Anda telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam suatu pertandingan pidalo
anjuran Majlis Kesihatan Sedunia Malaysia. Anda telah memilih tajuk, “Rakyat
Sihat Negara Sejahtera”.Tulis teks pidato anda itu selengkapnya.
Assalamualaikum dan salam
sejahtera kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran
Daerah Kota Setar, Yang Berusaha Pengetua-pengetua Daerah Kota Setar, yang
bijaksana lagi adil barisan jemaah pengadil, guru-guru yang dihormati, dan
seterusnya saudara saudari rakan-rakan seperjuangan.
Para hadirin yang saya muliakan,
Berpegang pada maksud
sepotong hadis, iaitu “Dapatkanlah lima perkara sebelum kamu kehilangan lima
perkara.” Lima perkara tersebut ialah masa
muda sebelum tua, masa sihat sebelum
sakit, masa lapang sebelum sibuk,
masa senang sebelum susah, dan masa hidup sebelum mati . Berdasarkan
kelima-lima pesanan tersebut, perihal sihat menjadi salah satu agenda utama
dalam membangunkan umat yang berkualiti dan produktif. Selaras dengan seruan
tersebut, saya sebagai remaja yang gagah perkasa ini bangun untuk mengupas sesuatu
frasa yang menjadi tajuk pidato, iaitu “Rakyat Sihat Negara Sejahtera”. “Rakyat
Sihat Negara Sejahtera” ialah frasa yang mendukungi maksud sebuah negara yang
memiliki rakyat yang sihat dari aspek mental, fizikal, rohani, dan emosi.
Kesihatan tersebut pula menatijahkan suatu fenomena yang positif bagi membina
sebuah negara yang progresif dan dinamik dengan rakyatnya yang hidup dalam
suasana yang sejahtera. Sesungguhnya, kesimpulan yang dapat saya rumuskan
daripada ungkapan “Rakyat Sihat Negara Sejahtera” ialah rakyat dan negara umpama lagu dan
melodi yang saling bergantungan dan saling memerlukan demi membentuk suatu
tempo yang artistik serta estetik.
Rakan-rakan seperjuangan sekalian,
Tokoh-tokoh
pujangga pernah menyatakan, “Sesungguhnya nikmat sihat itu sebenarnya berada
pada seseorang yang sakit”. Menelusuri maksud tersirat daripada ungkapan
tersebut jelaslah bahawa kesihatan merupakan suatu modal yang amat berharga
dalam hidup kita. Ingatlah
bahawa kesihatan bukanlah barang dagangan yang dapat dijual beli. Kesihatan
merupakan anugerah yang paling mahal daripada Tuhan. Sebagai makhluk yang dikurniai
Tuhan akal fikiran yang waras, maka sudah sewajarnya kita menjaga anugerah itu.
Dengan nikmat sihat, kita dapat hidup gembira, belajar, bekerja, beribadat
serta berbakti kepada nusa dan bangsa.
Saudara dan saudari sekalian,
Amalan hidup sihat merupakan
penyumbang secara langsung kepada peningkatan
ekonomi negara. Selain pendidikan dan pertahanan, kesihatan ialah sektor
yang ketiga terbesar menerima peruntukan belanjawan negara. Hal tersebut
menunjukkan bahawa kesihatan telah menjadi agenda terpenting untuk menentukan
tahap maju mundurnya sesebuah negara.
Amatlah malang bagi
sesebuah negara sekiranya mutu kesihatan rakyatnya terlalu rendah. Wang negara
yang sepatutnya dapat disalurkan ke sektor lain yang lebih penting terpaksa
digunakan untuk mengatasi masalah kesihatan. Adakah kita sudah lupa akan
peristiwa hitam yang hampir memporak-perandakan seluruh Asia pada tahun 2001
dan tahun 2002 dahulu? Peristiwa yang hampir meruntuhkan sama sekali industri
pelancongan di Singapura dan China apabila wabak SARS melanda negara- negara
tersebut. Demikianlah betapa besarnya pengaruh kesihatan kepada pertumbuhan
ekonomi sesebuah negara.
Hadirin hadirat sekalian,
Rakyat yang banyak, yang
cerdik, yang sihat, dan yang kreatif lagi inovatif ialah aset negara yang tidak
ternilai harganya. Dalam tangan merekalah terletak mandat委托
untuk memacu negara bagi mencapai matlamat sebuah negara maju, moden, dan
tersohor menjelang tahun 2020 nanti. Kita tidak betah untuk berhadapan dengan
rakyat yang daif, naif, dan tidak mempunyai apa-apa agenda untuk negara ketika
panggilan dan seruan untuk memajukan negara berkumandang di sana sini. Dalam
hal ini, kita tiada sebarang pilihan melainkan melaksanakan tugas untuk
melahirkan rakyat yang sihat fizikalnya, cerdas mindanya, harmoni emosinya,
mahir kreativitinya, dan produktif ideanya. Demi menterjemahkan kejayaan
matlamat tersebut, maka kualiti kesihatan setiap rakyat perlu mencapai tahap
yang optimum dengan cara menyemarakkan slogan, “Rakyat Sihat Negara Sejahtera”.
Rakan-rakan sekalian,
Bertitik tolak daripada
tiga terminologi术语 kepentingan
kesihatan di atas, maka program menjana kesihatan rakyat yang berkekalan perlu
dilaksanakan. Langkah utama hendaklah bermula daripada sikap dan tindak tanduk
kita sendiri. Sikap yang positif dalam membentuk kerangka kesihatan yang
berpanjangan hendaklah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Gaya hidup sihat merujuk
kepada kesempurnaan sama ada dari aspek fisiologi, mental, atau emosi. Aspek
fisiologi 生理学merujuk kepada sistem pengurusan biologi tubuh badan yang
sihat mengikut sistem diet yang seimbang. Aspek mental pula ialah keupayaan
kita memanfaatkan kekuatan minda untuk menukilkan摘录
perkara-perkara yang baik, manakala dalam konteks emosi pula kita dapat
mengawal perasaan agar tidak bertindak menuruti nafsu ibarat membujur lalu melintang patah. Inilah yang dimaksudkan
dengan keseimbangan dari aspek fizikal, mental, dan emosi.
Hadirin yang dihormati,
Secara relatifnya,
kehidupan kita saling bergantungan dengan faktor alam sekitar. Oleh hal yang
demikian, agenda kesihatan yang amat penting ialah menjaga kesejahteraan alam
sekitar daripada sebarang pencemaran dan kemusnahan. Alangkah aneh dan malang,
ketika kita berbicara tentang kepentingan alam, namun satu demi satu komponen
alam dimusnahkan angkara manusia yang tidak prihatin.
Dewasa ini, kita sedang
berhadapan dengan masalah sungai tercemar teruk, kawasan perairan pantai yang
dicemari toksik, pembakaran terbuka, dan tanah runtuh. Sesungguhnya, fenomena
ini benar-benar menuntut keinsafan kita agar kembali menjaga kebersihan
seandainya kesihatan dan kesejahteraan hidup yang menjadi pilihan kila.
Sebenarnya kesemua elemen pencemaran dan kemusnahan itu adalah jerangkap samar陷阱 yang pada
bila-bila masa dapat memusnahkan kesejahteraan kita.
Hadirin sekalian,
Menjejaki fasa penutup
bicara saya, marilah kita bersama-sama menghayati sepotong maksud ayat al-Quran
yang berbunyi, “Segala kerosakan yang akan laku sama ada di laut atau di darat
adalah berpunca daripada angkara bikinan tangan manusia itu sendiri.” Demi alam
yang kita miliki, demi kesihatan yang kila rasai, dan demi kehidupan yang kita
nikmati, ingatlah bahawa nikmat sihal itu merupakan harta yang tidak boleh
diperdagangkan. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment