Monday, August 2, 2010

Langkah-lLangkah mewujudkan perpaduan kaum di negara kita

1.jana1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir;
menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga;
menggubal
membuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dll), membentuk dan mengatur (menyusun): jawatankuasa itu telah ~ satu perlembagaan yg baru; terpulanglah kpd kerajaan kelak utk ~ dasar-dasar utk menggalakkan bumiputera dlm perniagaan dan perdagangan;
mencerakinkan1. menyelidik atau menyiasat sesuatu keadaan (perbuatan, gejala, ciptaan, dll) utk menge­tahui sebab-sebab (kedudukannya dll): ia diakui sbg tokoh yg pertama ~ dasar-dasar ini; 2. menghuraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya (spt unsur dll); 3. menghuraikan (memisahkan, menceraikan, dll) sesuatu kpd bahagian-bahagiannya: prisma yg pertama ~ cahaya putih dan prisma yg kedua menghasilkannya;
dasar1. bahagian yg di bawah sekali (bkn laut, sungai, botol, kuali dll): Air sungai itu sangat jernih hingga nampak ~nya. 2. asas; panduan (pendapat, falsafah, aturan dll): ~ kerajaan ialah meninggikan taraf ekonomi rakyat Malaysia. ~ Ekonomi Baru dasar yg membuka jalan ke arah penyelesaian masalah ekonomi yg tidak seimbang. 3. lantai:~ rumah itu dibuat drpd simen. 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar dll): latar: ~ gambar itu berwarna biru muda. 5. bp memang begitu (perangainya, sifatnya dsb): ~ hidung belang, di mana pun, dia suka mengganggu perempuan.

teguh1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan;
tunjang-menunjang saling bantu-membantu: saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dlm setiap gerakan dan kegiatan sasterawan;
menunjang 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: se-masa aku sekolah, mamakku turut ~ belan­ja­ku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya;
menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: semasa aku sekolah, mamakku turut ~ belan­ja­ku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya;
Alat solek
menampilkan1. membawa ke muka (ke depan), memajukan, mengemukakan: maka baginda pun terlalu marah, segera ~ gajah­nya mengusir Seri Nara Diraja; penulis ~ karya yg memberatkan tema-tema persoal­an; 2. memperlihatkan, menampakkan, me­nunjukkan: orang yg berwajah murung itu kini ~ senyuman;
pergolakan kekacauan (kekalutan, kekeruhan) dlm lapangan politik dll, huru-hara, keadaan tidak tenteram: ~ politik akibat percubaan rampasan kuasa itu makin meruncing; ~ perjuangan merasmikan bahasa Melayu.
golak; bergolak 1 menggelembung atau membuak-buak kerana dipanaskan; menggelegak; mendidih. 2 ki tidak tenang atau tidak tenteram (ttg keadaan, perasaan); bergelora: Negara itu sedang ~ dgn perang saudara. Hatinya ~ memikirkan peristiwa itu. pergolakan keadaan bergolak; keadaan tidak tenang; kekacauan dlm hal politik dll.
meletus1. meledak (gunung berapi, bom, dsb), pecah dgn mengeluarkan bunyi yg kuat: kepulan asap kelihatan bulat-bulat di tempat peluru itu ~; 2. ki bermula (peperangan, pertentangan, persengitan, dll): roman ini dikarang oleh tuan Hamka lama sebelum Perang Dunia Kedua ~;
Utuh
1. tidak rosak (kemik, retak, sompek, dll), sempurna: meja yg masih ~; 2. tidak ber-pecah-pecah, bulat, lengkap: negara masih tetap ~, ekonomi kita berkembang terus; seutuh lengkap dan tidak kurang sedikit pun (tidak berpecah-pecah); keseutuhan kesatuan; mengutuhkan menjadikan utuh (lengkap, sempurna); keutuhan perihal (sifat, keadaan) utuh, ke-bulatan, kesempurnaan: menjaga ~ negara Malaysia; ~ bahasa Melayu sbg bahasa pengantar pendidikan memang jelas ke-lihatan pd hari ini..

rohani Ar 1. roh; 2. bkn dgn roh, rohaniah: falsafah kebendaan yg tidak mengakui ke­tuhan­an, ~, dan perkara-perkara yg lain drpd kebendaan; 3. batin, yg berkaitan dgn jiwa, lwn jasmani: apakah sebenarnya yg hendak dikejar, kepuasan ~ atau kepuasan jasmani? kerohanian perihal rohani, sifat-sifat rohani, rohaniah: kebatinan dan ~ juga harus masuk hitungan setiap penilaian.
interaksi tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses yg melibatkan ~ antara seorang kaunselor dgn kliennya; komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau ~ antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat; berinteraksi bertindak (berhubungan secara aktif dsb) antara satu sama lain, saling bertindak (mempengaruhi, berhubungan, dsb): persidangan itu telah memberi banyak peluang kpd para peserta utk ~ serta bertukar-tukar fikiran; murid-murid drpd berbagai-bagai kaum bergaul dan ~.
cerah l1. terang (bkn hari, bulan, lampu,langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);
mengecap1. mengeluarkan bunyi spt bunyi cicak; 2. = mengecap-ngecap, berkecap­-kecap, terkecap-kecap mengatup-ngatup­kan mulut ketika makan hingga berbunyi berdecap-decap: dia makan sambil ~-ngecap; 3. merasa (mencuba) masakan dll, men­cicip: ~ gulai utk mengetahui sedap tidaknya; 4. ki merasai, menikmati: ~ kebahagiaan; ~ nikmat;
selaras sama haluan, secocok, sepadan, sesuai: tawanan perang mestilah dijaga ~ dgn kandungan Perjanjian Geneva;
menyelaraskan memadankan, mencocokkan, menyamakan, menyesuaikan: pd masa ini, beberapa percubaan dilakukan utk ~ demokrasi dan sosialisme; keselarasan, kelarasan perihal sama (sesuai, setimbal, dll), kepadanan, kesamaan, kesesuaian: ~ idea antara pereka tarian dan pereka pakaian perlu wujud; kelarasan antara kata dan hal yg diceritakan terdapat pd syair itu;
agenda(agĂ©nda) 1. susunan perkara yg dike­muka­kan utk dibincangkan (dlm mes­yua­rat): mesyuarat berjalan lancar kerana ~ tersusun baik; 2. ark buku catatan.
nasional berkaitan dgn bangsa, kebangsaan: kita harus mengikuti gerakan atau cita-cita ~ kita itu sebaik-baiknya; pesta itu juga dimeriahkan dgn tarian dan nyanyian ~ oleh bermacam-macam bangsa; kenasionalan perihal sesuatu bangsa, ke­bangsaan.

saranan1 apa-apa yg di­sarankan: ~nya mendapat sokongan drpd rakyat. 2 penyiaran pen­dapat utk mencari pengaruh dan so­kongan; dak­yah; propaganda.
saran Icadangan (fikiran, pendapat, dsb) yg dikemukakan; memberi ~ mengemukakan cadangan; menyarani mengemukakan cadangan (fikiran dll) kpd;
Gagasan buah fikiran yg dijadikan saranan, idea: kerajaan diminta menjayakan ~ Maphilindo; dasar ini merupakan satu ~ umum mengenai segala aspek keterlibatan belia dlm masyarakat.
tikai; bertikaimempertikaikan menjadikan sesuatu sbg bahan yg diperkarakan; memperbantahkan; mempertengkarkan: Perkara yg remeh itu tidak perlu dipertikaikan.
mempertikaikan1. memperbezakan; 2. mem­persoalkan, memperbantahkan, mem­perdebatkan;
membangkitkan1. membangunkan (orang tidur), menghidupkan kembali (orang mati): di padang mahsyar manusia dibangkitkan Allah drpd mati; 2. mengangkat ke atas: ~ pedang ke udara; 3. menimbulkan: ~ semangat orang-orang muda; ~ selera;
terarah1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): peran­cangan dan perkembangan yg ~;


isi-isi penting dan pengubahsuaian dengan ayat sendiri

1. Menggubal Dasar Sosial Negara amat besar manfaatnya demi membangunkan masyarakat Malaysia yang teguh dalam segenap segi.
2. Program yang menggalakkan kemesraan hubungan antara kaum wajar ditunjangi dengan dasar yang lebih mendalam dan bermakna
Antara prakrasa merealisasikan perpaduan kaum termasuklah penggubalan Dasar Sosial Negara, justeru ditunjangi program yang berteraskan muhibah kaum.(2m) … 17pp

3. Faktor fizikal sangat mustahak, iaitu suasana sihat persekitaran yang selesa di tempat-tempat kediaman , tempat kerja akan mampu mendorong suasana harmoni.
Selain itu, keselesaan persekitaran di tempat kediaman dan keharmonian di tempat kerja patut diwujudkan. (2m)….12pp

4. Kawasan-kawasan perumahan yang memiliki kemudahan asas sempurna akan mewujudkan suasana yang memudahkan kerjasama antara jiran
Sementara itu, infrastruktur yang sempurna dibina di kawasan perumahan untuk menyenangkan kerjasama antara jiran. (2m)…13pp

5. Mewujudkan hubungan antara kaum yang harmoni dan berpadu
Di samping itu, integrasi kaum yang harmonis diwujudkan melalui langkah itu. (2m)… 10pp

6. Semangat patriotisme yang wujud dalam diri membuatkan mereka menerima saranan untuk menggalakkan perpaduan antara kaum tanpa ragu-ragu.
Lebih-lebih lagi, semangat patriotosme wajar disemai dalam sanubari anak bangsa.(2m)… 10pp

7. Pemimpin tidak membangkitkan isu-isu sensitif
Tambahan pula, isu-isu sensitif tidak wajar diungkitkan oleh ketua negara. (2m)..10pp

8. Peluang pendidikan asas wajar dikecap dan diselaraskan dengan peluang pekerjaan yang sepadan untuk masa depan mereka.
9. Anak-anak muda daripada semua kaum harus mempunyai harapan masa depan yang cerah agar mereka merasakan masyarakat kita memberi ruang kepada mereka.
Akhirnya, anak watan diberikan peluang pendidikan dan pekerjaan yang sepadan untuk mengecap masa depan yang cerah. (2m)…16pp

2 comments:

Anonymous said...

hahahahaha

Anonymous said...

canggih ohhhh!!!!!!!!!!!!!!!!











From:Tung Fu Wei