Monday, August 2, 2010

Latihan: Sepucuk surat daripada kawan

1. Mengapakah aku membatalkan hasratnya untuk bertanya kepada Abe tentang masalah yang dihadapinya?
Abe berpura-pura ceria untuk melindungi masalahnya.

2. Abe terlena semasa berehat kerana…
Abe kepenatan setelah menempuh perjalanan yang jauh

3. nilai-nilai dimiliki oleh kedua-dua orang budak lelaki itu…
Bertanggungjawab, saling menghormati, mengambil berat

4. Aku segera pergi ke Terminal bas makmur dengan menaiki bas…. Apakah latar yang terdapat dalam petikan itu..
Latar tempat

5. Apakah tema cerpen ini?
Persahabatan yang ikhlas antara dua orang kawan

6. Mengapakah aku berasa panik?
Kerana dia terlewat bangun pagi

7. Frasa melelapkan mata bermaksud…
Rehat atau tidur... jawapan (rehat)

8.Contoh imbas kembali dalam petikan ini…
a.Terjatuh dari titi ketika memancing di sungai
b.Disenget tebuan sewaktu melastik burung tekukur di dalam semak
c.Dimarahi ibu bapa kerana pulang ke rumah ketika hari sudah senja
d. Dapat berjalan bersama-sama dengan Abe seperti zaman kanak-kanak

9. Contoh teknik monolog:
Aku akan bertanyakan soalan itu apabila tiba masanya nanti

10. Teknik dialog
“Yang kau mengelinjang di depan ibu ni, kenapa? Memeningkan kepala ibu saja.”...
“Abe ... ya, Abe nak datang ke Kuantan! Bu ... bukan ... ya ... ya ... ya. Dia akan berpindah ke sini, bersekolah di sini?...

11. Pemerian
banyak... contoh
Sewaktu di dalam bas sekolah menuju ke rumah, aku melihat Abe ceria dengan rakan-rakan sekelasnya. Aku semakin lega melihat Abe semakin riang.Pada waktu tehgah hari, makanan telah terhidang.Selepas menjamu selera, kami berbual tentang pelajaran. Abe cemerlang dalam semua mata pelajaran kecuali Matematik.Semakin hari Abe semakin ceria. Keadaan ini menggembirakan aku.
Dia mengajak aku menggunakan masa senggang dengan perkara yang berfaedah.

12. Imbas kembali
Kamal mengimbas kembali kenangan bersamasama dengan Abe semasa kanak-kanak, iaitu ketika mereka disengat tebuan sewaktu melastik burung tekukur di dalam semak, terjatuh dan titi ketika memancing ikan di sungaidan dimarahi ibu bapa masing-masing apabila pulang ke rumah lewat petang.

13. Teknik plot saspens:
Pembaca tertanya-tanya apakah masalah yang dihadapi oleh Abe sehingga menyebabkannya murung, sakit perut, dan sebagainya. Unsur suspens mi tiada berakhir apabila aku tidak dapat menghabiskan membaca surat Abe kerana adiknya merampas surat tersebut dan mencampakkannya ke dalam unggun api.

14. Siapakah watak utama dalam cerpen ini?
kamal khalid kamarudin

15. Mengapakah aku berasa lega?
Bas yang dinaiki oleh Abe dari kelantan belum tiba.

16. Apakah yang dilakukan aku sewaktu Abe tidur?
Menonton televisyen di ruang tamu

17. Contoh latar tempat dalam petikan…
Rumah aku, terminal, teman cenderawasih

No comments: