Monday, August 23, 2010

Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah

Kosa kata


1. Nazak Ar
1. keadaan orang yg hampir akan mati: tadi abang berada di rumah sakit Bangsar di mana dua manusia sedang terbaring ~; 2. ki teruk benar (keadaan sesuatu benda), hampir tidak boleh dipakai lagi.
2. fanaAr
tidak kekal, lwn baqa; berpindah dr negeri yg ~ ke negeri yg baqa meninggal;
3. wasiat II
1. pusaka; keris ~ keris pusaka; 2. yg bertuah, yg dapat membuat sesuatu yg ganjil dll, yg aneh, yg ghaib: tongkat ~.
wasiat I kehendak yg penghabisan yg di­sampaikan oleh orang yg hampir meninggal (bkn harta benda dll), pesan yg terakhir: aku telah satukan kamu semua dgn seberapa daya yg boleh spt ~ ibu engkau itu; surat ~ surat yg menyatakan kehendak orang yg meninggal;
4. Gerangan
agaknya, rupanya, barangkali (menyatakan kebimbangan), konon: aku ingin juga tahu apa ~ yg dicakapkannya.
5. Laksana
sebagai; seperti: Pasangan pengatin itu ~ cincin dgn permata.
sauh I
alat yg berkait dan berat, yg dilabuhkan ke dlm air supaya perahu (kapal dll) tidak hanyut, jangkar; membongkar ~ mengangkat sauh (kerana hendak belayar); membuang (melabuhkan) ~ mencampakkan sauh (supaya perahu tidak hanyut); ~ buji sauh kecil yg ada empat pengaitnya; ~ cemat = ~ kecil sauh kecil yg dilemparkan ke perahu dll utk menariknya; ~ terbang sauh yg dilemparkan (ke darat, ke tebing, dll); bersauh 1. memakai (menggunakan) sauh; 2. berlabuh (kapal, perahu).
7. Merana
menderita penyakit yg lama: sakit ~; 2. sentiasa sakit-sakit, makin lama makin kurus: badan ~ kerana dia; 3. sentiasa menanggung susah (sedih dll): hati ~; hidupnya ~.
8. Pusaka
segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg telah meninggal (utk diwarisi oleh keluarganya dll), warisan: ayahnya baru meninggal dunia dgn meninggalkannya ~ yg agak banyak juga; 2. sesuatu yg diwarisi turun-temurun; adat ~ adat yg turun-temurun; keris (tanah) ~ keris (tanah) yg diwarisi turun­-temurun; 3. = harta ~ Mn harta turun-temu­run drpd nenek moyang yg boleh digunakan oleh kaum keluarga sahaja dan tidak boleh dijual
9. Menyapa
mengajak bercakap-cakap, me­negur: seorang pun tidak ~ atau mengendah-kan dia;

10. reda(rĂ©da) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; meredai merelai: jalan yg diredai Allah itu jalan Islam yg akan menenteramkan hidup; meredakan merelakan; keredaan kerelaan: terhasil sebuah masya­rakat yg berdisiplin, sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah.
11. Pasrah
Jw menyerah; memasrahkan menyerahkan: kepada-Nyalah kita pasrahkan doa dan harapan; terpasrah terserah; kepasrahan keadaan menyerah diri (nasib) kpd Tuhan: ~ doa utk menunggu saat-saat berkabung.
12. Penuju di hati a) tertarik hati, terpikat hati, suka; b) yg disukai, yg digemari; diketujui ark disukai, digemari; penuju; ~ di hati ketuju di hati.

Maksud frasa

1. Hampirlah mati gerangan aku
saudagar dapat mrasakan bahawa dia akan menemui ajalnya dalam masa terdekat
2. Tinggallah tuan buah hatiku
saudagar akan meninggalkan anak kesayangannya
3. Laksana perahu bersauh tunggal
Seseorang yang hidup keseorangan dalam kemiskinan
4. Mana yang datang padamu berjumpa, janganlah lambat tuan menyapa …bermaksud
jangan bertangguh jika ada orang ingin meminta pertolongan


latihan

1.Siapakah yang terbaring nazak?
seorang saudagar
2.Berikan perkara yang dilakukan oleh orang yang nazak dalam syair ini..
manangis, mencium kepala anaknya, memangil dan menasihati anaknya.
3. Saudagar amat mementingkan_______
adab sopan
4. Saudagar __________ kesemua harta untuk anaknya.
mewasiatkan
5. Kesemua harta yang dimiliki akan habis jika tidak merancang dengan ___________
bijaksana
6. Nada syair:
melankonik
7. Persoalan terkandung dalam rangkap ke-5 syair?
Harta dan kekayaan tidak akan berkekalan

8. Syair ini banyak mengemukakan unsur
Nasihat

9. Bagaimanakah cara terbaik agar seorang anak dapat menunaikan wasiat keluarganya?
Memiliki ilmu yang tinggi

10. Jika pemilik harta itu tidak berilmu dia…
Tidak akan tahu menjaga hartanya.

11. Cahaya mata bermaksud…
Anak

12. Nilai yang terdapat dalam syair
Kasih sayang, berbudi bahasa, bertanggungjawab

13. Maksud fana…
Tidak kekal

14. sebab-sebab saudagar memanggil Siti Zawiyah…
Menasihati Siti Zawiyah supaya menjaga tingkah laku
Menasihati Siti Zawiyah supaya jangan boros berbelanja
Memberitahu Siti Zawiyah bahawa dia pewaris harta.

15. Perwatakan saudagar
Pemurah, penyayang, berjimat cermat amanah

16. Nilai yang terkandung dalam syair…
Berhemah tinggi/ kasih sayang/ mengenang budi/ kerajinan

17.Bahasa klasik ..
gerangan

18. Nilai yang terkandung dalam bait ke-2..
Kasih sayang

19. Mesej yang ingin disampaikan oleh penyair…
Kita hendaklah menggunakan ilmu di dada untuk menguruskan harta

20. Apakah nasihat saudagar yang pertama dalam syair ini?
Meminta anakandanya memperbaik tingkah laku

21. Gaya bahasa dalam rangkap ke-8 ialah
Inversi

No comments: