Analisis
2015
1.
Ulaskan
pendapat anda tentang kewajaran kerajaan mewajibkan lulus mata pelajaran
sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
2.
Keutamaan
kesabaran fikiran tenang, Perkara susah menjadi senang. Petikan gurindam di
atas menjelaskan perlunya bersifat sabar dalam diri seseorang. Huraikan
pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan bersabar dalam melaksanakan
sesuatu tugas.
3.
jelaskan
kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah.
4.
Puisi
Melayu lama banyak mengetengahkan nilai dan pengajaran yang boleh dijadikan
panduan hidup.Jelaskan penyataan di atas dengan berpandukan contoh-contoh yang
sesuai.
5.
Fenomena
segelintir pelajar yang bekerja secara sambilan sehingga menjejaskan prestasi
pelajaran semakin membimbangkan.
6.
Tulis
satu rencana tentang fenomena berkenaan untuk disiarkan dalam sebuah majalah
remaja.
7.
Komponen
sastera (KOMSAS) telah diperkenalkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu agar
dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk nilai-nilai murni dalam
kalangan pelajar. Ulaskan pernyataan di atas.
8.
Huraikan
faedah-faedah media massa kepada diri anda.
9.
Pada
pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan mutu
pengangkutan awam di negara kita?
10. Sebagai remaja yang berwawasan, huraikan pendapat anda tentang
kepentingan puisi tradisional kepada masyarakat.
11. Huraikan faedah yang anda peroleh dengan menguasai teknologi
maklumat.
12. Keluarga penyayang tonggak keharmonian dalam kehidupan.Bincangkan
langkah-langkah untuk melahirkan keluarga penyayang dalam masyarakat di
Malaysia.
13. Bincangkan kesan-kesan positif yang dibawa oleh pekerja asing itu
kepada negara kita.
14. Sambutan Hari Ibu diadakan pada setiap tahun demi menghargai jasa
dan pengorbanan mereka.Sebagai anak yang penyayang, jelaskan usaha-usaha yang
anda lakukan untuk menzahirkan rasa kasih sayang tersebut.
15. Tajuk ceramah tersebut ialah “Kemalangan Jalan raya Berpunca
daripada Sikap Pemandu itu Sendiri”.
16. aspek keselamatan murid
sekolah diutamakan melalui pelaksanaan Program Sekolah Selamat.Pada pendapat
anda, nyatakan kebaikan-kebaikan pelaksanaan program tersebut.
17. Membaca karya-karya sastera boleh membentuk jati diri seseorang. Bincangkan
faedah-faedah yang diperoleh daripada pembacaan karya-karya tersebut.
18. ituasi ini menggambarkan amalan budaya penyayang semakin luntur
dalam kalangan pelajar.Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab jelaskan
peranan anda dalam memupuk budaya penyayang di sekolah.
19. .Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak bagi
mewujudkan dan mengekalkan perpaduan di negara ini.
20. rakyat yang prihatin, cadangkan langkah-langkah yang berkesan yang
boleh dilakukan untuk mengatasi kemalangan jalan raya.
21. Kedatangan buruh asing ke negara kita mendatangkan pelbagai kesan.
Bincangkan.
22. Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti kokurikulum
tersebut.
23. Permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan lain-lain
semakin dilupakan oleh masyarakat pada masa sekarang. Bincangkan faktor-faktor
yang menyebabkan keadaan ini berlaku.
24. Anda telah dipilih untuk menyertai syarahan peringkat daerah.Tajuk
syarahan tersebut ialah "Semangat Kejiranan Teras Keharmonian
Masyarakat”Tulis teks syarahan tentang aktiviti-aktiviti yang boleh mengeratkan
semangat kejiranan.
25. Pantun di atas menjelaskan pentingnya menghargai jasa seseorang
walaupun seseorang itu telah tiada di dunia ini. Huraikan cara-cara untuk
menghargai jasa seseorang.
26. Hari Terbuka Sekolah, Dialog Prestasi dan
Diskusi Akademik merupakan program
perbincangan antara pihak sekolah dengan ibu bapa yang dapat meningkatkan
pencapaian akademik murid-murid. Bincangkan faedah-faedah
mengadakan program tersebut di peringkat sekolah.
27. 'Peranan pelbagai pihak dalam mempopularkan permainan tradisional'.
Tulis rencana itu selengkapnya.
28. Huraikan kemahiran-kemahiran yang perlu anda kuasai untuk keperluan
kerjaya pilihan anda.
29. Sokongan dan dorongan perlu diberikan oleh keluarga terhadap
anak-anak yang mempunyai bakat dan potensi dalam bidang tertentu seperti
akademik, sukan, dan kesenian. Berikan hujah-hujah anda untuk menyokong
pernyataan di atas.
30. Aktiviti membaca karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik
dan mampu dijadikan pedoman dalam kehidupan seseorang.Berdasarkan sebuah karya
yang pernah anda baca, buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
31. Setiap pelajar diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu sukan
melalui pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Jelaskan faedah-faedah yang akan
diperoleh dengan menyertai aktiviti sukan.
32. Semangat kejiranan yartg semakin luntur telah menyebabkan timbulnya
berbagai-bagai masalah dalam masayarakat.Huraikan faktor-faktor lunturnya semangat
kejiranan dan cara-cara mengatasinya.
33. Petikan sajak ‘Harga Remaja’ di atas mengetengahkan persoalan
tentang pengisian kehidupan remaja. Berikan pendapat anda tentang cara-cara
memanfaatkan usia remaja.
34. Pantun Empat kerat (Budi) apakah faedah amalan berbudi kepada
masyarakat?
35. Huraikan langkah-langkah untuk mengurangkan kadar obesiti dalam
kalangan remaja
36. Huraikan kesan positif daripada pembinaan taman permainan dan
kawasan rekreasi tersebut.
37. Anda berhasrat untuk menyertai satu pertandingan ceramah yang
bertajuk ‘Kegiatan Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah'.
38. ‘Langkah-langkah Menjadi Pelajar Cemerlang’. Tulis ceramah anda
selengkapnya.
39. Guru memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu.
Ulaskan pernyataan tersebut.
40. Khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat membantu pelajar
menangani masalah peribadi, akademik dan kerjaya. Huraikan faedah-faedah yang
anda peroleh melalui khidmat bimbingan dan kaunseling.
41. ceramah ‘Amalan Baik dalam Penjagaan Kesihatan’ sempena Hari
Kesihatan Sedunia kepada masyarakat setempat.
42. Sajak ‘Adat Sezaman' yang membawa maksud sikap masyarakat yang
semakin melupakan adat resam, memandang remeh ajaran agama dan mengamalkan
budaya kuning. Huraikan peranan masyarakat untuk membentuk sahsiah terpuji
dalam kalangan remaja
43. “Membanteras Jenayah Tanggungjawab Bersama”.Tulis esei anda
selengkapnya.
44.
generasi
muda masa kini kurang menghargai budaya warisan bangsa mereka sendiri. Huraikan
faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.
45. Makanan segera dan makanan ringan seperti burger, mi segera dan
kentang goreng telah menjadi pilihan masyarakat sekarang. Ulaskan pernyataan
tersebut.
46. Jelaskan kesan-kesan kemasukan warganegara asing ke negara
tersebut.
47. Kerajaan mewajibkan Dasar 1Murid 1Sukan di setiap sekolah. Tulis
rencana tentang manfaat dasar tersebut kepada negara.
48. Membaca karya sastera dapat menyemai perasaan cinta akan negara,
menambahkan ilmu pengetahuan dan memberikan pengajaran kepada pembaca.
Bincangkan.
49. Ibu bapa menjaga anak-anak dengan penuh kasih sayang, namun apabila
anak-anak meningkat remaja ada antara mereka yang terlibat dengan pelbagai
masalah sosial. Jelaskan faktor-faktor yang mendorong berlakunya keadaan
sedemikian.
50. Sesebuah karya sastera memang kaya dengan nilai-nilai murni yang
dapat membentuk peribadi mulia dan mampu dijadikan pedoman serta teladan dalam
kehidupan seseorang. Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
52. ceramah itu ialah “Semangat Kejiranan Pemangkin Rakyat Sejahtera.”
Tulis ceramah anda itu selengkapnya.
53. Kebanyakan negara di dunia telah menjalankan pelbagai program
pertukaran pelajar. Huraikan faedah-faedah menyertai program tersebut.
54. Bincangkan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dalam kalangan
pelajar lepasan SPM tersebut.
55. Keluarga bahagia merupakan salah satu teras menjamin kesejahteraan
dan kemakmuran negara.Ulaskan pernyataan tersebut.
56.
Tuliskan
satu rencana yang lengkap bertajuk 'Mendekatkan
Remaja dengan Program Keagamaan dan Kemasyarakatan melalui Teknologi
Komunikasi'
57. Kesesakan lalu lintas merupakan satu isu yang sering menghantui
penduduk terutama di bandar-bandar besar. Salah satu usaha untuk mengatasinya
ialah dengan meningkatkan keupayaan dan kecekapan sistem pengangkutan awam.
Bincangkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab
untuk merealisasikan hasrat tersebut.
58. Peribahasa melayu ada menyebut seperti melukut di tepi gantang.
Peribahasa ini memberi gambaran bahawa keadaan hidup seseorang yang tidak
dipedulikan.Huraikan persediaan yang perlu dilakukan agar anda dihargai oleh
masyarakat.
59. “Menerusi konsep 1Malaysia, kerajaan berhasrat untuk menyatupadukan
masyarakat tanpa mengira kaum bagi membolehkan mereka menikmati kemajuan dan
kemakmuran negara secara adil dan saksama”.Sebagai remaja yang berwawasan,
bincangkan peranan anda untuk mencapai konsep 1Malaysia tersebut
60. Hidup kita akan lebih bahagia jika sentiasa disukai oleh semua
orang.Apakah yang perlu anda lakukan agar anda sentiasa disenangi oleh semua
orang?
61. Sarankan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk perpaduan
kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.
62. Semasa cuti persekolahan remaja digalakkan membantu keluarga
masing-masing.Jelaskan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk membantu
keluarga semasa cuti persekolahan.
63. Barangan buatan tempatan seperti makanan, pakaian dan perkakas
rumah menjadi pilihan rakyat Malaysia.Tulis sebuah rencana tentang keistimewaan
barangan buatan tempatan kepada pengguna.
64. Konsep Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan
sayang-menyayangi dalam kalangan guru dan murid. Jelaskan cara-cara anda menghargai kasih
sayang guru.
65. Huraikan sifat-sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa
kepada anak lelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.
66. Berdasarkan sebuah karya sastera yang anda baca, jelaskan
amalan-amalan baik yang sesuai dipraktikkan oleh masyarakat kini
67. Keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan pendidikan agama dan moral
memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja. Berikan pendapat anda tentang pernyataan
tersebut.
68. Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi setelah
menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia menjadi idaman setiap remaja. Jelaskan
ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.
69. Amalan berjimat cermat perlu disuburkan dalam kalangan masyarakat
untuk menghadapi krisis ekonomi pada masa ini. Tulis sebuah rencana tentang
peranan pelbagai pihak untuk mewujudkan amalan berjimat cermat.
70. Huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk meningkatkan
semangat patriotisme dalam diri anda.
71. Keprihatinan dan kasih sayang ibu bapa penting dalam menentukan
kejayaan hidup anak-anak. Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam
akhbar tempatan berdasarkan pernyataan tersebut. Tulis rencana itu
selengkapnya.
72. Masyarakat pada hari ini semakin melupakan karya sastera
tradisional. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan minat
masyarakat terhadap karya sastera tradisional semakin berkurangan.
73. Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik
kepada kedua-dua ibu bapa.
75. Berdasarkan rangkap sajak di atas, bincangkan usaha-usaha dalam
memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita.
77.
Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting
untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu,
jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar.
79. Remaja amat mahal sesungguhnya tiada
terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu.
Berdasarkan petikan sajak ‘Harga Remaja’ di atas, terangkan kepentingan menjaga
maruah diri sendiri.
80. Sebagai pelajar yang prihatin, kemukakan langkah-langkah yang perlu
anda lakukan untuk memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.
81. Kejayaan anak-anak berkait rapat dengan keprihatinan ibu bapa. Ulaskan
pemyataan di atas.
82. ‘Kesan-kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera Secara Berlebihan’. Tulis
rencana tersebut selengkapnya.
83. Puisi lama di atas menjelaskan kepentingan menuntut ilmu dan
menyebarkannya kepada masyarakat. Bincangkan.
84.
langkah-langkah
yang perlu diambil oleh pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam
bidang akademik, kokurikulum, sahsiah, dan persekitaran fizikal.
85. Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu
bapa untuk mendidik anak-anak agar sentiasa mementingkan kebersihan dalam
kehidupan seharian.
86. Suatu ketika dahulu semangat kejiranan menjadi
sebahagian daripada budaya hidup dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum di negara kita tetapi kini amalan mumi ini
semakin terhakis. Bincangkan.
87. Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan buruk apabila wujudnya
masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
88. Minat bersukan dalam kalangan remaja path hari ini semakin
berkurangan. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan dalam
kalangan remaja.
89. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan barangan buatan
tempatan. Huraikan kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan.
90. Setiap remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan wawasan
negara pada tahun 2020.Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan
wawasan negara tersebut.
91. Pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat lebih
berkesan jika bermula dari rumah.Bincangkan peranan keluarga dalam usaha
memupuk nilai murni dalam diri anak-anak.
92. Malaysia terkenal dengan keunikan masyarakat berbilang kaum yang
hidup dalam keadaan aman dan sentosa. Sikap toleransi, saling menghormati, dan
bekerjasama merupakan amalan hidup rakyat Malaysia yang telah mewujudkan
perpaduan antara kaum.Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
93. “Kesan-kesan Kemasukan Buruh Asing Kepada Negara Kita.”Tulis
rencana itu selengkapnya
94. Kempen kitar semula merupakan aktiviti yang mampu
menanam kesedaran dalam kalangan remaja agar lebih berdisiplin dan
menyayangi alam sekitar. Nyatakan peranan remaja dalam menjayakan
program ini.
95. Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan
penduduk setempat semakin kurang diamalkan. Pada pendapat anda, mengapakah hal
yang demikian berlaku?
96. Anda tertarik dengan salah sebuah novel yang menjadi teks KOMSAS di
sekolah anda. Berdasarkan novel tersebut, huraikan persoalan-persoalan dalam
novel tersebut yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian.
97. Sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sering
membawa pelbagai kesan terhadap tingkah laku anak-anak pada masa ini.Berikan
pendapat anda tentang pernyataan di atas.
98. Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan amalan
hidup berjiran terus terpelihara dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini.
99. Anda telah membaca sebuah novel yang sarat dengan pengajaran dan
ingin membuat ulasan tentang pengajaran dalam novel tersebut.Tulis ulasan anda
selengkapnya.
100.Pendidikan merupakan aspek penting dalam melahirkan pekerja yang
berkemahiran. Huraikan sebab-sebab pendidikan perlu dalam melahirkan pekerja
yang berkemahiran.
101.Bencana alam yang melanda negara di dunia memberi pelbagai kesan.
Bincangkan pemyataan tersebut.
102.“Peranan Pembikin Filem dalam Memperkenalkan Budaya Masyarakat
Berbilang Kaum.” Tulis rencana itu selengkapnya.
103.Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan
membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang. Huraikan peranan
anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.
104.huraikan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja
untuk merealisasikan cabaran tersebut.
105.Dalam era globalisasi kini, pengaruh teknologi maklumat
memungkinkan manusia berinteraksi dengan lebih mudah, cepat, dan efisien.
Nyatakan pendapat anda tentang faedah-faedah menguasai teknologi maklumat
kepada golongan remaja.
106.Anda telah dipilih sebagai Tokoh Pelajar setelah anda berjaya
memperlihatkan kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan
kepimpinan.Tulis teks ucapan anda selengkapnya.
107.Kebersihan tempat awam dan kawasan sekitar kerap kali menimbulkan
masalah dan rasa tidak puas hati pelbagai pihak. Bincangkan peranan pelbagai
pihak dalam menangani masalah tersebut.
108.Perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Produk Halal
Malaysia dapat membantu menjanakan pendapatan rakyat serta memasarkan industri
tersebut ke peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis
rencana tentang faedah-faedah yang diperoleh daripada usaha-usaha kerajaan dan
pihak swasta dalam memajukan industri tersebut. Tulis rencana tersebut
selengkapnya.
109.Slogan "Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa aktiviti
membaca mendatangkan pelbagai faedah kepada seseorang.Huraikan usaha-usaha yang
perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup.
110.Keadaan cuaca yang tidak menentu dan aktiviti pembangunan yang
tidak terancang di sesetengah kawasan di negara kita telah mengakibatkan
kejadian tanah runtuh.Tulis sebuah rencana tentang cara-cara untuk mengatasi
kejadian tanah runtuh.
111.Sebagai seorang pelajar, bincangkan sumbangan yang boleh anda
berikan sehingga pihak sekolah dapat menghargai budi dan jasa anda.
112.Industri batik dan songket negara telah mendapat tempat dalam
masyarakat melalui pelbagai usaha yang telah dijalankan dari semasa ke
semasa.Huraikan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi
memajukan industri tersebut.
113.Kitar semula merupakan aktiviti yang mampu menanam kesedaran dalam
kalangan remaja agar lebih berdisiplin dan meyayangi alam sekitar. Nyatakan
peranan remaja dalam menjayakan program ini.
114.Berikan pendapat anda langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi
membendung gejala pembuangan bayi.
115.Sebagai pakar pemakanan anda telah dijemput untukmemberi ceramah
bertajuk Pemakanan Seimbang Menjamin Kecerdasan Minda. Sediakan teks ceramah
anda selengkapnya.
116.Usaha untuk mengumpulkan ahli keluarga dari satu generasi ke satu
generasi, terutamanya pada hari-hari perayaan merupakan usaha yang
murni.Huraikan kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada usaha tersebut.
117.Penumpang sering merungut tentang kualiti perkhidmatan pengangkutan
awam yang kurang memuaskan. Ulaskan
strategi-strategi yang boleh diambil untuk meningkatkan kualiti pengangkutan
awam.
118.Usaha untuk merealisasikan budaya disiplin unggul di sekolah amat
penting. Jelaskan peranan anda dalam membantu pihak sekolah untuk mencapai
hasrat tersebut.
119.Kejadian kanak-kanak dan remaja hilang daripada pangkuan keluarga
semakin menjadi-jadi walaupun usaha-usaha telah diambil oleh pelbagai pihak
untuk menanganinya.Huraikan pendapat anda tentang punca-punca dan
langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
120.Bincangkan kelebihan-kelebihan mengamalkan sikap bermuafakat dalam
hidup bermasyarakat.
121.Anda akan menghadapi pelbagai cabaran selepas tamat alam
persekolahan.
122.Berikan pendapat anda tentang perkara-perkara yang boleh anda lakukan untuk
menjadi anggota masyarakat
yang berguna selepas tamat alam persekolahan.
124.Sebagai pelajar yang bertanggungjawab, bincangkan peranan anda
untuk merealisasikan hasrat Gagasan 1M .
125.Kesedaran dan komitmen masyarakat amat dituntut dalam usaha kita
mengurangkan kadar jenayah yang semakin meningkat khususnya dalam kalangan
remaja akhir-akhir ini.Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
126.Tajuk esei anda ialah 'Disiplin Asas Kejayaan’.
127.Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk
mengelakkan remaja daripada terlibat dalam perlumbaan haram.
128.Mutakhir ini kes penganiayaan kanak-kanak semakin berleluasa dalam
kalangan masyarakat di negara kita.Jelaskan peranan masyarakat untuk
membanteras gejala ini.
129.Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat
Malaysia semakin terhakis.Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan
sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.
130.“Barangan Tempatan Berkualiti Antarabangsa” ialah slogan kerajaan
ke arah mencapai standard kualiti barangan antarabangsa. Bincangkan
langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh usahawan tempatan supaya hasrat ini
menjadi realiti.
131.Tulis sebuah rencana tentang faktor-faktor berlakunya kejadian
tanah runtuh dan kesan-kesannya.
132.Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat
menyebabkan kita berasakan dunia ini semakin kecil.Berikan komen anda akan
keperluan masyarakat dunia memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi.
133.Huraikan peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang
sukan.
134.Sebagai seorang pelajar yang juga akan menamatkan alam persekolahan.
Jelaskan perkara-perkara yang perlu dilakukan supaya tidak mengalami masalah
selepas tamat alam persekolahan kelak.
135.Ibu bapa pada hari ini lebih cenderung menghantar anak-anak
mengikuti kelas tuisyen atas kepercayaan bahawa cara ini dapat meningkatkan
prestasi akademik anak-anak.
136.Remaja kini gemar berhibur. Hal ini amat membimbangkan semua pihak
kerana remaja merupakan aset penting kepada negara. Bincangkan kesan-kesan
gejala suka berhibur kepada golongan remaja.
137.Keluarga sepatutnya menjadi institusi yang selamat. Namun begitu,
kejadian penderaan kanak-kanak oleh ahli keluarga masih berleluasa.Berikan
saranan anda tentang peranan institusi keluarga bagi membanteras gejala ini.
138.Anda akan mewakili sekolah dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk
syarahan tersebut ialah “Prasarana Berkualiti Memacu Industri
Pelancongan”.Tulis syarahan itu selengkapnya.
139.Kegiatan jenayah yang membabitkan perdagangan manusia kini menjadi
isu sejagat. Bincangkan aspek kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara
jiran untuk menangani masalah tersebut.
140.“Usaha-usaha Meningkatkan Pengetahuan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Kalangan Rakyat.”Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.
No comments:
Post a Comment