Sunday, April 10, 2011

jawapan ringkasan(sukan)

peranan aktiviti kokurikulum dalam pembangunan modal insan


Kokurikulum dalam sistem pendidikan persekolahan sering dipandang sepi walaupun kegiatan seperti aktiviti persatuan dan pakaian seragam sudah lama wujud Penilalan kecemerlangan pelajar berdasarkan prestasi akademik menyebabkan kebanyakan kegiatan kokurikulum dilakukan secara sambalewa. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bakal mengubah senario ini.
Teras kedua PIPP, iaitu usaha membangunkan modal insan dengan memberikan tumpuan dalam kegiatan kokurikulum. Harapan Kementerian Pelajaran, melalui aktiviti ini, diharapkan modal insan negara mempunyai pengetahuan yang luas dan berkemahiran tinggl serta relevan dengan kehendak semasa. Selain itu, diharapkan mereka juga dapat bersaing dan mampu berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah-ubah di samping berupaya mencipta peluang baharu.
Aktiviti kokurikulum yang pelbagai dan terancang memberikan ruang kepada pelajar untuk membuat pilihan dalam meningkatkan potensi diri dan melaksanakan aktiviti kokurikulum secara sistematik dan praktikal. Aktiviti kokurikulum dapat membantu perkembangan potensi pelajar yang seimbang dan segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Penyertaan aktif para pelajar dalam kegiatan secara berkumpulan membantu mereka meningkatkan kemahiran sosial dan berinteraksi. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerja berpasukan selain mendisiplinkan diri mereka. Penyertaan aktif para pelajar dalam aktiviti persatuan juga bukan sahaja dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar, malah membantu mereka untuk mengukuhkan dan meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Penyertaan pelajar dalam bidang sukan pula dapat meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental di samping membudayakan gaya hidup sihat. Dengan bimbingan, prasarana, dan pendedahan yang mencukupi, aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan minat, bakat, kemahiran, dan budaya saing pelajar ke tahap yang lebih cemerlang. Selain itu, kokurikulum juga berperanan dalam memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar dan mewujudkan suasana persekolahan yang menyeronokkan. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum benar-benar memberikan kesan positif terhadap kualiti modal insan yang diingini.(Dipetik dan diubah suai daripadaKokurikulum Wadah Bentuk Modal Insan’, Berita Harian, Julai 2007)
jawapan ringkasan:
Pembangunan modal insan dapat dicapai melalui aktiviti kokurikulum kerana dapat mengembangkan potensi pelajar yang seimbang. Selain itu, aktiviti ini membantu pelajar meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi. Semangat kerja berpasukan dapat dipupuk selain mendisiplinkan mereka. Aktiviti persatuan pula bukan sahaja dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar, malah dapat membentuk mereka untuk mengukuhkan dan meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Tahap kesihatan fizikal dan mental dapat ditingkatkan di samping membudayakan cara hidup sihat melalui aktiviti sukan. Akitiviti kokurikulum juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar.
[80 patah perkataan]

1•Berikan maksud dilakukan secara sambalewa.
 rangkai kata ini bermaksud melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh.
2•Apakah kesan kegiatan kokurikulum terhadap modal insan yang ingin dilahirkan.
  Kesan aktiviti kokurikulum terhadap modal insan yang ingin dilahirkan ialah dapat melahirkan modal insan negara yang mempunyai pengetahuan luas dan berkemahiran tinggi serta relevan dengan kehendak semasa. Selain itu, mereka juga diharapkan dapat bersaing dan mampu berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah-ubah di samping berupaya mencipta peluang baharu.
3• Bagaimanakah cara untuk menggalakkan pelajar-pelajar bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum?
       Pada pendapat saya, cara untuk menggalakkan pelajar bergiat aktif dalam kokurikulum adalah dengan merancang aktiviti yang lebih menarik.
       Pihak sekolah juga boleh mengadakan kempen atau ceramah kepentingan aktiviti kokurikulum, menyediakan jadual yang lebih fleksibel kepada pelajar.
       selain itu, pihak kerajaan wajar menyediakan pelbagai ganjaran atau penghargaan apabila pelajar menyertai aktiviti kokurikulum.

黃小琥 - 順其自然




黃小琥 - 順其自然 作詞:姚若龍 作曲:蕭煌奇 
一份愛會出現裂痕 兩個人都要負責任 有些成長來自承認 我終於掙脫怨與恨 年輕總習慣去爭論 要別人照我的劇本 滿身傷痕 才知道悲哀是互不信任 不在乎的眼神 內心悄悄破損 在午夜的時分 被一個夢給拆穿沒忘記那個人 我試著讓生活變得清淡 對幸福或寂寞順其自然 偶爾小小孤單 偶爾小小浪漫 不怕大喜大悲那麼難負擔 不想再背負太多期盼 對好奇或關心順其自然 只是那點不安 只是那種辛酸 總會忽然擴散讓心又累又茫然 (期望有人陪伴) 每一次記憶的翻騰 既美好也殘忍 思念讓舊情有餘溫 將我困在早應該要離開的空城