Thursday, March 3, 2011

latihan tatabahasa tuition set 5


cubalah dulu, jawapan will be uploaded later
Set Latihan Tatabahasa 1
1.      Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia se-Malaysia.
2.      Beribu-ribu penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu.
3.      Carol membeli segugus anggur-anggur dan seikat buah rambutan di gerai buah itu.
4.      Kakak menyuruh saya memasukkan telur kuning itu ke dalam aduan kek.
5.      Kakak membengkokkan badannya apabila lalu di hadapan ibu bapanya.
6.      Upacara pembukaan Sukan Tahunan Jit Sin diserikan lagi dengan persembahan Tarian Singa.
7.      Seminar motivasi di sekolah itu terbuka kepada siapa yang berminat.
8.      Encik Lim menggerakkan keretanya ke depan dan belakang untuk meletak kenderaan.
9.      Semua bahagian dalam borang ini perlu diisi oleh anda dengan menggunakan pen berdakwat hitam.
10.  Barisan pemain-pemain boling sekolah telah diraikan dengan meriah
11.  Mata pemuda itu buta sejak dari mengalami kemalangan yang ngeri itu.

1.      I.Kelvin hanya duduk diam bila dimarahkan ibunya.
II.Semua orang pelancong asing itu telah disahkan tidak menjangkiti wabak A H1N1.
III.Saya tidak akan melupakan peristiwa itu sampai bila-bila.
IV. Nasi ditanak oleh ibu manakala ikan saya goreng.
2.      I.Sen Hong belajar bersungguh-sungguh untuk memperolehi kejayaan.
II. Pokok rambutan itu telah berbuah dua kali.
III. Crason memberikan Lily sebiji mempelam.
IV. Masa depannya kegelapan setelah terlibat dalam kes jenayah itu.
* apakah beza antara depan dengan hadapan? masa depan atau hadapan? apakah beza antara dahulu dengan dulu? Yang baku ialah masa hadapan dan dahulu. Walau bagaimanapun masa depan dan dulu boleh digunakan mengikut konteks ayat.
3.      I Perabut yang baharu dibeli itu diperbuat daripada rotan.
II.Oleh kerana matanya sakit, doktor telah memberi cuti rehat selama dua hari.
III.Kami suka makan malam di Restoran Hainan.
IV. Hadiah itu bukan sahaja untuk saya tetapi juga untuk kakak.
4.       I Basikal itu dihadiahkan oleh Abang kepada Razif.
 II Dompet daripada kulit buaya itu mahal harganya.
 III Pemandangan di tepi pantai itu indah sungguh.
   IV Langit mendung tanda hujan akan turun. 

Set Latihan Tatabahasa 2
1.      Beberapa pengawai dari Kementerian Kesihatan sedang menjalani pemeriksaan terhadap premis makanan yang kotor itu.
2.      Memang tidak baik kalau-kalau kita selalu makan tin-tin makanan yang mengandungi bahan pengawet.
awet
(awét) tahan lama, tidak lekas (mudah) rosak; makanan ~ makanan yg tahan lama;
kalau-kalau
barangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)...: ia bimbang ~ ada orang yg melihatnya; segala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anak-anda baginda pd segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara;
3.      Polis sedang mengaji beberapa punca-punca yang menyebabkan banduan-banduan melarikan diri dari penjara.
mengkaji
menyelidik dan meneliti dgn mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dll): sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk utk ~ rang undang-undang tersebut; ia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu;
mengaji
1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung;
4.      Pak Usu tidak ada apa rahsia yang tersembunyi daripada anak-pinaknya.
anak cucu, keturunan;
5.      Dia memberi wang sejuta ringgit sebagai wang tebusan kepada penculik itu.
6.      Budak itu menangis terdesak-desak bila terpisah dengan ibunya di kompleks membeli belah itu.
7.      Nanti akan saya menyerahkan buku catatan ini kepada empunya.
- 1. tuannya; pemiliknya: Harta pulang ke ~. 2. punya; mempunyai: yg ~ pemilik.
8.      Budak itu menaiki tiang lampu untuk mengambil lelayangnya yang tersangkut.
9.      Siapa yang dipersalahkan harus bertaubat sekarang.
10.  Pelajar model itu melibatkan diri dengan aktif di dalam kegiatan kokurikulum.
11.  Setakat ini, dia telah mengembara dari Asia Timur sehingga Asia Barat.
12.  Pengaruh rakan sebaya menjadi di antara sebab-sebab/ antara penyebab/ antara sebab-musabab masalah disiplin murid.
*penyebab-1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan.
13. Kerja itu akan disiapkan oleh Mei Hua dalam tempuh berapa hari lagi.
menempuh 1 maju menye­rang musuh dll; menyerbu; melanggar: Mereka bersiap-siap utk ~ barisan pertahanan musuh. 2 berjalan masuk ke hutan rimba dll dgn susah payah; meredah (hutan); mengharung (lautan): Dr situ, rombongan itu belayar ke selatan ~ lautan yg bergelora. 3 menanggung kesusahan; menderita kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah ~ berbagai-bagai kesulitan. 4 turut serta; mengikuti (kursus dll); menjalani peperiksaan, ujian dsb; menyertai: Tiap-tiap tahun, beribu-ribu orang murid akan ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
14. Cikgu menyoalkan (Kim tentang pergaduhan itu/pergaduhan itu kepada Kim.)
Mempersoalkan-mengemukakan sesuatu sbg soal, menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan: akhbar itu pula ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang; / Kita tidak boleh ~ hal-hal politik dlm majlis kita ini.
Menyoalkan-menanyakan sesuatu kpd;
1.      Semua tetamu hormat yang diundang hadir ke majlis itu.
Kehormat-1. yg dihormati dan diraikan: te­tamu ~ yg akan turut dlm rapat itu ialah Perdana Menteri; 2. yg dilantik kerana menghormati, yg diberikan sbg pernyataan hormat; ahli (anggota) ~ ahli (anggota) persatuan dll yg dilantik kerana jasanya dll; doktor ~ gelaran doktor yg diberikan utk menyatakan hormat; 3. yg jasanya tidak dibayar; bendahari (setiausaha dll) ~ pegawai persatuan yg bertugas tanpa dibayar; bayaran ~ wang sagu hati yg diberikan kpd seseorang (pengarang dll), honorarium;
2.      Dia dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik berkat daripada ulangkajinya selama ini.
Berkat-1. rahmat, restu, sempena: hai anakku, hendaklah kau ingatkan wasiatku ini supaya diberi Allah engkau ~; mengambil ~; 2. dgn pengaruh (akibat, sebab), sbg hasil (manfaat dsb) drpd: dia mencapai kedudukan itu ~ ketekunannya; 3. mujur, berbahagia: dlm bulan puasa yg ~ ini, kita meminta doa kpd Allah; ~ afwah = ~ tuah dgn afwah (tuah);
3.      Kemajuan sesebuah negara tidak hanya berasaskan kepada kebijaksanaan pemimpinnya.
4.      Kedua-dua ibu bapa Johan sedang membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka.
5.      Ahli-ahli komunis yang benci akan keamanan menghuruharakan masyarakat pada zaman darurat.

Set Latihan Tatabahasa 3
1.      I Kami tertarik dengan persembahan yang hebat itu.
II Saya akan berjumpa dengan jurureka itu pada lain hari.
III Tempat peranginan itu sesuai untuk seisi keluarga beristirahat.
IV. Kesesakan lalu lintas di ibu kota sering menghantui minda pengguna jalan raya.
2.      I.  Jangan membiarkan dia bersendirian di situ.
II. Komputer itu diberi oleh bapa kepada adik.
III. Dia bibiku.
IV. Janganlah dikau melupakan daku.
bibi
1. Id panggilan kpd orang perempuan yg agak tua, mak cik; 2. sl panggilan kpd orang yg sudah bersuami, nyonya
3.      I. Mereka berarak malam tadi sehingga mabuk.
II. Buku-buku di atas meja itu tebal-tebal belaka.
III. Usaha mereka sia-sia sahaja walaupun mereka bersungguh.
IV. Peluang bertemu semula gurunya amat nipis.
4.       I. Kalian harus prihatin terhadap isu alam sekitar.
II.Tangkisan bayi yang nyaring itu jelas kedengaran.
III. Masa senggangnya terbuang begitu sahaja.
IV. Setelah membeli habis, kami pun balik.

5.       I. Belajarlah dengan tekun supaya beroleh kejayaan.
II. Penjelasan yang diberikannya berlandaskan fakta-fakta sejarah.
III.Nasi belum bertanak meskipun waktu makan hampir tiba.
IV. Beberapa buah sekolah-sekolah mengambil bahagian dalam pertandingan bahas itu.

6.       I. Nasi yang saya masak rangup sedikit.(benyek)
II.Dia memakai kebaya yang berpotongan bengkok.(serong)
III. Hubungan Faud dan Asri ibarat retak menanti belah.
IV. Mangsa kemalangan itu berkejar ke rumah sakit dengan segera. (dikejar)

7.       I.Kedua-dua pengedar dadah telah dijatuhkan hukuman mati.
II.Lama-kelamaan perbuatannya ketahuan juga.
III.Dia akan sampai ke sini dalam masa satu setengah jam.
IV. Dalam pertarungan bola sepak itu pasukan Selangor telah menang.

8.       I. Mereka datang ke rumah saya di waktu kami sedang menjamu selera.
II. Saya tidak keberatan untuk memperdua hasil kebun ini dengan kamu.
III.Pekerja-pekerja itu memperlebarkan jalan ke rumah wakil rakyat.
IV.Saya sekeluarga diundang ke majlis makan malam di hotel tiga bintang itu.
9.      I. Gadis itu cantik meskipun sombong.
II.Kami mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang tuan-tuan berikan.
III. Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman mati.
IV. Abang sentiasa kemelesetan wang sejak menggunakan kad kredit.

10.  I. Kamala basah kuyup kerana kehujanan di jalan tadi.
II.Para penduduk dinasihatkan untuk menakung air kerana bekalan air akan terputus esok.
III.Kaum belia diperingatkan semoga hidup berdikari dan menjauhkan diri dalam kancah penyalahgunaan dadah.
IV. Semua orang warga Malaysia digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang.
11.  I. Sarah memulangkan semula novel yang dipinjamnya kepada saya tempoh hari.
II.Para belia selalu diingat supaya menjauhkan dadah dan gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.
III. Pemburu itu akan menemui kesan tapak kaki gajah di hutan minggu lepas.
IV. Adik-beradik itu dipertemukan melalui rancangan “Jejak Kasih”.

12.  I. Dia terkenangkan datuk dan neneknya yang telah lama tidak ditemukannya.
II.Pemuda itu sentiasa merendah diri sungguhpun dia berjawatan tinggi.
III.Kanak-kanak yang kurang akal perlu menerima kasih sayang dari keluarganya.
IV.Adik dijaga oleh nenek sepeninggalan ibu bekerja setiap hari.

13.  I. Kenderaan yang bersimpang-siur di jalan raya menuju ke pusat bandar itu menyukarkan perjalanan.
II.Beberapa orang dikatakan menjadi anggota kumpulan samseng itu telah ditangkap.

 

keburukan tabiat merokok

pendahuluan:
Dalam menongkah era dunia tanpa sempadan, pelbagai masalah timbul selaras dengan kemajuan Malaysia di persada global. Masyarakat masih disogokkan dengan gejala merokok yang membimbangkan. Merokok ibarat perjalanan bahaya menempah maut. Sesungguhnya, gejala merokok yang kian kronik perlu diberi perhatian serius oleh segenap lapisan masyarakat agar rakyat Malaysia kekal sihat dan berupaya menyumbangkan tenaga ke arah kecemerlangan negara.(3 ayat)


Sebatang rokok yang dinyalakan oleh perokok mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang boleh membawa maut. Contohnya ammonia , arsenik (racun tikus),  DDT (racun serangga), etanol (alkohol), karbon monoksida , metanol,nikotin , tar. Sekiranya perokok benar-benar menyayangi dirinya, mengapakah dia sanggup membinasakan dirinya sendiri dengan merokok? Hargailah kesihatan dan nyawa, kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.



Racun paling berbahaya dalam sebatang rokok ialah tar, karbon monoksida dan nikotin. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia penyebab kanser. Kajian perubatan mengesahkan "benzopyrene" iaitu sejenis "polycyclic aromatic hydrocarbon" merupakan agen yang memulakan proses kejadian kanser. Justeru, tidak hairanlah, statistik di Malaysia membuktikan merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kes kematian setahun; . Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung berpunca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan penyebab utama kematian perokok, manakala strok merupakan pembunuh keempat. Lebih menyedihkan, negara kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan penyakit akibat gejala merokok. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna."


Karbon monoksida di dalam rokok pula, merupakan gas beracun yang dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas tersebut menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu sehingga tisu-tisu terencat dan akhirnya mengakibatkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok memasuki tubuh manusia, racun berkenaan menyebabkan kerosakan pada setiap organ di sepanjang laluannya, bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghadaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, sehingga menyebabkan bronkitis di bahagian paru-paru. Racun rokok turut merosakkan pundi udara dalam paru-paru dan menyebabkan penyakit emfisima.

Selain mendatangkan implikasi kronik terhadap diri perokok, asap rokok yang dihembus oleh perokok, atau asap rokok basi (istilah saintifiknya, merokok secara pasif) turut menjejaskan kesihatan orang di sekelilingnya. Faktanya" menjelaskan, asap rokok basi mengandungi lebih banyak bahan beracun seperti nikotin, formaldehid dan benzene, berbanding asap rokok yang disedut oleh perokok. Asap ini lebih berbahaya kerana asap berkenaan terapung di udara beberapa ketika.

 
Asap rokok yang dihidu akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, serta menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air, akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin bukan sahaja mendatangkan ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Nikotin turut merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ-organ yang berkaitan. Kesan ini, dalam jangka masa panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, kebas pada jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki dan serangan penyakit jantung. Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan menerusi air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Tegasnya, sudah terang lagikan bersuluh, perbuatan merokok membawa beratus-ratus masalah kesihatan yang tiada noktah penghujung.


Tuntasnya, semua pihak perlu bekerjasama "bagai aur dengan tebing" memperkasakan usaha untuk menyedarkan masyarakat bahawa perbuatan merokok akan mendatangkan implikasi negatif kepada diri sendiri, masyarakat sekeliling dan juga negara. Ibu bapa wajar menjadi teladan terbaik bagi anak-anak dan menasihati anak-anak agar menghindari tabiat merokok. Kementerian Kesihatan, pihak sekolah dan pihak media massa juga perlu memainkan peranan signifikan untuk memastikan bilangan perokok dapat dikurangkan, bak kata peribahasa, "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Aktiviti bersempena Kempen Antimerokok wajar diteruskan dengan berkesan agar maklumat tentang bahaya merokok berupaya menginsafkan masyarakat. "Rokok Tiada, Kehidupan Bahagia." Bersama-samalah kita berpadu tenaga mewujudkan suasana Satu Malaysia yang lebih sihat dan ceria, bebas daripada kepulan asap rokok yang menjerumuskan kita ke lembah maut. "Kesihatan Cemerlang, Masyarakat Gemilang, Negara Terbilang."

 ..........................................................................................................................................................
Dewan Siswa Jan 2011:
TABIAT merokok di negara kita semakin serius pada era ini. Masalah ini semakin menjadi-jadi umpama “bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru” yang amat mendukacitakan kerana boleh melumpuhkan kesihatan orang ramai. Masalah merokok semakin meningkat sejak belakangan ini ekoran njlai kemanusiaan yang semakin hilang dalam diri individu. Apakah keburukan tabiat merokok?
Merokok boleh menjejaskan kesihatan orang ramai. Rokok mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan badan seperti nikotin dan tar. Jika kita menghisap rokok, kita boleh  dijangkiti penyakit seperti sakit jantung dan sakit kanser. Selain itu, merokok boleh memendekkan nyawa seseorang. Selain nyawa perokok akan terjejas, nyawa orang di sekeliling mereka juga akan terjejas. Berdasarkan perangkaan terkini, didapati sebanyak 50 peratus mangsa perokok ialah penyedut  asap rokok  walaupun mereka tidak merokok. Pendek kata, merokok tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kita.
Merokok juga membazirkan wang. Rokok-rokok yang dijuaI di pasaran harganya mahal. Selain itu, keinginan perokok untuk merokok  akan mendorong mereka untuk menghisap rokok yang lebih banyak. Hal ini menyebabkan mereka membazirkan wang untuk membeli rokok. Selain itu, ,bagi mereka yang berpendapatan rendah pembaziran wang membeli rokok boleh menjejaskan kewangan isi rumah. Mereka sanggup membazirkan wang untuk membeli rokok bagi mencari keseronokan yang hanya bersfat sementara.
Kesimpulannya, tabiat merokok yang semakin berleluasa disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. orang sekeliling dan keinginan  untuk mencuba bahan baharu. Oleh sebab itu, semua ôrang harus bergandinq bahu untuk membendung tabiat merokok. Melalui gandingan usaha yang mantap,nescaya tabiat merokok dapat dielakkan.Ungkapan “setiap sedutan membawa padah” dalam kempen AntiMerokok harus direalisasikañ untuk méngelakkan lebih banyak orang merokok.
SHIRLEY TIONG JING JING SMk KAI CHUNG, BINTAGOR, SARAWAK.

Isi penting:
1.       melumpuhkan kesihatan orang ramai
2.       menjejaskan kesihatan orang ramai
3.       Rokok mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan badan seperti nikotin dan tar
4.       kita boleh  dijangkiti penyakit seperti sakit jantung dan sakit kanser
5.       merokok boleh memendekkan nyawa seseorang.
6.       nyawa orang di sekeliling mereka juga akan terjejas
7.       Merokok juga membazirkan wang.
8.       keinginan perokok untuk merokok  akan mendorong mereka untuk menghisap rokok yang lebih banyak
9.       bagi mereka yang berpendapatan rendah pembaziran wang membeli rokok boleh menjejaskan kewangan isi rumah.
10.   Mereka sanggup membazirkan wang untuk membeli rokok bagi mencari keseronokan yang hanya bersfat sementara

Frasa menarik
1.       TABIAT merokok di negara kita semakin serius pada era ini
2.       Masalah ini semakin menjadi-jadi umpama “bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru” yang amat mendukacitakan
3.       Masalah merokok semakin meningkat sejak belakangan ini ekoran njlai kemanusiaan yang semakin hilang dalam diri individu
4.       Berdasarkan perangkaan terkini, didapati…\
5.       Melalui gandingan usaha yang mantap,nescaya tabiat merokok dapat dielakkan.Ungkapan “setiap sedutan membawa padah” dalam kempen AntiMerokok harus direalisasikañ untuk méngelakkan lebih banyak orang merokok.