Tuesday, July 30, 2013

percubaan- reminder- baca dan praktis

Internet ialah aplikasi lCT yang membolehkan pengguna mengakses maklumat, berkomunikasi dan memproses data dengan cepat dan pantas. Pada masa ini, Internet merupakan satu keperluan dalam kehidupan manusia.
Internet bermaksud sistem perhubungan untuk mendapatkan maklumat yang tiada batas
Di samping itu, Internet juga dapat menjimatkan masa kerana kita tidak perlu ke perpustakaan untuk mencari maklumat
Internet juga menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan
menyeronokkan
Namun demikian, terdapat beberapa keburukan Internet yang perlu diberikan perhatian yang serius oleh ibu bapa dan guru.

Kesan-kesan Positif Penggunaan Internet kepada Remaja
1.Ilmu pengetahuan dalam kalangan remaja bertambah
a)      banyak gerbang ilmu dan informasi dalam Internet yang dapat memperkaya pengetahuan remaja
b)      pengetahuan ini membolehkan remaja mengetahui isu-isu semasa atau apa-apa sahaja perkara dengan cepat dan pantas
c)      internet membantu melahirkan remaja yang luas ilmu pengetahuan
2. Bakat dan kebolehan remaja terserlah dan berkembang
a)      menerusi Internet, bakat dan kebolehan remaja terserlah dan berkembang
b)      internet menjadi medium kepada remaja untuk mengetengahkan bakat mereka untuk dinilai oleh pengguna lain
c)      terdapat sesetengah remaja menjadi popular kerana bakat mereka dikembangkan oleh syarikat komersial
d)     contohnya dalam bidang seni, penyanyi Yuna dan Najwa Latif menampilkan bakat mereka menerusi Internet
e)      penulis buku motivasi, Asyraf Hilal juga menyerlahkan bakatnya menerusi Internet           
3.Remaja luas pergaulan dan perhubungan
a)      melalui Internet, terdapat pelbagai aplikasi yang membolehkan remaja berinteraksi secara terus dengan sesiapa sahaja - pemimpin, penyanyi, ahli sukan dan masyarakat dunia
b)      antaranya ialah 'facebook' dan twitter' - aplikasi ini menjadikan pergaulan remaja menjadi luas dan tidak terbatas
c)      remaja boleh bertanya apa-apa sahaja dengan rakan 'facebook' mereka untuk mendapatkan pengetahuan atau penjelasan




Cara-cara Ibu Bapa Mengawal Penggunaan Internet dalam Kalangan Remaja
1.Mengehadkan penggunaan Internet
ibu bapa patut mengehadkan penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak dalam sehari, anak hanya diberikan masa satu jam atau dua jam untuk melayari Internet supaya anak-anak tidak ketagihan Internet
anak-anak juga disyaratkan agar menyiapkan kerja rumah atau mengulang kaji pelajaran sebelum melayari Internet
syarat-syarat begini akan menjadikan anak-anak lebih menghargai penggunaan Internet

2.Memasang perisian yang menyekat remaja melayari laman porno
ibu bapa patut memasang perisian yang menyekat remaja melayari laman porno
perisian ini penting untuk mengelakkan remaja melayari laman tersebut sekali gus akan mempengaruhi mereka dengan unsur negatif
perisian ini penting kerana jati diri remaja masih lemah dan mereka mudah terpengaruh dengan unsur negatif jika tidak dikawal oleh ibu bapa

3.Memperkukuh jati diri remaja
ibu bapa mesti memperkukuh jati diri agar tidak mudah terpengaruh dengan laman- laman yang negatif
didikan agama dan moral harus diberi kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi
didikan agama menjadi benteng pertahanan diri yang ampuh kepada anak-anak

4.Memantau penggunaan Internet oleh anak-anak
ibu bapa juga patut memantau penggunaan Internet oleh anak-anak supaya anak-anak tidak melayari laman negatif
pemantauan ini penting agar anak-anak sedar aktiviti mereka sentiasa diperhatikan oleh ibu bapa
justeru, anak-anak tidak akan sewenang-wenangnya melayari laman negatif tersebut kerana bimbang akan diketahui oleh ibu bapa mereka

Penutup |
Internet patut digunakan oleh setiap lapisan masyarakat
Internet perlu digunakan secara positif demi kebaikan semua pihak

Soalan Ramalan
Banyak gejala negatifyang berlaku dalam kalangan remaja pada masa ini kerana pengaruh Internet. Justeru, ibu bapa sebagai orang yang paling berpengaruh patut mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak. Huraikan langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak.


No comments: