Tuesday, July 30, 2013

ungkapan menarik

Ungkapan Menarik
Adab
Beradab sopan kepada ibu bapa ialah wajib pada hukum agama dan kebudayaan kita. Hadis Nabi Muhammad SAW menyebut bahawa syurga di bawah tapak kaki ibunya.
 Hukama , seorang tokoh ilmuan Islam berkata bahawa semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti.

Adat
Pepatah ada menyebut bahawa hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
 Demi kesejahteraan hidup bermasyarakat, kita diingatkan agar berpandukan kata-kata peribahasa , di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Anak
Anak-anak dijaga dengan penuh kasih sayang seperti peribahasa kita, bagai menatang minyak yang penuh.
 Nabi Muhammad SAW bersabda, periharalah anak-anakmu dan perbaik budi pekerti mereka.
Sesungguhnya, anak-anak itu ialah hadiah Allah kepadamu. o   Ibu bapa perlu memelihara dan mendidik anak-anak kerana peribahasa ada menyatakan bahawa bapa
borek anaknya rintik, dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. o   Sebuah hadis Nabi Muhammad ada menyebut, setiap bayi yang dilahirkan adalah dalam keadaan suci.
Kedua-dua ibu bapalah yang bertanggungjawab menjadikan anaknya Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Bahasa
Kata peribahasa kita ada menyatakan bahawa bahasa menunjukkan bangsa / bahasa jiwa bangsa; orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa; tiada kata secantik bahasa.
Anak-anak dan remaja perlu diperkenalkan dengan keindahan bahasa dan pemikiran budaya bangsanya ,
kerana peribahasa kita ada menyebut, tak kenal maka tak cinta. o   Anak-anak  harus dididik dengan bahasa yang betul dan baik  kerana pepatah ada menyebut terlajak
perahu boleh diundur, terlajak bahasa buruk padahnya.


Guru
o Hadis Nabi Muhammad SAW bermaksud bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuannya kepada orang lain .
o   Tugas guru amat mulia kerana pendeta bahasa ada mengatakan bahawa guru ibarat lilin, membakar dirinya menerangi orang lain. o   Guru tidak boleh mengamalkan sikap buruk kerana anak murid akan menirunya seperti peribahasa , guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
 o   Hamka ada berkata bahawa kalau ada di dunia ini suatu pengorbanan dan kejujuran serta kelapangan hati, satu antaranya ialah pekerjaan guru.
 o   Hamka pernah berkata bahawa yang ditanamkan oleh guru kepada murid-muridnya bukanlah ilmu semata-mata, tetapi budi, persaudaraan dan persatuan.

Harapan dan Usaha
o Sesuatu usaha pasti akan berjaya sekiranya kita ada kemahuan yang kuat kerana peribahasa kita ada menyebut tidak ada gunung tinggi yang yang tidak dapat didaki, tidak ada lurah dalam yang tidak dapat dituruni atau di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
o Kita mesti ada sikap tekun dan sabar. Mahatma Ghandi ada berkata kesabaran dan ketekunan dapat mendaki gunung -ganang.
o   Kita perlu berhati-hati meletakkan harapan dan kepercayaan kepada seseorang kerana peribahasa kita ada menyebut, harapkan pagar, pagar makan padi atau harapkan sokong, sokong membawa rebah.
 o   Serangkai kata bertuah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara harus dihayati.

Kehidupan
o   Sayidina Ali pernah berkata kemuliaan hidup dicapai dengan akal dan adab, bukan dengan asal dan bangsa.
o   Lidah pendeta ada menyebut rajin dan usaha tangga kejayaan.
o   Peribahasa Melayu mengingatkan , buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. o   Kita hendaklah hidup dengan mengamalkan sikap seperti peribahasa, hidup sandar menyandar bagai aur dengan tebing atau bagai telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.
llmu
o   Sebuah hadis Nabi Muhammad SAW berbunyi, tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China.
o   Kalau kita tidak tahu, kita hendaklah bertanya kepada orang lain kerana pepatah Melayu ada menyebut,malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.
o   Confucius ,ahli fikir China yang terkenal ada mengatakan kepentingan ilmu pengetahuan, iaitu
kekurangan dalam ilmu pengetahuan seperti malam yang gelap gelita bagi batin kita. o   Sayidina Ali ada menyatakan bahawa harga seseorang itu ialah ilmunya.
o   Imam Syafie ada menyatakan bahawa ilmu itu tinggi nilainya. Kita harus mencari ilmu dan bukan ilmu yang mencari kita.

Perbuatan Yang Negatif
o   Jangan bertindak mengharapkan sesuatu yang belum pasti seperti peribahasa , mendengarkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. o   Hidup bermasyarakat perlu menjaga diri dan pergaulan serta tidak sombong kerana peribahasa Melayuada menyebut ,jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin jegang (keras/liat).
o   Kita perlu mengamalkan sikap suka merendah diri seperti kata peribahasa ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk.
o   Janganlah kita meniru teladan yang buruk seperti kata peribahasa, jangan bercermin di air keruh.


Kebudayaan dan Seni
o   Seorang budayawan ada mengatakan bahawa kebudayaan lama akan hilang dengan kehilangan tujuan dan praktiknya.
o   Kata Hamka, kebudayaan manusia akan selalu mengalir ibarat air sungai, menerima dan memberi.
o   Ahli fikir Barat ,L. Kant ada mengatakan bahawa hanya bangsa yang merdeka mempunyai kebudayaan yang hidup.

Masyarakat
o   Mahatma Ghandi ada berkata bahawa, orang akan sangat dihormati apabila ia melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan masyarakat sekitarnya.
o   Hidup bermasyarakat mestilah tolong-menolong seperti aur dengan tebing.
o   Hidup bermasyarakat , janganlah bersikap seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
o   Kita hendaklah mengikut kata pepatah orang tua-tua , masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek.
o   Janganlah kita tidak bergaul dengan masyarakat dan disebut dengan ungkapan sebagai kera sumbang.

Pemuda ,Belia dan Remaja
o   Kata-kata sanjungan dan harapan terhadap generasi muda ,iaitu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
o   Ingatlah pesanan orang tua-tua , ikut rasa binasa, ikut hati mati dan ikut nafsu lesu.
o   Imam Al-Ghazali berkata, bagaimana bentuk pemuda masa ini, itulah bentuk masyarakat akan datang.
o   Remaja perlu mempunyai kekuatan peribadi yang unggul , kerana kata orang budiman asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
o   Ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ditempuh memberikan isi pada peribadi , seperti kata pepatah sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan mengena.

Pendidikan
o Hukuman pukul hanya boleh dilakukan apabila sudah tiada acara lain untuk dilakukan .Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa , kalau hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya atau sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan.
o   Umar Al-Khatab berkata, ajarlah anak-anak-anakmu dengan zaman yang akan dihadapinya.
o Nabi Muhammad SAW mengingatkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak dengan membaiki budi pekerti mereka.
o Ahli fikir Barat ada mengatakan bahawa pendidikan merupakan keperluan utama rakyat selepas makanan.

Waktu / Masa
o   Peribahasa Inggeris ada menyebut bahawa masa itu emas.
o   Pepatah Melayu ada menyebut bahawa masa tak dapat diubah, terlepas tak dapat dikejar. o   Lidah pendeta ada menyatakan bahawa bertangguh itu pencuri masa.
o   Peribahasa Arab ada menyebut bahawa masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, pedang itu akan memancung kamu pula.

 PENGGUNAAN NAMA TOKOH

1.   Saya teringat impian mantan Perdana Menteri kita, Y.A.B. Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi yang mengharapkan kita dapat melahirkan generasi yang mempunyai minda kelas pertama di sebalik kemudahan kelas pertama.Beliau berkata demikian ketika merasmikan seminar " Pelan Induk Pembangunan Pendidikan tahun 2006-2010." di Putrajaya baru-baru ini.

2. Mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Dato' Othman Said telah menjelaskan bahawa antara punca utama yang merencatkan peningkatan mutu sukan negara ialah sikap ahli sukan yang tidak bersungguh-sungguh dan tidak komited untuk memajukan diri dalam bidang sukan yang diceburi. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kolokium "Kebangkitan Sukan Negara Menjelang Alaf Baru" di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.

3.  Dalam ucaptama Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim , Mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan di Majlis Perasmian Persidangan Seni Budaya Dan Warisan baru-baru ini, beliau ada mengatakan bahawa...
Sila rujuk nama Menteri Kabinet terkini dan nama tokoh ilmuan tersohor dunia.


H.Penggunaan Pantun Dalam Karangan
Pantun Pembukaan Majlis
Ada bilah panjang sehasta,
 Untuk dipagar di tepi kolam,
Salam sejahtera pemula kata,
 Semoga bahagia seisi dewan,


Pantun Penutupan Majlis

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
 Boleh kita berjumpa lagi,

Contoh penulisan menggunakan pantun.
Kita sebagai generasi kepimpinan negara harus mengekalkan dan menyemarakkan warisan bangsa negara kita , seperti pantun di bawah :
Baju Melayu berbutang lima
Ada juga berbutang tiga,
Budaya Melayu hilang tiada,

Kekallah ia warisan bangsa

No comments: