Persahabatan (Mohd Amran Daud)
berbaju kurung nampak cantik
berlesung pipit beralis lentik (kata puitis)
bermain-main riang, bermain keseorangan
pada wajahnya meriak gembira (pada: anaphora)
pada bibirnya menguntum ceria
berderai ketawa mengocak suasana.
(hiperbola/personifikasi)
(Rima akhir:abbcdddd)
Persoalan:jiwa kanak-kanak hanya memahami keriangan.
R2:Seorang kanak-kanak
berpakaian ceongsam bertocang dua
bergincu pipi tampak ceria
tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa
menghulur senyum dan ketawa manja (personifikasi)
pada wajahnya menyerlah keriangan
mereka bermain alang-kepalang
berkejar-kejaran tanpa halangan.
(rima akhir:abbbbcdc)
Persoalan: a)keramahan antara dua bangsa
yang berbeza, Cina dan melayu
b)gelagat kanak-kanak sangat ceria dan
bermain dengan gembiranya tanpa diganggu
oleh sesiapa.
R3:Seorang kanak-kanak (repetisi)
bersari bergelang kaki
bertindik hidung menguntum seri (personifikasi
melihat saja telatah manja
si comel berdua, bermain, dan tertawa(lambang)
dirinya bagai digamit bermain bersama (simile)
mengongsi kemesraan
menterjemah makna kejiranan.
(rima akhir:abbcccdd)
Persoalan:a)kelangsungan adat tersendiri waima
hidup di negara yang sama. b) keinginan dirinya
untuk turut mengongsi kemesraan sebagai lambang
kejiranan.
|
R4:Ah, kanak-kanak kata ganda
biar berlainan agama biar:anafora
biar berlainan bangsa
mereka saling bersalaman
dan berpeluk mesra
tanpa menghiraukan adat dan budaya;
membina keakraban tanpa curiga tanpa: responsi
membentuk perpaduan tanpa prasangka
bersatu hati membentuk jati diri
kea rah wawasan lebih bererti
( rima akhir:abbcbbbbdd)
persoalan: a)Sungguhpun kanak-kanak tersebut
datang daripada pelbagai agama dan bangsa,
namun mereka saling bersalaman dan bergaul
mesra antara satu sama lain tanpa memikirkan
adat dan budaya yang berbeza. B) Mereka menjalinkan persahabatan tanpa ada rasa curiga dan prasangka. C)Mereka sama-sama membentuk jati diri ke arah pembentukan wawasan yang lebih baik. D) perpaduan dapat dijalin sungguhpun budaya dan agama berbeza.
Nilai: a)Kebebasan..berlainan keturunan tetapi masih beramah-tamah
b)semangat bermasyarakat: menjalin persahabatan
c) kejujuran: keikhlasan
d) kasih sayang dan hormar-menghormati
e) semangat patriotism
F) toleransi
Tema
Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama, dan budaya. Rakyat Malaysia hidup aman damai walaupun mereka berbeza agama dan budaya kerana mereka saling menghormati. Mereka hormat akan kepercayaan dan adat resam kaum yang lain.
Persoalan
1. Setiap kaum mewarisi amalan hidup dan adat resamnya yang tersendiri. Perbezaan identiti dan cara hidup diwarisi daripada keluarga sejak zaman dahulu lagi, justeru wajar disemai sejak kecil lagi.
2. Setiap anggota keluarga perlu mengamalkan tradisi keluarga masing-masing secara berterusàn dalam hidup.
3. Kepentingan berfikiran terbuka untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.
4. Kehidupan pada peringkat umur kanak-kanak amat mengembirakan kerana banyak masa diisi dengan bermain.
5. perpaduan menjamin keamanan.
6. Anak-anak kecil tidak mengenal erti perkauman.
Bentuk Sajak
1. Sajak ini berbentuk bebas. //pemilihan diksi: mudahi faham
2. empat rangkap. R1= 7 baris,R2=8 baris, R3=8 baris, R4=10 baris.
3. Setiap baris mempunyai dua hingga lima patah perkataan.
4. Setiap baris mempunyai antara tujuh hingga empat belas suku kata.
Nada: romantic dan patriotik
Latihan;
membina keakraban tanpa curiga membentuk perpaduan tanpa prasangka bersatu hati membentuk jati dir |
kita hendaklah menanamkan sifat kasih sayang dalam diri agar dapat menjalinkan persahabatan yang lebih bermakna
2. bertindik hidung menguntuk seri…vocal I berunsurkan _asonansi_
3. menterjemah makna kejiranan bermaksud mengamalkan semangat kejiranan
4. Tindakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dalam sajak ini,
berkejar-kejaran, bersalaman, berpelukan
berkejar-kejaran, bersalaman, berpelukan
5. menguntum ceria bermaksud tersenyum dengan perwatakan yang gembira
6. pengajaran yang tersirat dalam sajak ini:
(i) hendaklah bersikap gembira
(ii) hendaklah berkawan dengan semua kaum
(iii) hendaklah berbaik-baik sesama jiran
(i) hendaklah bersikap gembira
(ii) hendaklah berkawan dengan semua kaum
(iii) hendaklah berbaik-baik sesama jiran
lesung pipit (pipi) = lesung-lesung lekuk kecil pd pipi, cawak-caung, lekuk, cauk;
keseorangan | terasing seorang diri, tinggal seorang diri, kesunyian: dia betul-betul ~ jauh dr segalanya; |
lentik | lengkung ke atas atau ke belakang (iaitu hujungnya ke atas atau ke belakang sedangkan tengahnya lendut): Penari-penari itu melentikkan jari dgn lembut. |
alis | bulu yg berupa lengkung di atas mata, (bulu) kening; |
meriak | 1. bergerak-gerak mengombak (air, udara), berkocak-kocak (air): hatinya tidak berkocak sedikit pun menerima hukuman itu, ia tenang, setenang air danau yg tidak ~; udara yg tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata memandangnya; hanya sececah meriak, tatkala mendengar berita itu hanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu; 2. ki ada gelagatnya (yg menunjukkan kandungan hatinya): perasaan benci ~ di mukanya; ~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya). |
ceria I | 1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu): ruang pejabat kelihatan ~ setelah dihiasi dgn pokok bunga; 2. riang, gembira (perwatakan): dia begitu ~ hari ini setelah lulus dgn cemerlang dlm peperiksaan tersebut; 3. menarik (pakaian dll): pakaian yg dipakainya kelihatan ~ sesuai dgn tubuh badannya yg langsing; 4. sl tidak bernoda, suci, murni; |
derai II | ; berderai, berderai-derai 1. berlanjutan atau berpanjangan dgn tidak teratur: sesekali terdengarlah gelak ketawa ~ drpd anak-anak muda yg sedang belajar bersilat; kita tidak mahu berkokok ~-derai sedangkan ekor bergelumang tahi; 2. dgn banyak dan tidak menentu (bkn buah, daun, dll yg gugur atau jatuh ke tanah); 3. berduyun-duyun dgn tidak teratur, berderet-deret tetapi tidak dgn teratur (bkn orang ramai yg meninggalkan sesuatu tempat): orang berderai-derai keluar dr gereja; 4. berbiji-biji, berbutir-butir, hancur atau pecah halus-halus (bkn tanah dll): buah bidara dlm bakul itu jatuh ~ ke tanah; ketul-ketul tanah itu hancur ~ dlm genggamannya; 5. (jatuh) bertitik-titik (bkn air mata dll), menitis (titik demi titik): bila tersentuh, air yg bermanik-manik itu jatuh ~ ke bumi; kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi prb orang yg bercakap besar sedang keluarganya melarat. |
derai I | bunyi spt bunyi air (hujan) yg jatuh menitik; berderai, berderai-derai berbunyi spt bunyi air (hujan) yg jatuh menitik. |
mengocak | 1. menggoncang(kan) bekas (utk menjadikan cecair dll di dalamnya sebati), menggerakkan air yg tenang (dgn memukulnya atau mengacaunya dsb dgn keras): apabila dikocak, abu putih itu pun larut ke dlm air itu; sekali-kali pula ikan haruan ~ air menghambat anaknya; 2. mengacaukan, mengharukan (fikiran atau perasaan), mengganggu (ketenangan keadaan, perasaan, dll): tangisan anaknya makin mengocakkan perasaan dan fikirannya; kenang-kenangan pahit ini selalu ~ hidupnya; 3. Kl menggoyang, menggoyahkan (tiang dll |
mengocak | Jk melawak, bergurau senda, berolok-olok. |
alang kepalang | (terlalu, sangat) sedikit, tidak memadai, tidak berapa atau tidak cukup (besar, tinggi, dll); |
menyerlah | 1. kelihatan nyata (kerana tidak dilindungi apa-apa dll), kelihatan bercahaya atau berseri (bulan, muka perempuan, dll): di kala langit itu cerah, bintang nampak-nya ~; 2. (kelihatan) terkemuka, (kelihatan) menonjol: di samping beberapa nama, Baharuddin Zainal ialah penulis esei yg ~ bakatnya; |
menerpa | 1. menyerbu dan menerkam (me-nyerang dll): ia ~ memeluk pinggang Cik Salmah dr belakang; 2. meluru masuk, berkejar: dia ~ masuk hendak merampas kertas yg berada di tangan Rosnah; |
bertindik | berlubang pd cuping telinga, pd hidung dsb. |
telatah | gerak-geri; tingkah laku; kelakuan; perangai. |
|
No comments:
Post a Comment