Sunday, October 25, 2015

dimensi keluarga (2015)



7.Sokongan dan dorongan perlu diberikan oleh keluarga terhadap anak-anak yang mempunyai bakat dan potensi dalam bidang tertentu seperti akademik, sukan, dan kesenian. Berikan hujah-hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.

Rangka isiL cikgu sahidah)
1 sokongan moral-jangan memperkecil kebolehan mrk. Klu blh berada bersama mrk semasa mrk beraksi
2 sokongan dr segi meterial- peralatan
3 bantuan kewangan
4. Menyunyik srmangat utk berjaya- berikan ganjaran/ hadiah selain pujian
5. Senantiasa bersama-sama mereka apabila mereka menghadapi kesusahan, kekalahan atau stres

Rangka isi : Dr Tan CL
1.                 Sokongan akademik - yuran
2.                 Sokongan ilmu & pengetahuan – didikan rumah/ teman anak buat kerja sekolah
3.                 Dorongan moral & semangat
4.                 Dorongan batin & didikan agama

Rangka isi : Cikgu Ishak
1)                Sokongan ibu bapa amat perlu agar bakat sedia ada terus digilap:
2)                Dari segi psikologi dan emosi anak-anak menjadi lebih yakin apabila beroleh sokongan daripada ibu bapa;
3)                Ibu bapa boleh merancang lebih awal hala tuju kerjaya annak-anak;
4)                Dorongan perlu supaya tidak berlaku konflik kepentingan antara kehendak anak-anak dengan hasrat ibu bapa;
5)                Ibu bapa dan anak-anak boleh berkongsi minat dan kejayaan bersama. Menjadi dorongan untuk lebiih menyerlah di peringkat yang lebih tinggi.

Rangka isi : PSL
1)                sodo sim rarere waba – moral – yang kecil tidak disangka anak
2)                pi mai cbk cupobo – material – prasarana - ikon
3)                man takwa dose restre –
4)                ki ja lan ba – GIMi ta GIM ni ta bako – berani/ yakin / KBAT
5)                ks – LM+M – disiplin –

          Bakat merupakan potensi yang dimiliki oleh seseorang sebagai bawaan sejak lahir. Contohnya seorang yang berbakat melukis akan lebih cepat mengerjakan pekerjaan lukisnya dibandingkan seseorang yang kurang berbakat. Peribahasa yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang menerangkan kejayaan seseorang tidak akan datang semena-mena. Jadi, bakat anak perlulah dicungkilkan dengan usaha yang gigih sehingga terserlahlah nilai yang terpendam ini. Memetik kata Cecil B. Demille, orang yang berjaya ialah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepada arah ini tanpa menyimpang. Kejayaan anak pula perlulah dirancang bersama ibu bapa mereka. Anak ibarat kain putih yang suci kudsi, ibu bapalah yang menentukannya menjadi Majusi, Nasrani atau Yahudi. Jika bakat anak digilap, nescayalah gemerlap menjadi pelangi yang berwarna. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk memastikan bakat dan potensi anak digilap sehingga berseri-seri pada masa depan?

          Pertama-tama, saya bersetuju bahawa sokongan dan dorongan ahli keluarga menyerlahkan potensi anak dalam bidang tertentu. (A) Walhal, sokongan dan dorongan merupakan sumber inspirasi kepada seseorang individu. (M) Dalam erti kata lain, bakat yang terpendam kadangkala sukar dikesan jika tidak menemui pembimbing yang sejati dalam kehidupannya. (C) Contohnya, Albert Einstein dan  Thomas Edisen merupakan insan yang istimewa. Bakat mereka akhirnya terserlah berkat kebijaksanaan ibu mereka. (C) Kata hikmat tangan kanan menghayun buaian, tangan kiri menggoncang dunia menunjukkan kekaguman ibu mithali untuk memdorong kejayaan seseorang anak.  (UM) Sekiranya kesabaran meladeni kerenah anak, nescayalah seseorang ibu bapa dapat menyelami hati nurani anak mereka yang senang goyah. (K) Bakat seseorang anak biasanya akan tersirna jika tidak dilatih dan dicungkil pada awal usia.(M) Saya tetap meyakini bahawa ibu bapa merupakan insan yang paling dekat dengan anak. Merekalah penentu dan pendorong anak mereka dalam bidang yang unik seperti kebudayaan dan kesenian. Hal ini diterangkan dalam peribahasa jauhari mengenal manikam. (P)

          Selain  dorongan dan sokongan ahli keluarga, kejayaan anak dalam bidang tertentu juga disebabkan kuasa Tuhan yang maha esa. (A) Sesungguhnya, Tuhan yang mencipta manusia dengan adil. Bakat dan potensi dilahirkan secara fitrah. Keadilan Tuhan menyebabkan semua ciptaan-Nya mempunyai pancaindera  yang sama. Namun, setiap anak mestilah ditarbiah oleh ibu bapa supaya menjadi insan yang beriman dan bertakwa kepada Tuhan. Dengan rajin memanjatkan munajat dan menuntut amalan ibadat, nescayalah rezeki yang melimpah-ruah akan dikurniai. Contohnya, seseorang yang berbakat dalam bidang muzik mungkin mahir bermain gitar, piano dan pelbagai perkakasan muzik tanpa menghadiri sebarang latihan atau berguru. Saya percaya bahawa Tuhan yang menentukan segala-galanya. Namun, sebagai khalifah di buana ini, kita mestilah gigih berusaha dan bertawakal kepada suratan takdir yang ditentukan oleh Tuhan. Mukhtasarnya, ibu bapa pembakar semangat batiniah ini agar terus menjadi insan yang cendekia. Saya yakin bahawa bakat dilahirkan secara tabii tetapi perlu digilap dengan beristiqamah.

          Sesungguhnya, ibu bapa merupakan guru pertama kepada seseorang anak semasa menentukan kerjaya pada masa depan. (A) Hal ini disebabkan potensi dan bakat bakal menjadi kerjaya kepada seseorang anak. (M) Jadi, ibu bapa wajarlah membudayakan amalan kreatif dan inovatif dalam rutin harian anak mereka. (C1) Contohnya, aktiviti pengembaraan dan eksplorasi di hutan rekreasi mampu mengembangkan fikiran anak di luar kotak minda. (C2) Seyogianya, ibu bapa selalu mendorong anak berani berfikir dan menanyai sebarang kemusykilan dalam kehidupan. (C3) Khasnya, sesi muzakarah bersama anak mampu meningkatkan keyakinan anak supaya terus melibatkan diri dalam bidang yang diminati. (C4) Kejayaan Jack Ma, pengasas laman sesawang Alibaba dalam dunia siber menunjukkan keberanian dan keyakinan untuk mencipta sesuatu produk yang baharu. (UM) Kita yakin bahawa setiap anak dilahirkan secara fitrah dengan bekalan kreativiti dan potensi, ibu bapalah yang bertangungjawab untuk mencernakannya. Jelaslah bahawa ibu bapa merupakan jurumudi untuk mendorong anak ke arah kejayaan dalam sesuatu bidang. (P)

          Sementara itu, ibu bapa kaunselor dan rakan karib kepada anak mereka. (A) Walhal, kesanggupan ibu bapa mengorbankan masa untuk bersama anak bakal meningkatkan keyakinan diri anak sebelum melangkah ke alam persekolahan dan pekerjaan. (M) Contohnya, ibu bapa mencuba mengesan bakat anak melalui pelbagai ujian psikometrik, ujian melalui sidik jari atau melalui hati budi anak mereka. (C1) Tambahan lagi, ibu bapa sanggup menemani anak mengharungi kesukaran dan kedukaan dalam kehidupan. (C2) Yang pentingnya, bakat anak dalam mana-mana bidang sekalipun tidak akan diperlekeh. (c3) Seyogianya, ibu bapa sanggup membiayai yuran untuk menghantar anak mereka mempelajari bidang muzik, sukan, dan melukis. (C4) Dorongan dalam kehidupan merupakan stimulasi agar tidak jemu mengenal putus asa. (K1)  Kesannya, penghargaan akan didapat oleh anak  dan mampu berfikir secara matang semasa menongkah arus perdana pada masa kelak. (k2) Walhasil, masa yang berkualiti bersama ahli keluarga akan menyerlahkan potensi anak supaya hidup dengan ceria dan berkeyakinan. (K2) Tegasnya, rangsangan, restu dan keredaan daripada ibu bapa akan mencernakan bakat dan kreativiti anak dalam bidang tertentu. Hal ini diungkapkan dalam hadis, “ keredaan Allah atas keredaan ibu bapa. Kemurkaan Allah pada kemarahan ibu bapa. “

          Akhir sekali, ibu bapa sebagai pelindung anak mestilah menyediakan keperluan asas kepada anak mereka. (A) Bakat dan potensi anak memerlukan persekitaran yang kondusif tanpa gangguan. (M) Menurut Hierarki Maslow, selain keperluan asas, kasih sayang merupakan perencah dalam perkembangan batiniah seseorang anak. (M) Contohnya, persekitaran yang penuh dengan kasih sayang mampu melahirkan anak yang ceria dan tenang. (C1) Bagi ibu bapa yang berkemampuan, perkakasan yang lengkap seperti alat muzik, permainan dan halaman yang selesa mampu mencungkil bakat dan potensi anak mereka. (C2) Seyogianya, ibu bapa yang kurang berkemampuan juga menyediakan persekitaran yang mampu menenteramkan hati nurani anak mereka. (C3) Pembelajaran awal ditentukan oleh beberapa faktor kejayaan. Selain ibu bapa dan guru, rakan sebaya merupakan pencetus ilham anak. (C4) Maka, anak yang didedahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan mampu menemui kawan seperjuangan dan terus berkembang bakat mereka dalam bidang tertentu. (K) Hal ini bergantung pada kebijaksanaan ibu bapa untuk memilih persekitaran yang bersesuaian dengan kecenderungan dan kemampuan anak mereka. Kebijaksanan ini dinyatakan dalam peribahasa jauhari mengenal manikam, atau sekilas ikan di laut, sudah tahu jantina betina. (P)

          Tuntasnya, kejayaan seseorang tokoh mestilah atas keberkatan daripada Tuhan dan ahli keluarga. Bahawasanya, bakat dan potensi adalah berbeza untuk setiap insan. Sebagai pencipta alam, Tuhan melahirkan makhluk-Nya dengan penuh keadilan. Namun, tanpa kegigihan dan kesyukuran terhadap segala-gala yang dikurnai, kita tetap akan terhumban ke dunia kekandasan. Dalam hal ini, ibu bapa mestilah memastikan anak mereka selamat dilindungi dan bakat mereka digilap sehingga berseri-seri. Tanpa keberkatan ibu bapa, bakat anak mereka kebanyakan akan terkulai  dan tersirna mengikut masa pertumbuhan. Akuilah sayang bapa sepanjang hayat, kasih ibu membawa ke syurga. Allahyarham P Ramlee dalam lirik lagu ibu menyanyikan
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Bait-bait yang menyentuh hati ini menerangkan hubungan intim anak dengan ibu bapa bagai lagu dengan melodi mesti didendangkan bersama agar melahirkan lagu yang syahdu dalam kehidupan kita.


 
Kerjaya seseorang anak lebih baik ditentukan oleh anak itu sendiri daripada ditentukan oleh ibu bapa.Bincangkan. (JUN 2012)
 

No comments: