Usaha-usaha mengurangkan
penyakit berjangkit.
Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda
yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi atau tekanan kepada orang yang
terbabit atau berhubung rapat dengannya. Kadangkala istilah ini digunakan untuk
menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom综合病征,
simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau
fungsi. Penyakit ini boleh disebabkan oleh kuman, bakteria, virus, racun,
kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh penyakit keturunan.
Penekanan terhadap budaya membersihkan tangan dengan
sempurna menjadi cara terbaik bagi mengurangkan penularan penyakit
terbabit. Berdasarkan fakta, kira-kira 80 peratus jangkitan penyakit tersebar
melalui tangan. Atas inisiatif itu, Hospital Sungai Buloh dan jenama produk
antibakteria, Antabax melancarkan kempen “Tangan Bersih, Hidup Sihat”.
Program tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat dalam usaha
meningkatkan kesedaran, mendidik dan melatih golongan sasaran.
Selain itu, kita juga diajar supaya tidak membuang sampah
di merata-rata tempat bagi memastikan persekitaran kita bersih serta tidak
menjadi tempat pembiakan nyamuk. Amalan kebersihan peribadi sebegini
sememangnya perlu dititikberatkan kepada individu semenjak kanak-kanak lagi.
Apabila seseorang itu memandang serius tentang soal kebersihan peribadi,
tentunya secara automatik akan mengambil berat terhadap kebersihan persekitaran
tempat tinggal. Sikap yang kita tunjukkan mampu mencegah sesuatu penyakit
berjangkit seperti demam denggi.
Sistem ketahanan ialah komponen yang sangat kritikal pada
tubuh manusia dengan tujuan melindungi diri daripada serangan penceroboh
seperti bakteria, kulat, virus, dan menahan jangkitan penyakit berbahaya
seperti kanser. Hasrat tersebut dicapai apabila kita menjaga pemakanan betul,
antaranya mengelakkan makan berlebihan yang boleh menyebabkan kegemukan dan
membahayakan sistem ketahanan badan. Selain itu, kita perlu makan makanan yang
banyak mengandungi vitamin C dan vitamin E, contohnya buah-buahan dan kekacang.
Suntikan ubat untuk tujuan pengimunan merupakan proses
seseorang dilindungkan atau dilalikan daripada sesuatu penyakit berjangkit.
Kaedah ini biasa dilakukan dengan cara menyuntik kuman yang sama kepada
seseorang itu. Adakalanya kuman itu diberi dengan cara dimakan seperti pelalian
polio. Pengimunan dapat membentuk ketahanan seseorang untuk mengelakkan
penyakit. Jika dia menghidap penyakit itu, kesannya tidaklah sebegitu berat.
Pada masa sekarang telah terdapat pengimunan untuk mencegah penyakit campak,
polio, kancing gigi, pertusis, sakit kerongkong, demam kepialu伤寒,
dan taun.
Sebagai kesimpulannya, kita perlu berusaha mencegah
penyakit daripada merebak. Pencetus Perang Dunia Kedua, Adolf Hitler
berkata, “Di sini hanya ada satu aib, iaitu jatuh sakit” menjelaskan
penyakit itu memalukan dan menyusahkan setiap individu. Marilah kita sentiasa
menjaga pemakanan, kebersihan, dan selalu mendapat rawatan untuk memastikan
penyakit berjangkit tidak menyerang kita. Sesungguhnya mencegah penyakit itu
lebih baik daripada mengubatinya.
BA6 [Cara-cara mengelakkan diri terkena penyakit berjangkit.]
Penyakit ialah keadaan tidak normal pada badan atau minda
yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi atau tekanan kepada orang yang
terbabit atau berhubung rapat dengannya. Manakala penyakit berjangkit merupakan
penyakit yang disebarkan oleh agen jangkitan atau vektor seperti bakteria. fungsi,
parasit, dan virus. Antara penyakit berjangkit ialah penyakit taun, Influenza,
malaria, batuk kering, wabak babun, cacar, sindrom pernafasan akut yang teruk,
virus hepatitis, dan penyakit bawaan seks iaitu HIV/AIDS. Sebelum kita terkena
penyakit berjangkit, lebih baik mencegah daripada mengubatinya.
Salah satu cara mencegah terkena penyakit berjangkit
ialah menjaga kebersihan diri dan makanan. Sebagai contoh penyakit virus
hepatitis pemusnah hati. Virus Hepatitis A boleh merebak menerusi makanan dan
minuman tercemar serta najis manusia yang dijangkiti. Penyakit ini boieh
merebak jika kita tidak mencuci tangan dengan bersih selepas menukar lampin
bayi yang dijangkiti. Sehingga kini tiada rawatan khusus untuk merawat
jangkitan Hepatitis A. Kebanyakan rawatan cuma dapat menghilangkan gejala
penyakit. Namun tatkala sembuh, bermaksud seseorang itu akan imun terhadap
penyakit tersebut sepanjang hayat.
Selain itu, kita perlu menjauhi orang yang terkena
penyakit. Batuk kering adalah penyakit berbahaya dan mudah berjangkit melalui
udara. Walaupun insiden kemunculan penyakit batuk kering di Malaysia dianggap
rendah, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana penyakit tersebut
menyebabkan kematian di seluruh dunia sejak 10 tahun lain. Sebenarnya
kemunculan jenis bakteria tuberkulosis baharu yang lebih berdaya tahan terhadap
ubat digunakan sekarang adalah penyumbang besar terhadap peningkatan kes batuk
kering.
Kita perlu memastikan persekitaran rumah kita bersih.
Jika terdapat tempat bertakung, mudah untuk nyamuk Aedes membiak, seterusnya
menyebabkan merebaknya demam denggi. Demam denggi adalah penyakit yang
berbahaya yang telah wujud sejak dahulu. Namun begitu sehingga kini penyakit
ini masih menyebabkan kematian terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Gejala-gejala
mereka yang terkena penyakit tersebut ialah demam yang berterusan, sering
berasa kesejukan, dan badan berasa sangat letih.
Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan
nntuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan
seimbang memberikan kita tenaga, karbohidrat, protein, dan lemak secara
optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan gahan, vitamin, dan
asid lemak. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi
kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang
penting untuk mengelakkan kita daripada terkena penyakit berjangkit.
Sebagai kesimpulannya, kita akui setiap penyakit ada
ubatnya tetapi sebelum terkena penyakit, elok terlebih dahulu kita berwaspada
akan terkena serangan tersebut. Nabi Muhammad SAW telah bersabda, “Bahawa Allah
telah menurunkan penyakit dan ubat, berubatlah tetapi jangan berubat dengan
benda-benda yang haram” Oleh hal yang demikian, jika ada sesiapa yang terkena
penyakit, katakan kepada mereka bahawa setiap penyakit ada ubatnya.
No comments:
Post a Comment