| Berbolak-balik | Bas itu ~ mengangkut penumpang.2. Dia ~ dlm percakapan. |
| Berborak-borak | Ketika hari hujan; banyak orang yg ~ di kedai Pak Man sambil minum kopi./ ramai juga orang sedang ~ di situ |
| carut-marut | berbagai-bagai perkataan yg keji dan kotor; |
| Karut-marut | a) sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala; b) terlalu bohong atau dusta (bkn kata-kata dsb); |
| Desas-desus | Kedengaran ~ orang berbisik dr bilik itu. |
| Desas-desus | Jangan suka mendengar ~ orang. |
| Bersesak/berdesak | Para penonton ~ di hadapan pentas./ Para penumpang ~ menaiki bas. Berhimpit/ beraseh-aseh |
| Berpusu-pusu | Orang ramai ~ menaiki kereta api./ orang ~ berdiri di kaki lima berduyun/berkerumum/berbondong-bondong |
| Beramah-tamah | mereka tidak ada masa langsung utk ~; |
| Berdolak-dalik | dia tetap ~ apabila disoal kerana takut keadaan yg sebenar tentang dirinya diketahui orang. |
| Terketar-ketar | dia kelihatan ~ kerana ketakutan. |
| Ternganga | Dia ~ mendengar berita yg memeranjatkan itu. Tercenggang/terpinga/tergamam/terlopong/terkinja/termangu/terkulat |
| ternganga | Mulutnya ~. Pintu rumah itu ~. |
| Tercungap | Dia ~ selepas berlari. Termengah/terngap/tergagap-gagap |
| | Tom pun tersendat-sendat nafasnya serta ~ spt orang mengah |
| menyeret | 1 menarik sesuatu dan benda yg ditarik bergeser pd tanah (lantai dll): Dia ~ kerusi itu hingga ke muka pintu. |
| menyeret | 2 membawa orang atau binatang dgn paksa; memaksa orang atau binatang mengikut serta: Kami telah ~ pencuri itu ke balai polis. |
| Terseret/terpalit | 2 terikut-ikut dlm melakukan sesuatu; turut terlibat dlm sesuatu perkara dll: Wahab ~ dlm kegiatan haram itu. |
| terseret | 3 terpaksa mengikut atau melakukan sesuatu: Kerana desakan hidup, dia ~ ke lembah kehinaan. |
| Terkial-kial | seorang Cina tua kelihatan ~mengayuh sebuah beca; |
| Terkial-kial | kanak-kanak itu meminta ampun kpd ibunya sambil tersedu-sedu dan ~. bergerak-gerak keras (kerana tertawa atau menangis), bergoncang-goncang (badan): |
| Berkilau-kilauan | laut yg ~ oleh sinaran cahaya matahari; gemerlap |
| Gilang gemilang | 1. terang benderang :Matahari telah menyinarkan cahaya yg ~, |
| Gilang gemilang | 2. baik sekali; sangat elok: Pasukan Leftenan Muda Adnan telah mencapai kejayaan yg ~. |
| Gegak | bising, riuh, sangat ramai. Gempita riuh; gempar. |
| Gegak gempita | ~ bunyi meriam hingga tidak kedengaran yg lain lagi. |
| Berbolak-balik | bas itu pergi ke Singapura ~; |
| Berbolak-balik | fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; |
| Berbolak-balik | Bercakaplah terus terang, jangan ~ saja. |
| Kumat-kamit | Pak Utih mengangguk sambil mulutnya ~ menyebut nama Tuhan; |
| Lesi | apa mulanya maka engkau pucat ~ bagai tiada makan nasi? |
| Terherot-herot | kaca itu membuat rupanya kelihatan ~; |
| Herot | ibuku ketawa riang hingga ~ bibir mulutnya |
| Lentam-lentum | ~ bunyi spt bunyi meriam yg berulang-ulang. Dentam-dentum |
| Pontang-panting | 1. bertaburan di sana sini, berselerak, kucar-kacir |
| Berlari~~ | Bertempiarn, bertebaran, menggerapak,lintang-pukang,pontang-panting, tunggang-langgang susup-sasap |
| Kelam-kabut | a) gelap, tidak nyata; b) kacau-bilau, tidak keruan; |
| Mundar-mandir | pergi balik, berulang-alik, hilir mudik: dia berjalan ~ di dlm bilik itu. |
| Berjerih-jerih | sungguh-sungguh. Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. betul-betul |
| betul-betul | demokrasi ~ diamalkan di sini. / benar-benar, sungguh-sungguh |
| betul-betul | biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati sudah sempurna, cukup, benar-benar |
| betul-betul | dia berdiri ~ di hadapan saya. tepat benar |
| betul-betul | dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas; |
| Bulat-bulat | ular itu menelan ~ seekor anak kambing;Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang; |
| mengelam-kabutkan | terdapat satu lagi anasir yg dikira tidak bertanggungjawab yg sentiasa ~ keadaan perdagangan. mengacau-bilaukan |
| kelam-kabut | tidak keruan, tidak tentu arah, kacau-bilau: |
| kelam-kabut | keadaan pd waktu itu ~; perasaanku ~; |
| berkacau-bilau | wanita-wanita turut ~ dlm majlis itu; berkelam-kabut |
| Gelap gelita | gelap benar sehingga tidak kelihatan apa-apa |
| lalu-lalang | banyak orang ~ di jalan raya |
| lalu-lalang | b) mencurah-curah keluar (kata-kata kasar dll); c) tidak teratur, kacau-bilau: susun buku itu baik-baik, jangan ~begitu. |
| lalu-lalang | a. banyak kali lalu (keluar masuk). b. tidak teratur; kacau-bilau. |
| ulang-alik | empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya; |
| Ulang-alik | aku tahu perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam; |
| simpang-siur | 3. terlalu banyak kesulitan atau keruwatan (kerana berliku-liku, libat-melibat, sangkut-menyangkut, dll); |
| Huru-hara, | Jika rakyat bersatu padu, ~ tidak mungkin berlaku kacau-bilau |
| bersimpang-siur | 4. bergerak ke sana ke mari (kenderaan di jalan raya), sibuk benar, hilir mudik; |
| bersimpang-siur | Kereta ini ~ di lebuh raya semasa hari kebesaran. |
| kacau-bilau | kelam-kabut; huru-hara. kalut-marut, bercelaru |
| bergemuruh | ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg ~ |
| Bergemuruh | 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting; |
| Hingar-bingar | Suasana ketika itu begitu ~ hingga sukar utk mendengar pengumuman yg dibuat |
| Hingar-bingar | Semua orang berteriak-teriak sehingga suasana menjadi ~. |
| Riuh-rendah | ~ di pasar itu membuat dia tidak selesa. |
| Hiruk-pikuk | majlis itu ~ dgn suara orang bercakap-cakap dan bertepuk sorak |
| Hiruk-pikuk | keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara |
| hiruk-piruk | ketawa hilai yg bercampur dgn ~ suara orang yg mabuk; |
| hiruk-piruk | dlm ketika ~ itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; |
| menghebohkan | Kehilangan adik saya ~ saudara-mara serumah. bising; gempar; riuh (bunyi suara dll); huru-hara; kacau (keadaan dll). |
| menghebohkan | Dia dilarang ~ berita angin itu. |
| menghuruharakan | gerila-gerila komunis cuba ~ negara kita, tetapi gagal |
| Huru-hara | dia bimbang kalau diisytiharkan pd waktu itu, akan ~lah tentera yg berperang di bawah pemerintahannya; ahli nujum meramalkan bahawa ~ akan berlaku di negeri itu dlm tahun 2012; |
| Porak-peranda | Rumah tangganya ~. |
| Kalut-marut/malut | kacau-bilau; kelam-kabut; huru-hara. |
| Haru-biru | haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan |
| mengharubirukan | rusuhan itu telah ~ suasana di bandar itu. masalah itu ~ fikirannya; yg sangat ~ fikirannya ialah perceraian dgn anaknya |
| Berbolak-balik | memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memutarbalikkan; |
| pontang-panting | berlari ~ (mengusir, mengejar, dll); berlari rebah bangun |
| Susup-sasap | menyorok (masuk) ke sana ke mari: pengganas yg ditembak itu lari ~sasap dlm hutan senduduk; |
| Kusut-masai | rambutnya ~ kerana ditiup angin yg kencang |
| Kusut | kedudukan perkara itu terlalu ~ dan tidak mudah diselesaikan; fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah |
| Porak-peranda | 1. (keadaan) tidak tenteram (huru-hara dsb), kucar-kacir: kampung kami yg aman damai menjadi ~; masalah ini boleh mengakibatkan ~ dlm masyarakat; ada juga yg menganggap isu itu sbg punca berlakunya ~ dan keruntuhan sesebuah rumah tangga; 2. cerai-berai, berserak; |
| Tetupai | keratan kayu yg dilekapkan (dipakukan) pd tiang dll utk menyangga sesuatu. |
| Lelangit | 1 bahagian sebelah atas rongga mulut |
| Kekuda | alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian. |
| Terolang-aling | kayu bercabang ~ dlm air yg penuh; aku semakin lemah dan tubuhku terasa ~; |
| berdenyot-denyot | berjalan terhincut-hincut: Pengemis itu ~ di tengah-tengah orang ramai sambil menadahkan tangannya. |
| Terhincut-hincut | berjalan tempang (spt orang yg kakinya pendek sebelah). |
| Terkapai-kapai | 1. bergerak-gerak seolaholah hendak memegang (menggapai dll) sesuatu (bkn tangan atau kaki): jurumudi itu terlentang ~ berlumuran darah; |
| Compang-camping | koyak-koyak (ttg kain baju); cabik-cabik: Bajunya ~. |
| Rombeng robek | pakaian yg ~; barang-barang yg lama atau rosak: tukang~ |
| Rombang-rambing | compang-camping, robak-rabik. |
| Bersetai-setai | koyak rabak (pakaian), compang-camping, bersepai: pakaiannya yg ~ itu terketar-ketar ditiup angin. |
| Rempang-rempong | luka-luka (badan), koyak-rabak (pakaian). |
| Koyak-rabak | koyak yg panjang dan lebar. |
| Comot-momot | kotor sekali (spt berlumuran lumpur, arang,dll): pakaian mereka ~ dan kotor kena tanah; |
| Serbah-serbih | tidak kemas pakaiannya dll; tidak rapi. |
Latihan kesalahan pergandaan:
1.Dia memegang erat-erat tangan ibunya.
2.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan anak kami.
3.Semua orang tahu bahawa tuduhan terhadap pemimpin itu ialah fitnah mata-mata.
4.Pada waktu sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri, umat Islam merayau-rayau ke masjid. (berbondong-bodong)
5.Ibu terkial-kial pergi ke sekolah sebaik sahaja mendapat panggilan telefon daripada pengetua. (tergesa-gesa)
6.Kenduri itu riuh dengan ketawa hilai yang bercampur dengan hiruk-pikuk suara orang yang mabuk.
7.Orang ramai di tempat kejadian itu berpura-pura seolah-olah tidak melihat apa pun.
8.Pertandingan drama dianjurkan itu adalah julang kali di daerah itu.
jawapan:
1. memegang tangan ibunya erat-erat
2. mudah-mudahan kehadiran..
3. semata-mata
4. berbondong-bondong
5.tergesa-gesa
6. ketawa ilai
7. berpura-pura seolah-olah
8. julung-julung kali
.
1 comment:
Post a Comment