Monday, August 2, 2010

esei berpandu-punca-punca kepupusan hidupan liar

1F-yeoh wei chun
Dalam menongkah arus pascaglobalisasi ini, anjakan paradigma kian dimanifestasikan dalam jagatraya.Namun, kita acapkali tersentak oleh isu kepupusan hidupan liar seperti badak, harimau panda dan lain-lain yang dimomokkan sebagai agenda aktuil.(31pp)

Kegiatan pembalakan haram bagai cendawan tumbuh selepas hujan telah mencetuskan kemelut ini bagai duri dalam daging.Keghairahan manusia jagatraya berlumba-lumba mencari kemewahan melalui angkara tersebut.Pembangunan metropolitan tanpa kawalan telah menyebabkan habitat flora dan fauna menemui kebajetan.(39pp)

Di samping, manusia yang menunjangi norma hedonistik dan individualistik telah menjahanamkan habitat hidupan liar. Hidupan liar terpaksa dikorbankan lantaran tamak haloba umat manusia. Tamsilnya, tanduk, belulang dan makanan eksotik telah dihidangkan untuk memenuhi nafsu kita. (31pp)

Penggemblengan kuadrat bagai genggam bara api biarlah sampai arang dilestarikan untuk memulihara kurniaan Tuhan. Zuriat kita akan berpeluang menggilap peninggalan kita pada zaman leluhur. (24pp)



125 patah perkataan


1F- Lim Jieh Sim

Dasawarsa ini, kita acapkali dimomokkan dengan kepupusan hidupan liar dalam sidang akhbar. Oleh itu, rencam punca yang menunjangi agenda aktuil ini wajar ditelaah hingga akar umbinya.(26pp)

Afdalnya, penerokaan hutan belukar untuk pembangunan pencakar langit bagai cendawan tumbuh selepas hujan telah menjejaskan keseimbangan ekosistem jagatraya.Natijahnya, hidupan liar bagai anak ayam kehilangan ibu bahana habitat telah dibobrokkan oleh keghairahan pemaju. (33pp)

Ghalibnya, pemburuan tanpa lesen telah memudaratkan kemelut ini.Hal ini disebabkan pemburu ingin menggondol keuntungan daripada penghasilan tanduk,makanan estotik dan belulang.Ironinya, kerajaan bukan sahaja tidak menguatkuasakan undang-undang untuk memelihara hidupan liar, malahan telah berjinak-jinak dengan kekangan ini.Natijahnya, pencemaran telah menjahanamkan hidupan liar, khususnya hidupan akuatik.(49pp)

Akhirul kalam, penggemblengan kudrat bagai menarik rambut di dalam tepung seyogia diimplementasikan bagi merealisasikan cita-cita murni kita untuk melestarikan kemapanan alam sekitar.(20pp)

128 patah perkataan

No comments: