Friday, March 4, 2011

Sekali, Sekali- Sekali, Sekali- kali


I came across a question lately: 

     Jangan sesekali bergaul dengan kawan yang kelakuan liar dan tidak senonoh perangainya.

do u think is it grammatically correct? the answer is NO




Sekali, Sekali- Sekali, Sekali- kali
sesekali
kadang-­kadang, ada kalanya: ~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar; sesekali pd waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam; sekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu;
sekali-kali
langsung, sama sekali, sedikit pun: tak mahu ~; jangan ~ berbohong; masalah wanita dlm perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dr satu sudut sahaja;
sekali
sekali-kali sedikit pun; sama sekali: Jangan ~ mengambil hak orang lain. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala pd sesuatu waktu;
Ketiga-tiga perkataan tersebut terbit daripada kata dasar kali. Kata nama kali ini bermaksud “darab”, misalnya “tiga kali empat, jadi dua belas”. Atau “empat darab empat, jadi enam belas”.
Maksud lain perkataan kali bermaksud “sungai” ini lumrah digunakan di negara Indonesia. Jika perkataan kali digandakan menjadi kali-kali, maka maknanya bukan lagi “darab”, tetapi_daftar hasil darab yg tersusun, sifir;
Daripada kata dasar kali juga, terbit bentuk kata kalian, sekalian, perkalian, pengali, pekali dan sebagainya. Semua kata terbitan yang berkenaan mempunyai maksud yang khusus. Kalian ialah istilah bahasa percakapan yang bersangkutan dengan kata ganti nama diri kedua jamak (orang yang diajak berbicara”,iaitu kamu semua. Kalian diawali awalan “se-’ menerbitkan kata sekalian. Sekalian bermakna “semua(nya) atau ‘segala”.
1. kalian memang begitu, suami isteri sama sahaja.
2. Kami mempersilakan anda sekaIian menonton persembahan purbawara ini.
Bentuk perkataan sekalian dapat berfungsi sebagai penanda jamak dalam binaan frasa nama bahasa Melayu. Kaedah penggunaannya sama seperti penggunaan penanda jamak yang lain, laitu jika kata nama yang sudah dijamakkan, maka kata nama itu tidak boleh didahului oleh penanda jamak. OIeh itu, bentuk *sekalian murid-murid, atau *sekalian para guru merupakah bentuk sintaksis yang salah, penäñda  jamak sekalian hadir sesudah kata nama yang dijamakkan tidaklah salah kerana penanda jamak itu berfungsi sebagai penegas frasa nama. Oleh yang demikian, bentuk frasa nama murid-murid sekalian atau para hadirin sekalian tidak salah tatabahasanya.
Perkataan pengali bermakna “pendarab”, yakni angka yang didarabkan dan angka lain. Maksud “pendaraban” atau “hasil darab” pula terkandung dalam kata perkalian, manakala kata pekali membawa maksud “angka yang ditulis sebelum sesuatu lambang” atau “koefisien”. Makna pekali ini dapat difahami daripada pengertian ayat Matematik
3. Dalam 7 abx, 7 ialah pekali bagi abx.
Perkataan sekali mendukung beberapa maksud. Antaranya termasüklah “satu kali”, “seluruh/semuaya bersama-sama tidak ada kecualinya. Dan “terlalu” atau “sangat”
4. Hari Kebangsaan disambut setahun sekali. (maksud satu kali)
5. Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yang terlonggok di dalamnya sekali. (maksud semuanya)
6. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tinggi sekali di Sabah. (maksud sangat)

Jika salah satu maksud sekali dalam ayat 4 itu satu kali, maka antonim perkataan sekali ialah berkali-kaIi. Berkali-kali bermakna beberapa kali, berulang-ulang , atau berulang kali. Harus diingat, apabila kita menggunakan perkataan “berulang-ulang”, maka tidaklah perlu diikuti oleh perkataan “kali” menjadi
 berulang-ulang kali” menunjukkan berlaku kelewahan makna. Kelewahan makna bermaksud makna yang berlebih-lebihan yang boleh mencacatkan tatabahasa.
Akasnya, lika pelajar menggunakan perkataan “berulang” sahaja, maka selepas perkataan “berulang” itu perlulah diikuti oleh perkataan “kali”, lalu membentuk perkataan “berulang kali”. Oleh itu, pelajar mempunyai dua pilihan, sama ada hendak menggunakan bentuk “beruIang-ulang’ atau beruIang kali”.
Perkataan sekali-kaIi pula bermaksud sama sekaIi”, atau “Iangsung” sedikit pun”. Maksud sekali-kali ini berbèza dengan maksud perkataan sekali-sekali. Kata sekali-sekali membawa maksud kadang-kadang” atau, “ada kalanya”. Maksud “kadang-kadang” atau “ada kalanya” juga terkandung dalam perkataan sesekali dan sekali-sekala. Jadi, kita ada pilihan untuk menggunakan sama ada sekaIi-sekali atau sesekali atau sekali-sekala kerana maksudnya sama belaka. Perhatilah perbezaan maksud sekali-kali dengan maksud sekali-sekali dalam ayat 7 dan 8 yang berikut ini:
7. Anak-anak perlu dinasihati agar jangan sekali-kali berbohong kepada ibu bapa.
8. Sekali-sekali murid itu menjeling ke muka guru disiplinnya.

No comments: