Jiran sepakat
( hidup berjiran yang bermuafakat)
|
Membawa
berkat ( mendatangkan kemaslahatan)
|
Jiran
tetangga melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
|
Membawa
perpaduan kaum dan menjalinkan ikatan kejiranan mesra
|
Jiran
tetangga menghidupsuburkan skim Rukun Tetangga
|
Memastikan
keselamatan kawasan kejiranan dan mengurangkan kes jenayah Indeks.
|
Media massa
dan agensi kerajaan menjayakan Rumah Terbuka Kebangsaan – dianjurkan KDN di
PWTC semasa sambutan Hari Aidilfitri 2015, ( jiran tetangga menjemput sahabat
taulan dan kaum kerabat di sekitar kawasan kejiranan ke majlis rumah terbuka)
|
Pemupukan
jati diri bangsa
Saling
memahami
Mengasimilasikan
budaya masing-masing
|
Hari keluarga
dan sukaneka diadakan oleh JKKK
|
Mengurangkan
masalah konflik kekeluargaan dan jiran tetangga berpeluang berkongsi suka
duka – kerukunan masyarakat majmuk
|
Amalan
gotong-royong diadakan sekali-kala di kawasan kejiranan
|
Mewujudkan
persekitaran yang bersih – meningkatkan imej negara
|
Anda mengambii bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat
sekolah. Tajuk syarahan anda ialah ‘Keluarga Bahagia Tonggak Kemajuan Negara’.
Sediakan teks syarahan itu selengkapnya
Keluarga bahagia
|
Negara maju
|
Kursus perkahwinan sebelum mendirikan rumah tangga – mementingkan
kerukunan dalam hidup berkeluarga
|
Kerukunan di keluarga akan menjamin kerukunan masyarakat dan
kemajuan negara – bebas daripada gejala sosial
|
Mementingkan pendidikan anak
|
Anak berbangga dan berasa dihargai – berusha berbakti kpd negara
|
Sifat toleransi dan penghormati sesama ahli keluarga
Yang tua dihormati,
Yang muda dikasihi.
|
Anak memahami sifat harmoni semasa bekerja
Berusaha menterjemahkan aspirasi pemimpin negara
|
Kepercayaan kepada Tuhan dalam kalangan ahli keluarga
|
Kerukunan negara
|
Mematuhi disiplin dalam hidup berkeluarga
|
Kedaulatan undang-undang
|
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang Berusaha Encik Ali bin Abu,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Wangi, barisan hakim yangi arif lagi
bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan yang dihormati. Pada pagi ini saya akan
menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Keluarga Bahagia Tonggak Kemajuan
Negara’. Mengikut Prof. Syed Naqqib Al-Attas, keluarga bahagia dapat
didefinisikan sebagai sebuah keluarga yang mempunyai pakej lengkap untuk
kebahagiaan semua ahli keluarga. Kamus Dewan pula mentakrifkan frasa
tonggak sebagai pemangkin atau penentu. Frasa kemajuan negara pula
diertikan sebagai kecemerlangan sesebuah negara dalam segenap aspek. Oleh
itu, saya akan membuktikan kepada hadirin bahawa sesungguhnya benar bahawa
keluarga bahagia boleh membentuk anak-anak menjadi insan terbaik seterusnya
menyumbang kepada kemajuan negara. Jadi, bagaimanakah yang dikatakan keluarga
bahagia itu mampu menjadi tonggak kemajuan megara?

Tuan-tuan
dan puan-puan yang dihormati,
Keluarga bahagia ialah keluarga yang mampu memberi pendidikan formal
seterusnya menjadi tonggak kemajuan negara. Negara sangat memerlukan rakyat
yang mampu menyumbang tenaga dan fikiran ke arah pembangunan negara. Antara
objektif Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk melahirkan sumber
tenaga kerja yang boleh membangunkan negara. Objektif ini perlu disahut
oleh setiap keluarga dengan memberi pendidikan formal bermula dari anak-anak
berusia tujuh tahun hinggalah mereka melanjutkan pelajaran ke institusi
pengajian tinggi. Apabila anak- anak mempunya taraf pendidikan yang tinggi,
mereka boleh membangunkan kerjaya sendiri dan menyumbang jasa kepada negara.
Sebagai contohnya, seseorang yang bekerja sebagai jurutera akan memberi fokus
kepada kerjayanya. Kerjaya yang diperoleh adalah disebabkan oleh usaha gigih
ibu dan bapanya yang menjadikan keluarga bahagia sebagai perkara paling vital.
Oleh itu, jelaslah bahawa keluarga yang mementingkan pendidikan formal ialah
keluarga bahagia yang akan menyumbang kepada kemajuan negara.
Keluarga bahagia ialah keluarga yang mencintai perpaduan seterusnya
menjadi tonggak kemajuan negara. Sesebuah keluarga yang baik akan mendidik
anak-anak supaya menghormati orang lain. Sebagai contohnya, ibu bapa yang baik
akan menjelaskan kepada anak-anak tentang kepentingan pengamalan konsep
kejiranan tanpa mengira agama atau bangsa. Apabila anak-anak menghormati
orang lain, cinta akan perpaduan akan terbentuk dalam diri mereka. Seseorang
yang mencintai perpaduan, akan memastikan perpaduan yang sedia terjalin dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum terus terpelihara. Kemajuan sesebuah
negara bertitik tolak daripada perpaduan rakyat. Keluarga bahagia yang mementingkan
perpaduan mampu melahirkan warganegara yang bergerak seiring untuk memajukan
negara. Apabila semua rakyat bersatu padu hasil daripada pembentukan
keluarga bahagia, maka negara juga akan mendapat manfaat yang besar. Cogan kata
yang selalu disebut, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh sewajarnya
dijadikan pegangan oleh semua ahli masyarakat. Oleh itu, jelaslah bahawa
keluarga yang mementingkan perpaduan merupakan keluarga bahagia yang menjadi
tonggak kemajuan negara.
Hadirin
yang dihormati,
Keluarga bahagia ialah keluarga yang menguasai teknologi maklumat dan
komunikasi seterusnya menjadi tonggak kemajuan negara. Dalam era ledakan
teknologi maklumat kini, kemahiran dalam bidang ini merupakan perkara paling
asas bagi setiap orang. Hal ini dikatakan demikian kerana semua bidang
pekerjaan memerlukan modal insan yang menguasai teknologi maklumat. Keluarga
yang bahagia akan memberi pendedahan yang secukupnya kepada ahli keluarga agar
setiap orang dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain
dalam menghadapi cabaran global. Sebagai contohnya, keluarga yang bahagia akan
membeli sekurang-kurangnya sebuah komputer beraplikasikan Internet di rumah
bagi membiasakan ahli keluarga dengan dunia siber. Di samping itu, ibu bapa
pula akan menerangkan kepada anak-anak baik buruk penggunaan Internet agar
mereka menguasai teknologi tersebut dengan jiwa yang bersih. Oleh itu, jelaslah
bahawa penguasaan teknologi maklumat oleh warganegara Malaysia hasil daripada
penjanaan yang dilakukan oleh keluarga bahagia mampu memacu kemajuan negara.
Keluarga bahagia ialah keluarga yang mendapat kasih sayang seterusnya menjadi
tonggak untuk memajukan negara. Kasih sayang sangat penting dalam kehidupan
manusia. Keluarga merupakan tempat pertama bagi anak-anak mendapat kasih
sayang. Tanpa kasih sayang, seseorang akan menjadi ekstrovert思想开放者dan
tiada kestabilan emosi. Jika orang yang tidak mendapat kasih sayang diberi peluang
memimpin sesebuah organisasi kerajaan, berkemungkinan dia gagal untuk
melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Sebagai contohnya, seseorang yang tidak
mendapat kasih sayang tidak akan dapat bertolak ansur dengan orang lain ketika
bekerja. Hal ini demikian akan mewujudkan suasana tegang ketika bekerja.
Keluarga bahagia yang memberi kasiih sayang kepada anak-anak menyebabkan
anak-anak membesar dan mencapai keseimbangan dari segi kognitif dan emosi.
Suasana kerja yang baik akan menyebabkan peningkatan produktiviti dan memajukan
negara. Tuntasnya, keluarga yang memberi kasih sayang kepada anak-anak
merupakan keluarga bahagia yang menjadi tonggak kemajuan negara.
Guru-guru
dan rakan-rakan yarig dihormati,
Sejak zaman dahulu lagi, keluarga memainkan peranan paling dominan dalam
memajukan negara. Setiap orang yang berjaya hari ini, semestinya bertitik tolak
daripada keluarga bahagia. Sebaliknya, orang yang gagal pula kebiasaannya
berasal daripada latar belakang keluarga yang porak- poranda. Atas kesedaran
itulah kerajaan Malaysia yang prihatin telah mewujudkan Kementerian Wanita,
Keluarga, dan Masyarakat bagi menjaga kepentingan keluarga secara
keseluruhan di Malaysia. Kewujudan kementerian ini juga bagi melatih setiap
keluarga agar memainkan peranan lebih efisien ke arah merealisasikan keluarga
bahagia. Kerajaan sangat memerlukan keluarga bahagia dalam usaha bagi memacu
kemajuan negara. Tanpa keluarga yang bahagia, kemajuan negara akan terencat
dari pelbagai kekangan akan timbul. Kesimpulannya, berdasarkan huraian-huaraian
yang telah diberikan jelaslah bahawa keluarga bahagia merupakan tonggak
kemajuan negara sejak dulu, kini, dan selama-lamanya.
Sekian,
terima kasih.
No comments:
Post a Comment