1.Kedah
2014 Bahagian
A [30 markah] [Masa yang dicadangkan : 45
minit]
Lihat
rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang
punca-punca berlakunya fenomena jerebu.
Pembakaran terbuka
|
Penebangan hutan secara berleluasa
|
Pembebasan asap dari kenderaan dan kilang
|
IKUK(
死背,划线的地方什么作文都能用)
Dalam mendepani era modenisasi pada
abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad (经济)
negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara Malaysia semakin
pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan
dengan negara maju lain. Namun, bagai ditelankan mati ibu, diluahkan bapa mati,
pembangunan pesat ini juga menimbulkan masalah sampingan, iaitu fenomena jerebu
yang bukan lagi merupakan isu tuba dipolemikkan dalam kalangan marhaen. (I)
Senario ini menunjukkan tahap keseriusannya memandangkan setiap rubrik akhbar
tempatan mestilah mencatatkan Indeks Pencemaran Udara(IPU) di setiap lokasi di negara kita.
(K) Sesungguhnya, Rancangan Malaysia ke-11 telah merangka tumpuan pada
pertumbuhan hijau demi meningkatkan kesejahteraan rakyat secara inklusif.(U)
Persoalannya, sejauh manakah Dasar Alam Sekitar berjaya menjanakan pembangunan
mampan di negara kita? Apakah pula punca-punca berlakunya fenomena jerebu?
Jerebu membawa maksud kewujudan zarah,
asap dan debu pada atmosfera rendah yang mampu mengaburi pelihatan dan mencemari alam sekitar.(P) Fenomena ini akan tercetus pada cuaca panas atau menjelang
musim Ekuinoks atau fenomena El-Nino.(P) Sebagai tamsilannya, pembakaran hutan terbuka
di Indonesia telah berlaku di Sumatera dan Kalimantan pada tahun 1997, 2005,
dan 2013. (C) Disebabkan cuaca panas dan perubahan angin monsun barat daya,
jerebu telah melanda Asia Tenggara secara teruknya pada tahun-tahun berkenaan.(M)
Menurut laporan JAS dan Jabatan Meteorologi
Negara, negara kita pernah mencecah IPU melebihi 700 di Johor ( Muar, Ledang)
dan Melaka( Bukit Rambai) pada tahun 2013.(C) Secara langsung, pengisytiharan darurat
di negeri Selangor, Johor dan Melaka pada Jun 2013 menyebabkan sekolah terpaksa
ditutup.(K)
Pembakaran hutan meninggalkan fenomena kegondolan hutan bagai padang jarak padang tekukur. Lebih teruk lagi, pelepasan karbon dan habuk di atmosfera meninggalkan jerebu teruk yang dikenali sebagai asbut. Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum barah menjadi parah, kerjasama serantau Asia Pasifik untuk menangani isu ini tidak wajar dianggap tetek-bengek lagi.
Pembakaran hutan meninggalkan fenomena kegondolan hutan bagai padang jarak padang tekukur. Lebih teruk lagi, pelepasan karbon dan habuk di atmosfera meninggalkan jerebu teruk yang dikenali sebagai asbut. Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum barah menjadi parah, kerjasama serantau Asia Pasifik untuk menangani isu ini tidak wajar dianggap tetek-bengek lagi.
Sementara itu, penebangan hutan secara
berleluasa di negara Malaysia atau negara jiran juga menatijahkan fenomena ini.
(A) Hal ini disebabkan penebangan hutan untuk aktiviti pertanian seperti
membajak pada cuaca panas telah menghasilkan sumber partikel yang terampai pada
atmosfera dan terperangkap dalam lapisan udara. (M) Lebih teruk lagi, ada pihak
yang tidak bertanggungjawab sosial telah membakar hutan dan membersihkan
kawasan pertanian dengan racun serangga, jadi, sumber partikel ini mengandungi
nitrogen oksida, karbon monoksida dan bahan-bahan kimia yang berbahaya.(C) Kehijauan dan kesaujanaan alam akan hangus dibakar Tegasnya, perbuatan pembersihan hutan bukan sahaja menjejaskan pembangunan
lestari dan memusnahkan ekosistem persekitaran, malahan kesihatan manusia akan
terencat sehingga mendatangkan risiko dalam jangka masa yang panjang. (P)
Akhir
sekali, pelepasan asap daripada kenderaan dan kilang mengeruhkan keadaan ini
lagi. Mengikut Jabatan Pendaftaran Negara, di Kuala Lumpur sahaja, kira-kira
sebanyak 3 juta kenderaan masuk keluar dalam sehari, pada tahun 2013 pula,
sebanyak 350 ribu kenderaan baharu telah didaftarkan. Manakala di bawah pelaksanaan
Dasar Perindustrian Negara dan perkembangan pesat ekonomi negara, pertumbuhan
kilang bagai cendawan tumbuh selepas hujan, khasnya di kawasan IKS dan berat
seperti Petaling Jaya, Prai, Bayan Lepas, Mak Mandin dan Pasir Gudang. IPU di
kawasan yang berkenaan lumrahnya mencatatkan peningkatan zarah halus atau organisme
yang berbahaya seperti sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon monosida dan
ozon. Keadaan ini jika berterusan akan menyebabkan penyakit kardiovaskular dan
barah pada sistem respiratori. Sudah terang lagi bersuluh, sampailah masa
teknologi hijau dan pembangunan mampan perlu dikuatkuasakan demi menjanakan
pertumbuhan ekonomi yang selari dengan peningkatan kesejahteraan hidup rakyat
secara inklusif.
Sebagai penghias penutup bicara, pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Copenhagen
2009, Malaysia telah dengan secara sukarela menyasarkan pengurangan
intensiti pelepasan gas rumah kaca atau Greenhouse Gas daripada
KDNK, sehingga 40 peratus menjelang tahun 2020. Sehingga akhir tahun 2013,
Malaysia telah berjaya mengurangkan sebanyak 33 peratus intensiti pelepasan Greenhouse Gas daripada KDNK.
Maka, RM ke-11 yang bertumpu pada strategi pertumbuhan hijau amatlah
bersesuaian dengan fenomena sejagat demi memastikan kesejahteraan manusia
sejagat dan kelestarian bumi kita.
No comments:
Post a Comment