Thursday, March 29, 2012


Huraikan pendapat anda tentang sumbangan teknologi kepada kehidupan manusia. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
cadangan jawaban daripada Cikgu Phong:
Perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang telah memberikan sumbangan kepada masyarakat. Dalam bidang pengangkutan khususya, penciptaan komuter, Transit aliran ringan (LRT), moneral , dan ERL telah mempercepat perjalanan di samping menjimatkan masa pengguna.
Dalam bidang kesihatan dan perubatan, penggunaan teknologi seperti radioaktif  dan alat pengesan penyakit telah membuka era baharu terutamanya untuk menjalani pembedahan dan rawatan susulan bagi penyakit kronik. Bagai serambang dua mata, taraf hidup yang meningkat telah mengurangkan kadar kematian pada ambang yang muda. Penciptaan peralatan pertanian, khususnya kaedah bioteknologi dan akuateknologi telah meningkatkan hasil produk pertanian selain mengurangkan penggantungan pada tenaga manusia dan tenaga suria semata-mata.
Akhirnya, bidang teknologi maklumat dan komunikasi telah diadaptasikan dalam semua bidang, pinta masuk maya ini telah mewujudkan kampung globalisasi yang bebas daripada kekangan masa dan batasan lokasi. Tegasnya, semakin tinggi teknologi, semakin tinggi martabat sesebuah negara. (129 patah perkataan)




No comments: