Monday, August 23, 2010

esei berpandu - kelebihan menjadi ahli koperasi




1. mendisiplinkan diri seseorang agar berjimat-cermat.

2. amalan sikap saling membantu menerusi konsep satu untuk semua, semua untuk satu

3. meningkatkan ekonomi negara

gunakan contoh untuk dijadikan pedoman

Contoh pelajar

1F : xxx
Isu tentang kemaslahatan wadah koperasi tidak lekang dicanang-canangkan oleh lapisan sekolah kontemporari. Oleh itu, kelebihan wadah ini seyogianya ditelusuri hingga akar umbinya.(22)

Ghalibnya, ahli koperasi dapat mengecap potongan harga istimewa semasa membeli sesuatu barangan yang ditawar di koperasi. Kelebihan ini bagai ganjaran untuk ahli koperasi yang telah memberi sumbangan dan khidmat kepada lembaga operasi ini.(32)

Seterusnya, ahli koperasi akan menimba pengalaman melalui proses menjual beli. Secara langsung, anak watan pewaris bangsa yang berkarisma dan berkaliber akan dibentuk untuk merangsang ekonomi masa kelak. (27)

Intihanya, pelajar angkatan sasaran signifikan untuk menerajui ekonomi negara. Ayuhlah bersama-sama menjadi ahli koperasi, justeru menjana persekitaran konduksif di koperasi sejak bangku sekolah lagi.(23)

inilah sript asal ..104 patah perkataan sahaja..dengan 2 isi sahaja...pandai-pandai olahkan isi sampai 120 patah perkataan...

contoh selepas diubahsuai oleh cikgu:

Isu tentang kemaslahatan wadah koperasi tidak lekang dicanang-canangkan oleh lapisan sekolah kontemporari. Oleh itu, kelebihan wadah ini seyogianya ditelusuri hingga akar umbinya.(22)

Ghalibnya, ahli koperasi dapat mengecap potongan harga istimewa semasa membeli sesuatu barangan yang ditawar di koperasi. Kelebihan ini bagai ganjaran untuk ahli koperasi yang telah memberi sumbangan dan khidmat kepada lembaga operasi ini.(32)Di samping, penerapan nilai-nilai murni dapat dicelup melalui wahana ini.(+ 8 )

Seterusnya, ahli koperasi akan menimba pengalaman melalui proses menjual beli. Secara langsung, anak watan pewaris bangsa yang berkarisma dan berkaliber akan dijana untuk merangsang ekonomi masa kelak. (27)
Wadah ini bagai serampang dua mata untuk mencungkil bakat anak watan kita sejak kecil lagi.( + 15)

Intihanya, pelajar angkatan sasaran signifikan untuk menerajui ekonomi negara. Ayuhlah bersama-sama menjadi ahli koperasi, justeru menjana persekitaran konduksif di koperasi sejak bangku sekolah lagi.(23)

can u notice, i add up another 2 points.. but can enrich the essay. 104 + 23 = 127 patah perkataan...lebihan 7 patah perkataan

1F : tan Yi Han

Kini, anjakan paradigma kian terserlah dan isu-isu tentang peranan koperasi tidak lekang dari menghiasi dada-dada akhbar. Oleh itu, akar umbinya wajar diperincikan.(22)

Afdalnya, ahli koperasi akan mendapat pulangan lumayan melalui wadah ini, secara langsung tanggungan ibu bapa dapat diringankan. Rentetannya, setiap ahli koperasi juga dibekalkan kad ahli koperasi yang berguna untuk membeli barang keperluan dengan potongan harga istimewa. (36) ...2 isi

Ghalibnya, melalui mekanisme urusan jual beli, seseorang ahli koperasi akan semakin arif dalam cara berniaga, secara langsung, kemahiran mengira dan bertafakur akan dipertingkatkan. Seterusnya, penerapan amalan berjimat-cermat akan disuntik dalam sanubari ahli koperasi. Fenomena ini diibarat serampang dua mata. (39)... 2 isi

Akhirul kalam, kemaslahatan wahana ini memang tidak berperi kepada ahlinya. Oleh itu, penggemblengan kudrat warga sekolah wajar dijana untuk melestarikan budaya ini dalam menongkah arus glabalisasi.(25)

122 patah perkataan..

..tips berjaya... esei ini memanglah telah saya ubahsuaikan sedikit dengan pengekalan idea yi han.. Yi Han sangat berpotensi.. bakat boleh diasah..TIPS, ingat, sambil tulis, bilangan perkataan sambil dikira. pastikan pengagihan perkataan yang seimbang.
muatkan sekurang-kurangnya 2 isi dalam setiap perenggan isi, yakni 4 isi dalam satu esei

1H: Lean Wei Ren

kini, semakin banyak pelajar raghrib menjadi ahli koperasi. Kemaslahatan sebagai ahli koperasi memang tidak berperi.(15)

Afdalnya, ahli koperasi dapat menjimatkan perbelanjaan. Wahana ini berefektif kepada masyarakat kontemporari yang diibarat ayam di kepuk mati kelaparan.Senario ini disebabkan ahli koperasi mendapat tawaran harga melalui kad ahli koperasi yang dibekalkan semasa menyertai lembaga koperasi. Wang yang dijimat oleh ahli koperasi bagai cicir dipungut, hilang dicari. (47)

Ghalibnya, prasarana ini dapat memudahkan ahli koperasi di samping menjimatkan masa mereka ekoran ahli koperasi dapat menggunakan kemudahan di koperasi untuk membeli barangan keperluan mereka.Justifikasinya, amalan berjimat-cermat dapat diterap melalui wadah ini. Rentetannya, modal insan yang sempurna sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara dapat direalisasikan.(43)

Sudah terang lagi bersuluh, prasarana ini wajar dimartabatkan demi manfaat bersama.(11)

(116 patah perkataan)
cicir dipungut, hilang dicari (bd)
Benda yang sangat penting bagi diri seseorang.... Wei Ren, pelajar yang sangat akur .. syabas

2 comments:

Anonymous said...

Cikgu..boleh jangan putus asa terhadap 1F..?Tolonglah ckgu

Cikgu Phong From SMK Jalan Damai, Bukit Mertajam said...

i never upset or gave up.. hw can.. i publish most of the 1f students essay.. that means 1f the best among the best..go on the way.. time flying .. we only got few days together..i got no time to grumble..so sorry