1B. Langkah2 memupuk perpaduan kaum
Perpaduan merupakan ikatan hati
setiap ahli masyarakat yang hidup bersama di sesuatu tempat. Mantan Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir pernah mengatakan bahawa perpaduan merupakan matlamat
utama bagi setiap dasar kerajaan kerana tanpa perpaduan semua perkara tidak
akan bernilai. Sejak zaman-berzaman, masyarakat di negara ini menjadikan
perpaduan sebagai perkara paling penting dalam kehidupan mereka. Kemerdekaan
yang kita capai juga bertitik tolak daripada kesanggupan pemimpin pelbagai kaum
untuk bersatu. Kini, masyarakat semakin prihatin berkaitan isu-isu perpaduan.
Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia, perpaduan merupakan tunjang utama
ke arah kelangsungan kecemerlangan negara. Sebagai persoalannya, apakah
langkah- langkah bagi memupuk perpaduan dalam masyarakat majmuk?
Pendidikan asas daripada ibu bapa tentang
kepentingan perpaduan merupakan langkah awal yang perlu dilakukan bagi
memahamkan anak-anak tentang kepentingan perpaduan dalam masyarakat. Ibu bapa
perlu memberikan kesedaran kepada anak-anak sama ada secara langsung atau tidak
langsung tentang kepentingan perpaduan dalam masyarakat majmuk. Hal ini
dikatakan demikian supaya anak-anak akan membesar sebagai ahli masyarakat yang
dapat menghayati erti perpaduan sebenar. Sebagai contohnya ibu bapa boleh
menerapkan nilai-nilai perpaduan ketika berbual-bual dengan anak-anak atau ahli
keluarga yang lain. Oleh Itu, ibu bapa tidak boleh sama sekali mengabaikan
penerapan nilai perpaduan ketika mendidik anak-anak kerana keutuhan masyarakat
pada masa depan bermula dari rumah.
Sikap tolak ansur perlu diamalkan oleh setiap ahli
masyarakat bagi memupuk perpaduan antara kaum. Tanpa sikap ini,
kehidupan masyarakat akan menjadi tegang dan penuh prasangka. Ahli masyarakat
perlu bersikap terbuka dan berlapang dada sepanjang masa demi kebaikan bersama.
Sikap saling bermaafan antara ahli masyarakat merupakan contoh terbaik dalam
pengamalan nilai tolak ansur. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing perlu dijauhi oleh masyarakat bagi merealisasikan
perpaduan. Setiap ahli masyarakat perlu mengutamakan orang lain melebihi diri
sendiri supaya dapat menyerlahkan nilai kasih sayang dalam masyarakat. Jadi,
ternyatalah bahawa setiap ahli masyarakat perlu mengutamakan kepentingan
bersama dan bertolak ansur dalam melayari kehidupan demi perpaduan masyarakat.
Semua pihak perlu memahami adat resam dan kepercayaan kaum
lain bagi memupuk perpaduan kaum. Sekolah memainkan peranan untuk menerapkan
maklumat berkaitan adat resam dan kepercayaan kaum melalui mata pelajaran
tertentu. Dengan cara ini, pelajar akan memahami sebab sesuatu kaum melakukan
sesuatu perkara dan salah sangka terhadap kaum lain akan berakhir. Sebagai
contohnya, masyarakat bukan Islam perlu
memahami bahawa orang Islam sangat sensitif berkaitan khinzir dan masyarakat
bukan beragama Hindu pula perlu memahami bahawa masyarakat beragama Hindu agak
sensitif tentang daging lembu. Oleh itu, jelaslah bahawa dalam usaha memupuk
perpaduan kaum, semua pihak perlu memahami adat resam dan kepercayaan
masyarakat majmuk.

Kempen kesedaran tentang kepentingan perpaduan
kaum perlu diadakan sepanjang masa oleh kerajaan bagi memupuk perpaduan kaum.
Kempen yang diadakan oleh kerajaan tidak boleh dilakukan seperti hangat-hangat
tahi ayam semata-mata. Kesungguhan dalam menyatakan kepentingan perpaduan perlu
ditunjukkan oleh kerajaan supaya rakyat dapat menjiwai mesej yang ingin
disampaikan. Sebagai contohnya, kerajaan perlu menggunakan saluran media
elektronik, media cetak atau media sosial untuk memaparkan mesej tentang
kepentingan perpaduan secara konsisten. Pemimpin yang menyampaikan ucapan di
mana-mana majlis perlu menjadikan perpaduan sebagai mauduk. Oleh itu, sudah
terang lagikan bersuluh, kempen kesedaran perpaduan merupakan pendekatan yang
sangat relevan untuk memastikan kesedaran orang ramai tentang kepentingan
perpaduan kaum.
Berdasarkan huraian-huraian
tersebut, ternyatalah bahawa semua pihak memainkan peranan penting bagi
merealisasikan hasrat murni ini. Langkah-langkah ini perlu diamalkan secara
kolektif seperti kata orang tua-tua, ke bukit sama-sama didaki, ke lurah
sama-sama dituruni. Perpaduan umpama sebuah kapal yang sempurna dan dapat
menyelamatkan semua penumpang manakala perpecahan umpama sebuah kapal bocor
yang akan menenggelamkan semua penumpang. Kerajaan dan rakyat sama-sama
berharap agar perpaduan yang dipupuk sejak awal kemerdekaan dapat diteruskan
sampai bila-bila. Tanpa perpaduan utuh seperti yang telah ditunjukkan oleh
pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu, usaha bagi mengisi kemerdekaan akan tergendala.
Kesimpulannya, kemerdekaan tidak akan bererti sekiranya negara berada dalam
keadaan huru-hara.
(Suatu ketika dahulu semangat
kejiranan menjadi sebahagian daripada budaya hidup dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum di negara kita tetapi kini amalan murni ini semakin terhakis. Bincangkan)
Semangat kejiranan sangat penting
dalam kehidupan seharian. Masyarakat zaman dahulu mengiktiraf jiran sebagai darah
daging mereka sendiri. Segala susah senang dikongsi bersama-sama. Mereka akan
bantu-membantu tanpa sedikit pun perasaan dengki atau iri hati. Jika kita menyaksikan
corak kehidupan masyarakat pada zaman dahulu, kita akan sukar untuk meneka sama
ada mereka hanyalah jiran atau adik-beradik kerana hubungan mereka terlalu
akrab. Masyarakat zaman sekarang pula lebih mementingkan keluarga sendiri dan
pekerjaan sahaja tanpa mempedulikan jiran tetangga. Kehidupan masyarakat
sekarang umpama enau di dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing.
Sebagai persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan
penghayatan semangat kejiranan antara kedua-dua masyarakat ini?
Masyarakat zaman dahulu sentiasa
menghayati agama secara bersungguh-sungguh termasuklah soal semangat kejiranan.
Mereka sentiasa menegur dan membantu antara satu sama lain. Agama yang
dipelajari menyebabkan mereka tidak pernah bersikap bagai enau di dalam belukar
melepaskan pucuk masing- masing. Mereka tidak mementingkan diri sendiri malah
mengutamakan jiran yang tiada kaitan adik-beradik dengan mereka. Mereka
mengamalkan semangat kejiranan secara ikhlas kerana amalan tersebut merupakan
tuntutan agama. Sebagai contohnya, masyarakat zaman dahulu sentiasa cakna akan
jiran mereka walaupun berbeza budaya dan agama. Oleh itu, ternyatalah bahawa
pendidikan agama yang dipelajari oleh masyarakat zaman dahulu menyebabkan
semangat kejiranan dapat dihayati oleh mereka dengan begitu baik.
Masyarakat
zaman dahulu dapat menghayati semangat kejiranan kerana mereka mempunyai banyak
masa terluang. Kebanyakan ahli masyarakat hanya bekerja separuh hari. Bagi
mereka yang bekerja sebagai petani, waktu yang diperlukan hanyalah beberapa jam
sahaja. Waktu yang selebihnya digunakan untuk menyantuni jiran. Bagi wanita
pula, mereka mempunyai masa untuk memasak dan menghulurkan sedikit makanan
kepada jiran. Masa terluang akan digunakan oleh golongan wanita untuk bertanya
khabar. Sebagai contohnya, pada waktu petang masyarakat akan berkumpul di suatu
tempat untuk berbual-bual atau melakukan apa-apa aktiviti bersama-sama. Jadi,
ternyatalah bahawa kelapangan masa yang dimiliki masyarakat zaman dahulu
memungkinkan mereka dapat menghayati semangat kejiranan dengan baik.
Kedudukan
rumah yang tidak dipisahkan oleh tembok juga menyebabkan masyarakat zaman
dahulu dapat menghayati semangat kejiranan. Kedudukan rumah pada zaman dahulu
seolah-olah tiada sempadan dengan rumah di sebelahnya. Semangat saling
menyayangi dan menghormati wujud dalam masyarakat ketika itu kerana tiada pagar
yang memisahkan mereka. Mereka seolah-olah saling memiliki kawasan rumah. Bukan
sahaja kawasan rumah mereka disatukan malah hati mereka juga bersatu. Sebagai
contohnya, rumah-rumah di kampung yang tidak berpagar menyebabkan jiran-jiran
dapat bertegur sapa dan berkunjung sesama jiran pada bila-bila masa sahaja.
Oleh itu, struktur pembinaan rumah pada zaman dahulu merupakan salah satu punca
masyarakat zaman dahulu lebih menghayati semangat kejiranan.
Masyarakat
zaman sekarang terlalu materialistik menyebabkan mereka gagal menghayati
semangat kejiranan yang sebenar. Kebanyakan masyarakat sekarang keluar rumah
pada awal pagi dan balik pada waktu malam menyebabkan mereka tidak mengenali Jiran.
Anak-anak mereka yang dihantar ke rumah pengasuh berasa kekok untuk berinteraksi
dengan jiran sendiri. Bagi mereka, setiap perkara yang ingin dilakukan perlu
dikira untung rugi terlebih dahulu. Sebagai contohnya, masyarakat sekarang
asyik memikirkan cara untuk mengumpul kekayaan dan tiada sedikit pun perasaan
untuk memikirkan keperluan jiran. Jadi, sudah terang lagikan bersuluh bahawa
sikap materialistik yang wujud dalam diri masyarakat sekarang menyebabkan
mereka tidak dapat menghayati semangat kejiranan seperti masyarakat terdahulu.
Keadaan
di luar rumah yang selalu dianggap berbahaya menyukarkan masyarakat sekarang
untuk membenarkan anak-anak bergaul dengan masyarakat sekeliling. Berita yang
dipaparkan berkaitan penculikan kanak-kanak dan sebagainya menambahkan
kegusaran masyarakat. Mereka telah hilang kepercayaan antara satu sama lain.
Hal ini demikian menyebabkan anak-anak membesar sebagai masyarakat yang tidak
mengenali jiran lantas tidak mampu menghayati semangat kejiranan. Sebagai
contohnya, anak-anak zaman sekarang berasa takut apabila didekati orang yang
tidak dikenali sedangkan orang tersebut ialah jirannya sendiri. Jadi, jelaslah
bahawa keadaan sekarang yang dikatakan bahaya menyebabkan anak-anak terdidik
untuk tidak mengenali jiran dan terus membesar sebagai masyarakat yang tidak
menghayati semangat kejiranan.
Berdasarkan
perbandingan yang telah dinyatakan, terbuktilah bahawa terdapat perbezaan besar
antara masyarakat zaman dahulu dengan masyarakat sekarang dalam aspek
penghayatan semangat kejiranan. Pelbagai prakarsa perlu dilaksanakan oleh pihak-pihak
berautoriti untuk memastikan semangat kejiranan tidak terus luntur dalam
kehidupan masyarakat. Pemimpin masyarakat juga perlu menyusun program khas bagi
memastikan semangat kejiranan terus terpelihara dalam masyarakat zaman sekarang
supaya mereka dapat hidup bagi aur dengan tebing. Media massa yang canggih
sekarang diharap dapat digunakan untuk meningkatkan kualiti semangat kejiranan.
Hal ini dikatakan demikian kerana semangat kejiranan merupakan asas kemajuan
sesebuah negara. Sesungguhnya penghayatan semangat kejiranan merupakan tunjang
utama keutuhan masyarakat dan negara.
3B. Kerjaya
seseorang perlu ditentukan oleh ibu bapa. Bahaskan.
Setiap
orang ingin mempunyai kerjaya sendiri. Perkara terpenting dalam memilih kerjaya
ialah gaji lumayan. Ibu bapa pula ingin melihat anak-anak bekerjaya
profesional. Jika kita bertanya murid-murid sekolah sekarang tentang cita-cita,
kebanyakan daripada mereka akan menjawab bahawa mereka ingin menjadi doktor.
Jawapan ini mungkin disebabkan oleh pengalaman sedia ada mereka yang pernah
melihat kehebatan doktor yang sedang bertugas di hospital. Ada juga murid-murid
sekolah bercita-cita untuk menjadi guru disebabkan oleh ibu bapa mereka
merupakan guru. Aktual, ibu bapa sendiri meletakkan harapan tinggi terhadap anak
mereka supaya menjadi seperti yang dikehendaki mereka. Sebagai persoalannya, wajarkah
kerjaya seseorang perlu ditentukan oleh ibu bapa?
Kerjaya
seseorang wajar ditentukan oleh ibu bapa kerana ibu bapa makan garam
terlebih dahulu daripada anak-anak. Ibu bapa lebih memahami pahit getir
kehidupan berbanding dengan anak-anak. Pengalaman hidup ibu bapa yang banyak
dapat dijadikan panduan kepada anak-anak untuk menentukan kerjaya masa depan.
Ibu bapa juga dapat memberi dorongan kepada anak-anak ke arah kecenderungan
minat anak-anak. Sebagai contohnya, jika anak-anak didapati amat berminat akan
haiwan peliharaan seperti kucing atau arnab, ibu bapa boleh menghalakan
pendidikan anak-anak dalam bidang perubatan haiwan atau perniagaan haiwan. Oleh
itu, sewajarnya anak-anak menurut cakap ibu bapa dalam menentukan kerjaya
kerana faktor pengalaman luas yang dimiliki oleh mereka.
Kerjaya
anak-anak wajar ditentukan oleh ibu bapa kerana mereka berakal panjang
berbanding anak-anak. Ibu bapa mempunyai visi dan misi berkaitan sesuatu
kerjaya demi masa depan anak-anak. Sebagai orang tua, ibu bapa dapat berfikir
jauh ke depan dalam menentukan kerjaya anak-anak. Ibu bapa bukan hanya berfikir
kerjaya anak-anak untuk tempoh setahun dua malah mereka berfikir untuk
menentukan masa depan anak mereka sehingga anak-anak mereka berada pada usia
tua. Sebagai contohnya, ibu bapa mahukan anak mereka bekerja di sektor awam
kerana perkhidmatan kerajaan menjanjikan kesenangan sehingga selepas seseorang
bersara. Oleh itu, ibu bapa wajar menentukan kerjaya anak-anak kerana
kebijaksanaan mereka membuat keputusan.
Selain
itu, ibu bapa juga perlu menentukan kerjaya anak-anak kerana merekalah insan
paling jujur dalam kehidupan anak-anak. Semua ibu bapa ingin melihat
anak-anaknya senang dan bahagia pada masa depan. Oleh itu, setiap kehendak ibu
bapa berkaitan kerjaya anak-anak mesti didahului dengan kajian yang mendalam
terlebih dahulu. Ibu bapa memelihara, menjaga, dan mendidik anak-anak sejak
kecil dan mereka sangat mengetahui keupayaan anak-anak mereka, Sebagai
contohnya, dalam menentukan kerjaya anak-anak, mereka sendiri akan menganalisis
keupayaan anak-anak mereka agar bersesuaian dengan kerjaya yang dipilih. Oleh
sebab itu, anak-anak tidak perlu meragui ketetapan kerjaya oleh ibu bapa kerana
mereka sangat jujur dalam kehidupan anak-anak.
Ibu
bapa wajar menentukan kerjaya anak-anak kerana anak-anak terlalu muda untuk
membuat sesuatu keputusan berkaitan kerjaya. Anak-anak tidak pernah
mengetahui prospek masa depan bagi sesuatu kerjaya. Mereka memilih kerjaya
berdasarkan minat secara rambang semata-mata. Mereka sendiri tidak mengetahui
sama ada mereka betul-betul berminat akan sesuatu kerjaya atau sekadar
terikut-ikut rakan. Sebagai contohnya, terdapat 28 peratus pekerja memberi
alasan tidak meminati kerjaya yang dipilih sebagai punca kemerosotan prestasi
kerja. Lantaran kurang pengalaman, anak-anak hanya memilih kerjaya berdasarkan
mata kasar sahaja tanpa berfikir panjang. Jadi, ternyatalah bahawa pemilihan
kerjaya sewajarnya ditentukan oleh ibu bapa kerana
anak-anak terlalu muda untuk membuat
keputusan.
Ibu
bapa perlu menentukan kerjaya anak-anak kerana anak-anak belum mempunyai
konsistensi dalam membuat sesuatu keputusan. Kadang-kadang keputusan untuk
menentukan kerjaya diubah-ubah oleh mereka sendiri. Sebagai contohnya, pada
awalnya mereka berminat untuk mempelajari bidang perubatan tetapi mereka
menukar haluan pada tahun akhir pengajian. Hal ini akan menyebabkan usaha ke arah tercapainya
matlamat kerjaya terbantut di pertengahan jalan. Oleh sebab itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mewajibkan ujian psikometrik terhadap murid tingkatan
tiga supaya ibu bapa dapat melihat kecenderungan anak-anak seterusnya
menentukan kerjaya anak-anak mereka. Jadi, ternyatalah bahawa ibu bapa wajar
menentukan kerjaya anak-anak kerana anak-anak tiada ketekalan dalam membuat
sesuatu keputusan.

Kesihatan
merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan saya. Jika saya tidak
sihat, bermakna saya bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah saya juga akan
menyusahkan keluarga dan rakan-rakan saya. Apabila saya tidak sihat, pelajaran
saya juga akan terganggu dan menyebabkan saya terpaksa mengulang kaji pelajaran
yang tertinggal. Pepatah Inggeris pernah disebut bahawa mencegah lebih baik
daripada merawat. Peribahasa ini menggambarkan bahawa kita perlu menjaga
kesihatan bagi mengelak penyakit yang memaksa kita mendapatkan rawatan.
Kesihatan saya maksudkan sebagai keselesaan diri saya sama ada dari segi
fizikal, mental atau spiritual. Sebagai persoalannya, apakah usaha-usaha yang
saya lakukan untuk mengekalkan tahap kesihatan saya?
Saya
menjaga kesihatan dengan cara bersenam setiap hari. Bersenam bagalkan rutin
harian yang penting bagi saya. Saya mengkhususkan masa selama sejam
sehari untuk bersenam. Ketika mula-mula saya cuba bersenam, saya terasa amat
malas dan sentiasa memberi alasan tetapi lama-kelamaan perasaan itu hilang
setelah saya cuba berkali-kali. Orang tua-tua pernah berkata bahawa alah
bisa tegal biasa. Kini, saya akan berasa kehilangan sesuatu jika tidak
bersenam. Kehadiran saya ke gimnasium pada setiap petang untuk menggunakan
kemudahan seperti mesin joging merupakan contoh kesungguhan saya untuk
mengekalkan kesihatan badan. Oleh itu, ternyatalah bahawa senaman setiap hari
merupakan salah satu cara saya mengekalkan tahap kesihatan saya.
Selain
bersenam, saya juga sentiasa menjaga pemakanan untuk mengekalkan tahap kesihatan
saya. Saya mematuhi piramid makanan seperti yang dinasinati oleh pakar-pakar
pemakanan. Saya selalu makan sayur dalam kuantiti yang banyak supaya proses
pencernaan menjadi mudah. Antara sayur yang sangat saya suka ialah bayam,
kubis, dan sawi. Saya juga mengambil ulam-ulaman bersama-sama hidangan saya.
Saya sentiasa mengawasi cara pemakanan supaya saya tidak makan makanan yang
akan menjejaskan kesihatan saya. Sebagai contohnya, ketika saya menghadiri
kenduri yang dlhidangkan makanan berlemak, saya hanya akan makan buah-buahan
dan sayuran. Jadi, ternyatalah bahawa menjaga pemakanan merupakan langkah yang
baik bagi saya untuk mengekalkan tahap kesihatan.
Saya
sentiasa memastikan rehat yang mencukupi setiap hari bagi mengekalkan tahap
kesihatan saya. Waktu rehat yang munasabah sangat penting supaya saya sentiasa
cergas dan bertenaga. Jika saya menggunakan tenaga secara maksimum tanpa memikirkan
keperluan rehat, badan saya akan menjadi lemah dan menjejaskan kesihatan saya.
Sebagai contohnya, saya akan tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari supaya badan
sentiasa segar. Bagi saya, tidur dan rehat yang cukup merupakan asas kecergasan
diri dan kecerdasan akal saya. Saya akan berasa kurang bertenaga dan malas jlka
tidak cukup tidur, Oleh itu, ternyatalah bahawa rehat yang cukup merupakan antara
kaedah yang tepat untuk mengekalkan tahap kesihatan saya.
Selain
kesihatan fizikal, saya juga sentiasa menjaga kesihatan mental dalam usaha
untuk mengekalkan tahap kesihatan. Saya sentiasa bertenang dan berfikiran
positif. Para fuqaha回教法律或教义专家berkata bahawa
amalan secara tergopoh-gapah dan bersangka buruk terhadap orang lain merupakan
amalan syaitan. Untuk mengekalkan ketenangan dalam diri saya mengamalkan nilai
sabar dan bertolak ansur. Sebagai contohnya. saya akar senyum dan memikirkan
secara positif apabila mendapat sesuatu
berita yang tiada kesahihan seperti fitnah terhadap saya atau sebagainya. Pada
hemat saya, kesihatan mental sebenarnya yang menyebabkan mental saya kuat untuk
menghadapi kehidupan yang mencabar. Oleh itu, saya perlu menjaga kesihatan
mental bagi memastikan tahap kesihatan saya kekal.
Sebagai
muslim yang baik, saya sentiasa mematuhi perintah Tuhan supaya dapat
mengekalkan tahap kesihatan. Bagi saya, ketaatan akan perintah Allah merupakan
asas ketenangan dalam kehidupan dan ketenangan pula merupakan teras kesihatan
dalaman bagi seseorang. Jika saya taat akan Allah, tempat yang sempit dirasakan
luas, suasana kelam-kabut dirasakan hening, dan kesihatan saya juga akan
terpelihara. Sebagai contoh ketaatan, saya bukan sahaja akan menunaikan solat
fardu lima kali sehari malah saya juga akan menunaikan solat sunat secara
konsisten serta berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis. Oleh itu, saya
berkeyakinan bahawa ketaatan akan perintah Tuhan merupakan momen penting untuk
mengekalkan tahap kesihatan saya.
Para
cendekiawan selalu berkata bahawa kita hanya berusaha tetapi Allah yang
menentukan segala-galanya. Berdasarkan cara-cara saya mengekalkan tahap
kesihatan seperti yang dihuraikan, temyatalah bahawa penjagaan kesihatan
merupakan iltizam setiap individu. Penjagaan kesihatan bukan untuk diri sendiri
sahaja malah penting untuk ahli keluarga dan masyarakat sekeliling. Saya akan
terus menjaga kesihatan kerana saya memahami bahawa keuzuran akan menyukarkan
pelbagai pihak. Saya menyeru rakan-rakan dan masyarakat agar menjaga kesihatan
masing-masing demi kebaikan bersama. Saya berharap agar kesihatan saya akan
kekal pada tahap yang baik sehingga ke akhir hayat. Sebagai kesimpulannya,
hargailah kesihatan kerana tanpa kesihatan yang baik, wang berjuta akan hilang
nlainya.
5B. Persediaan
yang perlu dilakukan oleh remaja untuk mengharungi kehidupan yang sangat
mencabar
Remaja
merupakan golongan insan yang berusia antara 13 hingga 21 tahun. Hampir separuh
daripada penduduk Malaysia terdiri daripada remaja. Kebanyakan remaja masih di
bangku sekolah atau pusat -pusat pengajian tinggi. Ahli psikologi mengatakan
bahawa usia remaja merupakan detik paling bergelora dalam kehidupan seseorang.
Pembentukan peribadi dalam aspek jati diri dan sebagainya perlu dilakukan
ketika remaja. Pada zaman dahulu, remaja diberi peranan penting dalam aktiviti
kemasyarakatan sebagai tanda pengiktirafan terhadap golongan ini. Kini, remaja
sentiasa diberi perhatian oleh pelbagai pihak terutamanya Kementerian Belia dan
Sukan. Sebagai persoalannya, apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja
untuk mengharungi kehidupan yang sangat mencabar ini?
Remaja
perlu menyediakan diri dengan ilmu pengetahuan untuk mengharungi cabaran
kehidupan yang sangat mencabar ini. Ilmu bukan hanya melibatkan duniawi
semata-mata tetapi yang lebih penting ialah ilmu ukhrawi. Ilmu duniawi penting
untuk meneruskan kehidupan secara fizikal manakala ilmu ukhrawi penting untuk
spiritual remaja. Kekuatan dalaman sebenarnya datang daripada ilmu ukhrawi.
Ilmu duniawi juga perlu dicari demi kesejahteraan diri, keluarga, dan
masyarakat. Sebagai contohnya, remaja perlu mempunyai ilmu agama agar dapat
melindungi diri daripada sebarang ancaman buruk dalam kehidupan. Oleh itu,
ternyatalah bahawa ilmu pengetahuan terutamanya ilmu agama merupakan asas panting
dalam diri remaja untuk mengharungi kehidupan yang sangat getir ini.
Remaja
juga perlu menyediakan diri dengan kemahiran untuk mengharungi kehidupan
yang sangat mencabar ini. Berdasarkan pasaran buruh semasa, orang yang
mempunyai kemahiran istimewa akan berpeluang besar untuk mendapatkan pekerjaan
dengan gaji lumayan. Dengan adanya kemahiran tinggi dalam sesuatu bidang, remaja akan mempunyai
keyakinan diri yang tinggi dan tidak berasa gentar untuk berhadapan dengan pelbagai
cabaran. Antara contoh kemahiran yang perlu dikuasai oleh reniaja ialah
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Kemahiran ini penting bagi remaja
supaya mereka dapat bersaing pada peringkat global. Oleh itu. ternyatalah
bahawa dalam usaha untuk mengharungi kehidupan yang rencam dan mencabar, remaja
perlu melengkapkan diri dengan kemahiran.
Persediaan
lain yang perlu dilakukan oleh remaja ialah pengamalan sahsiah yang terpuji
untuk mengharungi kehidupan yang mencabar ini. Antara sahsiah terpuji ialah
kerjasama dan hormat-menghormati antara ahli masyarakat. Kedua-dua perkara ini
sangat penting dalam kehidupan kerana masyarakat sangat memerlukan sokongan kuat antara satu
sama lain ke arah peningkatan kualiti kehidupan. Peribahasa Melayu yang sering
disebut iaitu “bagai aur dengan tebing” bersesuaian dengan kehidupan masyarakat.
Pengamalan nilal-nilai murni secara konsisten merupakan contoh sahsiah terpuji
yang boleh diamalkan oleh remaja dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan.
Jadi, pengamalan nilai-nilai murni perlu diimplementasikan dalam diri setiap
remaja supaya mereka dapat mengharungi kehidupan yang mencabar.
Nilai-nilai
keinsanan merupakan perkara yang perlu disediakan oleh remaja dalam diri
mereka bagi mengharungi kehidupan yang mencabar. Nilai keinsanan ialah
keupayaan remaja memahami permasalahan orang lain dengan hasrat untuk sama-sama
menjalani kehidupan yang lebih baik. Sebagai contohnya, nilai keinsanan seperti
empati perlu ada dalam diri remaja kerana dalam mengharungi kehidupan yang mencabar,
seseorang perlu memahami masalah yang ditanggung oleh orang lain bagi
memastikan diri sendiri dan semua orang mendapat ketenangan. Oleh itu, jelas
dan nyatalah bahawa nilai-nilai keinsanan yang diamalkan merupakan antara
perkara yang perlu ada dalam diri remaja supaya mereka lebih memahami orang
lain dan tidak hanya mementingkan diri sendiri.
Perkara
amat penting yang perlu disediakan oleh remaja bagi mengharungi kehidupan yang
amat mencabar ialah kewangan. Walaupun wang bukanlah segala-galanya dalam
kehidupan tetapi segala-galanya memerlukan wang dalam dunia yang amat mencabar
ini. Remaja perlu mengelakkan diri daripada sikap suka meminta-minta tanpa
berusaha sendiri. Sikap sedemikian menyebabkan remaja sukar menjalani kehidupan
yang mencabar. Sebagai contohnya, sekurang-kurangnya remaja perlu mempunyai
sumber kewangan melalui kerja makan gaji atau kerja sendiri tetapi
berpendapatan tetap. Aspek kewangan tidak boleh diabaikan oleh remaja kerana
tanpa wang, kehidupan akan menjadi amat sukar. Jadi, bagi memastikan kejayaan
dalam mengharungi kehidupan yang mencabar, kewangan merupakan faktor yang amat
penting.
Berdasarkan
huraian berkaitan persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja dalam mengharungi
kehidupan yang mencabar ini, jelaslah bahawa remaja perlu membuat persediaan
ini sejak awal. Remaja tidak boleh menunggu sehingga kesuntukan masa kerana
masa umpama emas bagi mereka. Konsep sedikit- sedikit lama-lama jadi bukit
perlu dihayati oleh remaja. Orang-orang dewasa perlu memberi bimbingan kepada
remaja dalam mengharungi kehidupan. Remaja mengharapkan masyarakat tidak hanya
melihat kesalahan sebaliknya melihat kekuatan yang dimiliki oleh mereka.
Masyarakat diseru supaya memahami kehidupan remaja agar teguran yang diberi
tidak menyinggung perasaan mereka. Sebagai kesimpulannya, persediaan awal perlu
dilakukan oleh remaja kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian
tiada gunanya.
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara
Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu
(Ingatlah remaja semua)
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara
Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu
(Ingatlah remaja semua)
Lirik
nasyid Unic ‘Remaja’ menerangkan betapa pentingnya pembentukan keperibadian
seseorang remaja mestilah bermula dari usia seawal lagi. Remaja lalah golongan
insan yang berusia antara tiga belas hingga dua puluh satu tahuh. Kebanyakan
remaja masih di bangku sekolah atau sedang melanjutkan pelajaran di pusat
pengajian tinggi. Zaman remaja merupakan masa yang paling penting dan genting
dalam kehidupan seseorang. Segala perilaku dan tabiat seseorang ketika remaja
melambangkan sifat sebenar mereka ketika dewasa. Sejak zaman dahulu lagi remaja
telah diberi peranan yang penting dalam masyarakat. Oleh itu, ibu bapa sangat
berperanan penting dalam kehldupan remaja ke arah keperibadian anak-anak yang
baik. Sebagai persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh Ibu bapa
terhadap anak-anak remaja mereka ke arah pembentukan peribadi mulia?
Ibu
bapa perlu berperanan sebagai mursyid ke arah pembentukan keperibadian remaja
yang baik. Mursyid ialah guru yang mendidik dengan penuh sabar. Ibu bapa perlu
melakukan peranan ini tanpa jemu dan secara konsisten sehingga matlamat tercapai.
Ibu bapa perlu mendalami jiwa anak-anak remaja supaya proses pendidikan menjadi
lebih mudah. Syaidina Umar pernah berkata bahawa proses pendidikan mestilah
bersesuaian dengan zaman semasa. Sebagai contohnya, ibu bapa perlu menguasai
teknologi maklumat supaya peranan mursyid yang dilaksanakan melalui kecanggihan
teknologi maklumat menjadi lebih efektif. Jadi, peranan mursyid yang dilaksanakan
oleh ibu bapa mampu menjadi mangkin ke arah pembentukan peribadi mulia dalam
diri anak- anak remaja.
Selain
itu, ibu bapa juga perlu berperanan sebagai kaunselor dalam usaha untuk
membentuk keperibadian remaja. Mereka perlu menasihati remaja agar istiqamah
dalam melakukan amalan yang baik. Sebagai kaunselor, ibu bapa perlu melihat
keperluan anak-anak dari segenap aspek. Keperluan fizikal dan pendidikan
merupakan aspek yang perlu diberi prioriti dalam kehidupan remaja. Sebagai
contohnya, ibu bapa perlu merancang masa depan anak-anak dalam bidang pendidikan
dan kerjaya. Peranan yang dilakukan oleh ibu bapa adalah sama dengan peranan
yang dimainkan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Jadi ternyatalah, jika ibu
bapa memainkan peranan sebagai kaunselor dengan baik, tentulah keperibadian
anak-anak remaja juga akan menjadi baik.
Ibu
bapa juga perlu berperanan sebagai rakan baik anak-anak dalam usaha untuk
membentuk keperibadian remaja. Remaja kebiasaannya akan menurut cakap rakan
atau sesiapa sahaja yang memahami perasaan mereka. Rakan balk yang dimaksudkan
dalam konteks pendidikan anak-anak ialah pemahaman ibu bapa berkaitan minat,
kecenderungan, dan cita-cita anak-anak. Tindakan ibu bapa memenuhi tuntutan
anak-anak remaja berkaitan minat mereka merupakan salah satu contoh peranan
sebagai rakan baik anak-anak yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Ibu bapa boleh
berada bersama-sama anak remaja mereka untuk menunjukkan perkongsian minat yang
sama. Jadi, dengan berperanan sebagai rakan baik anak-anak, mudahlah ibu bapa
untuk membentuk keperibadian anak- anak remaja mereka.
Ibu
bapa perlu berperanan sebagai teladan hasanah bagi membentuk keperibadian
anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh keperibadian yang baik agar
dapat dicontohi oleh remaja. Ibu bapa tidak boleh menjadi seperti ketam yang
mengajar anak berjalan betul. Sebarang perlakuan buruk yang ditunjukkan oleh
ibu bapa akan mendatangkan impak negatif kepada anak-anak. Sebagai contohnya,
ibu bapa perlu beramal dengan apa-apa yang dicakapkan oleh mereka kepada
anak-anak kerana anak-anak sentiasa memerhatikan mereka. Ulama pernah
berkata bahawa dakwah yang paling berkesan ialah dakwah yang ditunjukkan
melalui tingkah laku. Oleh itu, ibu bapa perlulah menunjukkan teladan yang
baik dalam usaha untuk membentuk keperibadian anak-anak remaja.
Selain
itu, untuk membentuk keperibadian remaja yang baik, Ibu bapa perlu berperanan
sebagai penguat kuasa undang-undang. Hal ini demikian bermakna ibu bapa perlu
menetapkan peraturan di rumah agar dipatuhi oleh anak-anak remaja dari semasa
ke semasa. Peraturan yang dimaksudkan itu mestilah difahami dan disetujui oleh
anak-anak. Peraturan itu juga janganlah terlalu ketat atau terlalu longgar
kerana masih dalam proses pembelajaran. Sebagai contohnya, ibu bapa perlu mengambil
tindakan disiplin secara ringan terhadap anak-anak jika mereka melakukan kesalahan
yang bertepatan dengan peraturan yang telah disetujui bersama. Oleh itu,
peranan sebagai penguat kuasa undang-undang merupakan peranan yang efisien
dalam pembentukan keperibadian anak-anak remaja

7B. kini,
remaja melalui proses sosialisasi secara maya. Keadaan ini boieh menyebabkan
mereka terdedah kepada gejala negatif. Bincangkan langkah-langkah yang perlu
dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak bagi mengelakkan gejala negatif Ini.
Idea 1 - Ibu bapa sendiri
hendaklah memiliki pengetahuan dan ilmu yang mencukupi tentang teknologi
maklumat.
-untuk mengimbangi
pengetahuan anak-anak yang begitu pantas sejajar dengan perkembangan dunia ICT.
-dapat berkongsi
pengetahuan dengan anak-anak dan menentukan aspek yang positif sahaja dimuat
turun.
Idea 2 - melaksanakan
peraturan dan tatacara yang tegas tentang penggunaan internet kepada anak-anak.
-ibu bapa
tidak boleh menyerahkan bulat-bulat kepada anak-anak untuk mengakses apa-apa
sahaja
-memastikan anak-anak
patuh dan faham tentang maksud penggunaan komputer untuk tujuan positif sahaja.
Idea 3 - ibu bapa sendiri
hendaklah memaparkan tingkah laku yang baik terhadap anak- anak.
-tidak boleh secara
terang-terangan atau berselindung melayari unsur- unsur pornografi dan jenayah.
-tidak membeli atau
menyimpan apa-apa perisian yang tidak bermoral.
Idea 4 - membawa
anak-anak ke tempat-tempat pameran komputer dan ekspo pendidikan ICT
-anak-anak memperoleh
pendedahan yang lebih luas tentang teknologi komputer dan internet.
-dapat memilih
perisian-perisian yang berguna untuk kegunaan anak-anak
Idea 5 - mengehadkan dan
memperuntukkan masa yang sewajarnya
-ada peruntukan
masa yang anjal antara masa belajar, beriadah, berinteraksi, dan
mengakses internet.
-mengelak anak-anak terus
menjadi mania(kemaruk) akan komputer
Syaidina Umar Al-Khattab pernah berkata bahawa
pendidikan yang diberi kepada seseorang mestilah bersesuaian dengan zamannya.
Oleh itu, teknologi maklumat dan komunikasl yang berfungsi secara maya perlu
dikuasai oleh masyarakat sebagai method sosialisasi era baharu walaupun
terdapat impak negatif. Sosialisasi secara maya merujuki kaedah yang digunakan
oleh masyarakat untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian. Masyarakat kini
menggunakan aplikasi canggih seperti Whatsapp, Facebook, Twitter, dan WeChat
untuk bertanya khabar, Di sebalik kebaikan yang diperoleh melaiui aplikasi
tersebut, terdapat juga keburukan yang tidak dapat dielakkan. Sebagai
persoalannya, apakah langkah- langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi
mengelakkan remaja terjebak dalam gejala negatif sosialisasi secara maya?
Bagi
mengelakkan remaja terjebak dalam gejala negatif sosialisasi secara maya, ibu
bapa perlu memberi pendidikan agama yang sempurna. Hukama berfalsafah bahawa
orang beragama mudah diurus. Sebagai contohnya, ibu bapa perlu memastikan
anak-anak mereka bersolat dengan sempurna kerana Nabi Muhamad pernah bersabda
bahawa solat yang didirikan dengan sempurna akan menghindarkan seseorang
daripada melakukan dosa. Walaupun anak-anak bersosialisasi secara maya seperti
bersembang namun disebabkan solat yang berkualiti, maka anak-anak tidak akan
terjebak dalam gejala negatif. Oleh itu, ternyatalah bahawa pendidikan agama
yang sempurna merupakan langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk
menghindarkan anak-anak daripada terjebak dalam gejala negatif sosialisasi
secara maya.
Ibu
bapa juga perlu menguasai Internet bagi mengelakkan remaja terjebak daiam
gejala negatif sosialisasi secara maya. Sebagai contoh, ibu bapa perlu peka
akan istilah yang digunakan oleh remaja ketika bersosialisasi secara maya
seperti 'follow’, like', dan ‘retwitt’. Apabila ibu
bapa mahir menggunakan Internet, anak-anak akan lebih menghormati mereka. Hal
ini menyebabkan anak-anak akan berwaspada semasa mengakses data di komputer
kerana memikirkan bahawa ibu bapa mampu mengesan kandungan pelayaran mereka seperti penghantaran gambar
lucah dan berkelakuan curang dengan rangkaian kawan siber. Jadi ternyatalah,
dengan menguasai Internet, ibu bapa dapat mengelakkan remaja terjebak dalam
gejala negatif sosialisasi secara maya.
Pengawasan
boleh juga dijadikan senjata ampuh oleh ibu bapa untuk mengelakkan remaja
daripada terjebak dalam gejala negatif sosialisasi secara maya. Ibu bapa tidak
boleh membekalkan komputer dan telefon pintar tanpa pengawasan. Sebagai
contohnya, semua komputer perlu diletakkan di ruang terbuka bagi memudahkan
pengawasan. Ibu bapa juga perlu mewujudkan peraturan penggunaan telefon pintar
seperti mengehadkan penggunaan setakat pukul 10 malam sahaja. Kawalan seperti
ini tidak memungkinkan anak-anak terjebak dalam impak negatif soslalisasi
secara maya. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pengawasan merupakan salah
satu langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi mengelakkan remaja
terjebak dalam gejala negatif sosialisasi secara maya.
Di
samping itu, ibu bapa perlu menanamkan minat remaja dalam dunia siber secara
positif untuk mengelakkan mereka terjebak dalam gejala negatif sosialisasi
secara maya. Masa senggang remaja kebanyakannya diisi dengan menghadap
komputer. Ibu bapa perlu mengambil peluang ini untuk mengajar mereka berkaitan eksplorasi
melalui Internet. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh mengajar anak- anak tentang
cara untuk mengesan kedudukan planet. Remaja yang biasanya amat berminat untuk
meneroka pengetahuan baharu akan teruja dan
tidak akan menghabiskan masa dengan bersosialisasi secara maya
semata-mata. Jadi, dengan menanamkan minat remaja dalam dunia siber secara
positif akan dapat mengelakkan mereka daripada pengaruh negatif sosialisasi
secara maya.
Pada
sisi lain, ibu bapa boleh mengadakan aktiviti penarik agar remaja lebih
menyayangi keluarga bagi mengelakkan mereka terjebak dalam gejala negatif
sosialisasi secara maya. Remaja menjalin hubungan sosial melalui laman maya
kerana bosan akan suasana di rumah. Kemungkinan di rumah tidak berlaku proses
sosialisasi yang berkesan menyebabkan anak-anak lebih selesa berhubung secara
maya dengan rakan di luar rumah. Antara contoh aktiviti penarik yang boleh
dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan bermesra, menghargai, dan bergurau-senda
dengan anak-anak supaya mereka tidak kesunyian. Oleh itu ternyatalah bahawa ibu
bapa boleh mengadakan aktiviti penarik bagi mengelakkan mereka terjebak dalam
gejala negatif sosialisasi secara maya.
Berdasarkan langkah-langkah tersebut,
ternyatalah bahawa ibu bapa yang mengambil langkah proaktif mampu mengelakkan
remaja terjebak dalam gejala negatif sosialisasi secara maya. Ibu bapa tidak
seharusnya mengambil masa lama untuk membentuk keperibadian remaja kerana
kemungkinan nasi akan menjadi bubur. Peribahasa Melayu pernah disebut, melentur
buluh blarlah dari rebungnya. Semua pihak meletakkan harapan terhadap institusi
keluarga agar dapat mendidik anak-anak supaya tidak terjebak dalam dunia siber.
Masyarakat sewajarnya menjadikan dunia siber untuk meningkatkan akal budi
remaja bukan membiarkan kemajuan teknologi ini meruntuhkan jati diri remaja.
Sebagai kesimpulannya, kitalah yang menentukan kehebatan anak-anak kita pada
masa depan dan bukannya ditentukan oleh dunia siber.
9B. Teknologi maklumat dan
komunikasi merupakan elemen penting dalam dunia pendidikan hari ini. Anda
ditugaskan untuk menyampaikan ucapan yang bertemakan fungsi teknologi maklumat
dalam dunia pendidikan.
Tulis teks ucapan itu selengkapnya.
(Soalan 4. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang
begitu pesat menyebabkan kita berasakan dunia ini semakin kecil.Berikan komen
anda akan keperluan masyarakat dunia memanfaatkan teknologi maklumat dan
komunikasi.)
2011N: Kemajuan
ICT membolehkan masyarakat dunia kini berkomunikasi dan memperoleh pelbagai
maklumat dengan mudah, cepat dan murah. Bincangkan
1.
mewujudkan
masyarakat bermaklumat – mengakses maklumat dengan pantas – mengeksplorasi
laman sesawang
2.
merungkaikan
masalah pembelajaran pelajar – bertukar nota dengan rakan melalui ruangan
sembang
3.
membantu
perkembangan komunikasi – jaringan laman sesawang
4.
membatu usaha
keusahawanan dan perniagaan – pengusaha memperagakan barang di ruang siber
5.
merevolusikan
dunia pendidikan – PJJ – pelajar mengambil kursus tanpa pergi ke kampus –
dengan CD-ROM – pembelajaran secara video call
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang dihormati
tetamu kehormat dan semua guru.Terima kaslh kerana sudi mengundang saya untuk
menyampaikan ucapan pada hari ini. Pada era globalisasi ini, teknologi maklumat merupakan perkara penting
dalam kehidupan kita. Teknologi maklumat
merujuki peralatan canggih yang digunakan oleh masyarakat untuk menyampaikan
maklumat. Pada zaman dahulu, maklumat disampaikan melalui surat atau akhbar sahaja.
Ketika zaman semakin maju, masyarakat menyampaikan maklumat melalui media
elektronik sepert radio dan televisyen. Kini, Internet merupakan wahana
terpenting dalam komunikasi. Pendidikan dan teknologi sememangnya tidak dapat
dipisahkan kerana kedua-duanya saling melengkapi. Sebagai persoalannya, apakah
fungsi teknologi maklumat dalam meningkatkan prestasi pendidikan di negara ini?
Teknologi
maklumat dan komunikasi berfungsi sebagai alat pemudah cara dalam usaha
untuk meningkatkan prestasi pendidikan di negara ini. Pelajar dapat
berkomunikasi dengan pensyarah atau mengadakan diskusi berkumpulan menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai contohnya, pelajar boleh menggunakan
sidang video untuk melontarkan idea. Melalui cara ini, pelajar dapat
menjimatkan wang kerana mereka tidak perlu berkumpul di tempat yang sama untuk
berbincang. Pelajar juga tidak perlu bersesak di jalan raya untuk tujuan ini.
Mereka hanya perlu berada di rumah dan berbincang dengan selesa. Oleh itu ternyatalah
bahawa prestasi pendidikan dapat ditingkatkan kerana teknologi maklumat dan
komunikasi boleh dijadikan pemudah cara kepada pelajar.
Tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati,
Teknologi
maklumat dan komunikasi juga berfungsi untuk memudahkan pemahaman pelajar
tentang sesuatu konsep. Dengan menggunakan alat seperti LCD yang disambungkan
melalui komputer, guru dapat menayangkan sesuatu konsep secara bergambar untuk
memudahkan murid memahami konsep tersebut. Penggunaan peta buih yang
merupakan salah satu peta konsep dalam i-Think dan dipaparkan dengan
perantaraan LCD merupakan contoh terbaik penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi untuk memudahkan pemahaman pelajar. Melalui perantaraan teknologi
ini, murid dapat diberi penjelasan tentang sesuatu konsep secara
berperingkat-peringkat. Penerangan secara berperingkat akan meningkatkan kefahaman
pelajar berkaitan sesuatu topik pelajaran. Jadi ternyata bahawa pemahaman
pelajar dapat ditingkatkan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi,
Selain
itu, dengan teknologi maklumat dan komunikasi, wang dapat dijimatkan.
Pelajar tidak perlu membeli buku-buku rujukan dalam pasaran. Sebagai contohnya,
mereka boleh membuka laman sesawang yang memuat naik mana-mana buku yang boleh
dijadikan rujukan. Pelajar juga boleh menggunakan' e-book' sebagai sumber
rujukan dengan kos minimum. Sebelum adanya teknologi canggih ini, pelajar
terpaksa mengumpul wang untuk membeli buku atau meminjam buku di perpustakaan.
Sekiranya buku yang dipinjam itu hilang, pelajar terpaksa membayar denda yang
tinggi. Kerajaan juga tidak perlu memberikan elaun buku kepada pelajar
universiti. Oleh itu ternyatalah bahawa penjimatan dapat dilakukan dengan
adanya teknologi maklumat dan komunikasi dalam dunia pendidikan.
Melalui
teknologi maklumat dan komunikasi, pelajar dapat membuat rujukan secara maya di
mana-mana sahaja. Mereka hanya perlu menggunakan telefon pintar untuk mengakses
maklumat melalui Internet. Sebagai contohnya, pelajar dapat mengakses maklumat
ketika berada di stesen bas atau ketika dalam perjalanan ke kolej. Semakin
canggih peranti yang digunakan, lebih pantaslah maklumat akan sampai kepada
pelajar. Sesuatu maklumat juga mudah diperoleh melalui peranti komputer riba
yang mempunyai aplikasi Internet. Kebanyakan kawasan di Malaysia mempunyai
kemudahan Wi-fi untuk kemudahan pelajar membuat rujukan berkaitan pelajaran.
Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar boleh membuat rujukan secara maya di
mana-mana sahaja dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi.
Hadirin yang dihormati.
Teknologi
maklumat dan komunikasi membolehkan pelajar berkongsi hasil penyelldikan mereka
kepada rakan-rakan dan syarikat pemesaran di seluruh dunia. Apabila berita
berkaitan penyelidikan tersebar, mudahlah mereka dikenali dan dapat memotivasikan
mereka untuk meningkatkan prestasi penyelidikan. Sebagai contohnya, sekumpulan
pelajar di Malaysia telah berjaya menghasilkan suatu inovasi
yang mampu menjimatkan penggunaan minyak kenderaan dengan menggunakan minyak
kelapa sawit. Kumpulan pelajar ini telah menyebarkan kejayaan tersebut melalui
Internet ke seluruh dunia. Sebagai impaknya, hasil inovasi tersebut
diketahui pelajar lain dan dalam masa yang sama sedang dikaji oleh sebuah
syarikat ternama untuk dipasarkan. Jadi, ternyatalah bahawa perkongsian hasil
penyelidikan merupakan fungsi teknologi maklumat dan komunikasi.
Berdasarkan
fungsi-fungsi teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan,
jelaslah bahawa teknologi ini seharusnya dlgunakan secara optimum bukan sahaja
di sekolah malah perlu dieksploitasi sepenuhnya di pelbagai peringkat
pengajian. Pelajar, guru dan pensyarah perlulah memaksimumkan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi supaya impak daripada proses pembelajaran dan
pengajaran menjadi lebih efektif. Pelajar perlulah mahir menggunakan pelbagai
gajet yang merupakan wahana penting ke arah kemajuan pendidikan. Kerajaan
sentiasa mengharapkan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi berjaya
meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini. Sebagai kesimpulannya, tiada
sesiapa yang mampu menolak hakikat bahawa kecanggihan teknologi merupakan
sumber terpenting bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.
No comments:
Post a Comment