Tuesday, July 30, 2013

novel t3 620 - please study smartly - teknik 7 in1

TEMA:
Novel 6:20 memaparkan tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir Barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Sukma, Rafiq dan Teja telah berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan kalangan remaja yang merupakan pelajar cemerlang daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran Barat yang menuntut kebebasan hidup.Sukma dan beberapa rakannya berusaha menyelamatkan Jerry dan Iskandar yang telah menganggotai Kelab WX2 serta telah terpengaruh dengan corak amalan hidup seperti kumpulan 'black metal'. Usaha Sukma dan rakannya telah berjaya sehingga Jerry dan Iskandar kembali ke pangkal jalan.

Pencernaan Persoalan dan Nilai Berdasarkan Peristiwa Dalam Novel:
Novel 6:20 memaparkan peibagai persoalan/nilai/pengajaran/masyarakat . Antara persoalan/nilai/pengajaran/masyarakat tersebut ialah persoalan tentang kasih sayang, tanggungjawab, setia kawan, keberanian, prihatin dan ketaatan.
Persoalan Kasih Sayang:
Nilai kasih saying (Peristiwa Dalam Novel)
Persoalan kasih sayang terhadap anak-anak.

Peristiwa Puan Delia kurang senang dengan tindakan anaknya iaitu Sukma yang ingin bertemu dengan tetamu- tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana sayang dan bimbang akan keselamatan anaknya.
Persoalan kasih sayang kepada sahabat.
Peristiwa Sukma gigih berusaha menyelamatkan Jerry dan Iskandar daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang merosakkan jiwa.

Persoalan Tanggungjawab
Nilai tanggungjawab(Peristiwa Dalam Novel)
Persoalan tanggungjawab seorang sahabat.
Peristiwa Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu semua maklumat mengenai Kelab WX2 walaupun tahu nyawanya terancam.
Persoalan tanggungjawab terhadap pelajaran.
Peristiwa Sukma meluangkan masa mengikut kuliah dan melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan walaupun fikirannya terganggu dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.
Persoalan tanggungjawab melaksanakan amanah.
Peristiwa Tuan Haji Syaqir melaksanakan tanggungjawab sebagai pengerusi jawatankuasa di kampungnya.

Persoalan Setia Kawan
Nilai setia kawan (Peristiwa Dalam Novel)
Persoalan kesetiaan dalam persahabatan.
Peristiwa Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi pemikiran Barat.
Persoalan Keberanian
Peristiwa Dalam Novel
Persoalan berani
Menegakkan kebenaran.
Peristiwa Sukma, Teja dan Rafiq berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan Kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke kelab itu seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar Kelab WX2.

Persoalan Keprihatinan
Nilai keprihatinan (Peristiwa Dalam Novel)
Persoalan prihatin terhadap masalah orang lain.
Peristiwa Tuan Haji Syaqir yang memegang jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa kampung berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan.

Persoalan Ketaatan
Nilai ketaatan(keimanan) kepada Tuhan(Peristiwa Dalam Novel)
Persoalan menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan.
Peristiwa Sukma dan Tuan Haji Syaqir tetap menunaikan solat walaupun sibuk dengan urusan masing-masing.

Persoalan
Peristiwa Dalam Novel
Persoalan konflik dalam keluarga.
Peristiwa Sukma berkonflik dengan ibunya. Ibu Sukma telah membelikan Sukma sebuah buku tentang cara mengatasi tekanan kerana beranggapan Sukma menghadapi tekanan perasaan.

Nilai-nilai lain
Nilai
Menghormati tetamu.
Peristiwa Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan minuman kepada kawannya ketika mereka berkunjung ke rumah Sukma.
Nilai kejujuran dalam persahabatan.
Peristiwa Reny berterus terang kepada Sukma bahawa dia mengetahui latar belakang Sukma melalui Iskandar dan mempunyai hubungan, yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar.
Nilai
pengorbanan untuk negara.
Peristiwa Jerry sanggup memberi maklumat tentang Kelab WX2 kepada polis walaupun mengetahui nyawanya terancam Contoh lain, Puan Delia sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan remaja daripada terus hanyut dalam pemikiran Barat yang menggugat kedaulatan negara.
Nilai Bekerjasama membanteras
musuh.                        
Peristiwa Sukma, Kak Ros, Rafiq, Iskandar dan Jerry bekerjasama antara satu sama lain dalam usaha membanteras ahli kumpulan WX2.
Nilai patriotik.
Peristiwa Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli kumpulan WX2 yang akan mengancam keamanan negara.
Nilai kecintaan seni warisan tradisi.
Peristiwa Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta merupakan golongan remaja yang telah melibatkan diri dalam seni tarian tradisi.


No comments: