Sunday, April 18, 2010

sajak- Kian Kita Lupa

KIAN KITA LUPA.

Kian kita lupa
pada usul jerih bangsa
bila mewah harta di birai mata

Kian kita lupa
pada derita moyang dahulu kala
bila asyik riak dan berbangga

Kian kita lupa
pada azab dan seksa di sana
bila Tuhan melimpahkan kurnia
Tetapi,
kita hanya tak lupa
bila terlewat masa
untuk menyesali segala
terlanjur laku dan bicara
bahagia bertukar derita
gembira menjadi duka.

ZULFAZLAN JUMRAH
PBMP, UPM SERDANG
Hentian Puduraya,Kuala Lumpur.

tumpah

terkeluar dr bekasnya (ttg benda cair atau barang yg berderai-derai). ~ darah keluar darah dgn banyaknya dr rahim (bkn perempuan yg keguguran, baru bersalin dsb). tempat ~ darah tempat dilahirkan. ~ ruah tumpah dgn banyak.

mengulit, mengulit-ulit, menguliti, mengulitkan

1. menidurkan anak dgn menyanyi, mendodoikan anak, mendondong; 2. Mn memeluk, memangku, merangkul: dia rela tubuhnya diulit oleh pemuda itu;

akhirat

alam yg kekal selepas kehidupan di dunia.

alam fana

dunia yg tidak kekal;

makan diri

merosakkan diri sendiri.

birai

1 semacam pagar yg dipasang di tepi jambatan; langkan; selusur. 2 bahagian tepi sesuatu benda spt gambar dsb; pemidang: ~ kain. 3 bahagian tepi sesuatu muka surat yg tidak bercap.

jerih

tidak berdaya lagi; lelah; letih. ~ lelah (payah, penat) usaha yg dilakukan dgn susah payah. penyakit ~ sesak nafas; lelah. berjerih berusaha dgn sungguh-sungguh; bersusah payah.

jerih perih

pelbagai kesulitan dan kesukaran yg dialami dlm melakukan sesuatu: Semua ~ yg dilaluinya terasa berbalas dgn kejayaan anak sulungnya. berjerih perih berusaha dgn susah payah: Mereka sanggup ~ demi mengejar impian mereka.

riak

1 gerakan air yg mengombak (spt apabila batu jatuh ke air); ombak kecil. 2 gerakan atau getaran udara: Ketika hari terang dan panas terik, ternampaklah ~ udara. 3 ki gerak-geri yg menunjukkan perasaan hati; gelagat: Drpd ~nya, kami ketahui bahawa dia dlm ketakutan. beriak bergerak spt ombak (biasanya air, udara); berkocak: Air ~ belum tentu tidak dalam. beriak-riak bergerak-gerak spt ombak; berkocak-kocak.

beriak-riak

bergerak-gerak spt ombak; berkocak-kocak.

limpah

1 terlalu banyak sehingga ada yg mengalir keluar (ttg benda-benda cair): ~ ruah banyak sekali yg mengalir keluar kerana bekasnya sudah penuh. 2 berlebih-lebih (ttg pemberian dsb): ~ mewah banyak sekali. 3 ki (sifat) murah hati: Patik menjunjung kasih atas belas kasihan dan ~ tuanku.

kurnia

1 pemberian drpd Allah atau drpd raja sbg tanda kasih kpd seseorang kerana jasanya dll; anugerah: mendapat ~ sultan. 2 belas kasihan; timbang rasa: jika ada ~ tuanku jika ada perasaan kasihan tuanku. mengurniai memberikan kurnia kpd; memberi seseorang kurnia; menganugerahi: Pasangan itu dikurniai Allah dua orang anak. mengurniakan memberikan sesuatu sbg kurnia kerana membalas jasa dll; menganugerahkan: Baginda telah ~ bintang-bintang kehormatan kpd rakyat baginda yg telah berjasa. kurniaan sesuatu yg dikurniakan; pemberian (gelaran dll). pengurniaan perbuatan (hal dsb) mengurniai atau mengurniakan. pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah, ~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hamba-Nya.

azab

1 seksaan atau hukuman yg diderita: Jika takut akan ~ Allah, ikutlah perintah-Nya dan jauhilah larangan-Nya. 2 susah sekali; sengsara: Hidup mereka di dlm hutan itu sangat ~. ~ sengasara segala jenis kesusahan yg diderita. mengazab menghukum dgn seksaan: Allah akan ~ orang yg ingkar. keazaban keadaan azab; kesengsaraan.


KIAN KITA LUPA.

(Kosa kata:Usul, jerih, mewah, birai, riak, azab, seksa, melimpahkan, kurnia, menyesali, terlanjur, bicara,)

Rangkap 1:Manusia semakin melupakan asal usulnya dan kesusahan bangsanya sendiri apabila diulit dalam kemewahan.

Rangkap 2:Manusia semakin melupakan penderitaan generasi terdahulu apabila _riak dan berbangga memenuhi dada pada zaman moden ini.

Rangkap 3: Manusia sentiasa lupa azab yang bakal diterima di akhirat(alam baqa) apabila menyalahgunakan pemberian Tuhan dalam alam _fana ini.

Rangkap 4:Manusia hanya akan beringat-ingat apabila sudah menyesal atas keterlanjurannya. Pada waktu itu, kegembiraan sudah

menjadi kesedihan dan kebahagiaan sudah menjadi penderitaan.


Tema
Sikap lupa akan Tuhan dan jasa generasi terdahulu apabila mengecap kesenangan hidup sehingga makan diri pada waktu terlewat nanti.

Persoalan
1. Kekayaan yang mengabui mata manusia

2. Kebanggaan diri sehingga melupakan jasa generasi terdahulu
3. Nikmat hidup dilalui sehingga melupakan azab keseksaan di neraka

4. Penyesalan yang terlewat

5. kekesalan hidup akibat perbuatan diri

6. Kesalahan sikap dan bicara(tutur kata) yang menyusahkan diri

7. Sikap manusia yang hanya mengingati Tuhan semasa berada dalam kesusahan

Gaya Bahasa

1. Inversi ( pembalikan kata): Kian kita lupa sepatutnya ditulis “Kita kian lupa

2. Sinkope (penggunaan singkatan kata): kita hanya tak lupa

3. Pengulangan kata : kian kita lupa ( repitasi)

4. perlambangan/simbolik : pada azab dan seksa di sana( bermaksud di neraka atau alam baqa)

5. paradoks (penggunaan unsur positif dan negatif dalam satu baris puisi): bahagia bertukar derita, gembira menjadi duka.
6. Penggunaan bahasa Arab: azab, kurnia

7. metafora : birai mata( maksud yersirat: kemewahan di tepi kita)
8. asonansi ( pengulangan huruf vokal):
bila Tuhan melimpahkan kurnia
9. _aliterasi: (pengulangan huruf konsonan d) pada derita moyang dahulu kala

10. Rima akhir : _separuh terikat_:

Rangkap 1:aaa, Rangkap 2:_aaa, R3:_aaa, R4:a-b-b-b-b-b-b

11. Bentuk sajak:

Sajak yang mengandungi 3 baris dalam setiap rangkap terzina_,
7 baris dalam setiap rangkap_septet

12. Nada sajak :melankonik/murung/kesal_:

perasaan sedih, hiba, sayu dan bertemakan kehampaan, penderitaan.


Nilai Murni
1. mengenang jasa: Manusia semakin lupa bangsa sendiri apabila dirinya kaya dengan harta benda

2. mengenang budi: Manusia diminta menghargai budi generasi terdahulu daripada hanya berperasaan bangga diri

3. patuh akan ajaran agama: Manusia diingatkan supaya menjada kelakuan diri daripada terlanjur dan menyesal.

4. hemah tinggi: Pengarang meminta manusia menjaga maruah diri supaya tidak menjadi lupa daratan.

5. _keserdehanaan: Pengarang menasihati manusia supaya hidup dalam kesederhanaan walaupun kaya kerana merendah diri adalah lebih baik daripada bangga diri.

6. _keinsafan_: Penyajak meminta manusia insaf akan kesalahan sebelum terlewat supaya tidak mengalami kesediha dan penderitaan.

Pengajaran

1. Kita mestilah mengingati kaum keluarga dan bangsa serta asal usul
2. Kita haruslah _mengenang jasa generasi terdahulu kerana tanpa mereka siapalah kita.
3. Kita wajarlah mengingati setiap ajaran agama supaya tidak merasai _bahang api neraka.
4. Kita patutlah menjaga tingkah laku kita supaya maruah diri terpelihara.
5. Kita mestilah insaf akan kesalahan sebelum terlambat.
6. Janganlah kita bangga akan kemewahan diri sehingga bersikap lupa diri.
7. Janganlah kita menyalahgunakan kurnia yang diberikan-Nya.
8. Janganlah kita lupa bahawa masa yang berlalu tidak akan kembali lagi



Latihan tambahan:

1. Suaikan peribahasa yang sepadan dengan baris-baris sajak di bawah.

Kian kita lupa

Pada usul jerih bangsa

Tetapi

kita hanya tak lupa

bila terlewat masa

untuk menyesali segala

untuk menyesali segala

terlanjur laku dan bicara (d)

bahagia bertukar derita

gembira menjadi duka.

a.Nasi sudah menjadi bubur

b.sudah terhantuk baru tengadah.

c.Seperti kacang lupakan kulit.

d.Terlangsung perah boleh balik, terlangsung cakap tak dapat balik.

J: c, a, d, b

2 Baca baris-baris sajak di bawah disampaikan kepada pembaca. Nyatakan nilainya.

· Kian kita lupa pada derita moyang dahulu kala.

· Kian kita lupa pada azab dan seksa di sana bila Tuhan melimpahkan kurnia.

· Tetapi kita hanya tak lupa bila terlewat masa untuk menyesali segala.

· terlanjur laku dan bicara

J: (Mengenang budi

(Mengaku kewujudan Tuhan

(Sedar diri)

(berbudi bahasa)

3 Berikan maksud baris sajak di bawah.

(a) pada usul jerih bangsa (rangkap 1)


(b) bila Tuhan melimpahkan kurnia. (rangkap 3)



J:

Kesusahan yang dihadapi oleh nenek moyang kita

Apabila Tuhan memberikan rezeki yang melimpah-ruah.

Baca sajak dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1. Berikut merupakan perkara-perkara yang kita lupa kecuali

A Hukuman di alam baqa.

B Peristiwa-peristiwa yang menggembirakan.

C Kesengsaraan yang dihadapi generasi dahulu.

D Kepayahan yang pernah dihadapi bangsa kita pada masa dahulu.

2. Apakah yang menyebabkan kita semakin lupa?

A Manusia memang mudah lupa.

B Kehidupan yang mewah dan bahagia.

C Keasyikan hidup dalam dunia tersendiri.

D Kesibukan mencari kemewahan dan harta

3. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar berkenaan rima sajak ini?

A Rima akhir rangkap ketiga ialah abb

B Rima akhir rangkap terakhir ialah abbbbb

C Rima akhir rangkap terakhir ialah iaaaaaa.

D Rima akhir tiga rangkap pertama adalah sama iaitu aaa

Pada azab dan seksa di sana

4. frasa di atas mengandungi unsur gaya bahasa

A epifora.

B aliterasi.

C metafora.

D asonansi.

5.Apakah nada sajak ini?

A Kesal

B Murung

C Sindiran

D Romantis


J: B,B,B,D, A

1 comment:

Unknown said...

cikgu,tak ada jawapan punya me????