Saturday, April 17, 2010

Gejala sosial- peranan sekolah - penggunaan Peribahasa dalam esei

Kerjasama antara pihak kerajaan dan sekolah giat mencari pendekatan baru bagi menangani isu pembuangan bayi.
kes gejala sosial seperti pembuagan bayi tidak lekang daripada bibir masyarakat, sudah sampai masanya pihak sekolah menjalankan peranan untuk membanterasnya. Hal ini berlaku demikian kerana pihak sekolah harus memegang prinsip genggam bara api, biar sampai jadi abu. Kawalan disiplin yang ketat memang sukar dilaksanakan tetapi tidak mustahil. Oleh sebab itu, badan pengawas dan guru disiplin harus diberi kuasa autoriti untuk menangkap pelajar yang disyaki berlakuan maksiat. Jika kerjasama yang utuh antara pihak pentadbir sekolah dengan badan pengawas diimplementasikan, nescaya kita dapat mengurangkan gejala sosial sehingga akar umbinya. Oleh hal yang demikian, usaha ini mestilah dijalankan dengan berpaksikan prinsip di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Jangankan alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, pendidikan reproduktif di sekolah perlu bagi memberi pemahaman kepada anak muda bukan sekadar pendedahan dari sudut saintifik dan biologi tetapi perlu juga dilihat dari sudut agama dan nilai ketimuran.

SEJAK akhir-akhir ini saban hari masyarakat disajikan dengan segala macam laporan mengenai kebejatan sosial dalam kalangan anak muda sehingga tercetus pelbagai polemik dan konflik. Penagihan dadah, pergaulan bebas, seks luar nikah, buang bayi dan sebagainya merupakan sebahagian daripada natijah daripada kemusnahan akhlak sebilangan golongan muda ini.
Gejala-gejala ini seolah-olah menggambarkan masyarakat hari ini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan akal dan batas-batas agama dalam membuat sebarang tindakan. Terbukti bahawa kajian baru-baru ini mendedahkan bahawa jumlah anak tidak sah taraf yang didaftarkan meningkat kepada 17,303 di seluruh negara sepanjang tahun lalu iaitu purata 47 orang sehari.
Kajian tidak menolak bahawa peningkatan angka tersebut hasil daripada gejala bersekedudukkan yang kini semakin berleluasa di kalangan masyarakat terutama golongan muda.

No comments: