Monday, August 23, 2010

Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman - Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari

Konon
1. kata utk menyatakan perasaan ingin tahu, gerangan, agaknya: apa ~ yg merunsingkannya?
2. katanya, kata orang, menurut khabar: kudengar engkau ~ hendak mengadang Sang Guna; adalah ~ seorang perempuan terlalu baik parasnya;
3. agaknya (begitu), rasanya (begitu), barangkali (begitu), bukankah: maka inilah sebentuk cincin ia minta jualkan, keputusan belanja ~;
4. kata utk menyatakan sindiran atau ejekan, seolah­-olah, lakunya: badan sudah tua hendak membuka kebun baru ~; jadi kau fikir ~nya kau boleh dapat kerja di sana?
5. sl khabar;
6. = kononkan = ~ lagi = ~ pula apalagi, istimewa pula, inikan pula: sedang gajah liar lagi dapat kita jerat, ini ~ gajah jinak;
mengonon, memperkonon, memperko­nonkan memperdayakan, memperolokkan, mempermainkan (dgn kata-kata yg bukan­-bukan dsb): kalau sudah ada sedikit pengetahuan, tidaklah mudah diperkononkan orang; mengononkan 1. mengonon, memperko­non(kan); 2. mengisahkan (mempercakap­kan) dgn konon (dgn berasaskan kata orang, khabar-khabar, dsb)
paras II
1. rata, tidak tinggi rendah; 2. aras, had: berendam sehingga ~ lutut; ~ raksa pd jangka suhu ini sentiasa menunjukkan suhu yg tertinggi;
paras I
rupa muka (wajah): yg lima orang itu baik-baik belaka ~nya.
sua I;
bersua 1. datang saling mendekati, saling berdekat-dekatan: itulah pertama kalinya mereka ~; 2. = tersua bertemu, berjumpa, terjerempak, terserempak: dlm perjalanan itu, ia ~ dgn seekor harimau; apabila ~ dgn masalah-masalah agama; 3. bertemu (dgn barang yg dicari dll): puas ia mencari tetapi tidak ~; 4. = tersua boleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daunnya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini; 5. = tersua berlaku atau terjadi, termakbul (permintaan dll), tepat (ramalan, telahan); ~ alurnya ki sesuai benar, cocok, padan;
Adapun mengenai, perihal: dapat dikemuka­kan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga;
janda I
orang perempuan yg pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian;
bukan kepalang
amat sangat; bukan main; melampau.
Nan Mn 1. yang; 2. kata yg disisipkan utk melengkapkan (menggenapkan) baris sajak dll: hari pagi bunga ~ kembang, bunga yg merah mala dahulu ....


Kepalang 1. = alang ~ (terlalu, sangat) sedikit, tidak memadai, tidak berapa atau tidak cukup (besar, tinggi, dll); bukan (alang) ~ bukan sedikit, (terlalu) banyak, bukan buatan, bukan main, amat sangat: bukan alang ~ perbelanjaannya; medannya indah bukan ~, rantaunya luas bagai dibentang; bukan ~ terperanjatnya dia; 2. = ~ tanggung kurang sempurna, tidak cukup, tanggung-tanggung: kalau kita tidak mempunyai cukup persediaan, ~lah kita mengadakan Hari Raya tahun ini; jangan ~ jangan tanggung-tanggung (kurang sempurna), jangan tidak mencukupi; 3. = sudah ~ sudah terlanjur, sudah separuh jalan (mem­buat sesuatu): sudah ~ dibuat biarlah dihabiskan kerja itu.
Tabib
orang yg ahli dlm hal perubatan dan cara mengubati penyakit (doktor, dukun);
Terbilang
1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyaknya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang;.
Ajal
batas hidup yg telah ditentukan oleh Tuhan, saat atau ketika mati, janji (akan mati): sebelum ~ berpantang mati; sudah sampai ~nya sudah sampai ketikanya ia mati; mene­mui ~ mati; menghadapi ~ menghadapi saat-saat akan mati.
Baqa
Ar tidak berubah (selama-lamanya), kekal: meninggalkan dunia yg fana dan pulang ke alam ~;kebaqaan perihal (keadaan) baqa: jika seseorang telah benar-benar merindui Tuhan,maka kefanaannya akan tenggelam dlm ~ Tuhan.
Menggoda
1. mengajak (meminta, menyuruh) supaya berbuat sesuatu (kejahatan dll): hendak digodanya gadis itu dgn apa jalan sekalipun; 2. mengganggu, mengacau, mengharu: bermacam-macam fikiran siasah telah timbul utk ~ ketenteraman masyarakat dunia;
pulang ke rahmatullah
meninggal dunia; mati.
Rahmatullah rahmat Allah: pulang ke ~ meninggal dunia; mati.
Terjumlah
1. terkumpul, telah dicampurkan; 2. termasuk dlm bilangan, terhitung: ke­luarganya ~ dlm golongan orang yg berada;

latihan

Maksud Frasa
a)Hati baginda penuju tiada
Raja tidak terpikat kepada mana-mana wanita// tiada yang berkenan di hati baginda
b)Sudahlah takdir Rabbulizzati
Telah ditentukan Allah Taala
c)Ke negeri baqa akan berpindah
Baginda sultan akan mangkat
d)Pasarnya ramai bukan suatu, tiada berbanding di zaman itu
Sultan sulaiman memerintah sebuah negeri yang terkenal

1.Mengapakah baginda sultan tidak berkahwain lagi?
Tidak terpikat hati dengan gadis-gadis dan janda-janda yang ditemuinya

2. Golongan manakah digambarkan dalam syair ini?
Keluarga diraja bangsawan

3. Bagaimanakah seharusnya syair dilafazkan?
Dilagukan / dibacakan / diintonasikan / didklamasikan

Jawapan: dilagukan

4. Tema syair ini…

5. Pengajaran utama dalam syair ini…

6. Apakah nama negeri yang ditadbir oleh Sultan Sulaiman ini?
Deli Tua

7. Jika anda seorang ketua, sifat yang bagaimanakah yang akan anda amalkan?

8. Maksud bukan kepalang…
Tenat / berputus asa / amat sedih / kekal abadi

9. Pengajaran di rangkap 9..
Kita harus sedar bahawa ajal dan maut ketentuan Tuhan

10. Rangkap yang manakah menunjukkan bahawa Sultan Sulaiman memerintah sebuah kerajaan yang terkenal?
Rangkap pertama

11. Berapa orangkah putera dan puteri Sultan Sulaiman?
tiga

12. Mengapakah baginda Sultan Sulaiman masih belum mendapat seorang isteri yang diidamkannya?
Masih belum berkenan

13. Latar tempat negara ini ialah…
kotanya kukuh, ramai peniaga, deli namanya

14. Penyelesaian syair ini…
Baginda mangkat

15. Maksud tabib…
Orang yang mengubati raja

16. Gering merupakan gaya bahasa…
Istana

No comments: