DAKU dan dikau bermaksud aku dan engkau (kau). Daku dan dikau ialah kata ganti nama diri pertama, dan kata ganti nama diri kedua tunggal. Kedua-dua kata ganti nama diri inmi sering kali digunakan dalam laras bahasa kreatif, yakni laras bahasa yang digunakan dalam pengucapan bahasa genre sastera khususnya puisi. Namun begitu, dalam hubungannya dengan sintaksis bahasa Meayu baku, iaitu bahasa yang betul aturannya, kedua-dua bentuk kata ini tertakluk pula pada syarat atau rumus tatabahasa.
Kedua-dua bentuk kata daku dan dikau boleh digunakan jika perkataan yang sebelumnya berakhir dengan huruf n. Misalnya: akan daku, dengan daku, maafkan daku, perasaan dikau, kiriman dikau, dan iman dikau.
Dalam pengucapan puisi (atau bentuk sastera yang lain), kita kerap menemukan bentuk daku dan dikau selepas perkataan yang tidak berakhiran huruf n. Bentuk-bentuk frasa seperti hanya dikau, hanya daku, cinta daku atau wajah dikau, dan sebagainya merupakan bentuk yang salah. Oleh itu, penggunaan daku dan dikau seperti yang demikian itu bersalahan dengan hukum tatabahasa.
1. *Daku merayu kepadamu.
2. *Daku terkenang akan dia.
3. *Dia menyuruh daku datang.
4. *Dakulah yang membantunya bekerja.
5.* Kau mengingKari janji-janjimu.
6. *Ku taKKan jemu memujamu.
7.*Mu mendapat restu cinta Kita.
8. *Nya mengutus cinta sejati.
9. *Saya pergi dengan ia.
Demikian huraian ringkas tentang penggunaan kata ganti diri daku, dikau dan juga bentuk klitik ku, mu, kau dan nya dalam bahasa Melayu. Gunalah bentuk kata ganti diri yang betul dalam binaan ayat supaya kepersisan bahasa Melayu kita terpelihara.
No comments:
Post a Comment