Monday, August 23, 2010

Contoh esei pelajar cemerlang

1H- Tan Jie YEE

Bagaimana mengamalkan gaya hidup sihat.

Dalam menyingkap tabir alaf baharu, kehidupan yang sihat sering meniti dari bibir ke bibir umat sarwajagat. Izharnya, semua orang mengidamkan masyarakat madani dan menghamparkan landasan keimanan yang sudah lama diaur-aurkan oleh glabalisasi kontemporari. Namun, khalayak ramai masih kedangkalan dalam ideologi ini sehingga semakin daif dengan mata kebendaan dan melalaikan gaya hidup yang sihat. Senario ini telah menjadikan hasrat masyarakat sarwajagat, tetapi segalanya sekadar angan-angan Mat Jenin semata-mata.Tegasnya, kalangan masyarakat seyogia mempraktikkan gaya hidup sihat agar menterjemahkan cita-cita murni ini menjadi satu realiti.

Afdalnya, usaha utama untuk melaksanakan wadah ini adalah melalui pengamalan tabiat permakanan yang sihat dan seimbang. Hal ini demikian kerana permakanan seimbang merangkumi nutrien yang secukup-cukupnya kepada badan, yakni karbohidrat, protein, vitamin, air dan mineral. Tamsilannya, Ledakan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran wajar diamalkan sejak kecil lagi, manakala makanan yang tidak berzat seperti makanan ringan,makanan segera, bergoreng dan berkalori tinggi patutlah dihindari. Pengambilan makanan seimbang sangatlah signifikan untuk proses tumbesaran dan menghindari proses pengetuaan.Dengan itu, permakanan yang pragmatik akan memacu kehidupan yang ceria, sempurna dan berketrampilan.

Sementara itu, bersenam juga antara yang relevan untuk melaksanakan wahana ini. Fenomena ini demikian kerana semasa bersenam, kita akan mengeluarkan peluh, sekali gus menjalankan detoksifikasi dan melancarkan pengaliran darah. Gaya hidup ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk menzahirkan model insan yang sempurna dari semua segi.Oleh itu, kita wajarlah bersenam sekurang-sekurangnya dua jam sehari untuk memastikan kecergasan tubuh badan, di samping mencerdaskan minda kita.Bak kata kesihatan aset kebahagiaan hidup.

Meninjau dari perspektif yang lain, kita juga seyogianya menjaga kebersihan diri baik dari segi lahiriah mahupun batiniah. Persekitaran halaman rumah perlu dipastikan selalu konduksif sekali gus keutuhan mentaliti yang beristiqamah kepada ajaran agama. Dengan inisiatif ini, masyarakatyang harmoni dapat dijana, sementelahan imej dan perwatakan yang glamor dapat ditonjolkan pada seseorang individu.

belum habis..

1 comment:

Yourmomma. said...

omg. this is so good.