formula : SUKMA
7.Sekolah anda telah menganjurkan pertandingan menulis rencana. Anda tertarik untuk menyertai pertandingan tersebut dan memilih tajuk “Pendekatan untuk Menjaga Kesihatan Diri”.Tulis teks rencana tersebut sepenuhnya.
7.Sekolah anda telah menganjurkan pertandingan menulis rencana. Anda tertarik untuk menyertai pertandingan tersebut dan memilih tajuk “Pendekatan untuk Menjaga Kesihatan Diri”.Tulis teks rencana tersebut sepenuhnya.
Pendekatan untuk Menjaga Kesihatan Diri
Oleh Normadian Abu
Ilmu kesihatan sebahagian daripada ilmu kedoktoran yang mengandungi hukum dan nasihat yang harus diikuti supaya kesihatan manusia terjaga. Orang yang tidak berpenyakit belum tentu sihat dalam erti kata sebenar. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang dimaksudkan dengan sihat adalah suatu keadaan jasmaniah肉体的 dan rohaniah 心灵的serta sosial yang tidak mengalami gangguan penyakit. Amalan menjaga kesihatan dan kekuatan jasmani juga dituntut Islam. Mereka yang memiliki tubuh badan atau jasmani sihat akan dapat melaksanakan tugas dan kewajipan harian dengan baik. Begitu juga rohani dan jiwa yang sihat mampu menghadapi pelbagai ujian iman. Badan sihat dan iman mantap akan membina akhlak mulia. Allah SWT berfirman menerusi ayat at-Taubah (ayat 108) berbunyi, “Dan Allah mengasihi orang yang bersih”. Konsep membersihkan diri meliputi zahir外在 dan batin内心. Bersih diri secara zahir adalah membersihkan diri daripada perbuatan syirik多神论, khurafat迷信的, dan tahayul迷信. Manakala kebersihan dari segi batin pula ialah menjaga hati dari sifat dengki, riak, serta takbur自大.
Salah satu langkah yang perlu kita beri perhatian untuk menjaga kesihatan adalah dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Keadaan di dalam dan di luar rumah hendaklah bersih daripada sampah sarap dan tempat air bertakung. Perkara ini akan dapat menghapuskan tempat pembiakan vektor带菌者penyakit seperti lalat, tikus, dan nyamuk. Kita perlulah menyahut seruan kempen yang dilancarkan oleh majlis tempatan seperti dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam iaitu kempen Jumpa Sampah Kutip dan kempen Memerangi LILATI (lipas, lalat, dan tikus). Oleh itu, sampah perlu dibakar, dikambus atau dibuang di tempat khas. Pasu-pasu bunga dan longkang perlu diperiksa agar air tidak bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Dengan demikian, penyakit-penyakit bawaan vektor seperti taun,malaria, dan denggi dapat dielakkan. Tegasnya, menjaga kebersihan persekitaran merupakan langkah asas untuk kita semua ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum.
Selain itu, pemeriksaan kesihatan amat wajar dilakukan untuk memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan baik. Mengikut saranan pakar perubatan, seseorang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan sekali.Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam darah, dan tahap kolesterol. Tujuan pemeriksaan dibuat adalah untuk memastikan tahap kesihatan kita berada dalam keadaan sihat dan .apat mengesan penyakit kronik dengan lebih awal seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Bagi pesakit yang telah diserang penyakit ini, keadaannya akan boleh dikawal sebelum menjadi serius seperti peribahasa cegah sebelum parah. Pendek kata, kesihatan seseorang akan berada dalam keadaan baik jika kita secara berdisiplin menjalani pemeriksaan kesihatan diri di hospital-hospital secara berjadual.
Mengamalkan pemakanan seimbang tidak kurang pentingnya sebagai langkah menjaga kesihatan kita. Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Boleh dikatakan seseorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang akan memperoleh kesihatan yang baik. Mengamalkan pemakanan seimbang bermakna seseorang mengambil makanan yang berkhasiat dan berzat sesuai dengan keperluan tubuh badan seseorang. Seseorang individu memerlukan makanan yang sesuai berdasarkan usia, pekerjaan, dan keperluan-keperluan lain. Sebagai contohnya, seorang bayi memerlukan lebih kalsium berbanding orang dewasa yang memerlukan lebih protein. Untuk lebih jelas, seseorang perlu merujuk pada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapat gizi营养素 seimbang. Sehubungan dengan itu, makanan ringan dan minuman bergas perlu dielakkan kerana boleh memudaratkan危害kesihatan kita. Pendek kata, langkah terbaik untuk mencapai tahap kesihatan adalah dengan mengamalkan diet 食谱makanan seimbang.
Seterusnya, kesihatan kita akan lebih terjamin jika kita melakukan kegiatan riadah. Amalan riadah seperti berenang, jogging, menunggang basikal, dan kegiatan sukan lain adalah baik untuk kesihatan. Pensyarah Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr. Zulkifli Abdul Kadir, menyarankan setiap individu melakukan kegiatan riadah selama 30 minit dua kali seminggu bagi mendapat tahap kesihatan yang optimum. Kegiatan riadah ini akan menjadi kebiasaan jika setiap hari kita melakukannya dengan penuh disiplin dan istiqamah真诚的不断进行 sesuai dengan peribahasa, alah bisa tegal biasa. Apabila melakukan kegiatan riadah, otot-otot tubuh akan lebih bertenaga dan kecergasan badan akan bertambah baik. Di samping itu, seseorang dapat menghirup udara segar semasa melakukan senaman di taman-taman permainan serta dapat mengurangkan tekanan selepas seharian penat bekerja di pejabat. Seyogia disarankan agar kita dapat melakukan kegiatan senaman secara teratur untuk memperoleh kesihatan yang baik.
Amalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang tidak kurang pentingnya untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Kini, kita dikejutkan dengan bermacam-macam amalan hidup yang negatif telah menular dalam masyarakat kita. Antara gaya hidup yang negatif ialah amalan seks rambang随意 dan bebas, melanggan pelacur, penagihan dadah dan pil-pil khayal, ketagihan arak serta lain-lainnya. Begitu juga amalan merokok yang masih menjadi sebahagian cara hidup muda-mudi dan remaja dalam masyarakat kita seolah-olah kempen Katakan Tak Nak Rokok tidak mempunyai apa-apa makna. Sudah tentu, gaya hidup tidak sihat akan mengundang penyakit seperti Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), sifilis梅毒, dan lain-lain. Amalan sebegini perlu dijauhkan seterusnya mengamalkan cara hidup sihat berdasarkan norma-norma agama dan budaya timur kita. Lantaran itu, beralihlah kepada cara hidup sihat bagi mendapat kesihatan yang baik seperti kempen Gaya Hidup Sihatyang diuar-uarkan oleh kerajaan.
Sebagai kesimpulannya, penjagaan kesihatan perlu menjadi agenda dan keutamaan dalam hidup kita. Pelbagai langkah boleh diambil untuk memperoleh kesihatan yang baik. Antaranya, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, mengambil pemakanan seimbang, dan melakukan kegiatan riadah. Kita haruslah lebih prihatin dan mengambil berat tentang kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang berkualiti. Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara selaras dengan slogan, Rakyat Sihat Negara Sejahtera. Apabila badan kita sihat, kita akan memperoleh ketenangan. Ketenangan hati dan jiwa mempunyai pengaruh besar terhadap kesihatan rohani dan jasmani. Hal ini disentuh oleh Allah SWT menerusi surah ar-Ra’ad (ayat 29) bermaksud: “Orang beriman akan tenteram hatinya dengan mengingati Allah. Ingatlah bahawa dengan mengingati tenteramlah segala hati.”
Lihat
rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan amalan pemakanan
seimbang.
Piramid
makanan
Mengelakkan gangguan perkembangan mental mencegah
penyakit
Mengawal obesiti Tumbesaran
fizikal yang seimbang
Isu pengambilan makanan segera dalam
kalangan keluarga yang kedua-dua ibu bapanya berkerjaya semakin meningkat.
Selain itu, kesan pemakanan yang tidak sihat juga kian dilupakan. Sememangnya
hal ini amat membimbangkan kerana dapat mengundang penyakit-penyakit yang
memudaratkan diri kita sendiri seperti penyakit diabetes, darah tinggi dan
obesiti. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang prihatin mestilah mengetahui
kebaikan- kebaikan pemakanan yang seimbang kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Seperti yang kita ketahui, makanan
yang baik mempengaruhi tumbesaran fizikal yang seimbang. Hal ini berlaku
disebabkan makanan yang baik mengandungi vitamin dan mineral penting untuk
pembentukan serta pengekalan kedudukan badan selain membantu mengeluarkan bahan
kumuhan secara normal. Tambahan pula, penglihatan yang baik dan kulit yang
sihat terhasil daripada pengambilan makanan yang mengandungi nutrien. Oleh itu,
kita mestilah mengambil makanan yang berkhasiat untuk merangsang proses
tumbesaran fizikal yang seimbang.
Selain itu, amalan pemakanan yang
seimbang dapat mengawal penyakit obesiti atau kegemukan. Hal ini dibuktikan
melalui pengambilan makanan segera dan makanan ringan seperti ayam goreng yang
menjadi punca obesiti dalam kalangan anak-anak yang mempunyai lingkungan umur 8
tahun ke bawah. Lantaran itu, ibu bapa mestilah menghindari perkara tersebut
dengan cara mendidik anak-anak mereka supaya mengamalkan pemakanan yang
seimbang dalam menu harian sama ada di rumah atau di luar. Seterusnya, anak-anak
juga harus digalakkan mengamalkan pengambilan buah-buahan segar apabila terasa
lapar kerana alah bisa tegal biasa.
Oleh itu, kita perlulah mengorak langkah sekarang dengan makan makanan yang
sihat agar dapat mencegah penyakit obesiti.
Sementara itu, kebaikan lain pula
adalah dengan mencegah penyakit terutamanya penyakit kronik. Hal ini dapat
dilaksanakan jika kita mematuhi setiap panduan pemakanan yang ditetapkan. Kita
perlulah mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang diproses dan diawet sebaliknya
mengamalkan makanan yang berorganik. Hal ini demikian kerana kajian mendapati
50 peratus agen pengoksidaan datangnya daripada makanan yang berorganik tinggi
seterusnya berperanan mencegah penyakit kanser. Oleh itu, kita mestilah
bertindak segera kerana lalai sesaat
adakalanya mencurahkan air mata.
Dalam pada itu, amalan pemakanan
yang sihat dan seimbang dapat mengelakkan gangguan perkembangan mental
secara menyeluruh. Contohnya, kandungan perasa makanan, iaitu monosodium
glutamat (MSC) yang tinggi serta lemak berlebihan dalam makanan ringan
mengakibatkan otak gagal berfungsi dengan baik. Sebenarnya, punca peningkatan
peratus keganasan dalam kalangan masyarakat berlaku disebabkan cara pemakanan
yang tidak sihat dan kurang mendapat khasiat Omega-3. Pengambilan makanan
seimbang amat penting untuk memastikan perjalanan hidup sentiasa lancar sekali
gus mampu mengelakkan penyakit buta terutamanya apahila umur meningkat dalam
lingkungan 55 hingga 80 tahun. Oleh itu, kita mestilah mengambil makanan yang seimbang
berpandukan piramid makanan yang betul kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
Secara total, setiap masyarakat
perlu menyedari kepentingan pengambilan makanan yang seimbang dan perlu dipupuk
sedari kecil lagi. Oleh hal yang demikian, semua pihak mestilah berganding bahu
dan bekerjasama bagai aur dengan tebing supaya kita dapat menjalani gaya hidup
yang aktif dan cergas. Akhir kata, setiap individu mestilah mengamalkan
pengambilan makanan yang sihat dan seimbang berpandukan piramid makanan agar
dapat melahirkan sebuah komuniti masyarakat yang produktif dan mampu
meningkatkan kemajuan negara kerana badan
sihat, otak cerdas.
Kepentingan Makanan Seimbang 平衡
Dasawarsa十年,
kita dapat menyaksikan观看lambakan堆积jenama品牌
makanan yang memenuhi 充足pasaran市场. Pada realitinya事实, memang真的
tidak dapat 可dinafikan被否认
bahawa makanan yang kita nikmati被享受 akan membentuk形成 fizikal肢体,
mental 思想dan keperibadian 人格seseorang.
Antara之间 pemakanan seimbang yang terdapat 有dalam piramid makanan ialah buah-buahan, sayur-sayuran
dan bijirin. Oleh itu, pemakanan seimbang merupakan teras核心
utama untuk membekalkan 提供keperluan需要 asas 基础kepada kesihatan manusia.
Seperti yang kita ketahui被知道, pemakanan seimbang mampu能merangsang刺激 tumbesaran 成长fizikal seseorang manusia. Bagi membina tulang empat kerat四肢 yang berfungsi功能dengan sempurna完整, kita memerlukan需要 zat 营养yang mencukupi足够. Antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein, karbohidrat dan kalsium. Sepotong hadis 圣经yang berbunyi, “Jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit” jelas明显 menyatakan 说bahawa kesihatan merupakan 是aset 财产yang paling 最bernilai 有价值dalam hidup. Tubuh badan yang sihat dan minda 思维yang cerdas membolehkan 使可以seseorang manusia itu melunaskan完成 amanah yang terpikul pada pundak mereka dengan begitu 这么sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadi agen媒介 penggerak 推动yang paling efektif 有效bagi memastikan 确定kesejahteraan安宁 berkekalan永久.
Pemakanan seimbang juga menunjangi支助 perkembangan发展 mental 思维seseorang. Kekurangan zat makanan boleh menjadikan mental seseorang itu terganggu 被影响dan mengalami经历 pelbagai kemudaratan损害. Sekiranya如 seseorang kekurangan 缺乏 vitamin C dan zat yang penting, mereka akan menghadapi 面对masalah daya能力 ingatan. Hal ini juga menjadikan seseorang itu gagal 失败berfikir 思想untuk menyelesaikan解决 masalah yang dihadapinya. Sudah terang lagi bersuluh明显, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran思维 manusia lebih 比较stabil稳定 dan berdaya 有能力tahan 忍耐persis好像cogan kata口号 badan sihat otak cerdas.
Kita mengakui 承认hakikat 事实bahawa, pemakanan seimbang menyumbangkan 贡献vitamin yang cukup kepada tubuh badan manusia. Sebagai contoh, vitamin C memelihara kesihatan kulit 皮肤dan membantu 帮助proses过程 metabolisme 新城代谢beberapa jenis asid amino dan hormon. Vitamin ini juga sangat mustahak 重要untuk penjagaan tulang ,gigi, pembuluh管 darah, dan penyembuhan 修复luka. Keseimbangan 平衡vitamin ini turut 也mengandungi 含有antioksida抗氧, serta membantu badan mengeluarkan kumuhan 排泄物karsinogenik诱癌因素hasil daripada proses metabolisme yang digelar sebagai radikal bebas自由基.
Seperti yang kita ketahui被知道, pemakanan seimbang mampu能merangsang刺激 tumbesaran 成长fizikal seseorang manusia. Bagi membina tulang empat kerat四肢 yang berfungsi功能dengan sempurna完整, kita memerlukan需要 zat 营养yang mencukupi足够. Antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein, karbohidrat dan kalsium. Sepotong hadis 圣经yang berbunyi, “Jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit” jelas明显 menyatakan 说bahawa kesihatan merupakan 是aset 财产yang paling 最bernilai 有价值dalam hidup. Tubuh badan yang sihat dan minda 思维yang cerdas membolehkan 使可以seseorang manusia itu melunaskan完成 amanah yang terpikul pada pundak mereka dengan begitu 这么sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadi agen媒介 penggerak 推动yang paling efektif 有效bagi memastikan 确定kesejahteraan安宁 berkekalan永久.
Pemakanan seimbang juga menunjangi支助 perkembangan发展 mental 思维seseorang. Kekurangan zat makanan boleh menjadikan mental seseorang itu terganggu 被影响dan mengalami经历 pelbagai kemudaratan损害. Sekiranya如 seseorang kekurangan 缺乏 vitamin C dan zat yang penting, mereka akan menghadapi 面对masalah daya能力 ingatan. Hal ini juga menjadikan seseorang itu gagal 失败berfikir 思想untuk menyelesaikan解决 masalah yang dihadapinya. Sudah terang lagi bersuluh明显, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran思维 manusia lebih 比较stabil稳定 dan berdaya 有能力tahan 忍耐persis好像cogan kata口号 badan sihat otak cerdas.
Kita mengakui 承认hakikat 事实bahawa, pemakanan seimbang menyumbangkan 贡献vitamin yang cukup kepada tubuh badan manusia. Sebagai contoh, vitamin C memelihara kesihatan kulit 皮肤dan membantu 帮助proses过程 metabolisme 新城代谢beberapa jenis asid amino dan hormon. Vitamin ini juga sangat mustahak 重要untuk penjagaan tulang ,gigi, pembuluh管 darah, dan penyembuhan 修复luka. Keseimbangan 平衡vitamin ini turut 也mengandungi 含有antioksida抗氧, serta membantu badan mengeluarkan kumuhan 排泄物karsinogenik诱癌因素hasil daripada proses metabolisme yang digelar sebagai radikal bebas自由基.
Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan避免 seseorang daripada dijangkiti
被传染penyakit. Penyakit 疾病kronik严重seperti
kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan被避免.Hal
ini bersesuaian适合 dengan peribahasa mencegah预防lebih baik daripada mengubati治疗.
Sesungguhnya真的, manusia yang mengamalkan 实践pemakanan
seimbang akan sihat sepanjang hayat生命. Pemakanan seimbang turut也dikatakan mampu 可mengawal 控制kadar
率obesiti
痴肥dalam kalangan圈子
masyarakat . Salah其中 satu aspek 方面utama
主要dalam pemakanan seimbang ialah
manusia perlulah mengambil makanan dalam
kuantiti数量
yang kecil tetapi cukup berkhasiat. Pengawalan控制
pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu 太过gemuk
dan memudahkan 使容易mereka untuk menjalankan 进行pelbagai
aktiviti活动 terutama尤其
aktiviti senaman 运动yang mampu 可menyihatkan badan. Oleh itu,
obesiti mampu 可diatasi
被解决jika seseorang itu mempunyai diet
餐单pemakanan seimbang dalam
hidupnya.
Sudah terang lagi bersuluh, makanan seimbang amat penting kepada setiap orang. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan yang seimbang agar kesihatan kita terjamin被保证. Jika kita masih ingkar 违背dan tidak mahu berubah sudah pasti 肯定jumlah pesakit 病人penyakit kronik di negara ini akan bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua merancang计划 prakarsa 方法yang pragmatik.实际的
Sudah terang lagi bersuluh, makanan seimbang amat penting kepada setiap orang. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan yang seimbang agar kesihatan kita terjamin被保证. Jika kita masih ingkar 违背dan tidak mahu berubah sudah pasti 肯定jumlah pesakit 病人penyakit kronik di negara ini akan bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua merancang计划 prakarsa 方法yang pragmatik.实际的
Ratu FM tatai Cmeaaho (
rangsang tumbesaran fizikal/mental- tahan –tahap antibodi-imunisasi-C
–metabolisme –asid amino-hormon –
For Mi tatai – fokus stamina
tahan i
PUNCA
OBESITI
Masalah
obesiti di negara ini semakin meningkat apabila lebih 16.8 juta penduduk
menghidap penyakit itu yang berpunca daripada amalan gaya hidup dan pemakanan
tidak seimbang. Obesiti ditakrifkan sebagai lebihan lemak dalam tubuh badan.
Pada zaman yang semakin pesat dengan revolusi perindustrian seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan,
semakin banyak remaja yang menghadapi masalah obesiti. Fenomena ini terjadi
kerana para remaja suka makan makanan segera yang tinggi dengan kalori. Ahli falsafah Yunani, Socrates berkata
" Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Persoalannya, apakah
punca-punca masalah kegemukan dalam kalangan remaja yang semakin mewabak 迅速蔓延pada era ini?
Punca
masalah obesiti dalam kalangan remaja kini ialah para remaja tidak
mempraktikkan amalan pemakanan seimbang.
Pada zaman revolusi perindustrian ini, banyak syarikat francais makanan segera bertapak di setiap sudut di negara
kita . Bagi ibu bapa yang berkejar-kejar ke tempat kerja, mereka senang dengan
perkembangan perindustrian makanan segera ini kerana mereka tidak sempat
menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak. Jadi, anak-anak dibekali dengan
makanan segera seperti sosej, nuget, burger dan sebagainya. Senario ini dapat
dibuktikan apabila pensyarah dari Unit Makanan dan Kesihatan Universiti
Malaya telah membuat bancian mengenai gaya pemakanan harian bagi remaja.
Hasilnya, sebanyak 70 peratus remaja yang ibu bapanya bekerja terpaksa
mengambil makanan segera sebagai makanan harian. Jelaslah bahawa ibu bapa pada
zaman ini lebih mengutamakan hal-hal lain daripada anak sendiri ibarat anak kera di hutan disusui, anak di
rumah mati kelaparan.
Punca
lain bagi masalah kegemukan dalam kalangan remaja kini ialah mereka tidak bersukan dan beriadah.
Fenomena ini terjadi kerana mereka leka dengan hiburan dalam dunia maya tanpa
sempadan, malah sikap mereka sendiri yang malas untuk bersukan. Remaja yang
malas juga tidak suka bersosial dengan masyarakat luar. Remaja lebih gemar
melakukan aktiviti yang langsung tidak mendatangkan faedah. Sikap ini tentulah
tidak mendatangkan kesedaran kepada para remaja untuk menjaga kesihatan diri.
Pendek kata, jelaslah bahawa remaja yang kurang gemar bersukan telah menyumbang
kepada masalah obesiti yang melanda Malaysia pada alaf baharu ini.
Punca
lain tercetusnya masalah kegemukan dalam kalangan remaja juga adalah kerana
sikap remaja yang tiada pendirian dan
suka terpengaruh oleh iklan makanan ringan. Bukan itu sahaja, remaja juga
tidak mempunyai ilmu tentang implikasi yang bakal dihadapi oleh mereka jika
terlalu banyak mengambil makanan yang berlemak serta berkalori tinggi. Mereka
terlalu mengikut hawa nafsu. Apabila syarikat pengeluar makanan segera mencipta
produk baharu, mereka akan mengiklankan produk itu kepada orang awam. Cara ini
telah menyebabkan remaja terpengaruh oleh iklan-iklan yang indah khabar daripada rupa. Unit Psikologi dari Universiti
Kebangsaan Malaysia telah menyatakan bahawa remaja sekarang kurang
kesedaran terhadap kesihatan diri mereka.
Kegemukan
dalam kalangan remaja juga berpunca daripada sikap ibu bapa yang kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka. Ibu
bapa terlalu memanjakan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh sehingga mengikut telunjuk mereka. Apabila
anak-anak hendak makan apa-apa pun, ibu bapa akan memberikannya walaupun
makanan tersebut tidak berkhasiat dan kurang sesuai dengan tumbesaran anak-anak
mereka. Ibu bapa akan memenuhi hasrat anak-anak yang ingin makanan segera
seperti yang terdapat di Restoren McDonald, Pizza, KFC dan lain-lain lagi. Unit
Kesihatan dari Hospital Universiti Malaya telah membuat kajian mengenai ayam
goreng di KFC bahawa ayam tersebut mengandungi garam, lemak serta kalori tinggi
yang mengundang obesiti dan penyakit kronik lain.
Secara
intihanya, masalah ini kian serius dan membimbangkan semua pihak. Oleh itu,
masyarakat haruslah melakukan anjakan
paradigma supaya tubuh badan mereka sihat selaras dengan hasrat kerajaan yang
ingin melahirkan insan yang badan cergas, minda cerdas.
Menarik & matang:
1.
Kira-kira 38 peratus daripada remaja
yang berumur antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat.
2.
Kerajaan benar-benar memandang serius
masalah obesiti dengan menubuhkan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom)
3.
Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.
Chua Soi Lek mengandaikan makanan segera umpama bom jangka yang boleh meledak
menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda.
4.
Petikan hadis yang bermaksud jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa
sakit jelas menunjukkan betapa pentingnya kesihatan sebagai aset yang
paling berharga kepada manusia.
5.
Institut Jantung Negara (IJN) dalam
kajiannya pada tahun 2007 melaporkan bahawa 60 peratus remaja telah menghidap
penyakit jantung.70 peratus remaja yang ibu bapanya bekerja terpaksa mengambil
makanan segera sebagai makanan harian
6.
Sebanyak 200 jenis makanan segera seperti mi
segera, minuman bergas, gula-gula, coklat dan burger dilaporkan menjadi punca
pelbagai penyakit kritikal di Malaysia.
7.
2 Pewarna yang sering digunakan dalam makanan
segera ialah Blue VRS (menyebabkan barah, lelah, muntah dan alergi), Orange GGN
(menyebabkan barah), Ponceau 4R (menyebabkan barah, bengkak tisu, alergi dan
lelah), Amaranth (menyebabkan barah, lahir cacat), Green S (menyebabkan barah)
8.
Perasa monosodium glutamate yang digunakan dalam
perencah ini segera juga berbahaya kepada kesihatan.
9.
Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(UNICEF) menjelaskan bahawa kematian 65,000 kanak-kanak di Teluk Parsi berumur
lima tahun ke bawah pada tahun 1985 akibat mengambil makanan snek dan minuman
ringan.
10. Kacang
soya menjadi sumber protein yang unggul kerana dapat membekalkan sembilan asid
amino dan beberapa jenis vitamin seperti vitamin B, K, E, zink dan kalsium.
11. Menurut
pakar perubatan San Francisco Amerika Syarikat, amalan memakan makanan segera
boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan sakit jantung. Kentang goreng dan
pizza mengandungi lemak beroksida yang boleh merosakkan tisu dan genetik dalam
darah.
12. Menurut
Daniel Goleman dalam bukunya Emotional Intelligence - seseorang yang mengalami
gangguan emosi, kesedihan dan kebimbangan yang berterusan akan mudah menghadapi
risiko sakit jantung, sakit kepala dan ulser peptik.
13. Kira-kira
3,000 rakyat Malaysia yang berumur lebih 40 tahun mati setiap tahun akibat
sakit jantung, Dari segi jantina, 77% lelaki, 23% perempuan. 65% berpunca
daripada merokok.
14. Kerajaan
telah melancarkan Dasar Kesihatan Remaja Kebangsaan pada Jun 1998 untuk
melahirkan remaja sihat dan bebas daripada ancaman kesihatan.80% penyakit
berpunca daripada makanan.
15. Amalan
senaman dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. Peribahasa
ada menyatakan mencegah lebih baik daripada mengubati. Penyakit JE atau
Japanese Encephilitis merebak kerana kawasan sekitar kandang khinzir yang
kotor. Kesannya berpuluh-puluh orang pentemak khinzir terkorban di Kampung
Nipah dan Kampung Pelanduk di Negeri Sembilan.
16. 80%
lelaki rakyat Malaysia ialah perokok.Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis
bahan kimia termasuk nikotin, kadmium, arsenit, tar, dan karbon monoksida. Amalan
menjamu selera di restoran makanan segera sudah menjadi fenomena biasa
masyarakat Malaysia pada masa ini. Antara jenama yang tidak asing lagi ialah A
& W, Kentucky Fried Chicken, McDonald’s, Pizza Hut, Grandy’s, Shakey’s
Pizza, Sugar Bun, Starbuck dan sebagainya.Otak yang cerdas datang daripada
badan yang sihat
17. 20%
daripada penduduk Malaysia menghadapi masalah kegemukan dan 10% terdiri
daripada pelajar sekolah rendah dan 8% pelajar sekolah menengah.Kata para
pujangga kesihatan lebih berharga daripada harta kekayaan.
18. Kata
orang tua-tua sediakan payung sebelum hujan. Oleh yang demikian, kita harus
mengamalkan kehidupan yang sempurna sama ada dari segi fizikal atau
mental.Masyarakat harus sedar akan pentingnya menjaga kebersihan makanan dan
persekitaran selaras dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat.
19. Pegawai
Perubatan Kementerian Kesihatan Dr. Sallehudin Abu Bakar menjelaskan bahawa
“Amalan pencegahan bukan sahaja berkesan dari segi meningkatkan kesihatan malah
kosnya lebih murah berbanding dengan rawatan.
20. Kajian
Diabetes Kebangsaan mendapati 50% wanita tidak melakukan senaman dengan memberi
alasan tidak mempunyai masa. Kebiasaan orang yang berumur melebihi 50 tahun,
tulangnya lebih cepat reput dan keadaan ini boleh membawa maut.
21. Langkah
yang proaktif dan pragmatik perlu diambil agar penyakit-penyakit berbahaya
dapat diatasi hingga akar umbi.
22. Menurut
pakar kesihatan, ilmu kesihatan terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat
pengetahuan dan peringkat amalan.
23. Masalah
kesihatan dari segi mental, emosi, sosial, jasmani dan fizikal boleh menggugat
keharmonian keamanan hidup masyarakat.Api kebakaran sekadar merosakkan harta
benda kita, tetapi penyakit berbahaya boleh meranapkan tamadun bangsa.Kita tidak
boleh memandang enteng terhadap kesihatan diri dan janganlah sudah terantuk
baru hendak tengadah.
24. Dalam
kerancakan menuju era modenisasi, rakyat kita tidak tems alpa dengan ancaman
pelbagai jenis penyakit berbahaya yang boleh menjejaskan kesejahteraan
masyarakat. Perubatan tradisional masih mampu bertahan walaupun menerima
persaingan dan asakan perkembangan drastik perubatan moden.
25. Masyarakat
Cina terkenal dengan kaedah rawatan akulpuntur dan ubat-ubatan sinseh sejak
berkurun- kurun lamanya.
26. Keracunan
makanan ialah suatu penyakit yang dialami selepas makan makanan yang tercemar,
sama ada yang tercemar oleh bahan kimia, logam, mikroorganisma ataupun tumbuhan
beracun.
27. Penyakit
yang dihidapi adalah daripada perbuatan atau tabiat manusia itu sendiri.Gaya
hidup moden turut mengundang kemunculan penyakit yang tidak pernah kita dengar
seperti stres, imsonia dan sebagainya.
28. Dalam
keadaan biasa, kita mengeluarkan kira-kira 500 hingga 600 mililiter peluh
sehari. Orang dewasa memerlukan 8 hingga 12 gelas air sehari.
29. Nyamuk
sudah menjadi sinonim dengan ancaman penyakit berjangkit seperti demam malaria,
dan demam denggi.
SPM 2009N: Rumusan
tentang kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara
mengatasi masalah sukar tidur.
Pernahkah sekali-sekala anda berasa otak lebih lembap dan
sukar untuk berfikir? Pernahkah anda mengalami keadaan yang merimaskan terutama
apabila sukar memberikan tumpuan kepada kerja ataupun pelajaran? Kajian
menunjukkan bahawa masalah sukar menumpukan perhatian dan kelembapan otak ini
ada kaitannya dengan faktor tidur.Setiap orang memerlukan masa tidur yang
berbeza mengikut umur, tahap kesihatan dan aktiviti hariannya. Misalnya,
golongan remaja memerlukan tidur antara enam hingga lapan jam sehari.
Tidur yang paling berkualiti ialah tidur pada waktu malam. Tidur amat penting bagi melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Melalui proses ini, badan seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang rosak. Kajian mendapati bahawa tidur yang cukup mampu meningkatkankeupayaan untuk belajar dan membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang. Selain itu, proses penyimpanan maklumat di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Oleh itu, mereka yang sering tidur lewat, seperti murid yang mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam, akan menyebabkan proses penyimpanan maklumat terganggu.
Kurang tidur juga mengakibatkan tumpuan seseorang dalam membuat keputusan dan perancangan terjejas. Menurut kajian, kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan di jalan raya ada kaitannya dengan tumpuan yang terganggu akibat faktor kurang tidur.Tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang. Hal ini demikian kerana seseorang yang tidur kurang daripada kadar biasa akan mengalami tekanan dan melemahkan ketahanan badan sehingga menyebabkan mudah dijangkiti penyakit.
Menurut pakar, badan kita mempunyai pusingan biologi yang tetap. Pusingan biologi ini aktif pada waktu siang dan kurang aktif pada waktu malam. Oleh itu, bagi memulihkan pusingan biologi dalam badan, kita perlu tidur secukupnya. Tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan pusingan biologi seseorang.Selain tidur pada waktu malam, amalan tidur seketika pada waktu tengah hari dapat menyegarkan tubuh badan, sekali gus meningkatkan produktiviti. Kajian juga menunjukkan bahawa tidur secara rutin selama 30 minit pada waktu tengah hari dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Walau bagaimanapun, seseorang tidak digalakkan tidur selepas matahari terbit dan pada waktu lewat petang. Hal ini demikian kerana menurut pakar, tidur pada waktu-waktu tersebut boleh menjejaskan kesihatan. Tidur yang cukup pada waktu yang sesuai merupakan komponen penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik.
Tidur yang paling berkualiti ialah tidur pada waktu malam. Tidur amat penting bagi melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Melalui proses ini, badan seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang rosak. Kajian mendapati bahawa tidur yang cukup mampu meningkatkankeupayaan untuk belajar dan membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang. Selain itu, proses penyimpanan maklumat di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Oleh itu, mereka yang sering tidur lewat, seperti murid yang mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam, akan menyebabkan proses penyimpanan maklumat terganggu.
Kurang tidur juga mengakibatkan tumpuan seseorang dalam membuat keputusan dan perancangan terjejas. Menurut kajian, kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan di jalan raya ada kaitannya dengan tumpuan yang terganggu akibat faktor kurang tidur.Tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang. Hal ini demikian kerana seseorang yang tidur kurang daripada kadar biasa akan mengalami tekanan dan melemahkan ketahanan badan sehingga menyebabkan mudah dijangkiti penyakit.
Menurut pakar, badan kita mempunyai pusingan biologi yang tetap. Pusingan biologi ini aktif pada waktu siang dan kurang aktif pada waktu malam. Oleh itu, bagi memulihkan pusingan biologi dalam badan, kita perlu tidur secukupnya. Tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan pusingan biologi seseorang.Selain tidur pada waktu malam, amalan tidur seketika pada waktu tengah hari dapat menyegarkan tubuh badan, sekali gus meningkatkan produktiviti. Kajian juga menunjukkan bahawa tidur secara rutin selama 30 minit pada waktu tengah hari dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Walau bagaimanapun, seseorang tidak digalakkan tidur selepas matahari terbit dan pada waktu lewat petang. Hal ini demikian kerana menurut pakar, tidur pada waktu-waktu tersebut boleh menjejaskan kesihatan. Tidur yang cukup pada waktu yang sesuai merupakan komponen penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik.
i.
berikan maksud rangkai kata keadaan yang
merimaskan.
ii.
Pengarang mengemukakan beberapa kesan
yang dialami jika seseorang tidak mendapat tidur yang secukupnya.Nytakan tiga
daripada kesan tersebut.
iii.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca
yang menyebabkan seseorang meghadapi masalah sukar tidur? Kemukakan empat
punca.
No comments:
Post a Comment