Semangat kejiranan terutamanya di kawasan
bandar agak longgar jika dibandingkan dengan ikatan kejiranan masyarakat
kampung. Huraikan faktor-faktor terjadinya keadaan sedemikian.
Semangat kejiranan terutamanya di kawasan
bandar agak longgar jika dibandingkan dengan ikatan kejiranan masyarakat
kampung. Huraikan faktor-faktor terjadinya keadaan sedemikian.
Semangat kejiranan amat penting
dalam kehidupan bermasyarakat. Matlamat pemupukan semangat kejiranan adalah
untuk menyemai nilai-nilai toleransi, silaturahim dan kasih sayang khususnya dalam
kalangan warga kota yang terdiri daripada pelbagai kaum. YAB Dato’ Sri Najib
Tun Razak pernah berkata, “semangat kejiranan ialah tanggar amanat yang memangkinkan
kemakmuran dan kemajuan negara kita.” Kita mahu keseimbangan pembangunan
sosioekonomi dan pembentukan tamadun yang berimpak tinggi. Kelangsungan bangsa
yang beretika bukanlah berlandaskan nilai mata wang ringgit dan kecanggihan
teknologi tetapi mempunyai rakyat murba yang tidak segan-segan mengamalkan
nilai tradisi seperti yang dipraktikkan oleh masyarakat lelulur. Sampailah masa
kita membenamkan kotak minda untuk menilai kembali semangat kejiranan yang
semakin sirna ditelan arus modenisasi. Apakah faktor-faktor yang meyumbang
kepada tercetusnya kelunturan nilai mahmudah ini? Tepuk benak tanyalah minda.
Salah satu faktor yang melonggarkan
ikatan kejiranan antara warga metropolitan ialah keralitan dan ketaasuban untuk
mengejar periuk nasi. (A) Hal ini dibuktikan apabila rata-rata warga kota perlu
berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas sehingga sanggup keluar sebelum tirai
subur tersingsing manakala balik ke rumah pada waktu larut malam. (M) Lebih
teruk lagi, tuntutan dan kos sara hidup yang semakin menindas pasti
membantutkan nilai kemanusiaan terus bermekar dalam sanubari warga kota. (C)
Khususnya, manusia yang kian bersifat kerlung telah menyebabkan mereka ketandusan
nilai keinsanan dan kedangkalan hati nurani yang syumul untuk menjalinkan
ukhuwah sesama jiran tetangga lantaran keletihan membanting tulang empat kerat.
(C) Walhal, ada kalangan mereka sanggup bekerja sampai malam buta dan kesiangan
pagi. (C). Izharnya, demi menyara hidup yang semakin menindas telah
membantutkan perkembangan nilai-nilai keinsanan ini dalam kalangan warga kota
pada era modenisasi ini. (P)
Selain itu, persekitaran dan
struktur pembinaan kawasan perumahan juga menyekat aktiviti kejiranan khususnya
di sekitar bandar metropolitan. (A) Pembinaan rumah banglo dan rumah mewah kini
telah dilengkapi dengan pakej keselamatan yang diawasi oleh kamera litar
tertutup atau pengawal. (M) Lebih kontras dengan masyarakat kampung lagi, pagar
pintu warga kota dikunci dengan sistem teknologi yang moden seperti pintu
elektronik yang memerlukan pengecaman faktor biometrik atau sidik ibu jari. (C)
Hal ini seakan-akan burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung. Ikatan
ini bukan sahaja mengongkong aktiviti kejiranan malahan mengekang naluri
kemanusiaan untuk mempraktikkan amalan kunjung-mengunjungi dan saling bertegur
sapa yang memerlukan ketulusan hati. (K) Maka, tidak hairanlah kedengaran mahkamah magistret yang menghakimi kes
penuduhan kaum Buddhist yang membakar kertas sembahyang dan menyalakan colok
yang berasap oleh jiran tetangga yang berbeza agama. (C) Kadangkala ketidaksefahaman
dan konflik dalam ideologi mampu mencetuskan musibah yang tidak
disangka-sangka. (K) Usahlah kita hidup bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing, tetapi melangkau bangunan dan sempadan yang hanya mendinginkan
perasaan kasih sayang sesama manusia yag dicipta oleh Tuhan sebagai khalifah di
buana ini. (P)
Dari sudut keagamaan, kelunturan
jati diri dan kenipisan keimanan dalam kalangan masyarakat kosmopolitan khasnya
telah memudarkan hubungan kejiranan ini. (A) Ironisnya, masyarakat leluhur
masih kuat memegang prinsip akidah dan tuntutan agama tanpa mengira bangsa dan
latar belakang yang heterogen. Namun, aktiviti keagamaan seperti majlis bacaan tahlil
dan yasin, pendoaan hajat dan bersolat berjemaah kurang mendapat sambutan
meriah jika berbanding dengan zaman dahulukala. Disebabkan kemewahan hidup,
segala majlis dan kenduri-kendera disiapkan oleh syarikat katering dengan
upahan yang lumayan. Berbanding masyarakat kampung dahulukala, setiap kali
musim berderau dan musim perayaan penuaian padi, jiran tetangga sanggup
berkorban masa dan kudrat demi berkumpul dan bergurau senda sempena perayaan
yang tertentu. Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud “ sesiapa yang beriman kepada
Hari akhirat tidak akan menyakiti jirannya.” Hukama Islam seperti khalifah Umar
al-Khattab menghormati jiran Yahudi. Pendek kata, kehilangan keimanan kepada
Tuhan akan terdorong ke landasan pidana dan ditusuk oleh godaan iblis.
Sementara itu, kecanggihan teknologi
dan insfraktur di bandar juga merupakan penyebab kelunturan semangat ini. (A)
Kemudahan seperti pusat gimnasium, kafe siber, pusat huburan, arked dan pusat
beli-belah telah menggantikan gelanggang warisan budaya yang biasanya akan
mengumpul maysrakat setempat pada waktu senja. (M) Yang menyindirkan ialah
kelab Rukun Tetangga dan pusat rekreasi yang didirikan oleh Jawatankuasa
Keselamatan dan Kemakmuran Kampung biasanya kedinginan dan dibiarkan
terbengkalai. (C) Situasi ini telah menyebabkan jiran tetangga semakin
menyendiri dan semasa tibanya waktu kecemasan, mereka sanggup menelefon
ambulans atau menghantar pesakit dengan kenderaan sendiri. (C) Berbanding
dengan zaman dahulukala, masyarakat setempat berpeluang berkumpul untuk
menyaksikan sesuatu temasya atau wayang di bawah satu payung yang sama tanpa
mengira kulit dan kepercayaan. Memanglah, musim berubah zaman beralih,
segala-gala aktiviti telah dimanipulasikan oleh alat elektronik, masa
berkualiti sepatutnya juga terkorban dan masing-masing terbenam dalam kehidupan
maya yang direka cipta oleh mereka sendiri. Jelaslah bahawa semangat kejiranan
akan mati tidak berkubur sekiranya segala-gala kehidupan manusia sejagat
digantikan oleh kecanggihan teknologi yang gagal mereka cipta nilai kemanusiaan
yang mesra dan mulia.
Akhir sekali, tidak melampau jika
dikatakan bahawa keghairahan pada peranti elektronik telah melupuskan nilai
keinsanan seperti saling memahami dan saling berkongsi pahit manis dengan peluh
dan mata air. (A) Lumrahnya, masyarakat kini sejak dalam dunia rahim lagi sudah
berdepan dengan media arus perdana yang seakan-akan menghabiskan masa kita. Dipercayai
bahawa sekurang-kurangnya 12 jam sehari kita melungsur paparan peranti
komunikasi ini demi melunaskan rutin seharian kita seperti urusan transaksi
atas talian, hiburan, bersosialisasi dan sebagainya. Situasi ini seolah-olah
menuntut kita mengabaikan amalan bertemu sua dengan masyarakat di sekeliling
kita. Tanpa sua kenal, mungkinlah keikhlasan dan ketelusan terjalin dalam atma
yang sejati? Kedengaran bahawa ada segelintir masyarakat yang cekap dalam
berkongsi dalam laman sosial tetapi jengkel semasa hidup bermasyarakat yang
memerlukan persemuafakatan dan persemukaan. Mukhtasarnya, gajet komunikasi
bagai diluahkan ibu mati, ditelan bapa mati. Hanyalah dengan pertimbangan
rasional dan kesedaran diri mampu meneguhkan kita ke arah kesejahteraan bersama
semua insan yang berhampiran, khasnya jiran tetangga orang yang paling
berhampiran dengan kita.
Tuntasnya, bagai gunting dalam
lipatan atau musuh di bawah selimut menuntut kita mestilah berwaspada kepada
persekelilingan yang semakin mencabar.
Nabi SAW pernah bersabda,” anak Adam selepas meninggal dunia akan meninggalkan
tiga perkara sahaja, iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan doa kepada ibu
bapa. “ Mafhumnya, kita mestilah sering kali berpegang pada prinsip
berbaik-baik kepada semua insan yang berhampiran. Menghulurkan bantuan
berbentuk fizikal mahupun mental bukan hanya berharapkan balasan tetapi kita
meyakini bahawa segala dosa pahala akan diadili pada pintu akhirat. Dalam
konteks Islam, jiran tetangga termasuklah hubungan dengan kaum kerabat,
berjiran sesama muslim dan hidup berjiran sesama kafir. Maksudnya, segala-gala
manusia merupakan jiran tetangga yang perlu dijalinkan hubungan dengan senyuman
yang ikhlas dan keperibadian yang unggul.
No comments:
Post a Comment