Keutamaan
kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah
menjadi senang.
Petikan gurindam di atas menjelaskan perlunya bersifat
sabar dalam diri seseorang. Huraikan pendapat anda tentang
kepentingan-kepentingan bersabar dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Sifat bersabar
merupakan perencah untuk mengharungi
sebarang onak duri dengan tabah dan penuh keyakinan.(I) Kesabaran ditakrifkan
sebagai hati nurani yang sanggup membuat sesuatu dengan akal budi yang waras
dan melunaskan tanggungjawab secara beristiqamah.(I) Memanglah kita sedia
maklum bahawa sifat bersabar semakin dibadai arus perdana lantaran persekitaran
pada marcapada yang sarat dengan konkurensi dan parasit epidemik yang melanda
kehidupan kita secara halimun.(K) Sesungguhnya, kita patut menyedari bahawa
hidup kini memerlukan sifat bersabar agar melepaskan diri daripada belenggu dan
menuju ke terowong yang penuh dengan akidah. (U) Secara sedar atau tidak, sudah
sampai masa kita membenamkan mata fikir untuk merenungi kepentingan sifat
bersabar dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan.(K)
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda orang beriman,
Tidak patah digoncang iblis,
Pastilah anda berjaya.
Pantun
nasihat di atas memanifestasikan bahawa sifat kesabaran sebahagian daripada
keimanan. (A) Maklumlah bahawa keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan mampu
mendorong kita ke arah kebahagiaan dan mendekati nur Tuhan. (M) Tanpa keimanan,
hidup kita akan senang terperdaya oleh hasutan syaitan yang mampu menghanyutkan
kita ke pulau hana yang lompong. (K1) Contohnya, seseorang yang tidak dapat
menyabarkan diri lumrahnya menunjukkan sifat riak dan takbur justeru sanggup
membelakangkan taufik dan hidayah Tuhan. (C) Izharnya, kedaifan perspektif
dalam keagamaan biasanya membawa diri ke arah azab sengsara pada hari kiamat,
hal ini ditunjukkan dalam riwayat Nabi Adam. Iblis yang tidak bersujud kepada
nabi akan diusir dari syurga. Manifestasinya, sifat kesabaran tuntutan semua
agama dan sebahagian daripada amalan ibadat supaya hidup kita tetap disuluhi
rahmat dan keredaan daripada Tuhan yang Maha Esa.(P)
Sedia kita
maklum bahawa, kewarasan fikiran dan kecerdasan emosi terjana daripada
keseimbangan perkembangan kendiri, manakala sifat kesabaran merupakan pasak
kepada pertumbuhan peribadi yang afdal. Walhal, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia telah menggarisi kemahiran memimpin sebagai agenda aspirasi murid yang
ke-6. Jelaslah bahawa kemahiran memimpin berlandaskan kriteria berdaya tahan
tinggi, keusahawanan, komunikasi dan kecerdasan emosi. (M) Dalam konteks ini,
pakar motivasi Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah menukilkan bahawa kesabaran dan
daya tahan merupakan perencah dalam kehidupan agar hidup kita sering kali
tenang dan dijauhi sebarang konflik dan pergeseran. (C) Contohnya, dalam
program kesukanan dan kecergasan, banyak aktiviti tahan lasak menguji ketahanan
seseorang demi menempuh cabaran yang di luar batasan. Program Rakan Muda
seperti Rakan Sukan dan Kecergasan menawarkan kursus yang menguji daya tahan
generasi muda baik dari segi pemikiran mahupun ketahanan jasmani semasa
melayarkan bahtera di samudera yang saujana mata memandang. Kusangka panas
sampai ke petang,rupanya hujan di tengah hari. Bumi mana tidak ditimpa hujan,
lautan mana tidak berombak. Kedua-dua kata orang tua-tua ini mencerminkan
fitrah kehidupan kerana kehidupan ibarat roda, sekejap atas sekejap di bawah.
(C) Sekiranya generasi muda ditarbiah untuk memperkasakan kesabaran dan
ketabahan diri dalam semua aspek, nescaya generasi muda akan mampu menerajui
tampuk kepimpinan negara dengan tenang dan mampu berfikir atau bertindak di
luar kotak pemikiran yang horizontal. (K) Mukhtasarnya, kecergasan fizikal dan
kecerdasan minda merupakan kayu ukur kejayaan seseorang pelapis negara yang
selalu tenang dan bersabar semasa menempuh cabaran dalam kehidupan. (P)
Dalam
mendepani kepantasan ledakan maklumat, remaja kini terpaksa bijak dalam menepis
dan menapis godaan yang menjalari kehidupan mereka. Maka, sifat kesabaran akan
menenggelamkan kecelaruan minda dan jiwa yang gelodak. (A) Dalam hal ini, jati
diri yang kental merupakan prasyarat kepada seseorang pelapis generasi untuk
menentukan hala tuju diri dengan tabah. (M) Menurut Dr Naquid Al-Attas bahawa kecelaruan
minda dan krisis identiti yang melanda generasi muda disebabkan keimanan yang
menipis. Dalam ilmu antropologi, jati diri merupakan perwatakan yang dikenali
oleh mata kasar masyarakat. Jelaslah bahawa kesabaran mampu membina jati diri
seseorang individu yang unggul. Hal ini dibuktikan oleh Ai-Biruni yang sanggup
menerokai bahasa Hindu di negara India demi menguasai multidisiplin ilmu dalam
kehidupan. (M) Maka, seseorang yang berjati diri teguh akan mengakulturasi dan
mengasimilasi setiap perbezaan dalam kehidupan. Tidak keterlaluan dikatakan
bahawa sifat bersabar akan menentukan naluri diri yang terus menggapai
kejayaan. (K) Bahawasanya,generasi muda memerlukan daya tahan yang teguh dan
kesabaran yang tinggi supaya mampu memartabatkan identiti diri pada puncak
kegemilangan agar tidak mensia-siakan usia remaja yang harganya memang tidak
terperi. (P)
Untuk
mendepani alam fana yang pantas berubah, sifat keterbukaan untuk menerima
sebarang tohmahan dan kritikan amatlah diperlukan agar kehidupan kita tidak
jumud dan menyendiri bagai kera sumbang. (A) Dalam menongkah arus globalisasi
tanpa sempadan, nasihat dan tunjuk ajar akan mendorong kita ke arah
kebahagiaan. Hal ini pernah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad apabila baginda
sanggup menahan cabaran seorang pendeta Yahudi yang menagih hutang daripada-Nya. (C) Kesabaran dalam
konteks yang lebih luas lagi, bukan sahaja sanggup menerima sebarang yang tidak
baik, malahan sanggup bertahan kepada sebarang pujian dan penghargaan dalam
kehidupan. (M) Kadangkala, pujian demi pujian akan mendorong kita melupakan
diri sehingga memusnahkan hati nurani kita yang suci kudsi. (K) Dalam kata
lain, sifat kesabaran mampu membentuk sahsiah diri seseorang yang berminda
kelas pertama waima bersikap tawaduk sekalipun kaki mencecah ke layar
kecemerlangan. (P)
Akhirnya, sifat kesabaran selain memenangi penghormatan dan
kesayangan daripada kawan di sekeliling, malahan meningkatkan ikatan pepaduan
sesama kaum yang berasal daripada ideologi dan sosioekonomi yang heterogen.(A)
Dalam hal ini, peristiwa pecah belah yang pernah tercetus pada zaman darurat
merupakan cerminan masyarakat yang tidak sabar untuk berunding dan bermuafakat
semasa berdepan dengan hasutan yang datang secara diam-diam.(C) Dalam
lingkungan kehidupan yang dilingkari dengan akal budi dan kewarasan
pertimbangan, setiap insan merupakan khalifah yang dicipta oleh Tuhan. Manusia
berbeza daripada binatang kerana mempunyai benak fikiran dan akal yang mampu
membuat pemikiran yang rasional.(M) Walhasil, semasa berdepan dengan situasi
yang meledak, kita perlulah menenteramkan diri agar tidak bertindak secara
semberono dan sekadar mengikut perasaan kerana
ikut hati mati,
ikut rasa binasa,
ikut mata leta,
ikut nafsu lesu.
Ijmalnya, peristiwa Low
Yat baru-baru ini merupakan peledak yang memerlukan kefahaman bahawa masyarakat
kita memerlukan sifat kesabaran supaya terus megah di persada jagatraya.
Usahlah disebabkan fahaman cauvinisme dan
ekstremis, kita membejatkan diri dalam pidana.
Akhirulkalam, kesabaran merupakan teras kekuatan masyarakat
dan sendi ikatan kesatuan antara individu, khususnya pada zaman atom yang
disarati dengan godaan iblis.(R) Usahlah kita menderhakai nasihat Tuhan atau bersifat
riak kerana segala dosa dan pahala bakal ditentukan di pintu keadilan.(A)
Memetik kata pujangga Cina, kesabaran penentu kejayaan dan kewujudan peluang
keemasan. Manifestasinya, hidup ini ibarat perlumbaan. Jatuh bangun atau turun
naik nasib kita bergantung pada takdir Tuhan. Namun, berkat kesabaran dan
kegigihan, kejayaan tetap akan terbuka kerana kesabaran tangga kejayaan. (H/C)
Keutamaan
kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah
menjadi senang.
No comments:
Post a Comment