Kejiranan Dibawa Arus Kemodenan
JIRAN merupakan orang yang tinggal berdekatan dengan kita. Kita sepatutnya mempunyai hubungan yang mesra dengan jiran kita. Namun, apa yang terjadi pada era globalisasi ini manusia tidak lagi bertegur sapa dengan jiran masing-masing. Hidup kejiranan bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Keadaan ini menyebabkan hilangnya semangat kejiranan dalam masyarakat kita. Oleh itu,langkah sewajarnya harus dilakukan bagi meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum ini. Kerajaan perlu mewajibkan pertubuhan sosial seperti Rukun Tetangga di setiap kawasan perumahan. Setiap keluarga harus menyertai Rukun Tetangga. Antara tugas yang dibuat oleh Ahli Rukun Tetangga meronda di kawasan perumahan setiap malam. Secara tidak langsung, kita dapat berinteraksi dengan jiran dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama kaum di Malaysia.
Persatuan Perumahan turut boleh mengambil peranan dengan menganjurkan pelbagai jenis aktiviti kemasyarakatan. Contohnya, bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan. Sikap warga kota yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk bertegur sapa semasa jiran boleh diatasi apabila adanya aktiviti gotong-royong dijalankan. Aktiviti ini diibaratkan sehilir semudik dan serentak seirama.
Pendidikan tentang semangat kejiranan juga penting bagi menerapkan nilai kejiranan dalam kalangan generasi muda. Dalam aspek ini, ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawab mereka kerana merekalah orang yang terdekat dengan anak. Oleh itu, didikan tentang kepentingan semangat kejiranan perlu disemai dalam jiwa anak yang masih berusia setahun jagung. Untuk memastikan bahawa anak-anak dididik dengan nilai kejiranan, ibu bapa harus menjadi contoh kepada anak-anak dengan mengadakan atau menghadiri rumah terbuka pada musim perayaan atau melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Sikap yang murni ini pasti akan diikuti oleh generasi muda.
Konklusinya, semangat kejiranan adalah penting dan merupakan tunjang kepada perpaduan negara. Jika dilihat kepada semangat kejiranan terutamanya di ibu kota semakin hilang ditelan arus pemodenan dan kemajuan. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu dan menggembleng tenaga bagi meningkatkan semangat kejiranan dalam masyarakat, bak kata pepatah bulat air kerana pembetung. bulat manusia kerana muafakat.

Thursday, September 8, 2011

karangan

if u wanna to pursuit a high grades of marks.it's shd be starting from frasa menarik ..accumulate it according to different parts of essays ..as example( aspeks keluarga/masy/media massa/ sukan/ ilmu/ remaja..as so on)

            Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara saujana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Soekarno pernah mengungkap, “Berikan saya 10 belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.” Terserlah bahawa remaja yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran utuh dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa.

Kecemerlangan dari aspek akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk melahirkan remaja yang berkualiti bagi membangunkan negara pada masa hadapan.

Intelek merupakan faktor perdana untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa dan membentuk masyarakat madani sekali gus daya pemikiran yang kritis dan kreatif.

Melalui pendidikan, fikiran yang konservatif akan menjadi komprehensif dalam pelbagai aspek, sekali gus pembentukan akhlak dari pelbagai perspektif amat signifikan untuk menjamin status kita pada masa hadapan. Minda akan terbentang luas dan perspektif tentang sesuatu kefahaman akan mendalam sekiranya budaya membaca diterapkan dalam kalangan remaja pascakemodenan ini.

Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku, melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya

Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan akan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung.

Oleh itu, remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, Ikut hati mati, ikut rasa binasa.Tanpa kecermelangan prestasi akademik, remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka

Selain itu, didikan agama dan nilai murni dapat melahirkan remaja yang berkualiti. Remaja kita harus disuntik ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

remaja yang berkualiti mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur. 

Lantaran itu, ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja menjadi modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia dan berjati diri.

 Selain menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harus dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang tua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela

Remaja yang dangkal imannya sudah pasti akan terjerumus ke dalam kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja yang berkualiti harus bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat melahirkan masyarakat sakinah dan madani pada suatu hari nanti.


Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baru akan menikmati buah kejayaan yang manis.

Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecapi kejayaan yang terbilang skali gus memacu kegemilangan negara.

Rentetan itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya.

Dasar langit terbuka yang diuar-uarkan mampu memacu kepesatan pembangunan negara.

Oleh itu, pendidikan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi wajar dititikberatkan kerana melalui wadah ini, segala impian akan menjadi realiti. Ketika berkhayal di awang-awangan, pastikan kita mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak.

Pada alaf baru yang penuh dengan kompetitif, Kemahiran insaniah dan nilai-nilai keinsanan yang syumul mampu manjana remaja yang berketerampilan dab berani berhadapan dengan segala ranjau..

Pembudayaan disiplin wajar diterapkan kerana faktor disiplin memainkan peranan  utama yang menentukan kejayaan remaja dalam pelajarannya selain disiplin mencerminkan keperibadian seseorang remaja. Disiplin merupakan kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melanggari norma hidup atau peraturan, di samping menjamin kejayaan seseorang pelajar

Gary Ryan Blair, pakar motivasi terkenal pula pernah menyatakan bahawa, “Barang siapa melatih disiplin diri, maka dia akan  menuai hasilnya pula. Orang yang tidak berdisiplin diri akan menerima akibatnya.”     

Amalan ini kemudiannya akan menjadi kebiasaan dalam kehidupannya, iaitu bijak membahagikan masa untuk menelaah pelajaran dan menjalankan aktiviti lain.

sebaik mana sekalipun strategi atau pendekatan pengajaran yang dibuat tetapi sekiranya tahap disiplin pelajar berada di paras yang rendah, hasilnya akan menghampakan. Oleh itu, remaja wajar mengubah sikap mereka sendiri agar menerima segala teguran dan  didikan. Memetik kata-kata pakar motivasi, Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah, ‘Di dalam dunia ini cuma kita berupaya mengubah diri kita. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri dan kita yang perlu menyelesaikannya, segala kehebatan sudah ada dalam diri kita cuma sekadar menanti untuk diserlahkan.”


Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik tidak dapat menjamin kejayaan seseorang jika tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja wajar dididik mengamalkan gaya hidup sihat agar memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan

Pada era  yang penuh dengan pancaroba, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja di negara maju.

Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita patut mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam, bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial, seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi

Seperti peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Remaja kita harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai dalam kehidupan kita.

 Hal ini sangat bertepatan dengan slogan.Rakyat sihat, Negara maju. Remaja yang sihat dan mempunyai jati diri yang mapan baru dapat mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

                      Intihanya, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 

aspek kendiri-remaja cemerlang


langkah-langkah untuk mencapai kecemerlangan diri.
       Setiap manusia ingin akan kecemerlangan dalam semua aspek kehidupannya. Untuk itu. mereka akan cuba melakukan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin. Kejayaan tersebut merupakan suatu kepuasan dan keseronokan yang tidak terhingga yang tidak boleh dinilai dengan wang. Salah satu daripada kejayaan yang perlu dicapai ialah kecemerlangan diri. Apabila diri cemerlang semua perkara yang dilakukan akan membuahkan hasil  yang diidamkan.
      Bagi mencapai kecemerlangan diri, murid hendaklah menjaga kesihatan. Murid perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang serta menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Di samping itu, murid juga perlu bersenam dan melakukan aktiviti riadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Kecerdasan dan kecergasan amat penting dalam kehidupan seseorang agar mencapai kecemerlangan, Kita juga hendaklah sentiasa berfikiran positif dan melakukan tindakan yang rasional dalam apa-apa juga situasi. Segala tindakan kita akan diperhatikan oleh orang lain dan mereka akan membuat penilaian terhadap sahsiah kita. Hanya mereka yang memiliki keperibadian atau personaliti yang baik akan berjaya dalam hidupnya.
        Murid yang cemerlang mempunyai  jadual belajar yang sistematik. Mereka dapat membahagikan masa dengan bijak dan meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Semua perkara yang dilakukan dicatat, bertanya sekiranya tidak faham tajuk-tajuk yang dipelajari, dan sering mengulang kaji pelajaran. Budaya ini jika diteruskan akan membolehkan murid memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik.
        Para pemimpin yang ada sekarang merupakan bukti hasil daripada kecemerlangan diri yang diamalkan. Ketokohan dan kepimpinan telah diasuh dan terdidik sejak bangku sekolah lagi. Justeru, tidak hairanlah murid yang cemerlang ialah murid yang pernah menjadi pemimpin ketika bersekolah serta aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti berpidato, perbahasan. dan forum. Oleh itu, murid yang cemerlang ialah murid yang mengamalkan sikap positif dalam kehidupannya.

1. Berikan maksud frasa membuahkan hasil  yang diidamkan.
2. Apakah amalan postif yang harus dilakukan bagi menjamin seseorang cemerlang dalam bidang akademik?
3. Pada pendapat anda,mengapakah kita perlu menjaga kesihatan?

 Kendiri: tulis sebuah ringkasan tentang ciri-ciri murid cemerlang.
Semua orang mempunyai impian untuk berjaya. Bagi seseorang murid, kejayaan bermakna apabila mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, selain ingin menjadi anak kebanggaan ibu bapa. Dia perlu menjadi murid dan anak yang baik bagi mencapai kejayaan yang diimpikan itu. Murid yang baik mempunyai sikap yang prihatin akan keadaan sekeliling dan akan menghulurkan pertolongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
Murid yang baik sentiasa yakin akan potensi diri untuk meraih kejayaan dalam akademik mahupun kokurikulum. Murid ini juga mampu berdikari dan tidak mengharapkan bantuan daripada guru sepenuhnya di samping suka menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Mereka percaya bahawa badan yang cergas akan menghasilkan otak yang cerdas. Selain itu, murid yang baik sentiasa menghormati guru sama ada guru sedang mengajar atau sewaktu berada di luar kelas. Mereka menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan percaya bahawa setiap peraturan sekolah bertujuan untuk melatih mereka agar berdisiplin.
Murid yang baik juga mempunyai hubungan yang mesra dan akrab dengan rakan-rakan yang lain. Mereka suka berbincang tentang mata pelajaran yang telah dipelajari. Perbincangan biasanya dilakukan dalam kelas, sewaktu kelas tambahan, dan dalam kumpulan belajar.
Di samping itu, mereka juga suka memberikan sumbangan dalam apa-apa bentuk jua seperti mengutip dan membuang sampah ke dalam tong sampah. Bagi mereka, hal ini merupakan tanggungjawab yang harus dilakukan tanpa mempersoalkan ganjaran yang bakal diperoleh.
Murid yang cemerlang merupakan harapan keluarga. Mereka juga amat disenangi oleh rakan dan masyarakat. Mereka juga merupakan aset negara pada masa akan datang. Oleh itu, keperibadian murid yang baik harus dibentuk mulai sekarang agar mereka dapat menjadi generasi yang berkualiti dan unggul.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata otak yang cerdas?
2. Mengapakah sikap yang baik dalam kalangan murid harus dibentuk mulai sekarang?
3. Apakah yang harus anda lakukan supaya cemerlang dalam pelajaran dan bidang lain?