KEPENTINGAN
MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN BANGSA
Tamadun
sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni
budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti
tersendiri. Budayatradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di
negara kita. Hal initermasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan
sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita smakin
lenyap ditelan arus pemodenan.Budaya melambangkan identiti sesebuah negara.
Amalan budaya tradisional kitamelambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya,
keuikan pakaian tradisionalpelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara
pemakaian serta berwarna- warni.Budaya tradisional kita juga menunjukkan
budi pekerti masyarakat Malaysia. Nilaimurni
yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka padahari
kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap
mesra.Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin
kitapada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada
harikebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia
yangdikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.Budaya
tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kayadengan
nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi danmengadakan
rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan,agama dan
amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dansahabat
handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita salingmenerima dan
memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “SelamatDeepavali”
keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akanmengeratkan
siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.Salah satu tarikan pelancongan ialah
keunikan budaya tradisional kita, misalnyapersembahan teater tradisional
seperti bangsawan dan makyung dan tarian sepertikuda kepang dan gawai. Banyak
pelancong mengunjungi Malaysia kerana inginmendekati corak hidup dan kebudayaan
kita. Ada yang tinggal bersama-sama kitadikampung untuk merasai kehidupan kita
di samping menghayati kekayaam warisan bumi seperti keunikan dan keindahan
pantai, landskap dan hutan Malaysia.. Tidak kurang pula yang merakamkan
perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu.Jadi, budaya penting untuk
mengembangkan pelancongan.Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun
kita. Melalui budayatradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini,
kita tidak akan lupa daratan.Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan
hidup nenek moyang kita. Dari sini kitaakan mendapat iktibar. Misalnya, tarian
Portugis mengingatkan kita tentangkedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak
menceritakan tentang KesultananMelaka dan kejatuhannya juga mendatangkan
pengajaran. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan
ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari
ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasimuda harus mengenali asal usul
sendiri.
Untuk
mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepadakekayaan
warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara
serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyatkita akan
lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayupada
bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat,
dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampumenggugat
kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat
dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini,
warisan budayadapat diikuti dan dilihat sepanjang masa. Warisan
tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui
latihan.Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan
melaluiRakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya
tradisionalsebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas
pantun dan tariantradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini
memberikan peluang kepadamereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini,
budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan
orang ramai mengenalinyadengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat
dihayati kerana “tak kenaImaka tak cinta”.Di samping itu, pameran artifak atau
sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum diMalaysia haruslah digalakkan. Kini
pengaruh media massa menyebabkan budayatradisional kita kian dilupai.
Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlumenyiarkan budaya kita dengan
lebih kerap dan meluas. Misalnya, pamerankebudayaan tradisional boleh diadakan
melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, MuziumNegeri, dan sebagainya. Pihak media
massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian,
yang merencanakan sudut budaya tentang masakan,pakaian, hiasan, kepercayaan,
petua kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga boleh
dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti “MalaysiaHari lni” dan
“Selamat Pagi Malaysia”.Janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat
ditonton di muzium, bak pepatah yang berbunyi “biar mati anak,jangan mati
adat”. Oleh itu, usaha memupuk danmemelihara budaya ini tidak seharusnya
dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur
meredah zaman, tidak lekang dek panas,tidak lapuk dek hujan
Warisan budaya bangsa sesebuah negara
wajar diketengahkan sebagai tarikan pelancong dari luar negara.
Kemukakan saranan anda tentang
usaha-usaha yang harus dilakukan oleh negara tersebut.
Setiap negara mempunyai keunikan warisan budaya bangsanya yang tersendiri. Warisan budaya bangsa merupakan adat dan cara hidup sesebuah kaum atau bangsa yang diamalkan sejak turun-temurun. Adat dan budaya ini selalunya diajar oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi untuk membiasakan anak-anak itu dengan budaya bangsa mereka. Warisan budaya bangsa mestilah dipertahankan dan diamalkan serta perlulah diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain agar khazanah itu tidak pupus ditelan zaman. Adat istiadat sesebuah bangsa itu perlulah dilaksanakan dengan meriah agar generasi muda pada zaman ini dapat mengetahui budaya kaum masing-masing seperti perayaan. Oleh hal yang demikian, warisan budaya bangsa perlulah dijaga dengan baik untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Sebagai contoh, keunikan dan keharmonian budaya dan adat masyarakat Malaysia boleh dijadikan aset penarik pelancong dari luar negara untuk melawat negara kita yang mempunyai kepelbagaian adat dan kebudayaan ini. Pihak kerajaan perlulah mengatur strategi yang mantap dalam mengeksploitasikan warna-warni citra kebudayaan masyarakat dan adat negara sebagai alat tarikan pelancong sekali gus meningkatkan sektor pelancongan negara.
Antara usaha yang
boleh dilaksanakan adalah dengan mempromosikan negara di media massa kerana
langkah ini merupakan cara terpantas dan mudah untuk berhubung dengan negara
luar. Kementerian Pelancongan Malaysia hendaklah mengemukakan idea-idea
yang bernas bagi mempromosikan warisan budaya negara agar dapat menarik minat
pelancong asing untuk melawat negara kita. Sebagai contoh, Malaysia telah lama
melancarkan kempen Cuti-Cuti Malaysia untuk membantu meningkatkan pendapatan
negara dari sektor pelancongan. Iklan mengenai keunikan budaya dan adat
masyarakat setempat perlulah disiarkan di saluran televisyen antarabangsa dalam
usaha mempromosikan negara. Contoh yang boleh diambil ialah perkahwinan
anak perempuan Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran Chef
Wan Ismail yang penuh dengan adat istiadat perkahwinan kaum Melayu ditayangkan
oleh TV Astro saluran Asean sedikit masa dahulu. Masyarakat berbilang
kaum yang hidup dengan aman dan harmoni di bawah satu bumbung yang sama, penuh
dengan pelbagai adat dan kebudayaan yang bervariasi juga perlu ditonjolkan
untuk melambangkan perpaduan rakyat yang jitu. Selain televisyen,
internet juga merupakan antara kaedah terpenting dalam mempromosikan negara
untuk menarik minat pelancong kerana kita boleh berhubung dengan masyarakat di
seluruh dunia melalui internet.
Selain
itu, pihak kerajaan mahupun swasta hendaklah memperbanyak program ‘homestay’ di
negara kita. Apabila pelancong asing tinggal di ‘homestay’ tempatan,
mereka akan mempelajari adat dan budaya tradisional amalan masyarakat
setempat yang sememangnya unik dan menarik. ‘Homestay’ yang selalunya
dilaksanakan di kawasan perkampungan dapat membantu mengetengahkan budaya
bangsa masyarakat tersebut kerana kebanyakan mereka yang menetap di kawasan
perkampungan masih mengamalkan budaya dan adat yang diturunkan dari nenek
moyang mereka, tidak seperti kebanyakan penduduk bandar yang sering kali
terpengaruh dengan budaya Barat yang tidak sesuai dengan etika budaya
Timur. Tuan rumah kepada ‘homestay’ tersebut boleh mendedahkan kepada para
pelancong mengenai cara hidup, cara makan dan cara mereka berkomunikasi antara
satu sama lain. Perkara seperti ini akan menarik minat pelancong asing
untuk mendalami setiap adat yang diamalkan dan dipraktikkan oleh mereka dalam
aktiviti seharian mahupun perayaan sesuatu kaum. Para pelancong juga boleh diajar
untuk memasak makanan tradisional masyarakat setempat agar mereka lebih
tertarik dengan menu harian negara itu.
Seterusnya, kepelbagaian makanan yang memenuhi
pelbagai selera daripada masyarakat yang berbilang kaum hendaklah dijadikan
elemen untuk menarik minat pelancong. Makanan tradisional di sesebuah negara
itu hendaklah dieksport ke negara luar untuk berkongsi tentang warisan budaya
bangsa tempatan. Santapan tradisional juga perlu dipromosikan dan
didemontrasikan ke peringkat antarabangsa agar pelancong asing akan berminat
untuk melawat Malaysia. Sebagai contoh, pembuatan perencah rendang atau
tempoyak di Malaysia harus dipergiat lagi untuk diperluas ke pasaran global
kerana makanan-makanan itu merupakan makanan tradisional di Malaysia dan perlu
diketengahkan di mata dunia dalam usaha menarik minat pelancong dari negara
luar untuk datang melawat Malaysia. Makanan tradisional di Malaysia telah
menjadi tarikan ramai pelancong sejak dulu lagi kerana variasinya daripada
manis hinggalah pedas disebabkan wujudnya masyarakat berbilang kaum yang
mempunyai budaya makanan dan warisan masakan yang berbeza antara satu sama lain
dan mempunyai keunikan yang tersendiri.
Di
samping itu, industri seni tradisional di sesebuah negara itu mestilah
ditekankan lagi dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan. Produk seni halus
tradisional hendaklah diiklankan serta dipasarkan ke peringkat antarabangsa.
Seni tradisional yang berbentuk persembahan pula perlu sering kali
diadakan untuk menunjukkan keunikan dan tarikan sesebuah bangsa tersebut.
Persembahan oleh penari-penari atau pelakon tempatan hendaklah dipromosikan ke
luar negara untuk menarik minat pelancong asing melawat Malaysia. Sebagai
contoh, persembahan tarian zapin ataupun wayang kulit hendaklah diadakan di
luar negara sebagai wahana untuk menarik minat pelancong dari luar negara
dengan kelainan budaya di Malaysia justeru dapat meletakkan industri seni
tradisional ke mata dunia. Kain-kain batik serta songket yang ditenun halus
oleh masyarakat Malaysia yang sangat berbakat hendaklah dieksport sehingga ke
peringkat antarabangsa agar penduduk asing berminat dengan produk buatan
Malaysia seterusnya ingin melawat sendiri negara Malaysia yang indah ini.
Oleh hal yang demikian, industri seni tradisional di sesebuah negara itu
harus ditingkatkan dalam usaha menarik minat pelancong dari luar negara.
Konklusinya, warisan budaya bangsa di sesebuah negara
itu penting dalam usaha memajukan sektor pelancongan. Setiap individu
seharusnya menghargai dan mempertahankan serta mengamalkan budaya dan adat
kaumnya sendiri agar warisan itu akan terus kekal selamanya bak peribahasa tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek pasan. Pihak kerajaan seharusnya
memanfaatkan warisan budaya bangsa yang berwarna-warni dan sememangnya mampu
memikat hati para pelancong untuk meningkatkan pendapatan negara seterusnya
menaikkan taraf hidup rakyat agar mereka dapat lebih menyumbang tenaga dan masa
untuk membantu memajukan nusa yang tercinta justeru merealisasikan gagasan
Wawasan 2020 yang dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir itu. Oleh hal yang
demikian, warisan budaya bangsa ternyata merupakan elemen utama dalam usaha
menjadi negara maju dan perlu dikekalkan sehingga akhir zaman.
[911 patah perkataan]
Karya;
Mas Dinah Farisah – 5 Berlian 2013
Gambar di bawah menunjukkan
sebahagian daripada permainan tradisional yang terdapat di negara kita.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan permainan tradisional di Malaysia.
Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
PERENGGAN PENDAHULUAN (5 Ayat)
[Ayat Rangsangan(AR) – Definisi Umum] Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi pada zaman nenek moyang kita sejak dahulu lagi. [Ayat Contoh (AC)] Antara contoh permainan tradisional yang masih dimainkan kini ialah permainan gasing, wau dan congkak. [AR-Isu] Namun, peredaran zaman yang kian berubah telah menyaksikan bahawa permainan tradisional ini makin dipinggirkan oleh generasi muda kini. [AR – Persoalan] Mengapakah hal sedemikian berlaku? Siapakah yang perlu melestarikan permainan tradisional ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas? [Ayat Arahan(AA)] Oleh itu, kepentingan permainan tradisional ini perlu diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia agar permainan ini tetap terlestari sampai bila-bila.
PERENGGAN ISI 1 – Warisan Budaya Malaysia (5 Ayat)
[Ayat Topik (AT)] Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya. [Ayat Huraian (AH)- Mengapa?] Hal ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. [AH-Jika] Sekiranya permainan tradisional ini tidak dipertahankan sudah tentu generasi muda tidak mengenali budaya warisan mereka. [AH-Kesan] Impaknya, generasi muda sudah tentu tidak akan mengenali permainan congkak, sepak raga, wau malah mereka begitu berbangga dengan permainan moden yang begitu pesat membanjiri pasaran kini. [Ayat Penyimpul (AP)] Jelaslah, permainan tradisional ini sangat penting kerana permainan ini merupakan warisan turun-temurun yang perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang.
PERENGGAN ISI 2 – Sebagai hiburan (5 Ayat)
[AT] Sudah Terang Lagi Bersuluh, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat hiburan untuk mengisi masa lapang. [AH-Mengapa] Permainan tradisional dapat menghiburkan seseorang kerana permainan ini menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan. [AC] Sebagai contoh, permainan congkak yang memerlukan dua orang untuk memainkannya dan begitu juga permainan sepak raga yang perlu dimainkan secara berkumpulan. [AH-Kesan] Secara tidak langsung, permainan tradisional ini dapat mengurangkan stress seseorang malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang. [AP] Tegasnya, permainan tradisional bukan sahaja dapat menghiburkan seseorang malah mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan.
PERENGGAN ISI 3 – Sebagai Produk Pelancongan (5 Ayat)
[AT] Kepentingan seterusnya ialah permainan tradisional dapat dijadikan suatu produk pelancongan yang menguntungkan negara. [AH-Mengapa] Pada kebiasaannya, pelancong luar yang datang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di Malaysia. [AC] Sebagai contoh, permainan wau ataupun layang-layang yang kini telah mendapat tempat di persada antarabangsa. [AH-Kesan] Secara eksplisitnya, permainan tradisional ini dapat menarik pelancong asing dan berlakunya aliran masuk mata wang asing ke dalam negara. [AP] Izharlah bahawa permainan tradisional membawa signifikan yang ketara dalam sektor pelancongan di Malaysia.
PERENGGAN PENUTUP – Sebagai hiburan
[Rumusan] Sebagai intiha, permainan tradisional banyak memberikan kepentingan kepada rakyat mahupun negara. [Pendapat] Sesungguhnya, permainan ini perlulah dilestarikan untuk dijadikan alat penghubung silaturahim antara generasi dulu dan kini. [Cadangan] Sebagai rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi seharusnya berganding bahu bagai Aur Dengan Tebing dalam mengekalkan permainan tradisional ini. [Harapan] Walaupun kini permainan moden bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan telah menguasai jiwa golongan muda namun, permainan tradisional tetap di hati kerana Tak Kenal Maka Tak Cinta.
T4/ Tema 10: Warisan Bangsa
10.1 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan
Bersejarah
10.2 Warisan Seni Bina MelayuTradisional
10.3 Pemuliharaan Warisan Sejarah
Khazanah penting
yang dicipta dan diwarisi oleh sesebuah masyarakat yang meliputi aspek
kebudayaan dan kesenian. Seni warisan dapat dilihat dari segi tarian, upacara
keagamaan, seni bina, perayaan, makanan, cara berpakaian dan permainan dalam
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Kepentingan Seni Warisan Bangsa
1.Mengeratkan perpaduan dalam kalangan
rakyat berbilang kaum
Rakyat dapat
mengetahui seni warisan kepelbagaian kaum di Malaysia
Sambutan Hari
Kemerdekaan - seni warisan dikenal pasti melalui identiti kaum, pakaian,
bertudung, bersongkok - rakyat Malaysia bertukar-tukar pakaian - contoh,
perempuan Cina memakai baju kurung
Tarian - semua
kaum boleh menari pelbagai jenis tarian tradisional
Muzik akustik -
setiap kaum mempunyai alat muzik yang sama, cuma melodi yang berbeza - contoh,
gendang
2.Mempopularkan makanan tradisional setiap kaum
Industri Kecil
dan Sederhana (IKS) membantu mempromosikan makanan
tradisional di pasaran dalam negara dan luar negara Masyarakat luar dapat
mengenali dan mencuba makanan warisan bangsa Malaysia - contohnya, asam pedas
dan nasi lemak (orang Melayu), capati dan tose (orang India), sup ginseng
(orang Cina)
Menjadikan makanan tradisional sebagai menu utama dalam
majlis rasmi dan hidangan di hotel-hotel Menu lMalaysia yang mewakili makanan
utama setiap kaum di negara ini dapat dinikmati oleh rakyat dan pelancong luar
3.Memperkenalkan permainan tradisional
Melambangkan identiti
bangsa
permainan
tradisional bangsa Melayu seperti sepak takraw dapat diterima di peringkat
antarabangsa dan dijadikan acara dalam sukan SEA. Permainan layang-layang
diterima oleh semua bangsa di dunia dengan pengiktirafan Festival Layang-layang
Sedunia 2012 di Pasir Gudang, Johor sebagai acara tahunan yang disertai oleh
pelbagai negara di dunia
Mengenali asal
usul warisan - mengetengahkan permainan tradisional secara tidak langsung
memberikan pengetahuan tentang asal usul dan teknik permainan tersebut kepada
generasi muda
Membentuk jati
diri - pelbagai kaum melibatkan diri dalam permainan tradisional tanpa
prejudis, malah berasa bangga dapat bersama-sama mempelajari permainan tersebut
4.Meningkatkan aktiviti pelancongan
Pelancong-pelancong
domestik atau antarabangsa dapat mengenali budaya di Malaysia melalui program
seperti inap desa - merasai suasana di kampung - dapat menyaksikan pelbagai
tarian yang berbeza dari pelbagai kaum seperti kuda kepang, zapin, tarian
Sumazau, tarian kipas dan sebagainya terutamanya pada malam kebudayaan
Keindahan cara
hidup dan budaya pelbagai kaum dikagumi pelancong
Kepelbagaian
hasil kraf tangan seperti batik, tembikar dan anyaman dijadikan cenderahati
sebagai kenang-kenangan
Pengekalan dan
tinggalan sejarah menarik minat para pelancong untuk melihat keunikan ciptaan
warisan negara
5.Pendidikan dan pengetahuan kepada generasi baharu
Memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan generasi muda yang merupakan tunggak negara melalui
pendidikan
Merasakan
semangat perjuangan pahlawan-pahlawan negara untuk mempertahankan negara
tercinta - contoh, Tugu Negara dan Kota A Famosa
Mencapai target
negara untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama dari aspek pendidikan
seperti mata pelajaran Sejarah, Muzik dan Kelab Kebudayaan di sekolah
6.Menyediakan pelbagai peluang pekerjaan
Pemandu
pelancong dapat memperkenalkan dan menerangkan seni warisan bangsa di Malaysia
melalui tempat yang dikunjungi
Peragawan dan
peragawati memperagakan fesyen pakaian tradisional yang mewakili setiap bangsa
dan kaum yang berlainan di hotel-hotel dan majlis rasmi
Pemuzik dapat
memperkenalkan muzik tradisional pelbagai kaum dan membuat persembahan di
pusat-pusat pelancongan
Pembuat kraf
tangan dapat menghasilkan kraf tangan untuk dijadikan buah tangan pelancong -
pelukis batik dapat memasarkan dan mengkomersialkan batik yang kini mendapat
permintaan tinggi di pasaran dunia
Peranan Remaja Untuk Mengekalkan Budaya Warisan
Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis.
Sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.
Pendahuluan:
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas – warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi – kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara – Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa – remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita
Isi-isi:
(1) Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional – menyertai aktiviti dalam kelab tersebut – saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia – tak kenal maka tak cinta – menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita – warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi – di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(2) Anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya – kita akan memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang banyak daripada amalan tersebut – kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut – anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur – pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat mengelakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial – warisan dan amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga – tidak menconteng arang di muka ibu bapa kita
(3) Golongan pelajar seperti saya sewajarnya memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional – pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya – memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan – pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional – bangga jika busana tradisional kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia – harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang
(4) Kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaan makanan tradisional – Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini – nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya – makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda
(5) Peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka – golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan yang baik kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia – membawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau – mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpung dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita - menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka
Penutup:
Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan – arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar – warisan kita tanggungjawab kita – kita harus mengekalkan warisan nenek moyang kita –menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain – Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
Sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.
Pendahuluan:
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas – warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi – kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara – Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa – remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita
Isi-isi:
(1) Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional – menyertai aktiviti dalam kelab tersebut – saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia – tak kenal maka tak cinta – menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita – warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi – di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(2) Anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya – kita akan memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang banyak daripada amalan tersebut – kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut – anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur – pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat mengelakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial – warisan dan amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga – tidak menconteng arang di muka ibu bapa kita
(3) Golongan pelajar seperti saya sewajarnya memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional – pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya – memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan – pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional – bangga jika busana tradisional kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia – harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang
(4) Kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaan makanan tradisional – Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini – nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya – makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda
(5) Peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka – golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan yang baik kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia – membawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau – mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpung dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita - menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka
Penutup:
Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan – arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar – warisan kita tanggungjawab kita – kita harus mengekalkan warisan nenek moyang kita –menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain – Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
Cara-cara
mempopularkan permainan tradisional
1.
Kebudayaan merupakan seluruh cara hidup
sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang
diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran
2.
Mengetahui maklumat tentang permainan
tradisional
3.
Menghadiri kempen atau program anjuran
Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan
4.
Melawat pameran dan pesta permainan
tradisional seperti congkak, gasing, sepak raga dan batu seremban
5.
Melayari Internet tentang asal usul,
cara dan peraturan permainan tradisional
6.
Mendapatkan informasi daripada rakan dan
orang-orang tua yang mahir tentang permainan tradisional
7.
Galakan dan dorongan ibu bapa
8.
Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak
bermain permainan tradisional seperti permainan wau
9.
Ibu bapa perlu membawa anak-anak
menghadiri festival dan temasya permainan tradisional seperti Festival
Layang-layang Sedunia dan Muzium Layang-layang di Pasir Gudang, Johor
10.
Ibu bapa hendaklah
menggalakkan anak-anak untuk menyertai acara, festival dan temasya permainan
tradisional yang dianjurkan di negara kita
Usaha dan peranan pelbagai pihak
1.
Pihak sekolah perlu
mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional,
contohnya permainan congkak mencipta wau sobek atau pertandingan bermain sepak
raga bertujuan memberikan pengetahuan kepada generasi niucl.i terutama pelajar sekolah
untuk mengenali permainan tr.iclisional dan mengetahui cara-cara memainkan
permainan tradisional
2.
Pihak kerajaan perlu
mempromosikan permainan tradisional melalui televisyen dan surat khabar -
mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri atau kebangsaan
3.
memperluas permainan
tradisional hingga ke peringkat antarabangsa, contolinya permainan wau dan
permainan sepak raga - menyiarkan program yang memaparkan permainan tradisional
dan cara-cara permainan itu dimainkan - menyiarkan program sukaneka berteraskan
permainan tradisional (sukan rakyat)
4.
Pihak swasta pula boleh
menganjurkan pertandingan permainan tradisional memberikan penajaan hadiah
dalam penganjuran pertandingan permainan tradisional seperti Syarikat
Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia - menjadi penaja bersama dalam
pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan seperti pertandingan wau dan
gasing - terlibat secara langsung dalam pertandingan sukan permainan
tradisional di peringkat antarabangsa seperti pertandingan sepak raga antara
negara- negara ASEAN
•
Dasar Kebudayaan
Kebangsaan - Mengukuhkan perpaduan, bangsa dan negara melalui kebudayaan,
memupuk dan memelihara keperibadian • kebangsaan yang tumbuh daripada
kebudayaan bangsa
·
Kebudayaan
kebangsaan
·
Khazanah
budaya
·
Etnik
·
Asimilasi
·
Efisien
·
Iltizam
·
Tradisionalisme
·
Mitos
·
Festival
·
Iktisad
·
Marhaen
·
Perpaduan
·
Bersatu
teguh, bercerai roboh
·
Bagai
aur dengan tebing
·
Bagai
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Biar mati anak, jangan mati
adat
·
Di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
·
Tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
·
Adat
lama pusaka usang
·
Muafakat
membawa berkat
·
Bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
No comments:
Post a Comment