Monday, August 23, 2010

Sajak jangan - Sulastri Abadi

Kosa kata


penglipur lara(Sas)
orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampaikan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb.
Lara
1. sl sakit (susah) hati, sakit percintaan, pilu sedih: ketika sedang melayang fikirannya yg ~ itu, tiba-tiba Mawi datang meluru; sudahlah susah menanggung ~, air mata gugur ke riba; pelipur ~ penghibur hati yg duka atau sedih (orang dan juga hikayat); 2. sakit; ~ wirang Jw sakit hati dan malu;
belahan diri (jiwa)
a. orang yg dikasihi; kekasih. b. isteri.
Permata
batu berharga spt intan, berlian dll yg biasanya dijadikan perhiasan. berpermata ada permatanya: cincin ~.
pujaan hati
buah hati, kekasih;
Pujaan
1. sesuatu (orang dll) yg dipuja(-puja): penyanyi (penari dll) ~; ~ hati buah hati, kekasih; 2. sesuatu yg dipakai atau dilakukan utk (ketika) memuja: api ~; dupa ~; tarian ~; 3. = pemujaan; 4. Jw, sl yg dijadikan dgn mantera, yg dipuja: panah ~;
mata hati
a) perasaan hati; b) sl wakil peribadi, ganti diri;
rawan hati
pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu: beberapa hari ini dia sangat ~ bercampur sedih; dengarkan lagu itu, betapa sayu, pilu, ~ , dan menghiris sumsum kita;
Pilu
sangat sedih atau hiba; terharu: Hiba dan ~ hatinya mendengar kata-kata anaknya. memilukan menyebabkan berasa pilu; menyedihkan; mengharukan: Terdengar bunyi tangisan yg ~ hati. kepiluan keadaan atau rasa pilu.


rapat I
1. hampir bertemu, hampir tidak bercelah: duduk ~ dlm masjid; kampung yg rumah-rumahnya ~ sekali; padi yg ditanam ~ tidak dapat beranak banyak; 2. tidak renggang, kerap (anyaman, pertukangan, tanaman, dll), padat (penduduk); 3. penuh sesak, padat (penduduk): kawasan yg ~ penduduknya; 4. tertutup dgn tidak bercelah-celah (beruang), terkepung (hingga tidak dapat ditembusi lagi): tabung itu ditutup ~; kawasan itu telah terkepung ~; pinggang gadis itu dirangkulnya sehingga ~; 5. dekat sangat (dgn), berhampiran sungguh (dgn): hatta sampailah ke negeri lalu ~ ke jambatan; 6. erat, karib, kuat, teguh (persahabatan, pertalian, dll): perhubungan antara Malaysia dgn kedua-dua negara jirannya sangat ~; ada kerjasama yg ~ antara pengarang-pengarang Melayu dgn ahli-ahli sains Melayu;
perihJw
1. pedih: masing-masing berasa ~ perut kerana belum makan lagi; 2. ki payah, susah, tidak senang: kalau engkau lama di kampung engkau akan mengetahui baga-mana ~nya kehidupan petani-petani di kampung ini; jerih ~ susah payah;.

latihan


Mengapakah penyajak tidak mahu berpisah dengan anaknya?
Penyajak terlalu menyayangi anaknya
2. Permata hati bermaksud…
Berbudi tinggi/ cantik/ dikasihi/diingati
3. Apakah permintaan penyajak?
Tidak memisahkan kasih sayang dengan anaknya
4. Tema sajak lebih berpusat kepada…
Kasih sayang
5. Persoalan diketengahkan oleh penyajak…
Bertanggungjawab kepada amanah yang diberi
Perjuangan mempertahankan hak
Semangat hormat-menghormati
6. Mata hati:
Orang yang paling disayangi
7. Dua pengajaran:
Kita hendaklah mengasihi anak yang diberikan Tuhan
Kita hendaklah menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada anak yang merupakan amanah Tuhan
8. Penyajak bimbang akan berpisah dengan anaknya kerana…
Terlalu sayang akan anaknya
9. Maksud pembalut luka…
Mengubat hati yang dukacita
10. Belahan jiwa merupakanunsur gaya bahasa…
Metafora
11. Rangkap ketiga, penyajak berazam…
Mencari anaknya walau di mana-mana sahaja anaknya itu berada
12. Rangkap kedua, sajak menyatakan..
Kesedihan penyajak apabila berpisah dengan anaknya.

13. Maksud baris-baris sajak..
Pembalut luka dan penghibur lara
Pengubat hati yang sedih dan tempat untuk bergurau senda
(b) Menjadi mata hatiku
Segala tumpuan kasih sayang hanya pada anaknya seorang
14. Perwatakan [enyajak ialah seorang yang
Nekad
15. Sajak ini ________ kesedihan yang dirasai oelh penyajak
16. Sajak ini merupakan _______ penyajak yang terpisah daripada anaknya.
17. Rayuan penyajak supaya anaknya tidak __________ daripadanya.
18. Siapakah penyajak?
Bapa

No comments: