Monday, August 23, 2010

contoh pendahuluan esei panjang

digalakkan tulis dalam 4 ayat:

Ikut formula
" Isu Kita Usaha Kita"
Isu semasa + Keadaan + Usaha + Kunci soalan

Isu semasa = tajuk soalan
keadaan = suasana seanario sama ada semakin menular, merunsingkan atau memberangsangkan
Usaha = apakah telah dilakukan oleh pihak berkenaan tetapi tidak berhasil atau efektif
kunci soalan: punca @ KESAN @ usaha

Contoh :
kepentingan bahasa Inggeris kepada rakyat

Tajuk soalan = bahasa inggeris
kunci soalan = kepentingan atau kesan

1F : Lim Xin Chen

Dalam menyingkap tabir alaf baharu, hampir saban hari kita dicanang-canangkan dengan berita tentang kemaslahatan Bahasa Inggeris. (A1) Senario ini amat memberangsangkan memandangkan negara kita kini sedang memacu arus kemodenan dan menghamparkan landasan keimanan.(A2) Bahasa Inggeris merupakan wadah yang signifikan, justeru sebagai agenda polemik yang glamor oleh masyarakat sarwajagat.(A2) Realitinya, pihak kerajaan telah mengorak pelbagai langkah yang pragmatik, namun prakrasa kerajaan untuk mempropagandakan kepentingan Bahasa Inggeris bagai melepaskan batuk di tangga.(A3) Oleh itu, kepentingan wahana ini perlu diperincikan demi duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang mendominasi bidang perindustrian.(a4)

Syabas.. xin chen..jz follow suit, u ll improve..

1F : Lim Jie Sim

kali ini cikgu mendapati memang ada kongkongan yang membelenggu jie sim.. cikgu tak upload jawapan anda...rujuk contoh yang cikgu upload hari ini..OK

1F : chou xin xuen
masih tak menunjukkan Isu Kita Usaha Kita.. follow first before u CREATE your own way..ok

contoh pelajar lain tak guna teknik IKUK

1F ei leen ( tak semesti ikut IKUK... masih pendahuluan yang bagus.)

Pada era pascakemerdekaan ini, rata-rata masyarakat mengiktirafkan status Bahasa Inggeris sebagai wadah yang amat signifikan dalam kehidupan kontemporari. (A1) Negara kita kini sudah berupaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara barat yang sudah lama mendominasi arena globalisasi, namun peranan Bahasa Inggeris masih dipandang enteng oleh sesetengah masyarakat negara kita yang daif.(A2) Oleh hal demikian, anjakan paradigma dalam kemaslahatan Bahasa Inggeris wajar ditelusuri hingga akar umbinya agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

No comments: