Saturday, October 31, 2015

patriotik

Cara Remaja Mengisi Kemerdekaan
Meningkatkan ilmu pengetahuan
ilmu pengetahuan membolehkan remaja menyumbangkan idea dan kepakaran mereka untuk membangunkan dan memajukan negara
ilmu pengetahuan yang dikuasai oleh remaja perlu dalam pelbagai bidang agar negara tidak bergantung pada kepakaran asing
remaja perlu mencontohi rakyat Jepun yang berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan mereka demi memacu pembangunan negara
Memiliki akhlak dan sahsiah yang unggul
remaja perlu memiliki akhlak dan sahsiah yang unggul - maju mundurnya negara pada masa depan bergantung kepada mereka
akhlak dan sahsiah yang unggul melahirkan generasi masa hadapan yang memiliki jati diri dan mampu melonjakkan pembangunan negara
remaja perlu menjauhi gejala sosial yang boleh membinasakan masa depan mereka
Memiliki keterampilan bakat dan kepimpinan
remaja hari ini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang
remaja perlu meningkatkan keterampilan diri - menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum
remaja perlu mempunyai bakat kepimpinan, tahan lasak dan memiliki pegangan agama yang utuh
Membina hubungan yang baik dengan kaum lain
hubungan yang baik dapat membina masyarakat yang bersatu padu - asas kepada kestabilan dan kemajuan negara
mengelakkan prasangka dan mencetuskan bibit permusuhan dengan kaum lain
remaja perlu belajar menghormati dan memahami kaum lain
menghayati Rukun Negara 


Peranan generasi muda mengisi kemerdekaan
                PENGISIAN kemerdekaan memerlukan usaha yang berterusan daripada semua warga terutama sekali generasi muda. Banyak kemajuan yang telah dicapai oleh generasi muda melalui usaha kuat mereka dan dasar-dasar kerajaan.
Jumlah golongan muda yang berjaya meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian semakin bertambah.
Pelajar melalui sistem pendidikan negara semakin ramai yang mencapai kejayaan cemerlang dalam keputusan peperiksaan mereka. Pelbagai kejayaan sama ada dalam bidang sukan, seni, sains, teknologi maklumat juga telah ditempuhi oleh generasi muda.
Kejayaan Nicol David, pelumba-pelumba cilik pasukan Formula Future dan badminton misalnya telah membuktikan kejayaan generasi muda untuk berjaya di peringkat antarabangsa. Begitu juga bakal angkasawan pertama negara juga adalah terdiri daripada pelapis muda. Mereka juga semakin bijak dalam mengikuti perkembangan global dunia.
Malah, penerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) termuda hanya berumur 26 tahun, satu lagi bukti kejayaan cemerlang generasi muda.
Bagaimanapun, generasi muda juga menghadapi pelbagai permasalahan yang jika tidak diatasi akan memberi kesan kepada usaha merealisasikan 50 tahun fasa kemerdekaan kedua dengan lancar.
Pelbagai permasalahan sosial di kalangan generasi muda terutama remaja diperkatakan. Statistik penyalahgunaan dadah masih lagi memberi petunjuk mengenai kedudukan masalah ini di peringkat yang membimbangkan.
Penyalahgunaan dadah membawa bersama-sama masalah HIV/AIDS. Kesan penyalahgunaan dadah kepada negara boleh membantut usaha menjayakan dasar-dasar yang diwujudkan negara kerana masalah ini melemahkan keupayaan dan ketahanan sesuatu bangsa.
Sekiranya masalah ini tidak ditangani segera, ia akan memberi kesan kepada pembangunan modal insan kerana remaja merupakan aset yang bernilai bagi negara. Jatuh atau bangunnya nama negara terletak kepada kepimpinan generasi pelapis.
Perangkaan statistik kes jenayah dan salah laku membabitkan remaja di Malaysia kian serius dan bertambah kronik.
Mereka juga kurang mempunyai semangat patriotisme kerana dikatakan tidak dapat merasa detik-detik perjuangan kepayahan menuntut kemerdekaan di samping hidup dalam zaman yang selesa.
Tanggungjawab membina kejayaan negara dan sanggup bekerja keras untuk negara banyak terletak di bahu generasi muda sendiri di samping mendapat bantuan dan bimbingan semua pihak.
Pihak kerajaan dalam memastikan generasi muda sentiasa cemerlang telah, sedang dan akan melaksanakan pelbagai program. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Rakan Muda adalah antara dua program besar membuktikan komitmen kerajaan dalam membina jati diri remaja.
Pembinaan jati diri generasi muda juga turut dibina melalui pendidikan. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.
Kementerian Belia dan Sukan juga sering terlibat dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk membantu diri remaja dan belia memajukan diri mereka. Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB) telah diwujudkan bagi membantu golongan muda yang ingin berniaga mendapatkan maklumat dan bantuan.
Konvensyen Pembangunan Belia Meneroka Generasi 2007 contohnya bertujuan menentukan hala tuju, falsafah dan strategi pembangunan belia yang progresif, menggariskan mekanisme pengurusan pembangunan belia, menyediakan kod etika pertubuhan belia dan membina teras pembangunan belia yang terbilang.
Generasi muda melalui kesedaran mereka dan bantuan pihak lain diharapkan akan terus memastikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan stabil, mengamalkan kesederhanaan serta saling menghormati dalam aduan warga pelbagai budaya.
Adalah tugas generasi muda untuk memastikan Malaysia akan terus berpegang kepada konsep keadilan dan kesaksamaan, mengusahakan kemiskinan dihapuskan dan memastikan kemakmuran dapat dinikmati bersama.
Selain itu, adalah juga menjadi harapan agar generasi muda akan mengisi perjuangan kemerdekaan dalam fasa 50 tahun kedua dengan memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan dan mengurus negara dengan bijak.
Kejayaan negara dalam fasa kedua 50 tahun kemerdekaan negara memerlukan komitmen semua warganegara terutama sekali generasi muda. Seluruh rakyat Malaysia perlu memulakan fasa 50 tahun kedua kemerdekaan dengan komitmen dan tidak membenarkan lagi bumi dan minda dijajah.
Dr. Sapora Sipon Pengarah Perhubungan Korporat Universiti Sains Islam Malaysia.

PERANAN REMAJA DALAM MENGISI KEMERDEKAAN
PENDAHULUAN:-
Negara kita banyak memperoleh kejayaan dan berada pada landasan yang tepat untuk mencipta kecemerlangan setelah kemerdekaan diraih sejak 1957.
Kemerdekaan telah berjaya memberikan rakyat Malaysia kualiti kehidupan yang lebih selesa dengan pelbagai peluang yang terbuka luas.
Malaysia sudah mampu melakar kedudukan yang lebih kukuh dalam semua bidang sama ada politik, ekonomi, mahupun sosial.
Semua pihak sama ada pemimpin, kakitangan kerajaan dan swasta, profesional, buruh, petani, nelayan dan belia serta remaja mempunyai tanggungjawab besar untuk mencorakkan masa depan Malaysia hasil daripada kemerdekaan yang kita capai.
Pelbagai peranan yang boleh dimainkan oleh remaja dalam mengisi kemerdekaan negara.
IDEA-IDEA PENTING:-
Remaja sepatutnya tidak melupakan pengorbanan generasi terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara ini selepas dijajah lebih dari 500 tahun.
Remaja perlu menghayati sejarah perjuangan bangsa agar dapat memupuk semangat cinta akan negara yang tidak bertepi.
Remaja mesti belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang berguna hingga boleh memberi khidmat dan sumbangan kepada negara.
Remaja sepatutnya menjadi benteng pertahanan negara. 
Remaja mestilah komited menzahirkan sumbangan tenaga, kepakaran untuk negara pada bila-bila masa.
Remaja sewajarnya bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dengan memberikan bantuan kepada golongan miskin, orang tua, anak-anak yatim, OKU dan sebagainya.
Remaja mestilah memanfaatkan segala potensi diri demi membangunkan masyarakat yang sihat, penyayang dan cinta akan negara.
Remaja seharusnya menggalas tanggungjawab membangunkan negara dengan penuh kecekapan dan berintegriti.
Remaja semestinya menjauhi aktiviti-aktiviti negatif yang boleh merencatkan perkembangan kemajuan negara.
Remaja mestilah bersungguh-sungguh mendalami hal-hal keagamaan agar menjadi insan yang memiliki sahsiah yang terpuji dan mapan.
Remaja perlu belajar dan bersedia mengambil alih tampuk pemerintahan negara apabila tiba masanya.
Remaja mestilah memiliki matlamat hidup yang jelas.
Remaja hendaklah sentiasa menyokong dasar kerajaan yang jelas membawa kebaikan kepada semua.
PENUTUP:-
Kepesatan kemajuan dan keutuhan perpaduan yang dicapai amat membanggakan kita.
Kita yakin kita mampu pergi lebih jauh lagi dengan adanya sumbangan positif daripada semua pihak.
Kemerdekaan ialah lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan dan kejayaan kita dan mestilah didukung berterusan oleh generasi muda hari ini.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah
Sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah
sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah dilancarkan daripada 15 ogos hingga 16 September pada setiap tahun
bertujuan menyemarakkan semangat cinta akan negara dalam kalangan pelajar
mengingatkan pelajar tentang sejarah dan pengorbanan generasi terdahulu untuk memerdekakan negara
Pelbagai aktiviti dirangka dalam bulan kemerdekaan
program pelancaran bulan kemerdekaan - perhimpunan diadakan bagi menjelaskan tujuan program ini dijalankan
pelbagai pertandingan dijalankan - puisi, esei, pidato dan debat yang bertemakan kemerdekaan negara
program ceramah dan pengisahan kemerdekaan turut diadakan - memberi input kepada pelajar tentang sejarah kemerdekaan negara
Sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah
sambutan hari kemerdekaan merupakan acara kemuncak dalam bulan kemerdekaan
pelajar berkumpul untuk menyanyikan lagu "Negaraku", "Jalur Gemilang" dan lagu sekolah.
pelbagai persembahan diadakan oleh pelajaryang bertemakan kemerdekaan - nyanyian lagu patriotik, drama dan pidato
Upacara penutup sambutan bulan kemerdekaan
program dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku", "Jalur Gemilang" dan lagu sekolah
ucapan pengetua atau guru besar - mengingatkan pelajar agar menghargai kemerdekaan negara
persembahan oleh pelajar yang memenangi pertandingan dalam program Bulan Kemerdekaan
penyampaian hadiah kepada pelajaryang memenangi pertandingan
Penutup
Kemerdekaan merupakan aspek terpenting kepada sesebuah negara dan mesti dipertahankan oleh seluruh ralcyat
Kemerdekaan negara mesti dihayati oleh generasi muda supaya mereka cinta akan negara dan menghargai susah payah pejuang terdahulu

Kemerdekaan penting bagi sesebuah negara. Huraikan cara-cara remaja dapat mengisi kemerdekaan sesebuah negara.

No comments: